Halaman

Ahad, 11 Oktober 2020

Bateri kong jgn risau

Servis tukar bateri

 Jangka hayat bateri kereta biasanya d
lm 2 thn ja. Bila dh cukup 2 tahun standby la bl dia nk kong xtau lg. 

Tp jgn risau sbb la ni dh ada servis tukar bateri. Call saja depa mai tukar...xyah tarik ka jumper ka....

Ni area sg petani....kat tempat lain pun depa cover kot....

Google ja, maklumat di hujung jari anda.


relaks minda



Sedekah kita vs sedekah Ustaz Ebit Liew

Salam

Mesti ramai peminat ustaz Ebit Liew sini kan. Semua orang memuji dia kerana keprihatinan dia pergi merata pelusok bl dibgtau ada yg memerlukan. 

Dia punya pemberian pun adalah yg terbaik. Semua dia bantu dr tempat tinggal yg selesa,, sewa, sekolah, kelengkapan dan mcm2. Dia bg lengkap teruih.

Alhamdulillah dia dikurniakan rezeki yg byk jd dia beri pun byk. Kita mungkin x mampu utk beri sebyk tu. Kita x mampu sediakan selengkap itu kerana kita krg berharta...





Tapi cuba baca hadis ni. .........

#ASSALAMUALAIKUM WBT#
#RENUNGAN SUBUH#

Sedekah Berkualiti

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ سَبَقَ دِرْهَمٌ مِائَةَ أَلْفِ دِرْهَمٍ قَالُوا وَكَيْفَ قَالَ كَانَ لِرَجُلٍ دِرْهَمَانِ تَصَدَّقَ بِأَحَدِهِمَا وَانْطَلَقَ رَجُلٌ إِلَى عُرْضِ مَالِهِ فَأَخَذَ مِنْهُ مِائَةَ أَلْفِ دِرْهَمٍ فَتَصَدَّقَ بِهَا

Daripada Abu Hurairah, Nabi SAW  bersabda, "Satu dirham dapat mengalahkan seratus ribu dirham". Lalu ada yang bertanya, "Bagaimana boleh terjadi wahai Rasulullah?" Baginda menjelaskan, "Ada seorang yang memiliki dua dirham lalu mengambil satu dirham untuk disedekahkan. Ada pula seseorang memiliki harta yang banyak sekali, lalu ia mengambil dari hartanya seratus ribu dirham untuk disedekahkan." (HR. Nasai No: 2527) Status: Hadis Hasan 

Pengajaran:

1.  Sedekah setiap Muslim ganjarannya bergantung kepada keikhlasan dan harta yang dimiliki.

2.  Ada Muslim yang bersedekah dengan nilai satu dirham, namun ganjarannya mengatasi orang yang bersedekah seratus ribu dirham kerana ia bersedekah separuh dari harta yang dimilikim(dua dirham) walaupun yang disedekahkan dari segi jumlahnya sedikit namun nilainya sangat besar pada dirinya.

3.  Ada Muslim yang bersedekah seratus ribu dirham, mungkin dari segi jumlahnya banyak namun nilainya kecil di sisinya (hanya sedikit) kerana dia memiliki jutaan dirham yang lain.

4.  Sedekah itu bukan bergantung pada kuantiti namun yang lebih penting adalah kualiti dan keikhlasan.

5.  Galakan bersedekah tidak hanya kepada orang kaya malah juga kepada orang yang kurang berada kerana sedekah itu tidak akan mengurangi hartanya.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِنْ مَالٍ وَمَا زَادَ اللَّهُ عَبْدًا بِعَفْوٍ إِلَّا عِزًّا وَمَا تَوَاضَعَ أَحَدٌ لِلَّهِ إِلَّا رَفَعَهُ اللَّهُ

Dari Abu Hurairah RA, dari Nabi SAW baginda bersabda: Sedekah itu tidak akan mengurangi harta. Tidak ada orang yang memberi maaf kepada orang lain, melainkan Allah akan menambah kemuliaannya. Dan tidak ada orang yang merendahkan diri kerana Allah, melainkan Allah akan mengangkat darjatnya." (HR. Muslim no. 4689) Status: Hadis Sahih

Negara Rahmah Ummah Sejahtera

#SemarakUkhuwahMemacuPerubahan
#MalaysiaMenujuNegaraRahmah

11hb Okt 2020
23hb Safar 1442H


Wallahu aklam


bakar lemang


Khamis, 8 Oktober 2020

Baru belajar guna 3d printer

Apa dia3d printer ni? Kalu printer biasa tahu dah, dia print tulisan ka lukisan atas kertas. 2 dimensi ja tu. 

3d maka 3 dimensi la. Boleh buat kotak bulat benjol dan mcm2 lah..

Benda yg nk di print tu perlu direka guna perisian tertentu dulu. Boleh lukis atau pilih objek dlm perisian tu. Siap design kena tukar kepada format tertentu yg diterima oleh 3d printer. Dr design file.stl tuker ke printer file.gcode. 

Copy file.gcode tu ke dlm sd card pastu jolok kt 3d printer. Jgn print lg kn setting orinter dulu.

Masukkan filamen ikut warna yg dikehendaki. Bg nozle duduk di titik mula dgn menekan arahan auto home pd 3d printer....

Pastu kn adjust space antara nozle dan base secukup rasa supaya plastik lekat elok2. Baru buleh print.

Dlm internet pun dh byk design yg dah siap yg boleh didownload dan print tp xboleh edit la. 

Kalu nk design sendiri sy pakai tinkercad.com. Lepas tu kn export ke ultimate cura plak. Lepas tu convert ke gcode utk print. Dlm perisian cura ni boleh tgk tempoh masa utk print model tersebut.