Halaman

Selasa, 29 Mac 2011

Potret

Harussani


MJ
 Potret ini aku terjumpa masa duk kemas rumah kelmarin. Saja nak share. Dah tak der idea nak post kat sini. Aku pun dah lama berenti melukis ni. Anak kacau. Dia pun sibuk nak lukis gak. Bagi kertas lain pun dia nak lukis kat kertas kita gak. Nak melukis kena fokus, kalau duk kena kacau camtu sah la tak jadi. Kalau tak kacau pun tak jadi gak. Ni la yang dikatakan bakat. Walau pun latihan dah kat 1000 kali tapi hasilnya mcam ni jer. Dah berbelas tahun dah aku melukis. Korang boleh la nilai sendiri. Aku pun masih tak puas hati lagi. Masih terus mencuba. Masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki tapi tak berjaya diperbaiki lagi. Ada yang matanya besar sebelah, muka bulat jadi panjang, senget jadi tegak, simetrinya tak betul2 lagi.

Anakku

SY


YUSRI


Hadi






















kpah





 Ni gambar kpah kita. nampak macam ada rupa gak, tapi tgk lama2 mcm sapa ntah. Kita tunggu tuan punya badan komen, atau kalau ada member2 dia yang dah cam tu boleh la komen. Sekali tengok je dah boleh kata jadi ke dak. Tq.







A.Bachan

Aliff

Pie

Ally

Tomok









Fazli Sham


Pak Uda

Sapa ni?



Aaron


Isnin, 28 Mac 2011

Balik Kampong

Hari sabtu kelmarin aku balik kampong di Perak. Hujan dah turun dari P.Pinang lagi. Sampai di Gunung Semanggol ada sebijik kereta tiba2 je keluar. Nasib baik aku bawak slow, dia pun bawak slow, nak marah gak aku. Sampai lepas jambatan merentasi highway dia slow, kereta depan dia berenti tepi. Aku pun slow la. Ada mamat moto di depan sebelah kanan memberi isyarat suruh masuk simpang kanan. Aku ingatkan banjir kat depan tak leh lalu sebab dia duk tgh jalan, kona lak tu. Jalan simpang tu mungkin shortcut kot. Kereta depan aku pun masuk simpang tu, aku pun ikut la. Bini aku tanya jalan ni tembus kot mana? Mana aku tau kita ikut la keta depan ni. Sebelah kiri jalan tu ada kubur sikit je. Aku ikut keta tu masuk ladang kelapa sawit tu. Sampai kat kona tu aku nampak sekumpulan lelaki sedang sibuk menggali kubur di sebelah kiri jalan. Ada keta parking kat depan tu. Aku pun tanpa berlengah lagi terus kona kanan nak patah balik la. Keta yang berenti tadi pun masuk gak. Aku pun berpatah balik ke jalan utama tadi terus memecut balik kampong aku. Bini aku gelakkan aku, banjir la, shorcut la rupanya mamat tu tunjukkan jalan kat saudara dia untuk ke kubur. Gelak la apalagi, tapi sedekahla Alfatihah pada si mati. Mungkin sedara mereka meninggal.

al kisah 


Jumaat, 25 Mac 2011

Buat Ibu2 dan Para Isteri: Petua Menggoda Suami di Usia 40an.


kali ini panjang sedikit... dan off politics, sebenarnya sejak dua menjak ni.. gua banyak terbaca kisah isteri curang, suami main golf kat hotel dan pelbagai lagi.. dah tu banyak pula blog2 yang mengisahkan cerita sebegini, gua baca pun naik gerun.. apalah nak jadi dengan dunia sekarang ini seolah2 perkara itu tiada dosa dan pahala...

So... di sini gua nak berkongsi maklumat dengan para ibu2, mama2, mummy2 sekalian macam mana nak tambat laki masing2..., supaya tidak meletakkan segala kesalahan terhadap sang suami sahaja jikalau si suami dah mula dingin dan mula melirik mata kepada wanita lain, tambahan pulak perempuan sekarang ni.. lebih berminat dengan suami orang... perghhh.. ada potensi nih...

Kalau dapat suami mithali macam gua... selamatlah dunia akhirat..., kalau dapat suami yang jenis mengatal tu... amacam...??? Tapi tidak semua kesalahan berpunca dari suami, adakalanya si isteri yang membuatkan si suami mula terasa kepanasan dan bosan apabila duduk di rumah... nak cakap salah tak cakap pun salah jugak kan..., lu orang bacalah sendiri kat bawah tu...

ANGKA 40 membawa persepsi yang berbeza terhadap lelaki dan wanita. Bagi lelaki usia 40 dianggap sebagai permulaan hidup baru, semangat baru, semakin matang. Bagi wanita usia 40 dikaitkan dengan perkara-perkara negatif, dan selalu dikaitkan dengan musim saham mula menurun. Bukan berniat merendahkan orang perempuan, jauh sekali untuk memperlekeh kaum wanita. Cuma saya ingin bercakap perkara yang betul di depan mata. Satu hakikat perihal Adam dan Hawa.

Macam mana pun golongan pejuang wanita menegaskan tidak ada beza antara lelaki dan perempuan, saya tetap berasa ada perbezaan yang jelas. Ini bukan soal fizikal - yang memang jelas ada bezanya - tetapi ciri-ciri lain yang menyebabkan Leha dan Leman tidak serupa.

Sebenarnya, awal-awal sudah berbeza. Dari segi tahap kematangan semua orang mengakui perempuan lebih cepat dewasa berbanding lelaki. Anak perempuan baligh lebih awal dari lelaki. Ada gadis yang mula haid seawal sembilan tahun. Sebaliknya, ada lelaki yang sudah masuk usia 17 belum ada apa-apa.

Mereka yang mempunyai anak-anak lelaki dan perempuan boleh melihat hal yang sama. Baru darjah enam anak perempuan sudah boleh diharap mengemas bilik tidur, mencuci pinggan mangkuk, membancuh susu adik. Anak lelaki sudah tingkatan tiga pun masih tidak tahu apa-apa.
Sebab itu orang putih kata, kehidupan seorang lelaki bermula pada usia 40 tahun. Konon, pada usia ini lelaki menjadi lebih matang, tepat membuat keputusan, bijak memberi cadangan, lebih penyayang, lebih prihatin, lebih itu, lebih ini. Hanya satu yang tidak sedap, malah tidak adil: konon pada usia 40 inilah degree kemiangan lelaki dikatakan semakin meningkat!

Miang, gatal, merenyam, gelenyar…banyak lagi istilah-istilah (maaf, sesetengahnya tidak sesuai disiarkan sebab kedengaran kurang sopan) yang seerti dengannya untuk menggambarkan perangai lelaki setelah melewati usia empat puluhan. Orang perempuan selalu memberi alasan yang serupa untuk menguatkan andaian bahawa lelaki memang miang. Antaranya, yang paling biasa: suami mula menjeling wanita lain, suami mula main kayu tiga, suami kahwin baru.

Bukanlah hendak menyebelahi lelaki, tetapi pada hemat saya andaian seperti itu adalah rambang, dan sekali gus tidak adil. Sebab, bilangan suami yang main kayu tiga, atau membuka `cawangan' baru adalah kecil, terlalu kecil. Mungkin yang jeling-jeling wanita lain ramai, tetapi percayalah jelingan itu tidak membawa apa-apa mudarat. Lagi pun ada sebab suami menjeling wanita lain. Maaf cakap, ketika suami mula `meriah habis' pada usia 40, wanita pada usia tersebut dikatakan mula mengendur dan `dingin' dalam banyak hal.

Sebenarnya, ini diakui sendiri oleh ramai wanita, sebab itu mereka tidak suka usia empat puluhan disebut.
Pendek kata, angka 40 membawa persepsi yang berbeza kepada lelaki dan wanita. Bagi lelaki, usia tersebut dikaitkan dengan kematangan dan kehebatan, bagi perempuan, usia tersebut sering digambarkan sebagai peringkat saham menurun. Kalau ada suami yang mula menunjukkan tanda-tanda `keriangan' luar biasa, saya ada panduan untuk isteri menyekat suami main mata dengan orang lain. Kaedah ini tidak ada dalam buku motivasi suami-isteri, tetapi boleh dicuba.

Pertama, layan suami seperti biasa. Hangatkan suasana dengan kata-kata yang memberangsangkan. Contoh: "Fuhhh, misai abang sekarang tebal semacam, kita tengok pun geram!" Atau: "Abang sejak minum kopi herba tu, kita rasa luar biasa!"

Kata-kata seperti ini boleh membangkitkan semangat, dan suami merasa dihargai. Tetapi jangan cakap sahaja, isteri patut buktikan dengan perbuatan. Jika hanya pandai memuji misai, tetapi di bilik tidur isteri rebah dan tidur macam tunggul, pujian tentang misai itu tidak bererti langsung. Tidak guna menyiapkan kopi dengan tujuh ramuan herba, sekiranya di katil isteri berdengkur kuat seperti bom, tanpa sedikit pun menghiraukan perasaan suami yang seperti gelora tsunami.

Masalahnya ialah wanita pada usia 40, lebih-lebih lagi yang sudah beranak ramai, sudah mula dingin seks. Bukan putus haid, tetapi mula tidak berapa minat mengadakan hubungan kelamin. Mungkin sebab kesibukan di pejabat, atau letih melayan anak-anak sepanjang hari di rumah, isteri menjadi pasif di katil. Letak sahaja kepala di bantal, terus berdengkur.

Pada hemat saya, tanpa mengira usia, isteri patut bijak melakukan reaksi-reaksi hangat semasa berdua di kamar tidur. Mungkin boleh cuba urutan cakar harimau yang popular itu. Sambil mencakar boleh bergurau senda, dan puji-puji tentang misai. Kalau cakaran harimau sudah mengena, suami yang letih menjadi segar semula. Pasti suami akan membalas dengan cakaran kucing jantan.

Bayangkan apa akan terjadi apabila cakar berbalas cakar. Tentu harimau akan mengaum. Amaran: hati-hati sekiranya isteri berkuku panjang dan tajam, takut tersilap cakar luka pula kulit belakang suami. Akibatnya, suami berasa kesakitan dan mungkin menggunakan tendangan kambing gurun hingga isteri terpelanting bawah katil!

Kedua, isteri mesti terus bergaya. Sebenarnya wanita pada usia 40-45, masih cantik dan menawan. Masih anggun dan mempesona. Memanglah tidak `cun-melecun' seperti gadis belasan tahun lagi `trang-tang- tang'. Tetapi sekiranya bijak mendandan diri, suami pasti tidak menjeling pada orang lain.

Masalahnya ialah sesetengah isteri, terutama yang menjadi suri rumah sepenuh masa, tidak menghiraukan soal keterampilan diri. Tidaklah selekeh, tetapi kurang mesra alam. Rambut tidak disisir, menggerbang macam langsuir atau penunggu pohon beringin dalam Misteri Nusantara.
Dahi berkerut, bibir berkedut. Tanpa bedak, tanpa gincu. Pipi pun berminyak semacam. Sudahlah begitu, pakaian pun asyik kain batik lusuh dengan t-shirt Pagoda leher bulat yang ketiaknya terkoyak sedikit, tak pun dengan baju kelawar yang lusuh. Ini sudah menjadi uniform tidak rasmi suri rumah yang tidak berseni. Sesetengahnya langsung tidak berbaju, hanya berkemban. Sudahlah berkemban, nampak bulu ketiak keriting, betul-betul macam ibu si Tenggang.

Percayalah, kalau rupa seperti ini yang dilihat oleh suami setiap hari, belum masuk usia 40 tahun pun suami sudah menjeling wanita lain. Jika hari-hari melihat puntianak atau ibu si Tenggang, suami pun berasa muak juga. Suami pun hendak melihat benda-benda indah.

Sebenarnya, mendandan diri bukan susah sangat. Lagi pun kebanyakan suami tidak cerewet sangat. Suami tidak mengharapkan isteri menyambutnya dengan pakaian berjenama antarabangsa, atau jari lentik dengan kuku berwarna, bibir merah dan basah berkilat, rambut ikal mayang teknik rebonding, alis lentik bagai penari Mak Yong.

Apa yang dikehendaki oleh kebanyakan suami ialah penampilan seorang isteri yang kemas, sopan dan kelihatan manja. Jangan lentuk sangat, suami naik lemas pula. Rambut perlu disisir kemas, pada hari-hari tertentu (petang Khamis umpamanya!) boleh letak bunga ros di kepala. Tetapi, jangan pula terlebih hingga pacak bunga manggar di kepala. Nanti suami ingat isteri sudah sewel.

Pipi patut dihias supaya tidak nampak berminyak macam mamak jual capati. Kalau tidak mampu pakai bedak yang berjenama, bedak biasa pun boleh, asalkan disapu dengan kemas. Jangan asyik lumur dengan bedak beras sejuk sehingga wajah kelihatan seperti wayang China purba!

Tidak salah menyambut kepulangan suami dengan haruman. Semburlah pewangi yang boleh membangkitkan semangat. Kalau tidak ada pewangi pun gunakanlah haruman ash dari bunga cempaka, melur, kenanga atau lain-lain bunga wangi. Kalau pun teruk memasak di dapur pastikan bau serbuk kari, sambal belacan, budu, atau bau ikan pekasam goreng tidak melekat di tubuh. Amaran: jangan sekali-sekali ada bau semburan ubat lipas atau kapur barus pada tubuh. Mati selera suami.

Ketiga, mesti selalu senyum. Sambutlah suami dengan senyum paling manis. Senyum yang ikhlas, dan bukan dibuat-buat. Ingat, orang lelaki dapat membaca antara senyuman ikhlas dan senyum palsu. Tetapi, jangan tersengih tidak tentu pasal, nanti suami ingat isteri tersampuk puntianak sundal malam. Tidaklah diharapkan isteri mengurut-urut bahu atau dada suami sebaik masuk ke rumah, lebih-lebih lagi di hadapan anak-anak. Memadailah isteri menegur: "Abang nampak letih, boleh kita ambilkan air? Abang nak air sejuk atau air panas?"

Tetapi, jangan pula memberitahu suami benda-benda yang mungkin mematikan semangatnya, seperti: "Tadi ada orang datang, dia kata abang dah tiga bulan tak bayar ansuran kereta, betul ke?" Atau: "Orang sebelah tu beli TV 29 inci, boleh tak kita beli yang 36 inci?"

Keempat, ketika di bilik tidur. Ini paling penting, sebab bilik tidur adalah tempat rehat bagi suami isteri. Tempat tidur mesti selalu kemas dan menarik. Semburkan haruman supaya semerbak sepanjang malam. Sesekali taburkan bunga-bunga wangi di atas tilam. Barulah bersemangat untuk cakaran harimau atau cakaran kucing.

Malangnya, bagi isteri yang sudah melewati empat puluhan, bau haruman di kamar beradu biasanya tidak dihiraukan lagi. Tidak ada bau minyak wangi, seperti zaman baru-baru kahwin dulu. Apa yang memenuhi bilik tidur sekarang hanyalah bau minyak angin. Bilik tidur penuh dengan beraneka minyak angin. Penjuru katil ada minyak lenguh sendi, tepi bantal ada minyak sengal tulang, atas tilam ada minyak pening kepala, bawah katil pun ada minyak semput.

Walaupun sudah lenguh sana-sini, minyak-minyak itu bukan di kamar tidur tempatnya. Kalau setiap malam hidung suami tersumbat bau minyak angin, matilah seleranya untuk mencakar. Ini yang isteri kena faham.

Sekian, semoga bermanfaat

TOLONG TAMBAH SORANG SIKIT. TQ

Pengorbanan Seorang Suami.

Pada akhir zaman yang serba canggih dan moden ini, ramai isteri2 telah lupa pengorbanan yang dilakukan oleh si suami. Mari kita lihat antara apa yang insan bernama suami korbankan untuk wanita yang bergelar isteri..

1. KAIN, kain lebih banyak ukurannya untuk buat baju kurung isteri daripada seluar suami. Suami sanggup beli kain yang banyak untuk isteri.

2. MESIN basuh/mesin parut kelapa/mesin jahit/blender/ oven/dan macam2 lagi mesin kat rumah, semuanya suami lebih rela tak pakai, semuanya ikhlas bagi isteri guna.

3. SABUN, BERUS, PENYAPU, sekarang ni lu orang semua tahu harga barang semuanya naik. Tetapi si suami sanggup beli setiap bulan untuk isterinya sedangkan suami tak pernah gunakannya.

4. TUALA, suami cuma pakai sehelai saja tuala sedangkan setiap bulan isteri bertukar-tukar tuala..

5. BAJU, suami cuma pakai sehelai saja baju dalam satu masa, tapi isteri pakai dua baju dalam satu masa (baju dalam).. ngeeee...

6. BARANG KEMAS, suami tak pun pakai rantai emas, subang emas, gelang emas. Tapi beli jugak untuk isteri.

7. ALAT SOLEK, suami rela tak pakai gincu, maskara, eye shadow dan bagai2 lagi alat solek tapi SANGGUP beli untuk isteri. Ini yang paling tak boleh blah ni... membazir... tapi belikan jugak...

8. KASUT, suami lebih rela pakai kasut yang tumitnya rendah, demi isteri dia sanggup beli yang bertumit tinggi.

9. REHAT, 90 hari isteri di beri rehat selepas melahirkan anak sedangkan suami mungkin akan diberhentikan kerja kalau rehat sebegitu lama.

10. AMBULAN, setiap kali nak melahirkan anak, isteri dapat merasa naik ambulans sedangkan suami, Cuma ikut dari belakang dengan kereta sendiri.

11. TIDUR LUAR, kadang-kala bila ada perselisihan faham, suami berkorban tidur di ruang tamu, sedangkan isteri syok jer.. tidur dalam bilik.

12. Lu orang kalau yang dah bergelar suami pasti tahu apa yang telah lu orang korbankan kepada isteri masing2 kan... so tambah2 lah sorang sikit... hahaha...

WHY!!!!!!!


Because I care

JUST TO REMIND YOU TO BE MORE CAREFUL


Answer the phone by LEFT ear                      
cid:1.1523624817@web45608.mail.sp1.yahoo.com
Do not drink coffee TWICE a day
 cid:2.1523624817@web45608.mail.sp1.yahoo.com


Do not take pills with COOL water
 cid:3.1523624817@web45608.mail.sp1.yahoo.com
Do not have HUGE meals after 5pm
 cid:4.1523624817@web45608.mail.sp1.yahoo.com
Reduce the amount of TEA you consume
 cid:5.1523624817@web45608.mail.sp1.yahoo.com
Reduce the amount of OILY food you consume
cid:6.1523624817@web45608.mail.sp1.yahoo.com 
Drink more WATER in the morning, less at night
cid:7.1523624817@web45608.mail.sp1.yahoo.com 
Keep your distance from hand phone CHARGERS
cid:8.1523624817@web45608.mail.sp1.yahoo.com 
Do not use headphones/earphone for LONG period of time
 cid:9.1523624817@web45608.mail.sp1.yahoo.com
Best sleeping time is from 10pm at night to 6am in the morning
cid:10.1523624817@web45608.mail.sp1yahoo.com 
Do not lie down immediately after taking medicine before sleeping
 cid:11.1523624817@web45608.mail.sp1.yahoo.com
When battery is down to the LAST grid/bar, do not answer the phone as the radiation is 1000 times
ˆcid:12.1523624817@web45608.mail.sp1.yahoo.com  
Forward this to those whom you CARE about

 
                                                                                       
 

Selasa, 22 Mac 2011

Edit video

Rupa2nya susah jugak nak buat video kenduri kawen ni. Masa ambik syok je main shoot je....kena time nak edit, potong, bakar (burn) dvd.....tak cukup sehari 24jam. Kul 3 4 pagi baru boleh tido. Tak siap lagi tu. Sampai pc kena virus la duk download software mana yang senang nak edit. Hari ni baru pc aku pulih. Nasib baik ada netbook leh gak edit pelan pelan. Dah siap 2 dah, banyak lagi kelemahan, ari ni dvd yang ke 3. Ari ni baru siap video malam sebelum kenduri. Lagi 5 lagi nak kena edit. Yang dah siap tu gambar x cantik, xdak lagu, main selit je. Beginner macam tu la kan. Tunggu bila dah buat 2 3 ratus dvd baru nampak kemajuan kan. 

Jumaat, 18 Mac 2011

EARTHQUAKE : SAVE YOUR LIFE

What with all these earthquakes popping up everywhere even in places not supposed to occur...read this!!!!

In light of the earthquake in Christchurch, New Zealand, we should be aware of the escape route when earthquake happens.

Subject: Where to Go During an Earthquake

This is the text version of my earlier email styled Save your life with "The Triangle of Life"
(see below)
further elucidating on the life-saving concept of "The Triangle of Life"....
 


Folks, please SHARE, SHARE, SHARE this with your loved ones:

Where to Go During an Earthquake

Remember that stuff about hiding under a table or standing in a doorway? Well, forget it! This is a real eye opener. It could save your life someday.

EXTRACT FROM DOUG COPP'S ARTICLE ON 'THE TRIANGLE OF LIFE'


My name is Doug Copp. I am the Rescue Chief and Disaster Manager of the American Rescue Team International (ARTI ), the world's most experienced rescue team. The information in this article will save lives in an earthquake.


I have crawled inside 875 collapsed buildings, worked with rescue teams from 60 countries, founded rescue teams in several countries, and I am a member of many rescue teams from many countries. I was the United Nations expert in Disaster Mitigation for two years, and have worked at every major disaster in the world since 1985, except for simultaneous disasters.


The first building I ever crawled inside of was a school in Mexico City during the 1985 earthquake. Every child was under its desk. Every child was crushed to the thickness of their bones. They could have survived by lying down next to their desks in the aisles. It was obscene -- unnecessary.


Simply stated, when buildings collapse, the weight of the ceilings falling upon the objects or furniture inside crushes these objects, leaving a space or void next to them - NOT under them. This space is what I call the 'triangle of life'. The larger the object, the stronger, the less it will compact. The less the object compacts, the larger the void, the greater the probability that the person who is using this void for safety will not be injured. The next time you watch collapsed buildings, on television, count the 'triangles' you see formed. They are everywhere. It is the most common shape, you will see, in a collapsed building.


TIPS FOR EARTHQUAKE SAFETY

1) Most everyone who simply 'ducks and covers' when building collapse are crushed to death. People who get under objects, like desks or cars, are crushed.

2) Cats, dogs and babies often naturally curl up in the fetal position. You should too in an earthquake. It is a natural safety/survival instinct. You can survive in a smaller void. Get next to an object, next to a sofa, next to a bed, next to a large bulky object that will compress slightly but leave a void next to it.


3) Wooden buildings are the safest type of construction to be in during an earthquake. Wood is flexible and moves with the force of the earthquake. If the wooden building does collapse, large survival voids are created. Also, the wooden building has less concentrated, crushing weight. Brick buildings will break into individual bricks. Bricks will cause many injuries but less squashed bodies than concrete slabs.


4) If you are in bed during the night and an earthquake occurs, simply roll off the bed. A safe void will exist around the bed. Hotels can achieve a much greater survival rate in earthquakes, simply by posting a sign on the back of the door of every room telling occupants to lie down on the floor, next to the bottom of the bed during an earthquake.


5) If an earthquake happens and you cannot easily escape by getting out the door or window, then lie down and curl up in the fetal position next to a sofa, or large chair.


6) Most everyone who gets under a doorway when buildings collapse is killed. How? If you stand under a doorway and the doorjamb falls forward or backward you will be crushed by the ceiling above. If the door jam falls sideways you will be cut in half by the doorway. In either case, you will be killed!


7) Never go to the stairs. The stairs have a different 'moment of frequency' (they swing separately from the main part of the building). The stairs and remainder of the building continuously bump into each other until structural failure of the stairs takes place. The people who get on stairs before they fail are chopped up by the stair treads - horribly mutilated. Even if the building doesn't collapse, stay away from the stairs. The stairs are a likely part of the building to be damaged. Even if the stairs are not collapsed by the earthquake, they may collapse later when overloaded by fleeing people. They should always be checked for safety, even when the rest of the building is not damaged.


8) Get near the outer walls of buildings or outside of them if possible - It is much better to be near the outside of the building rather than the interior. The farther inside you are from the outside perimeter of the building the greater the probability that your escape route will be blocked.


9) People inside of their vehicles are crushed when the road above falls in an earthquake and crushes their vehicles; which is exactly what happened with the slabs between the decks of the Nimitz Freeway. The victims of the San Francisco earthquake all stayed inside of their vehicles. They were all killed. They could have easily survived by getting out and sitting or lying next to their vehicles. Everyone killed would have survived if they had been able to get out of their cars and sit or lie next to them. All the crushed cars had voids 3 feet high next to them, except for the cars that had columns fall directly across them.


10) I discovered, while crawling inside of collapsed newspaper offices and other offices with a lot of paper, that paper does not compact. Large voids are found surrounding stacks of paper.

Spread the word and save someone's life...


The entire world is experiencing natural calamities so be prepared!


'We are but angels with one wing, it takes two to fly'

In 1996 we made a film, which proved my survival methodology to be correct. The Turkish Federal Government, City of Istanbul, University of Istanbul Case Productions and ARTI cooperated to film this practical, scientific test. We collapsed a school and a home with 20 mannequins inside. Ten mannequins did 'duck and cover,' and ten mannequins I used in my 'triangle of life' survival method. After the simulated earthquake collapse we crawled through the rubble and entered the building to film and document the results. The film, in which I practiced my survival techniques under directly observable, scientific conditions , relevant to building collapse, showed there would have been zero percent survival for those doing duck and cover.

There would likely have been 100 percent survivability for people using my method of the 'triangle of life.' This film has been seen by millions of viewers on television in Turkey and the rest of Europe, and it was seen in the USA , Canada and Latin America on the TV program Real TV.



safe area


safe area



safe space



safe space

Source:國際救援小組(ARTI),網址:http://www.amerrescue.org/

American Rescue Team InternationalARTIis said to be the World's most experienced rescue team and disaster management-mitigation organization.

Rabu, 16 Mac 2011

Selasa, 15 Mac 2011

Kenapa kita selalu mengharapkan yang terbaik dari orang lain padahal................


setiakawan
 ...............padahal kita sendiri pun tak mampu. Kita kutuk filem kita tak setanding barat, padahal kita nak buat iklan pun tak jadik. Kita kutuk mutu bolasepak kita, padahal aku sendiri tak pandai tendang bola. Kita kutuk lagi......semua orang buat ada saja tak kena. Kalau isteri, apa saja suami buat mesti tak kena. Suami pun macam tu jugak. Ibu kata anak, anak salahkan mak bapak. Diri sendiri tak salah jugak, tak mengaku, masih nak menegakkan benang yang basah. Sah-sah la tak boleh.
       Apa kata kita tukarkan kutukan tu kepada kata2 peransang, cabaran yang akan menaikkan lagi semangat untuk terus berusaha meningkatkan mutu dalam apa saja bidang yang diceburi. Takkan 2 3 kali buat boleh cemerlang kot. Mesti la banyak kali buat silap baru jadi kan. Kesilapan bukan la noktah, tapi pengalaman yang mengajar kita menjadi lebih baik dari sebelum. Contoh la, orang yang sakit tahu betapa nikmatnya sihat tu. Orang yang tak pernah sakit, sihat..... bagi dia biasa saja. Bila yang sakit tu sembuh dia akan lebih menghargai sihatnya itu.
     Kalau sakit ada peluang sembuh, tapi kalau mati dah takleh hidup balik. Mati hanya sekali. Sebab kita tak pernah rasa mati lagi, maka kita kurang menghargai hidup. Sebab tu juga kita selalu diingatkan supaya mendengar dan menghormati nasihat orang yang lebih tua sebab depa makan garam dulu. Depa ada pengalaman bukan sekadar teori semata-mata, dah diuji dah. Yang gagal akan memberi peringatan, Yang lulus akan memberi peransang.
     Tapi malangnya orang muda beranggapan mereka lebih tahu, memang la depa belajaq tinggi, tapi tak cukup kalau teori saja. Depa kata orang tua hidup zaman dulu tak sama zaman la, moden. Sebab tu sunnah nabi pun pakat tak mau ikut, dah ketinggalan zaman katanya.
     Apa yang aku membebel nih.......................

Jumaat, 11 Mac 2011

Merungut bagus ke tak bagus?

Semua orang merungut, aku pun merungut gak. Merungut dengan membebel sama ka? Ada orang kata, bila kita merungut pasal kehidupan, itu menunjukkan kita hidup, merungut pasal kerja banyak, maknanya kita masih ada kerja. Dan yang sewaktu dengannya.

Rahsia Melalui Tulisan (Dr Fadzilah Kamsah)
Pertama : Tekanan
a.   Tekanan yang kuat
· Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif
b.    Tekanan yang ringan
· Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit
Kedua : Bentuk Tulisan
a.    Tulisan yang bulat-bulat
· Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)
b.    Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
· Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)
Ketiga : Kecondongan
a.    Condong ke kanan
· Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih
  sayang, berani, pemurah
b.     Condong ke kiri
· Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka
  campur orang
c.    Tegak
· Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan
  tengah
d.    Campur-campur
· Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)
Keempat : Kerapatan
a.     Jarang-jarang
· Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.
b.    Rapat-rapat
· Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut
Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z

                  a.   Ekor Besar, panjang dan sempurna                        · Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan
c.    Kecil, pendek dan tak sempurna· Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri
Keenam : Pada palang huruf kecil T (t)
a.    Tinggi· Tahap aspirasi tinggi
b.    Rendah· Mudah berpuas hati, cita-cita rendah
c.    Tengah-tengah· Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana

Selasa, 8 Mac 2011

Khasiat Bunga Cengkih

 Bunga cengkih ni memang banyak khasiat. Kawan aku bagitau dia guna kalau sakit gigi. Tumbuk sampai hancur pastu letak kat gigi yang sakit. Insya Allah hilang sakit tu sampai gigi reput. Ada lagi khasiat lain seperti:

1. Paru-paru dapat berfungsi dengan baik yang membolehkan suara sentiasa lantang
2. Jantung berdegup dengan baik yang menjamin kesihatan
3. Mata dapat melihat dengan baik walau pun telah berusia

Bunga cengkih

4. Gigi dapat tahan daripada gangguan ulat sehingga tahan lama
5. Otak sentiasa berkembang yang menguatkan ingatan berbanding suka minum ais atau pulut yang membawa kepada tertutupnya otak yang melemahkan ingatan

Cara makan:
Sebaiknya 10 kuntum bunga cengkih sehari
Buat macam coklat dengan digigit dan dihisap airnya


sharing is caring
lawati juga http://www.kobetsukaizen.blogspot.com/

Isnin, 7 Mac 2011

4 Pesanan Rasulullah Sebelum Tidur


(Tafsir Haqqi)
Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : Ya Aisyah jangan engkau tidur
sebelum melakukan empat perkara,iaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur'an.
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir.
3. Sebelum para muslim meredhai kamu.
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah....


'Bertanya Aisyah : 'Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan
empat perkara seketika?
'Rasul tersenyum dan bersabda : 'Jika engkau tidur bacalah :

1. Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.
2. Membaca selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami
     semua akan memberi syafaat di hari kiamat.
3. Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredoi
     kamu.
4. Dan,perbanyaklah bertasbih,bertahmid,bertahlil, bertakbir maka
    seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah'

Terima kasih Ustaz Shukor.

Ahad, 6 Mac 2011

Tukar Minyak Itam


Minyak pelincir

Ptg td pi tukar minyak itam kereta, dah lebih 5000km dah. Bulan toksah kira la dah lebih 3 bulan. Tukar minyak ngan penapis baru RM66, murah nyer. murah 60% berbanding minyak itam ngan penapis moto aku. Untung pakai kereta ni, murah semuanya, kancil la apa lagi takkan BMW kot. Hujan pun tak basah. Tak faham aku, sbb pa la minat sangat ngan moto ni. 



Moto aku

Minyak itam kereta 4liter, moto baru 2.6 liter. Satu botol dah RM30, siap la RM90. Penapis saja RM50. Penapis kancil baru RM10. Mekanik siap tegur tayar blkg botak, siap perli suruh ambik pisau toreh buat bunga. Macam dia tak tahu sebijik tayar tu paling cokia pun RM250. Lap bahaya katanya. Alah, aku lap 70km/j je, kapcai pun boleh potong tang kona. Nak malu apa, biar dema kata penakut, janji tak terbalik. Kalau terbalik ka terbabas ka, sakit boleh, malu pun boleh.

Projek Gempak
 Minggu lepas aku ada try pasang alarm yg aku buat sendiri kat moto aku ni. Tak le secanggih mamat dua ekor ni, siap kol pemilik bila moto diusik. AKu buat supaya moto tak leh start je. Pakai remote control untuk off sistem baru boleh start, kunci kena pakai jugak. So aku onkan sistem ni masa aku balik kampong. Jadi on la sampai 3 malam berturut2. Pagi isnin aku off la sebab nak naik pi kerja, start sampai berpuloh2 kali tak hidup2 gak. Rupanya bateri dah weak dimakan oleh sistem ni. Kalau tinggal sehari je tak da masalah, esok start senang jer. Sekali tekan je dah hidup. Last2 aku malas la nak on lagi dah. Kalau tinggal kejap2 tu boleh la on, masa pi kedai ka market ka. Bateri tu dah lama, sel kering lak tu. Sebab tu cas dia tak tahan lama. Kalau yang pakai air tu nak kena rajin periksa air dia. Kita ni lak jenis penyegan, sat ja kong bateri tu.
Remote Control dan Kunci

Semester ni ada budak buat projek alarm pakai remote yang sama. Frekuensi sama ngan aku punya, sah la beli hobby kit yang sama. Maknanya dema boleh on off la sistem alarm kat moto aku. Ish kantoi. Nasib baik ada satu lagi penyelamat yang setia, kunci la. Boleh on off alarm je kalau tak da kunci mana leh start.
Ada jumpa 2 orang pengguna moto 250 (zzr dan zxr) ni beritahu, penyamun dah rongkah (robek le) kunci moto dema, tapi tak leh start gak. Kira safety tinggi la kunci ni. Bila dah kena rongkah, jahanam pi kunci tu, ganti baru siapla zxr RM350, zzr RM250. Banyak tu wei ooo. AKu pun dah kena tukar sebab rosak. Kata membe ni, masa nak matikan moto jgn terus off kunci, off enjin pakai suis kat throttle tu dulu baru off suis. Kalau off kunci terus, litar kat suis tu lama2 boleh terbakar. Betul ke tak aku tak tahu, tapi kalau tidak apa guna suis tu kan. Mesti untuk mengelakkan sesuatu. Mungkin itu la fungsinya.

ZZR 250
Membe ni guna zzr 250, kawan dia zxr250r yang baru tu. Masing2 pakat cerita la betapa kagumnya dengan zxr 250 tahun 1997 yang aku pakai ni. Menurut mereka, paling laju zxr250, pastu zzr250, last baru la zxr250r yang baru tu. ZZR250 ni 170km/j pun tak masalah, boleh pi, steadi jer. Tapi zxr250r boleh pi gak tapi kira dah maksimum dah, dah berat dah. Ini pengakuan mereka la. Cuma design nyer jenis baru padahal zzr baru 5-6 ribu je sebijik. Aku pun pernah pakai gak. Tahan la 2 bulan pastu terus kena overhaul sebab pump tak jalan, overheat. Terus ambik zxr.