Halaman

Selasa, 1 Mac 2011

Buah Star, staq, gondang

Buah Star, Staq, Gondang
     Tengok aja buah ni meleleh air liur aku. Di kampong, pokok dia ada di tepi laman depan rumah aku. Kalau berbuah memang laku sangat, sat orang mai tanya nak beli. Kalau jual kat kedai sekilo RM5-6. Kira mahal tu, sama ngan harga getah la ni.
     Buah ni kalau masak warnanya oren keemasan, tak masam dah, manis. Yang masamnya yang ada hijau2 tu.
     Kalau nak cecah, cecah ngan kicap campur gula, garam sikit. Peeerrrgggghhh! Melekat.
     Satu je kemusykilan kat sini. Kat kampong aku dema panggil buah star, mai kedah penang jadi staq,ada yang panggil gondang lak. Ada yang kata buah gondang besar lagi. Biar je lah, janji buah dia yang ini, biji warna biru. Kalau tergigit, kelatnya masyaAllah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan