Halaman

Isnin, 5 Januari 2015

Tahun Baru 2015 dan Maulid Nabi

banjir di kelate
Alhamdulillah kita dah masuk tahun baru 2015 dan baru saja menyambut Hari Keputeraan Junjungan Besar Nabi Muhammad S.a.w.

Tp seblom kita dikejutkan dgn banjir besar di Pantai Timur yang menenggelamkan hampir seluruh negeri Kelantan. Kemudian belum pun reda dgn kehilangan MH370, kita turut bersedih dgn nasib yg menimpa pesawat Air Asia yg membawa 162 penumpang termasuk krew.

Namun demikian setelah banjir surut, keperitan mangsa banjir di pantai timur lebih terasa. Melihatkan kediaman dan barangan rosak teruk dan berlumpur, luluh hati dan hibanya perasaan.


Alhamdulillah, mujurlah rakyat Malaysia x henti2 mengumpulkan segala keperluan utk diagihkan kepada mangsa banjir samada dalam bentuk wang ringgit dan makanan serta pakaian. Semoga bantuan yang sedikit ini mampu merehatkan sebentar beban emosi yg mereka tanggung.


Setiap kejadian pasti ada hikmahnya....Tp bkn sng utk hati menjadi redha dgn takdirnya. Ya Allah berilah kekuatan kepada kami utk menghadapi segala ujian Mu.....sesungguhnya kami adalah hamba Mu yg sgt lemah....

Kawan semasa senang, senang dicari, tp kawan di masa susah jarang dikenali...

Berbakttilah tanpa mengharapkan balasan dan sanjungan manusia. Allah saja lah yg selayak2 memberi pembalasan.

Wallahua'lam..........
Air Asia 8501


Tiada ulasan:

Catat Ulasan