Halaman

Isnin, 28 Mac 2011

Balik Kampong

Hari sabtu kelmarin aku balik kampong di Perak. Hujan dah turun dari P.Pinang lagi. Sampai di Gunung Semanggol ada sebijik kereta tiba2 je keluar. Nasib baik aku bawak slow, dia pun bawak slow, nak marah gak aku. Sampai lepas jambatan merentasi highway dia slow, kereta depan dia berenti tepi. Aku pun slow la. Ada mamat moto di depan sebelah kanan memberi isyarat suruh masuk simpang kanan. Aku ingatkan banjir kat depan tak leh lalu sebab dia duk tgh jalan, kona lak tu. Jalan simpang tu mungkin shortcut kot. Kereta depan aku pun masuk simpang tu, aku pun ikut la. Bini aku tanya jalan ni tembus kot mana? Mana aku tau kita ikut la keta depan ni. Sebelah kiri jalan tu ada kubur sikit je. Aku ikut keta tu masuk ladang kelapa sawit tu. Sampai kat kona tu aku nampak sekumpulan lelaki sedang sibuk menggali kubur di sebelah kiri jalan. Ada keta parking kat depan tu. Aku pun tanpa berlengah lagi terus kona kanan nak patah balik la. Keta yang berenti tadi pun masuk gak. Aku pun berpatah balik ke jalan utama tadi terus memecut balik kampong aku. Bini aku gelakkan aku, banjir la, shorcut la rupanya mamat tu tunjukkan jalan kat saudara dia untuk ke kubur. Gelak la apalagi, tapi sedekahla Alfatihah pada si mati. Mungkin sedara mereka meninggal.

al kisah 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan