Halaman

Rabu, 11 Januari 2012

Apa beza Perancis dengan Malaysia

petikan berita kosmo


KENAIKAN harga minyak dan kesedaran berhubung isu alam sekitar mengakibatkan basikal berkuasa elektrik kini menjadi ‘kegilaan’ terbaru di Eropah. Di Malaysia??????
Basikal elektrik mempunyai motor yang senyap dan mudah untuk dikendalikan di setiap lorong serta jalan raya yang sibuk di bandar-bandar besar di Eropah.
Basikal itu juga lebih pantas dan ia tidak memenatkan pengguna serta mudah untuk mendaki bukit yang curam.
Harga basikal itu kini lebih murah kerana ia diimport dari China dan tidak menggunakan minyak sekali gus membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar. Di Malaysia??????
Basikal letrik di paris


Seorang pemilik kedai basikal di Paris, Perancis, Olivier Birault berkata, basikal itu kini banyak menyusuri jalan-jalan raya di beberapa bandar raya Eropah yang lain.
“Basikal elektrik kini menjadi satu bentuk pengangkutan yang baru,” katanya.
“Selepas perang, budaya mengayuh basikal di Perancis telah hilang dan dianggap sebagai ketinggalan zaman atau untuk orang miskin.
“Bagaimanapun, basikal kini kembali semula dan dengan lonjakan harga minyak baru-baru ini, jualannya juga meningkat,” jelasnya.
“Basikal itu merupakan permulaan kepada satu revolusi elektrik.
“Pengguna kini sedang menanti kereta elektrik pula,” katanya.

Menurut data, lebih 10,000 buah basikal elektrik dijual di Perancis pada tahun lalu, meningkat sebanyak 6,000 unit berbanding tahun sebelumnya dan trend itu juga mula melanda negara Eropah yang lain.
Jualan basikal yang berkuasa elektrik di Jerman pada tahun ini dijangka meningkat dua kali ganda berbanding jualan pada tahun lalu yang mencecah 60,000 unit. Di Malaysia??????

Tiada ulasan:

Catat Ulasan