Halaman

Rabu, 21 Julai 2021

Bg anak kurang main gajet

Alhamdulillah. Printer yg di oder ahad lalu dah sampai semalam. Terus test print dan nasib ada lg kertas A4, hasil menarik san puas hati. 

Printer ni jenis pakai toner bkn ink. Dah survey harga toner dia rm100, tp 1 tonee boleh print lebig 1k muka surat.

Mula2 kita print/cetak corak atau gambar utl mewarna. Punya la seronok, bkn hat kecik sj, hat besaq pun kalut sampai bergaduh sebab potong que.

Harap2 jgn la cewi sj, 2 3 ari mai cemuih dah. Hahahahah....
 
Cetak teka silangkata bg depa buat, lasong x jln, duk tanya kita jawapan. Gagal la hat akademik, kn cari yg depa suka mcm mewarna dan melukis la.

Ahad, 11 Julai 2021

Kisah nabi Ayub

Assalamualaikum...petikan dr FB.

Sebelom hlg nk cari x jumpa, kita simpan sini. Sng nk cari...trm kasih kpd yg empunya post.

Tadi dengar ustaz cerita pasal Nabi Ayub alaihis salam. Nabi Ayub ni orang kaya. Baginda ni rasul yang jutawan. Sampai satu hari, Allah uji dia.


Nabi yang jutawan.
Hiasan


Ternakan dia banyak.
Harta dia banyak.
Rumah dia besar.
Anak-anak pun ramai. Ada 14 orang.
Bangunan banyak.
Tanah banyak.
Jutawan besar.

Satu hari Allah uji.
Ternakan mati.
Tanam-tanamannya dimakan ulat.
Tanam banyak kali pun tak jadi.

Satu persatu harta Nabi Ayub alaihis salam diambil oleh Allah Ta'ala sampai tinggal 1 rumah saja.

Ketika Nabi Ayub diuji Allah, seorang demi seorang isteri-isteri baginda meninggalkannya. Akhirnya tinggal seorang isteri saja disampingnya. Ini yang betul-betul mencintai Nabi Ayub alaihis salam.

Kemudian Nabi Ayub alaihis salam diuji oleh Allah dengan ujian kematian kesemua anak-anaknya. Seorang demi seorang anak-anaknya meninggal dunia sampai habis semua anak-anak dia mati. Ini Allah uji.

Melihat anak-anak yang sudah membesar dan berbeza umur mati di depan mata. Macam mana kita nak bangkit dalam hidup?

Ustaz cakap, ramai orang anak dia meninggal dua orang je tapi dia tak boleh bangun dah. Kerja tak boleh pergi dah. Berhenti kerja, duduk rumah dan hidup dalam kemurungan. Sebab apa? Sebab tak boleh terima Allah tarik nyawa dua orang anaknya. 

Allah tarik nyawa dua orang anaknya tapi kerja masih ada cuma dia yang pilih untuk berhenti kerja. Rumah ada, suami masih ada, harta masih ada. Semua ada. Anak dua orang je yang Allah tarik sedangkan Nabi Ayub alaihis salam diuji Allah dengan kematian 14 orang anaknya silih berganti depan mata. Isteri-isteri dia lari tinggalkan dia saat dia diuji Allah, pekerja-pekerja dia lari, adik-beradik dia pun tak nak datang dekat, maka tinggalkan Nabi Ayub dengan seorang isteri sesudah habis segala harta dan keluarganya.

Lepas semua ni Allah uji Nabi Ayub, Allah tambah lagi dengan ujian sakit sehingga Nabi Ayub tak mampu untuk bangun dan menguruskan dirinya. Dia takde kekuatan. Lemah selemah-lemahnya. 

Dah lah diuji dengan macam-macam ujian, diuji pula dengan kesusahan dan kesempitan hidup sampaikan isteri Nabi Ayub yang berambut panjang dan cantik terpaksa menjual rambutnya semata-mata sebab nak beli bahan makanan untuk dimasak.

Isteri Nabi Ayub tak pernah dengar Nabi Ayub memohon pada Allah. Lalu isterinya pun berkata :
"Wahai suami, mintalah Allah Ta'ala angkat ujian ini."

Nabi Ayub alaihis salam tanya :
"Dah berapa tahun dah Allah Ta'ala uji?"

"18 tahun."
jawab isterinya.

Miskin.
Takde keluarga.
Tak ada harta.
Takde makanan.
Sakit sampai tak terurus.
Anak semua mati.

Nabi Ayub tanya :
"Dah berapa tahun Allah bagi nikmat kat kita?"
B

"80 tahun."
jawab isterinya.

Nabi Ayub tanya isterinya :
"Tak malu ke selama 80 tahun Allah bagi nikmat. Allah baru uji kita 18 tahun dah mula nak meminta pada Allah?"

Bila kita diuji Allah, Allah nak tengok apa tindakan kita. Allah nak tengok macam mana kita sambut ujianNya itu. Adakah kita akan menyalahkan Allah? Adakah kita menyalahkan taqdir? Adakah kita akan terus kembali kepada Allah?

.

seketoi sha,
hamba Allah paling lemah, faqir dan hina.