Maksudnya: “Dengan nama Allah yang tidak dimudharatkan sesuatu pun dengan nama-Nya sama ada di bumi atau di langit. Dan Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
Maksudnya: Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari penyakit kusta, kegilaan, gajah, dan penyakit jahat
Maksudnya: Aku meminta perlindungan dengan firman Allah yang sempurna dari setiap kejahatan yang telah diciptakan.
Pembelian kali ke 2. Dulu beli anycast, fungssi ok cuma masa tu henset cepat panas. ..bateri pun cpt habis.
Bertukar sat kpd android box...tp data hotspot plak x lumayan. Kalau skrin ni x risau sbb unlimited. Youtube pun boleh tgk maks 2gb sehari. Kalu fb dan insta plak unlimited.
Itu plan dr halo telco(tunetalk).
Boleh la nk tgk ceramah kt watch (fb) walaupun ceramah dia dkt sejam pun. IGTv pun sempoi mcm2 video ada. Yg penting unlimited. Selalu duk guna x sampai pun 5gb sebulan. Rasanya bl tgk kt tv boleh la tgk lebih lg.....
Pemasangan sgt mudah. On ja wifi, sambgkan....jgn lupa kata laluan....ada kt skrin tv....12345678
Dah connect llik ja screen mirror kt henpon....tunggu sat. .bl dia kata connected maka skrin pun akan terpapang kt tv.
Dah cuba dgn bbrp jenama fon, samsung , vivo, redmi....semua ni berjaya. Cek dulu ada x function utk screen mirror ya...kalu ada mesti boleh la.
Ulam raja ni mmg faberet aku. Kalu makan dlm pinggan penuh daun ni nasik pun x nampak. Makan mentah ja xyah rebuh ka celor ka. Celop sambal gaul ngn nasik, sumbat ja....pergh. Rsa rapuh dan berangin brsama arooma yg menyelerakan.
Biasanya nasik pun bertambah kalu makan gn ulam ni.
Klau x kenai ulam boleh tgk gamba kat bawah ni.
Jgn terkeliru ngn daun pokok bunga taik ayam, kat kat nak sma gak bentuk dia. hehehehe
credit to http://semuamenjadi.blogspot.com/2012/09/ulam-untuk-raja.html
ulam raja
Video tentang bagaimana persediaan ramuan untuk rawatan cuci darah di sini.
Mesti ramai peminat ustaz Ebit Liew sini kan. Semua orang memuji dia kerana keprihatinan dia pergi merata pelusok bl dibgtau ada yg memerlukan.
Dia punya pemberian pun adalah yg terbaik. Semua dia bantu dr tempat tinggal yg selesa,, sewa, sekolah, kelengkapan dan mcm2. Dia bg lengkap teruih.
Alhamdulillah dia dikurniakan rezeki yg byk jd dia beri pun byk. Kita mungkin x mampu utk beri sebyk tu. Kita x mampu sediakan selengkap itu kerana kita krg berharta...
Daripada Abu Hurairah, Nabi SAW bersabda, "Satu dirham dapat mengalahkan seratus ribu dirham". Lalu ada yang bertanya, "Bagaimana boleh terjadi wahai Rasulullah?" Baginda menjelaskan, "Ada seorang yang memiliki dua dirham lalu mengambil satu dirham untuk disedekahkan. Ada pula seseorang memiliki harta yang banyak sekali, lalu ia mengambil dari hartanya seratus ribu dirham untuk disedekahkan." (HR. Nasai No: 2527) Status: Hadis Hasan
Pengajaran:
1. Sedekah setiap Muslim ganjarannya bergantung kepada keikhlasan dan harta yang dimiliki.
2. Ada Muslim yang bersedekah dengan nilai satu dirham, namun ganjarannya mengatasi orang yang bersedekah seratus ribu dirham kerana ia bersedekah separuh dari harta yang dimilikim(dua dirham) walaupun yang disedekahkan dari segi jumlahnya sedikit namun nilainya sangat besar pada dirinya.
3. Ada Muslim yang bersedekah seratus ribu dirham, mungkin dari segi jumlahnya banyak namun nilainya kecil di sisinya (hanya sedikit) kerana dia memiliki jutaan dirham yang lain.
4. Sedekah itu bukan bergantung pada kuantiti namun yang lebih penting adalah kualiti dan keikhlasan.
5. Galakan bersedekah tidak hanya kepada orang kaya malah juga kepada orang yang kurang berada kerana sedekah itu tidak akan mengurangi hartanya.
Dari Abu Hurairah RA, dari Nabi SAW baginda bersabda: Sedekah itu tidak akan mengurangi harta. Tidak ada orang yang memberi maaf kepada orang lain, melainkan Allah akan menambah kemuliaannya. Dan tidak ada orang yang merendahkan diri kerana Allah, melainkan Allah akan mengangkat darjatnya." (HR. Muslim no. 4689) Status: Hadis Sahih
Apa dia3d printer ni? Kalu printer biasa tahu dah, dia print tulisan ka lukisan atas kertas. 2 dimensi ja tu.
3d maka 3 dimensi la. Boleh buat kotak bulat benjol dan mcm2 lah..
Benda yg nk di print tu perlu direka guna perisian tertentu dulu. Boleh lukis atau pilih objek dlm perisian tu. Siap design kena tukar kepada format tertentu yg diterima oleh 3d printer. Dr design file.stl tuker ke printer file.gcode.
Copy file.gcode tu ke dlm sd card pastu jolok kt 3d printer. Jgn print lg kn setting orinter dulu.
Masukkan filamen ikut warna yg dikehendaki. Bg nozle duduk di titik mula dgn menekan arahan auto home pd 3d printer....
Pastu kn adjust space antara nozle dan base secukup rasa supaya plastik lekat elok2. Baru buleh print.
Dlm internet pun dh byk design yg dah siap yg boleh didownload dan print tp xboleh edit la.
Kalu nk design sendiri sy pakai tinkercad.com. Lepas tu kn export ke ultimate cura plak. Lepas tu convert ke gcode utk print. Dlm perisian cura ni boleh tgk tempoh masa utk print model tersebut.