Khamis, 18 Ogos 2011

Raya x sampai 2 minggu lagi......

Mesti org ingat aku duk kira brp hari lg nak raya kan?  Heheehe salah. Sebenarnya aku tgk kat tv la ni byk dah program raya sedang dirakamkan utk tayangan hari raya. Sibuk betul depa ni kan. Demi utk menghiburkan kita di bulan syawal. Xkan depa nak pi studio, buat rancangan itu ini, pada hari raya kan. Depa pon nak raya gak.
Masjid New Delhi

Tapi tu la kan......tugas masing2. Org lain sibuk berterawih, kita sibuk bershopping, org duk mengaji, kita buat kuih raya.......org duk berzikir kita tgk tv, rakaman program raya....Pendek kata semua org sibuk di bulan Ramadhan ni. Ada yg sedang bertungkus lumus siapkan tempahan kuih raya, baju raya, cat rumah, langsir, sofa...........bla bla bla....

Bagi aku biar la apa org lain sibuk, janji raya boleh balik kg raya ngan family aku. Hehehe. Fitrah x bayar lagi nih. Karang terlupa lak. Tolong ingatkan aku.

Dekat2 nak raya, memandulah dgn lebih berhati2. Jiran aku baru eksiden, jatuh motor, bengkak mata. Katanya ada org himpit. X kira la org himpit ka kita himpit, janji jangan eksiden. Jgn lupa baca doa naik kenderaan. X tahu? Search kat google sat jer dapat.

Pada ibu bapa, perhatikan anak2. Kot2 depa main mercun. Kot2 depa pi tusyen yg sesat. Org Islam zaman la ni cabaran nya lagi byk.

Kebuluran di Bulan Ramadhan

Title di atas x sesuai untuk Malaysia. Sebab di bulan Ramadhan lagi byk makanan dijual, dibeli dan dibuamg sebab x abis makan. Aku pun hari2 serba salah bila pi beli lauk untuk berbuka. Beli sikit takut x cukup, nak beli lagi karang tak habis pulok......Untuk menyelamatkan keadaan beli jer....kalau x cukup makan je mana yg ada. Kalau lebih hah pandai2la telan bagi habis. Jgn sampai terbuang. Bagi kucing, ayam makan,

Hati sayu, sebak bila aku search kebuluran kat google image . Terpampang gambar2 yg sgt2 menyayat hati. Aku dah lama insaf, tapi apa aku boleh buat utk bantu. Knp boleh jadi sampai lagu tu? Siapa yg salah?.......


Kedudukan negera2 kebuluran


Tengok kat peta ni, x jauh la negara2 ni dgn negera Arab yg kaya raya, seberang teluk tu je (Laut Merah). Somalia lak tepi laut jer. Byk negara yg kaya kat situ. Depa ni x bantu ka jiran depa. Ke tak sebulu? Kasta lain2. Tapi sesama Islam?

Cuba tgk jiran kita ada tak kebuluran. Bukan negara jiran, jiran sebelah rumah.....Jiran sebelah pun x kenal ker?

Harga Emas sudah naik

Ular Emas
Hari tu beli 7 gram je. Harga masa tu RM157 kot. Dah cecah RM1000. Tup tup tadi dok layan FB. Si Rajiv ni bgtau dah naik RM200. Sampai RM50 1 gram ko naik. Kalau aku beli 1 kg hari tu, dah untung RM50k ko. Isk...isk...dah terlambat.
Kalau aku jual yg tu agak2 berapa dapat ekk?????

Rabu, 17 Ogos 2011

MERDEKA RAYA

Walaupun raya dulu baru merdeka, dipanggil merdekaraya. Sebelom ni kongsiraya, depparaya. Psl pa raya asyik kat blkg je. Sepatutnya rayamerdeka, rayakongsi, rayadeppa. X puas hati betul.

Kali ni x byk bendera bertenggek atas bonet kereta, moto. Dah hlg ka semangat kmerdekaan, atau penat berpuasa sampai tak ingat pasal merdeka. Aku punya gambar profil masih terpacak bendera atas motor kira ok la.....
Merdeka

Yg gantung bendera kat rumah, kedai pun x nampak lagi..........bila nak gantung wei. oooooh lampu raya x gantung lg. Nak gantung sekali la yer.

Selasa, 16 Ogos 2011

DO IT YOURSELF (RECYCLE) PAGE

 Aku baru bukak page baru - DO IT YOURSELF (RECYCLE). Page ni aku akan post projek2 yg aku buat, yg kecil2 je. Ia adalah umum. X semestinya letrik elektronik saja. Sapa2 yg nak komen, nk bg cadangan dipersilakan. Mana tau ia berguna dan dapat membantu org ramai. Kalau page saya ni x cukup membantu boleh ler pi sini.

MELAYU DIKEBUMI CARA BUDDHA

Mesti ramai yg marah bila baca tajuk ni, ada yg rasa pelik, tertanya2. Jgn la cepat sgt naik angin. Selidik dulu pasal pa. Baca berita sampai habis. Aku dah baca.

Rasa sedih gak, tapi kalau dah idup cara Buddha dah, tinggal abis amalan Islam, Islam pada nama dan ic je. Dah berkeluarga, suami, anak semua buddha. Jabatan Agama Islam nak wat camna lg dah.

Sebenarnya di kalangan kita ramai lagi yg Islam hanya pada nama dan ic je. Rukun Iman, Rukun Islam??? Dosa pahala?????? Syurga neraka????Tak takut tak heran. Perintah tak dilaksana, larangan pula dilakukan.
Aku pun bukan nyer alim, tapi berwaspada gak. Kadang2 terbabas gak. Cepat2 patah balik sebelom jauh tersesat. Bila org tegor tu, dgr la jgn pi marah baalik lak...."kubur masing2 la". Dah buat silap ngaku la, jgn duk berdalih lak. Jgn duk menjawap lak.

Isnin, 15 Ogos 2011

Serena Williams

YES!! I can do it!
Mungkin ini kekurangan pada diri kita. X kira siapa kita sebelom ini, kita layak untuk capai apa sekali pon asal ada keinginan dan semangat juang yg tinggi. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan, hendak seribu daya, kalau x nak seribu dalih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...