Halaman

Jumaat, 11 November 2011

Rezeki Tuhan yang bagi..............

tawakal tu yg utama

Ayat yg biasa kita dengar tapi x ramai yg faham maksudnya atau salah ertikan. Memang benar rezki Allah yg bagi, tapi kita kena la usha. Kalau kena caranya Allah bagi la, kalau x xde la. Mungkin bukan rezki kita, atau ada yg lebih baik yg ALlah nak bagi. Rezki ni urusan ALlah, kita mana tau.

Ada orang usaha bersungguh2, tp x dapat, ada org usaha sikit tp dapat, ada yg x usha pon dapat. Tp x semua la. Semua ini adalah perkiraan Allah. Kita usaha dan kita berdoa, selebihnya tawakkal.

Sabda Rasulullah SAW:
“Sekiranya kamu bertawakkal kepada Allah dengan tawakkal yang sebenar-benarnya, maka akan diberikan rezeki kepada kamu, sebagaimana burung diberikan rezeki, yang mana ia pergi di pagi hari dalam keadaan lapar, dan pulang pada waktu petang dalam keadaan kenyang, penuh perutnya” (Hadith riwayat Tirmidzi, Hadith Hasan Sohih)

Kita x tau ada rezki ke xder kalau kita x cuba, walau kita nampak macam x boleh tp bg Allah xder yg mustahil. Sebab tu la kita x leh mudah putus asa, putus harapan. Mesti ada jalan dan penyelesaian. Dan kalau dah memang bukan rezki kita, kita kena la redha.

Laki-laki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak (pula) oleh jual beli daripada mengingati Allah, dan mendirikan solat, dan menunaikan zakat. Mereka takut kepada hari yang (pada hari itu) bergoncang hati dan penglihatan. Supaya Allah memberikan balasan kepada mereka, lebih baik daripada apa yang telah mereka kerjakan, dan supaya Dia (Allah) menambahkan kurnia-Nya (Allah) kepada mereka. Dan Allah memberikan rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (Allah) tanpa perhitungan. (Surah Al-Nuur:37-38).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan