Halaman

Isnin, 14 November 2011

Cari calon suami nak yg berduit......isteri yg solehah....kita????

Utk anak2 dara yg tengah mencari suami............mesti tgk poket kan. Kerja mau standard, gaji mau ribu2 la.......Kalau kerja biasa2 kena reject awal2 lagi. Pikir masa depan konon. Ada menda yg deme x paham ni.

Cuba baca ayat ni.........
“Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (An Nuur: 32)

Maksudnya kalau kita miskin pun Allah akan membantu. Betul tak. Jadi kalau lelaki tu  x dak kerja pun boleh bagi kawen. Asalkan dia mahu mencari nafkah. Jgn  yg miskin kerana x mau buat kerja, suka meminta2. Mengharap simpati je.

Tapi cuba baca ayat ni plak.....

lelaki yg baik adalah untuk wanita2 yg baik...

“Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula),dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”. (An Nuur : 26)

Kalau nak pasangan yg baik, soleh, solehah, rajin kita kena perbetul diri kita dulu la. Kalau kita pun x betul, dapat pun yg x betul la. Jgn duk komplen..............

baca lagi di sini
http://ustaznaim.blogspot.com/2011/11/janji-allah-untuk-mereka-yang-ingin.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan