Halaman

Khamis, 19 April 2012

Nak jimat pun x boleh.......

Kalau x jimat, dah menipu namanya. Tapi kalau jimat, selamat, apa salahnya digunakan. Aku baru nak buat.

RABU, 18 APRIL 2012

Tidak wujud alat jimat elektrik 40%

Pengguna di negara ini dinasihati agar tidak terpengaruh dengan alat penjimatan elektrik yang didakwa dapat menjimatkan penggunaan tenaga sehingga 40 peratus.

Ketua Kawasan Suruhanjaya Tenaga (Pulau Pinang, Kedah, Perlis) Md Zakuan Ibrahim berkata dakwaan itu tidak tepat dan Suruhanjaya Tenaga telah menarik balik perakuan sejak tiga bulan lepas.

”Perakuan yang diberikan oleh Suruhanjaya Tenaga hanyalah dari aspek keselamatan dan bukannya dari aspek penjimatan penggunaan tenaga elektrik. Ini mengelirukan pengguna.

“Alat itu hanya menjimatkan penggunaan tenaga antara satu hingga lima peratus sahaja bukan 40 peratus,” katanya kepada pemberita selepas majlis Program Bersama Pemimpin Komuniti Peringkat Pulau Pinang, di sini, Selasa.

Beliau juga meminta pengguna membuat laporan kepada suruhanjaya itu jika masih ada syarikat menjual peralatan sedemikian. 

“Pihak kami akan memanjangkan aduan itu kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk tindakan lanjut, kerana tiada peruntukan khusus di bawah suruhanjaya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat terbabit,” katanya.

Beliau berkata alat itu yang sudah berada di pasaran sejak 10 tahun lepas dijual pada harga antara RM200 hingga RM400.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan