Isnin, 9 September 2013

Harap pagar, pagar makan padi

Kena ke dak tak tau perumpamaan diatas. Apa yg berlaku ialah warden membekalkan rokok dan dadah kepada banduan. Bayaran lumayan macam keldai dadah la jugak.

Tak dinafikan la dgn kos hidup yg meningkat dan gaji x seberapa menyebabkan mereka mencari sumber kewangan lain. Hingga sanggup mengorbankan integriti dan amanah. Sanggup nak bagi makan keluarga dgn hasil haram.
Nenek pun jd mangsa 

Ni yg kantoi, ntah2 dah banyak yg terlepas. Syok la banduan, duk luar ka dlm, bekalan dadah tetap ada. Haru sungguh. Hukuman penjara langsung x menginsafkan mereka. Elok ja hukum potong tangan. Patut la TM kata, kalu Hukum Hudud dilaksanakan, habis semua org Malaysia kudung. Sebab bkn yg bersalah ja kena hukum, yg duk jaga pun buat keja serupa gak...



kejam. organ knk2 dibuang utk isi dadah......











binatang pun x terlepas jadi mangsa penyeludupan


Kesan dadah kepada manusia, bukan saja yg makan dadah, tp yg edar dadah pun dah hilang kewarasan, perikemanusiaan hingga sanggup buat apa sj agar dadah dpt dijual dan jadi kaya raya hasil kerosakan manusia.....

Sekali terjebak dah tak leh lari. Rokok kira boleh lagi, tu pun ada gak yg x sng duduk bla rokok abis. Dlm ujan lebat, tgh mlm buta pun sanggup redah cari rokok. Cuba bygkan kalu ketagih dadah, bunuh org pun sanggup...



Wallahualam....

Fenomena I Love PM

Bila dah cinta kopi pun rasa coklat. Harga minyak naik pun xpa, kena bayar lebih pun xpa ttp sokong. Subsidi ditarik pun sokong jugak walaupun minyak 97 jd lagi murah plak dari 95. Sokong lagi.

Yang kaya duit banyak tak heran pun harga naik, tapi mereka sedar ini akan membebankan rakyat berpendapatan rendah. Sebab tu diorang menentang. Yang heran nya kita yg berpendapatan rendah ni, dah jimat sana sini nak sara keluarga xkan pertahankan juga tindakan mcm tu. Apa fungsi kerajaan kalu bukan membantu rakyat. Kalu subsidi dikurangkan kerana nak bagi BRIM lebih ok, tp bila minyak naik habis semua barang akan naik. Apa kita boleh buat nak elak barang lain naik.....peniaga2 kecil terpaksa naikkan juga. Nak beli borong byk2 x cukup modal. Jd sama la jugak gaji naik, barang naik, duk x cukup lagu tu la gak.

infi lanjut di sini

X salah menyokong tp berpada2 lah. Guna la akal pikiran sama. Ni tidak kira apa pun semua sokong. Orang lain semua tak betul. Bersikap terbuka la sikit. Baca pandangan org lain sama. Jgn tgk sebelah pihak saja...

Janji ditepati....

Baik kiri atau kanan, kalu dah fanatik tu mmg xleh kata apa. Duk kira pihak dia ja betul....Kita lawan bukan nak kita menang tp yg betul tu menang. Biar la dari mana pun janji itu yg benar...

Baca lagi...
Wallahualam...

Khamis, 5 September 2013

Ron 97 pun naik

Lepas ni gula tepung karipap roti canai te tarik semua naik......

Ron 97 ni diguna oleh golongan mewah la kot. Naik pun xpa, kita ada ron 95. Tp bila ron95 pun naik, xkn nk pakai minyak masak????

Klau benda lain naik xpa, jgn minyak naik. Sebab bila minyak naik semua barang lain akan naik. Bila minyak turun, haga barang xkan turun2 dah.....

Kata nya ron92 plak nak diwujudkan. Rega mesti lagi murah la....kalu dak buat pa...

Wallhualam

Selasa, 3 September 2013

RON 95 naik 2 kupang

Seblom ni RON 97 naik, aku rilek jer. Akhirnya RON 95 pun naik gak, aku pun terkena. Sib baik la dah lama pakai alat jimat minyak ni.....nak kena upgrade le ni bagi lagi jimat. Kalu leh jimat 10%, seliter dah jimat 2 kupang jadi RM1.9 je seliter. Kalu 20%, jimat ler 4 kupang dah jadi RM1.7 jer seliter. Hehheheh, kan untung tu....

Walau pun naik 2 kupang jer, kalu moto ku isi penuh dah jadi RM5 5 kupang, 2.6 liter jer. Dalam tank ada minyak lagi. Kalu tank kosong x tau la brp......

lampu led menyala2....

Utk keta pun buleh gak kalu nak upgrade bg high capacity sikit......

Pemasangan cukup mudah, plug je kat soket pencucuh rokok tu. Xyah dah duk isap rokok dalam keta, mengganggu pemanduan jer. Pasang benda ni lagi bagus. Lg jimat lg sihat.....

Tahap kekuasaan dapat dilihat pada sinar led nya...
Dan konfem bila minyak naik. Semua harga baik barang dan perkhidmatan akan naik. Mestilah kan, bila kos meningkat kena la naik harga. Tp kenaikan bukan saja utk menampung kenaikan kos minyak tp menambahkan lagi peratus keuntungan. Contoh minyak naik 2 kupang, gula ka tepung ka buleh jadi naik 3 kupang gak...padahal sekali angkut beratus2 bungkus. Sepatutnya beratus2 bungkus la baru naik 2 kupang kali berapa liter minyak. kalu 100 liter naik ler 200 kupang atau RM200.....Kalu ada 200 bungkus makanya 1 bungkus akan naik sekupang je lah. Naik le jugak kan????????? Ni idak naik sampai beringgit2, agok2 ler....

Jumaat, 30 Ogos 2013

Esok Merdeka

Negara kita akan merdeka lagi esok utk kali ke 56. Alhamdulillah, semoa Allah terus melindungi dan membekati negara kita supaya sentiasa aman, makmur, kaya raya dan rakyat bertambah kuat agama dan beramal soleh.

Malaysiaku...

Terima kasih kepada pejuang negara yg gugur atau telah berkhidmat menjaga kedaulatan negara selepas merdeka termasuk yg berusaha mendapatkan kemerdekaan seblum tu. Yg menentang penjajah Jepun dan Inggeris. Jasa anda tak mungkin dapat dibalas, hanya Allah yg mampu menganugerahkan ganjaran yg setimpal atas usaha mereka. Hasilnya negara kita terus merdeka dan berdaulat. Amanah ni sekarang terletak kat kita utk terus memelihara kedaulatan negara dari semasa ke semasa.

Bagi org macam saya yg lahir lepas merdeka ni tak la terasa sgt nilai kemerdekaan tu. Macam dulu susah, miskin sekarang dah senang baru tahu menghargainya. Tp yg dah senang mana tahu nilai susah. Serupa gak yg sakit deman ke baru tahu nikmat nya sihat.

Tp rasanya bulan ni kurang nampak keta ka motor rumah2 yg dah gantung bendera. Bendera parti yg PRU13 tu ada la. Mungkin dah merdeka baru gantung kut. Sekarang tak merdeka lagi kut????

Wallahualam


Khamis, 29 Ogos 2013

Bersyukurlah....

https://magelang.kemenag.go.id/menjadi-hamba-allah-swt-yang-pandai-bersyukur/

Kat status fb selalu kita baca keluhan hati ank2 muda pasei masalah hidup dema. Ada pasei cinta, mslh kwn2, mslh d tmpt keja, masalah kesihatan kecik2 macan deman, batuk selesema, xdak mood, maleh bangun tido g keja bla bla bla...
X malu kae, org lain mslh lg besor...Di palestin, syria, mesir.....cuba bygkn kita d sana. Bndgkn kt sini....patut kae mengeluh....layak kae.... Berapa besor dah nikmat Allah bg kt kita. Sepatutnya bkn keluhan, Alhamdulillah lebih layak diucapkan.
Kalu kita bndgkn dgn masalah sesetgh rakyat d Malaysia pun cukup dah utk kt tarik nafas lega. Contoh ustaz kazim yg dah 2 3 kali operation, ank ustaz najimuddin yg kena virus tikus, org yg terlibat dlm kmlgn bas, keta, moto, budak yg hilang. Btp bertuahnya kita tdk d uji dgn dugaan hebat begitu. Semoga Allah melindungi dan memberi kejayaan dan kesabaran kepada mereka mengharungi dugaan sebegitu hebat.



Apabila kita susah, cuba tgk org lain yg lebih susah, maka kita akn bersyukur. Bila kita berjaya, pandang lah org lain yg lebih berjy agar kt lebih bersmgt dan tidak mudah berbangga dan takabbur dgn pencapaian kt yg x seberapa itu.
Wallahualam.....
Sent from my Sony Ericsson Xperia neo

UPdate 4/9/13 : info dari FB ustaz Najimuddin, Allhamdulillah anaknya dah beransur pulih tp masih lemah, namun maih bersemangat utk ke sekolah...Terima kasih pada semua yg mendoakan kesihatannya....


Jumaat, 23 Ogos 2013

Mana PBB, Polis Dunia?????

Dikala orang Islam di bantai di Palestin Syria Mesir, PBB duk buat apa? Amerika yg dulu kata nak hapus pengganas, awat x buat apa pun. Mereka org kafir telah menjadi org kafir yg benar2 kafir yg melakukan kerja2 yg memang org kafir akan buat....tapi kita org Islam masih lagi menyanjung mereka2 ni. Adakah kita dah buat apa seorang Islam patut buat. Nampaknya kita pun terikut2 gak....Sibuk dgn dunia, teknologi, kemewahan, hiburan.

Sedangkan sekarang seluruh dunia Islam mendoakan perlindungan kepada sedara2 di sana. Palestin yg dah lebih 50 tahun ditindas masih terus tertindas. Adakah Allah tidak memakbulkan doa kita? Kenapa doa kita tidak dimakbulkan? Adakah solat hajat kita x diterima? Apakah kita belum menyayangi sedara kita seperti kita menyayangi diri kita sendiri? Atau kita lebih pentingkan diri sendiri?


Adakah itu lebih baik bg mereka dari mereka hidup aman mewah macam rakyat Malaysia tapi melupakan AlQuran? Senang2 melakukan dosa, tanpa rasa malu, bila ditegur melawan pulak tu????? Anak2 kita lebih byk hafal lagu dari ayat Quran. Anak kita lebih banyak ketawa tgk raja lawak, karoke dari dengar forum perdana, ceramah agama tak pun semanis kurma???????
Sekadar hiasan

Mereka mati syahid kerana mempertahankan tanahair mereka, sedangkan kita di sini masih mempertikaikan kemerdekaan kita. Adakah kita disini tidak ada yg mati dibunuh? Adakah mereka juga mati syahid?

Bagaimana kita nak kata kita sayangi sedara seagama kita yg dizalimi di Mesir Syria Palestin, sedangkan jiran kita pun kita x kenal, masam muka, mengumpat mengata. Marah dan memaki semasa di jalan raya. Berebut2 nak pergi dulu, potong barisan....x pikirkan org lain, x pedulikan yg lemah....

Astagfirullahalazim....Ampunilah hamba mu ini ya Allah yg alpa dengan dunia hingga lupa akan kebesaran dan rahmat yg telah engkau curahkan....
Kembalikanlah kami kepada al Quran, kalam mu.....


Ampunilah kami yg sedang berseronok di sini sedangkan sdara kami sedang ditindas dan dizalimi...
Ampunilah kami yg mengeluh apabila ditimpa sedikit kesusahan sedangkan sedara kami diuji dgn maut...
Ampunilah kami yg tidur nyenyak bertilam empuk, suasana aman dan nyaman dgn ekon lagi sedangkan sedara kami di sana tidak bisa melelapkan mata, sengasara dan ketakutan...
Ampunilah kami ya Allah.

Wallahualam...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...