Rabu, 31 Julai 2013

Bela anjing....

Bela anjing sebagai hobi, suka2 adlah dilarang. Buleh bela kt luar sj, utk tujuan tertentu spt menjaga keselamatan rumah tanaman atau ternakan.
hero anjing



Kalu tersentuh anjing basah dgn basah perlu dicuci dgn air tanah.
Kalu bela luar sekali pun, mcmn dgn najis dan air kencingnya. Kalu dirantai atau di kurung, tau laa tmptnya.
Bela anjing juga dikhuatiri menggangu jiran2 krn bising atau bahaya pd ank2. Kawalan dan pemantauan yg baik amat perlu utk memastikan kebersihan dari najisnya.
Bela dlm rmh lg la x buleh. Malaikat x masuk, jd hlg la keberkatan dlm rumah. Mcmn nk pastikan kebersihan dr najisnya. Tmpt solat, pinggan mangkuk, tandas yg sentiasa basah. Byk sgt benda kecik2 yg boleh terlps pandang, so x pyh la bela.
Nk bela la d kebun. Jgn lupa bg mkn. Di rumah buh rantai, kurung....kejam la plak....
Wallahualam ......

baca lagi....

Sent from my Sony Ericsson Xperia neo


Daripada Abu Talha r.a, “Aku mendengar Rasulullah s.a.w berkata, “Malaikat (Pembawa Rahmat) tidak akan memasuki rumah yang di dalamnya ada anjing atau gambar yang berupa dari makhluk bernyawa”.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab Penciptaan (4/54), no. 448)


Isnin, 29 Julai 2013

Selamatkah “Selamat Hari Raya” Kita??


Ramadan datang lagi dengan ribuan peluang untuk meraih kebaikan dan keberkatan.  Sebelumnya kita menunggu dengan pelbagai harapan dan azam.  Azam untuk melakukan yang terbaik.  Namun, mengapa nafsu masih tidak jinak?  Peluang keemasan terlepas dan terbiar……
Azam yang membara menjadi kendur dan akhirnya terbentur.  Hati menjadi korban dalam perang maha dahsyat dalam diri.  Mulut, telinga, mata, hidung dan seluruh diri masih tega dan rela dengan dosa.  Berpuasa hanya sekadar menahan lapar dan dahaga.  Kesan pada jiwa dan pancaindera masih di takuk lama.
Malangnya, tidak ramai antara kita yang menyedari hakikat ini.  ‘Mood’ hari raya kadangkala sudah menenggelamkan keberkatan Ramadan yang belum pun berakhir.  Beradabkah kita dengan Allah?
Apakah kekesalan pada Ramadan yang lalu akan berulang lagi tahun ini?  Hingga dengan itu apabila takbir Syawal bergema, kita sayu kerana terasa Ramadan telah pergi meninggalkan diri kita yang masih bergelumang dosa.  Rupa-rupanya, kita masih berangan-angan dengan rahmat dan pengampunan Allah tanpa berjuang penuh kesungguhan.  Kita kalah kerana selalu mengalah di jalan mujahadah.
Bayangkan ….dua orang tetamu sedang menuju pintu rumah kita.  Seorang yang lebih mulia berjalan di hadapan, sementara seorang lagi berjalan di belakang.  Siapakah yang patut kita alu-alukan dahulu?  Tentulah yang dihadapan.  Sudahlah dia lebih mulia, dia pula berjalan di hadapan.  Tentulah tidak beradab kalau kita mengalu-alukan tetamu yang dibelakang dan meminggirkan tetamu yang berjalan di hadapan.  Begitulah kita selalunya.
Hari raya ialah hari kemenangan dan kesyukuran, bukan hari kekalahan yang mempamerkan kekufuran.  Namun itulah yang berlaku kini.  Zikir kita dengan kalimah takbir, tahmid dan tasbih telah digantikan dengan nyanyian dan tarian yang melalaikan.  Pendedahan aurat, pergaulan bebas, pembaziran dan lain-lain perbuatan dosa dan sia-sia sudah begitu dominan dan membudaya.


Berbahagia

Pengajaran:
Dengan segala bentuk kemungkaran itu, selamatkah kita pada hari raya ini?  Maksudnya bukan sahaja selamat dari kemalangan jalanraya ataupun mercun raya, tetapi yang lebih penting adakah kita selamat dari neraka dan masuk ke syurga?  Muhasabah diri kita….. sekiranya ini Ramadan terakhir, layakkah kita berhari raya? Jangan ‘gaduh’ nak balik raya… ikut giliran @ keperluan….Kita kena bijak mangenal pasti yang mana adat, yang mana ibadat. Pejam celik, tiba-tiba Syawal sudah hampir di ambang pintu.  Begitulah hakikat pantasnya masa berlalu…….

Kak Chak dan keluarga memohon ampun dan maaf di atas segala kekhilafan dan kesalahan zahir dan batin. Moga kita selamat pada hari raya ini. Amin.
kuih raya

Ratu Cantik Wanita Islam

Pertandingan Ratu Cantik baik negara atau dunia x sesuai utk muslimah. Pihak berwajib pun dah larang. X sangka berani plak depa lawan. Jahil agama tu la jadinya. Dah terang nyata haram, tak tutup rambut pun dah haram inikan pula buka lagi ditayang2 gituan...hehehehe

Apa kata buat ratu cantik wanita Islam. Sapa paling cantik tp menutup aurat sempurna, pandai mengaji cukup tajwidnya, pandai masak, lipat kain dan bg anak pakai lampin dsbnya.....

“Kalau mereka mahu melarang kami, kenapa mereka tidak melarang wanita Muslim yang mewakili negara dalam sukan renang dan gimnastik?” katanya.

Sapa nak jawab???? Sepatutnya ahli sukan pun yg pakai pakaian sewaktu dgnnya pun kena ban gak la....kan kan kan...

Menurut Wafa Johanna, “saya sangkakan akhirnya peserta Muslim akan dibenarkan menyertainya sekaligus mewakili Malaysia.  Saya juga menyangkakan perkara ini (sertai pertandingan ratu cantik) adalah okay, sebab pertandingan akhirnya akan diadakan di negara yang kebanyakan penduduknya beragama Islam iaitu di Indonesia.

Satu lagi isu ni nak kena batang hidung sapa x tau la. Ada ka penduduk Indon muslimah yg masuk pertandingan ni?

Erra Fazira pun nasihat supaya akur dgn larangan tersebut. Dia pun dulu masuk sbb belum ada larangan. Ada gak kawan depa yg suruh tukar agama. Baik punya kawan. Setan la tu....Maklumla kawan semua mat saleh, mak bapa kawen campur...bukn  macam kita, ketinggalan zaman...huhuhu...

Ingat dulu Mufti yg kena pecat pasal melarang umat Islam menyertai ratu cantik. Jgn biar ia berulang kembali.......

Setelah 9 tahun berpisah

Dah 9 tahun berjauhan, rupanya cinta kasih sayang masih utuh di dalam hati. Kalu tahu dulu buat pa la berpisah. Tp kan org dah kata, syg bini tinggal-tinggalkan, syg anak tgn-tgnkan. Mungkin Datuk Hattan ikut pepatah tu kot.

Tahniah la kepada Hattan, biso bonar. Walau dah lama berpisah, manisnya x habis lagi dirasai, malah makin dirindui...

tahniah

Abby Abadi bersuami muda..

Alhamdulillah.....beruntungnya dia dapat pucuk muda no....selain dari berita perjuangannya dalam PAS, rasanya yg ni lagi menarik. Ada beberapa gambarnya bersama suami aku nampak kat FB dan laman berita online lain. Mesra bukan teman tapi mesra. Ni mesra halal yer. Nak letak logo halal JAKIM pun depa x marah....

mesra nya depa
padan la tu...

Tapi ada gak komen yg meluat menyampah la.Ada yg kata " Kalu dah suami isteri tu xyah la nak tunjuk mesra sangat....biasa2 sudah la". Puuuiiiiiii.....Suami isteri la kena tunjuk mesra, halal dah tu. Abih yg baru berkapel tu buleh la tunjuk mesra2....Awat la jadi bodo lagu tu....

Depa nak peluk ka, pegang tangan berjalan ka, naik motor sekali ka.....Tuhan pun marah, korang lak lebih2. Lain la kalu Abby x tutup aurat.....x elok la dipostkan...

Tahniah Abby...n Farhan..
Dah tu komen lak dari kaum sejenis abby gak. Hai....korang jeles ke tgk Abby happy. Korang suka tgk masa dia nangis2 bergaduh ngan NH dulu la.
korang suka ms ni kot




Rabu, 24 Julai 2013

Waktu berbuka Puasa Pulau Pinang 2013

Waktu buka puasa Pulau Pinang dari hari pertama hari tu sampai hari ni duk 7.38pm tu lah. X nampak can macam nak turun. Bukan pa kot la nk buleh buka awai sket...Heheheh.....

Paling awai pun 7.35pm.....Di kg ku Perak pun awai 5 minit ja...Di Kedah lg lewat dr Penang seminit....

Cuba bayangkan...

Tak terbayang aku macam mana rasanya setelah merasa sikit tadi. Teriknya mentari macam hari lain gak, tp memandang aku kena masuk ke dalam keta yg dah di park tgh panas sejam yg lalu. Terus buka tingkap habis.....ekon pun x rasa apa2 lg.....Ni la jadi nya kalu keta park tgh panas semus tutup rapat jadi la dia macam oven.....

Boleh masak duk dalam tu. Selepas stgh jam bertolak pun bahangnya masih terasa.....

Cuba bayangkan anda terperangkap dalam 2 selama 5 jam......Jgn buat apa2, tido ja....Bolehkah anda bertahan??????? Tobat lilah hangpa x leh tahan....Cuba bayangkan.....Bila aku park tgh panas, aku mesti nk kena bukak sikit tingkap, sbb nanti nk masuk blk aku x thn.....Kalu park kt kg, aku bukak terus tingkap, bila ujan banjir pun xpa....

Aku ada beli cooler fan yg disangkut pada tingkap kereta guna solar. Akan sedut udara panas dlm keta secara otomatik bila panel solar mendapat cahaya. Tp bini aku tak kasi sebab nampak buruk tersangkut kat keta lagu tu. Tu la pompuan, dia x tanya dah apa kebenda tu. Yg dia tau x lawa....(Kutuk belakang bini nmpk...)

Sebenarnya itulah projek aku dari dulu sampai hari ni....yg berjaya 1 jer yg ni (gambar bawah). Fungsinya utk menyedut bau2 yg tidak enak dan haba panas dari bilik kerja aku....

xzos fan

Hasilnya ekon jd bertambah sejuk, cepat sejuk dan bila ekon off lambat nak panas balik.... Jimat ekon....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...