Halaman

Jumaat, 26 Ogos 2011

Marah Kerana Cinta, Bukan Kerana Benci……………..

Saya masih ingat sikap ‘unik’ (aneh) sesetengah orang-orang kita dulu.  Ruang di bawah rumah mereka selalunya diperuntukkan untuk meletakkan barang usang yang ‘kurang’ atau tidak perlu.  Selalunya botol-botol, tin-tin atau papan-papan buruk.  Entah kenapa semua itu tidak dibuang.  Hanya diletakkan begitu sahaja.  Diguna tidak, dibuang pun tidak.  Peliknya, apabila barang-barang ‘antik’, itu hendak diambil oleh orang lain, cepat-cepat pula mereka melarangnya.  Tak boleh – nak guna, sayang dan macam-macam alasan.

GGGGrrrrrrr......

“Kita dengan sunnah, seperti orang tua-tua dahulu dengan barang-barang usang di bawah rumah.  Nak digunakan tidak, nak dijunjung jauh sekali, tetapi bila ada orang lain nak mengambilnya, barulah heboh konon nak digunakan.” “Bagaimana kita hendak tunjukkan perasaan marah?” “Demonstarasi depan manusia.  Depan Allah, kita berdoa.  Kita muhasabah, sejauh mana kecintaan kita kepada RasulNya. 

“Kemarahan cuma bermusim.  Hanya luapan sentimen berkala.  Namun kegigihan, kebijaksanaan, perancangan dan ketabahan jangka panjang amat perlu.”  “Maksud puan?” Jelas mereka terpancing dengan kilasan dan kiasan kata-kata.  Jangka panjang, sudahkan kita mendidik generasi muda mencintai Rasul dan keluarganya? Saya risau generasi muda yang mabuk hedonism kini tidak akan punya kemarahan yang sama seperti yang kita alami!”
 
“Saya ada kawan-kawan sebaya yang hidupnya lintang pukang, tapi masih marah bila Rasulullah dipersendakan.   “Hidup lintang-pukang? Macam mana tu?  “Rock habis.  Sembahyang tidak.  Bergaul bebas biasalah…… tapi cinta mereka terhadap Rasul tak luntur.”  “Ajak mereka sembahyang dulu.  Tak buat demontrasi pun tak apa.  Cinta dulu, marah kemudian.  Bila ada cinta, pasti ada marah bila kecintaan dicela.  Tapi kalau marah saja, belum tentu ada cinta……..”
“Agaknya orang tua tu marah tak kalau kita ambil barang- barang berharga di atas rumah?” Tanya orang tiba-tiba.  “Orang tua mana?” Tanya saya semula. Hairan.  ‘Orang tua dalam analogi encik tadi.”  Oh…… soalan tu kurang ummph…..”, gurau saya.  “Habis soalan apa yang ummph?  Agaknya orang berani tak hendak minta barang di atas rumah?  Berbanding barang usang di bawah rumah?” balas saya.
Termenung lagi dia….. Seronok rasanya ‘membimbing’ siswa ini berfikir.  Terimbau luapan semangat saya sewaktu di kampus dulu.  Tiba-tiba dia bersuara, “tentu tak berani, kerana barang di atas rumah tentu lebih berharga.”
“Puan ni…tak sangka ke situ pula kiasannya” Kita mesti menghormati diri sendiri terlebih dahulu, barulah orang lain akan menghargai kita.  Justeru, jika kita marahkan musuh yang mengecam, marahkanlah juga diri kita yang tidak benar-benar mencintai…….
Alhamdulillah, saya yakin, kini marahnya kerana cinta bukan kerana benci………………….

“Ballighu ‘anni walau ayah”
Kak Chaq

coretan kak chaq

Tiada ulasan:

Catat Ulasan