Halaman

Jumaat, 28 Oktober 2011

Tidak sempurna iman seseorang kamu....

Jika kamu tidak mengasihi sedara mu sepertimana kamu mengasihi diri kamu sendiri.

Tudia ayat dari khutbah jumaat tadi. Bukan nak bgtau aku gi jumaat td. Tapi nak sama2 fikirkan, sempurna x iman kita. Pernah x kita diuji dan berjaya membuktikan iman kita sempurna. Tak yah tgk kat somalia, palestin, libya, iran, iraq, afghanistan, tgk sedara kita di Malaysia dah la.
Mereka adalah sedara seagama kita
Kalau sesuatu dah berlaku, atau akan berlaku, atau mungkin berlaku kepada sedara kita, adakah kita akan membantunya atau buat tak tau lantak ke dia? Aku rasa aku pun iman x sempurna lagi. Kenapa?

Yg mudah2 jer. YG hari2 berlaku depan kita? Aku nampak org Islam susah, ada aku bantu? Aku nampak moto jiran aku terbalik tp ada aku p tolong angkat? Hari nak ujan tp jiran jemur kain ada aku beritau dia? Dan yg sewaktu dgnnya..................

Ayat org sekarang ni "ada aku kesah". Kena dia mati esok org kata lagu tu, pakai busuk la xdak org nak kebumi.

Bulan posa baru ni, aku balik keja, minyak moto abis. Jadi aku pun tolak la. TIba2 berenti mamat moto sorg tanya "Abis minyak ka bang?". Aku pun angguk je la. "Jom saya tolak sampai stesen minyak". " Terima Kasih". Nasib baik aku teringat nak ucap terima kasih.

Baru aku teringat, byk kali aku terserempak ngan org duk tolak moto, ada aku berenti tanya???????

Tiada ulasan:

Catat Ulasan