Halaman

Selasa, 11 Januari 2011

PENDIDIKAN SEKS DI SEKOLAH

            Perlukah pendidikan seks di sekolah? Apakah rasionalnya, motif, punca, sebab yang membawa kepada perlunya benda ini. Masa saya sekolah dulu, seks ni diketahui melalui pendidikan Islam dan sains. La ni nak diajar sebagai 1 subjek khas.
            Saya rasa tak perlu. Apa yang perlu diberitahu ialah undang-undang Islam, pandangan Islam tentang amalan seks. Jadi eloknya ia diajar dalam subjek pendidikan Islam je. Sains mengajar tentang sistem peranakan, persenyawaan.
           Budak sekarang tak diajar pun dah tahu buat seks dah. Ni pula nak diajar, lagi la pandai. Bukan menyekat lagi bertambah ada la. Untuk menyekat  kena ajar la larangan, akibat dan hukuman(dunia), dosa(akhirat). Baru la boleh elakkan penyakit sosial ni.
          Kenapa tak di tanya ustaz2, ulama pasal benda ni. Semua pandai2 sendiri jer. Ada ka ulama yang setuju. Rasanya depa tak setuju, sebab punca masalah bukan kerana kurangnya pendidikan tapi terlalu banyak pendedahan seksual.
          Sebenarnya masalah timbul kerana kurangnya pendidikan agama, hiburan yang terlalu banyak, pakaian mendedahkan aurat, seksi, peergulan bebas, maksiat terbuka, riba dan banyak lagi. ini yang perlu ditangani terlebih dahulu. InsyaAllah, maslah ini akan dapat diselesaikan.
         Senang kata kembali kepada AlQuran dan Hadis. Nabi pun kata andai kita berpegang kepada 2 ni insyaAllah kita takkan sesat selama-lamanya. Tapi masih ramai yang x percaya. Dah banyak pembuangan bayi berlaku, sumbang mahram, zina pun masih lagi kita tak mahu kembali juga. Nak tunggu bila ni, takkan sampai mai malapetaka baru kita nak sedar???????????????
         Nasib baik la masih ramai orang beriman yang tak henti-henti mendoakan kesejahteraan negara kita. Harap kita nak doa, ada ka nak dimakbulkan Allah. Renung-renungkanlah.

(Link)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan