Halaman

Isnin, 26 September 2011

Pakatan Rakyat dan Hudud

Boleh Jalan
Jgn peduli la depa tu. X mau hudud sudah pi duk jauh2. Yg penting org Islam semua kena sokong. Perlu ka kita akur pada org yg bukan ahli. Depa x tau pa pon. Negara Islam pun x mau. Dah tau dah dari awal2 lagi.

Jgn ada org Islam yg tentang dah la. Tp pada entri aku yg lepas ada cerita bekas Mufti Perlis kata Hudud x sesuai. Dah mufti kata, kita ikut je la. Tp la ni Nik Aziz nak laksana pulak Hudud di Kelantan, katanya dulu dah minta tp Tun Mahathir x kasi. Minta kat Najib lak. Dapat tak dapat lain cerita, lepas la tanggungjawab kita. Biar yg x bagi tu tanggung.

Sebenarnya ramai yg x faham tentang Hudud sebab tu depa tentang. Kena pi terang seterang2nya kt depa bagi paham betui2. Mungkin lepas tu depa buleh la terima.

Petikan dari Utusan :
KOTA BHARU 23 Sept. – Pengerusi DAP, Karpal Singh mesti menghormati pendirian kerajaan Pas Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud kerana ia adalah hak masyarakat beragama Islam sebagaimana Pas menghormati sebarang tuntutan orang bukan Islam.
Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz (gambar) berkata, suara-suara penentangan yang mahu menyekat pelaksanaan hudud termasuk oleh Karpal Singh tidak boleh diterima pakai kerana ia berlawanan dengan objektif pakatan pembangkang sendiri yang memperjuangkan hak kebebasan rakyat.
Beliau mendakwa, penduduk di negeri ini sudah bersedia untuk melihat hudud dilaksanakan setelah lebih 20 tahun mereka berada di bawah kerajaan Pas.
“Pakatan pembangkang menuntut kebebasan untuk rakyat dalam semua aspek, orang bukan Islam ada haknya dan orang Islam juga ada haknya kedua-duanya kita bagi.
“Jadi, sebarang unsur dan suara yang mahu menyekat kebebasan ini kita tolak, asasnya begitu, tidak kira penentangan itu daripada Pas sendiri atau DAP.
“Rakyat Kelantan yang sudah memilih Pas lebih 20 tahun jelas mahukan hudud, tiada sebab rakyat pilih kita tetapi tolak hudud kerana kitalah satu-satunya parti yang memperjuangkannya sejak sekian lama,” katanya kepada Utusan Malaysia selepas menyampaikan kuliah di hadapan pejabat Badan Perhubungan Pas negeri di sini hari ini.
Nik Abduh berkata demikian ketika diminta mengulas reaksi Karpal Singh sebelum ini yang menolak penubuhan negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud atas alasan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Kenyataan Karpal Singh itu mendapat perhatian Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam yang tidak kisah sekiranya DAP mahu meninggalkan pakatan pembangkang disebabkan hudud.
Nik Abduh berkata, walaupun beliau tidak menganggap Karpal Singh sebagai individu yang menyusahkan Pas, tetapi pemimpin DAP itu tidak seharusnya mendendangkan lagu serupa setiap kali isu mengenai hudud diutarakan.
“Ini benda lama, jadi bila Karpal Singh mengulang benda lama, ayah (Nik Abdul Aziz) pun beri jawapan lama iaitu kami tidak kisah sekiranya ada pihak yang mahu keluar daripada pakatan pembangkang kerana tidak bersetuju dengan hudud.
“Kita hormat Karpal Singh kerana beliau adalah pejuang yang konsisten melawan kezaliman dan dia juga kena hormat kepada kita,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan