Halaman

Isnin, 10 Januari 2011

Rahmat Allah

(Link)
"Ada seorang hamba Allah ini mahu mendekatkan dirinya dengan Allah. Jadi, apa dia buat? Dia mengambil keputusan meninggalkan kampungnya dengan tujuan mengelak hal-hal duniawi dan menambahkan kekhusyukan ibadat kepada Ilahi. Dia pergi ke satu kawasan yang tiada satu pun manusia tinggal di situ. Bermulalah harinya pada hari itu untuk menjadi seorang hamba yang taat beribadat."

"Melihatkan keadaannya itu, Allah Yang Maha Pemurah telah menghidupkan tempatnya dengan menumbuhkan pokok supaya lelaki itu dapat makan dari buahnya. Allah Yang Maha Pemurah telah meniupkan angin dari segenap sudut supaya lelaki itu berasa selesa dengan persekitarannya. Allah Yang Maha Pemurah telah memberikan segala rezeki dan keperluan yang cukup untuk hambaNya itu."

"70 tahun berlalu, lalu Allah memerintahkan malaikat Izrail untuk mencabut nyawa hamba itu. Allah memberikan khabar gembira, 'Masuklah kamu ke dalam syurgaKu dengan rahmatKu'. Akan tetapi lelaki itu berkata, 'Tidak! Aku tidak mahu masuk ke syurgaMu kerana rahmatMu. Aku mahu masuk syurga kerana amal ibadatku'. Seraya itu, Allah memerintahkan malaikat memasukkannya ke dalam neraka. Di pintu neraka, maka lelaki itu bertanya kehairanan 'Kenapa aku dimasukkan ke dalam neraka? Sedangkan seumur hidupku penuh dengan amal ibadat. Semua hal dunia aku tinggalkan semata-mata untuk mendekatiMu'."
"'Kerana engkau takbur! Kami telah kurniakan engkau syurga dengan rahmatKu, akan tetapi engkau meminta menghitungnya dengan amal ibadatmu'. Lalu, ditunjukkan kepada hamba itu timbangan amalannya selama 70 tahun di dunia. Amal ibadatnya tidak dapat menolongnya masuk ke syurga, malah tidak cukup dan terlalu sedikit."

"Bila Rasulullah s.a.w menceritakan akan hal ini kepada sahabat-sahabat baginda, bertanya seorang kepadanya, 'Jadi, ya Rasulullah, apakah kamu juga sama halnya (banyak beribadat tetapi amal ibadatnya masih terlalu sedikit jika ditimbang)?'. Jawab Rasulullah s.a.w, 'Ya'."

Imam mengakhiri tazkirah..

"Jadi jelas tak di situ? Kita sebenarnya memerlukan rahmat Allah. Kalau kita rasa ibadat kita banyak di dunia tapi bila ditimbang nanti, sangat sedikit dan tidak menjanjikan kita syurga. Oleh itu, rahmat Allah itu penting. Sebab itu golongan yang mendapat rahmat Allah itu adalah golongan yang sangat-sangat beruntung. Rahmat itulah yang memberatkan neraca kita nanti. Maka, kejarlah rahmat Allah itu."

When I was praying "...semoga rohnya dicucuri rahmat Allah...",
then I wonder why it doesn't sound something else..??
Why don't we say "..semoga rohnya dicucuri (something else) Allah..",
instead of 'rahmat'..
Now I understand...

~ if there's somebody out there really need to know this, please share ~

By the way,
if they don't know what 'rahmat' is..
Tell them that it is..
'limpahan kasih sayang Allah yang tak berbelah bagi kepada hamba-hambaNya yang soleh'..
So that they'll understand..
There is none other than His rahmat that can saves us in the Hereafter..

~ little effort for da'wah ~

dipetik dari laman http://nadhuyellow.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan