Isnin, 25 April 2011

Kenapa aku hanya mampu pakai zxr250 je?


ZXR 250 GUA PUNYA
 Soalan cepu emas, tanya kat diri sendiri. Ini jawapannya.


1. Minyak itam, sebotol RM30 1 liter, moto ni pakai 2.6liter. Jadi kena pkai 3 botol = RM90 + filter RM50 = RM140. Tiap2 5000km kena tukar. Setahun 2-3 kali.

2. Tayar depan cokia punya RM200, blkg RM250. 2 tahun 1 kali tukar.
Ada hati ke nak pakai bridgestone?
 ???
  3. Sproket 1 set RM390. 2 tahun 1 kali tukar.

4. Sekali tu suis rosak, tgh speeding moto mampus.....panggil lori angkut pi kedai. suis rosak, RM350.

5. Plate brake disc 1 set RM65. Depan disc ada 2, jadi la 2 x RM65= RM130

6. Hos macam mesin basuh kat atas tank, 1 je RM85 x 2 =RM170

7. 2008, timing chain putus sebab tarik panjang sgt masa gear 1 dan 2, timing chain mmg dah longgar, gatai. Engine jam. Tukar camshaft, crankshaft, head block dll =RM8500

8. Roadtax + insurans = RM200++ single rider 3rd party
9. injap minyak untuk normal dan reserve  = RM250


Kenapa aku nak pakai gak??????


1. Minat

2. Bawak mmg syok

3. Laju (200km/j), pick-up power

4. Bunyi syok

5. Harga x jatuh, naik lg ada.

6. Enjin 4 silinder, 16 valve

7. X mkn minyak kuat

8. Ada byk kelab

Sabtu, 23 April 2011

Nama Islam Untuk Baby Perempuan

Hiasan credit to gedungilmu
Arisha - highness, kebesaran, kekuasaan
Arissa - Bright, terang, bercahaya,cerah
Husniya, Husniyah, Husna - cantik
Harizah - kubu, benteng
Hazirah - pilihan terbaik
Haarisa - memelihara

Nadzifah - bersih, murni
Nazahah - murni,adil,jujur
Nazihah - bersih dari noda
Nazurah - pemimpin yg disanjung
Naureen - cahaya terang
Nawwarah - yg amat bercahaya
Nazhirah - setara, sepadan, menjadi pusat perhatian
Nazeerah - penegur
Naziha - jujur
Nazhwa - bersemangat, ghairah
Nadhira - yg berseri-seri

Sapa2 berminat boleh tolong padankan 2 nama di atas. Saya akan pilih yg terbaik. Terima Kasih.

Jumaat, 22 April 2011

A Great Ship and A Small Tap


a great story from my inbox.......for share

Dari TN. Syed


emel diterima dari Tn. Syed
Dalam Al-Ihya menulis: Dalam diri manusia terdapat 4 sifat:
  1. sabiyah (kebuasan)
  2. bahimiyah (kebinatangan)
  3. Syaithaniyah (kesyaitanan)
  4. Rabbaniyah (ketuhanan)
Jika sifat rabbaniyahnya berhasil mengalahkan dan  mengendalikan ketiga sifat yang lain, maka akan timbul sifat-sifat yang baik seperti:
  • menjaga kehormatan diri (iffah)
  • cukup dengan apa yang ada (qanaah)
  • tenang
  • zuhud
  • wara’
  • takwa
  • malu
  • jujur
  • berani
  • dermawan
  • sabar
  • suka menolong
  • tahan menderita
  • suka memaafkan
  • teguh pendirian
  • mulia
  • pandai
  • selalu ceria (senyum)

Riak 

Allah menyukai orang-orang yang baik, bertakwa dan tidak terkenal yang bilamana mereka tiada, mereka tidak akan dicari, dan bilamana mereka ada, mereka tidak dikenali.
(Sedutan hadith yang panjang riwayat Umar bin Khattab r.a)
Mudah-mudahan mereka-mereka itu adalah kita insyaAllah, amiin…

Penyakit umat

Rasulullah s.a.w bersabda: Kelak akan menimpa umatku penyakit umat-umatku terdahulu, iaitu penyakit sombong, kufur nikmat, dan lupa diri dalam memperoleh harta dan bermegah-megah dengan harta. Mereka terjurumus dalam jurang kemenangan dunia, saling bermusuhan, saling iri dengki dan dendam sehingga melakukan kezaliman.
(Hadith Riwayat Al-Haakim)
Semoga Allah melindungi kita dari musibah ini… aamiin

Sabtu, 16 April 2011

PROMOSI BATU KURAU

Dulu kalau sapa2 tanya asal mana? aku jawab Tepeng (Taiping), kalau jawab Batu Kurau nak kena bagitau gak Batu Kurau tu kat mana. Lani tak payah dah walaupun ramai tak tau tang mana Batu Kurau tu, tapi depa dah pernh dengar nama Batu Kurau ni. Mesti depa akan kaitkan dengan derian (durian). Sebab tu la kalau korang gi Batu Kurau akan ternampak tugu buah durian gergasi ni.

Pekan Batu Kurau


Durian Gergasi













Batu Kurau ni macam pekan koboi la. Dulu ada kuda padi berkeliaran, lembu dan kambing pun ada duk ronda kat pekan ni. Alhamdulillah la ni dah tak dak dah mungkin dah kena komplen, tuan binatang2 ternak ni dah tambat kot tak pun dah buat kandang.
Bangunan kedai masih lagi bangunan lama. Masjid dan balai polis baru diubahsuai, masjid dah siap, balai polis tak siap lagi.
 Kalau musim derian kat pekan ni pun boleh dapat. Tapi nak murah lagi kena la masuk kampong. Kampong Changkat Perah, Repoh, Sempeneh. Lebih kurang 5-6km lagi dari pekan ni ada lagi tempat longgokan derian di Kg Air Itam, Jelai.

Durian
Buah derian ni luar nampak sama tapi isi dalam tuan pokok je tau. Tanya orang yang jual semua dia kata ok. Balik rumah, koyak je ada yang tawar, mangka, isi nipis, buruk la macam2 lagi. Tapi kalau tanya orang kampong nak buah gini2 dia tau pokok mana yang buah macam tu. Mahal pun takpa puas hati kan. Sebab tu ada setengah orang beli derian makan kat situ gak, ada yang koyak isi buh dalam tupperware, kulit tinggal je kat situ. Bawa balik kulit buat pa, bkn boleh makan pun. Masa ni la kita dapat tengok isi dia tebal ka nipis ka tawar ka. Penjual mesti susah hati la, kena koyak buah tak elok

Selasa, 12 April 2011

Dari Timur Tengah


Kumbang Mekah
 Kumbang Mekah ni diberi oleh seorang kawan yang sedaranya baru balik dari haji. Dia bagi kat aku sebab dia tahu anak aku ada penyakit penat. Alhamdulillah setelah 4 ekor, seekor sehari dimakan oleh anak aku bersama nasi selepas dipenyet kumbang ni terlebih dahulu, dah x kena penat lagi. Kalau tak nak campur ngan nasi pun boleh, ini budak2, kalau dia terasa lain je mesti di luahnya. Sebab tu disuap bersama nasi.
Yang syoknya kumbang ni cepat membiak. Yang bulat putih 3 ketul tu namanya ragi. Kumbang ni makan dan tinggal dalam ragi tu. Nampak macam tak byk ekor je, tp kalau tgk btul2 dlm ragi tu ada lagi. Hasil ternakan aku dah tersebar. Aku bagi kat kawan aku, adik ipar ngan mentua dia seorang seketul ragi yg ada kumbang di dlmnya. Dia pon naik seronok tgk dia membiak.
Menurut sorang pakar perubaan tradisional ni, kumbang ni memang diguna utk merawat sakit penah/lelah/asma. Budak2 sepatutnya diberi sekor je seminggu, sebab kumbang ni panas. Takut bdk x tahan. Kalau orang tua ikut tahap penyakit la, ada sampai 4 ekor sehari ditelan.



Habbatus Sauda
 Yang ni pula habbatus sauda yang disebut dalam Al Quran, ubat segala penyakit kecuali mati. Aku beli kat petronas permatang pauh, RM1.50 sebungkus. Dah lama diperkenlkan, dalam kopi segera pun ada. Cara makan dia senang je, ambik 7 biji, selalunya aku ambik lebih, dikunyah je, rasa xla pahit sangat tapi mmg x sedap la. Ubat punya pasal telan la. Jgn lupa bismillah, selawat yer. Doa la untuk hilangkan penyakit kita. InsyaAllah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...