Halaman

Sabtu, 25 Januari 2014

Ujian darah....dah 40...kolestrol

Dah umur nak mencecah 40 ni, buat ujian darah tengok tang mana nak kena repair ke jaga2. Dah lama gak x buat ujian darah ni. Yang leceh nye nak ngadap jarum yg dicuck tanpa bius, pedih sikit ja. Tp menyusuk kalbu oooo...

kolestrol borderline

Nampaknya kolestrol di paras sempadan. Alhamdulillah, ok la tu....tp kena gak jaga makan..exercise pun dah mula dah. Kolestrol hdl kurang nampaknya, mcmn nak bg naik????? Potassium pun kurang, kena makan pisang atau pun air nyur ni bagi naik skit....


Paras gula baik
Paras gula normal. Alhamdulillah, walupun duk bedal air manis banyak gak hari2....lebih kan air masak, air kosong ok kot....air zam2 lagi. 

Jumaat, 24 Januari 2014

Ceramah kuliah

Byk kuliah dan ceramah kerap diadakan d mesjid dan surau seluruh negara. Ada yg ramai hadir, ada gak tinggal org2 tua ja...alhamdulillah.
Sekarang ni kalu ada gak org yg kurg ilmu agama maknanya dia x pnh p dgr kuliah la tu. X pun g tp lena, last2 x tau apa.
Sekurg2nya yg pergi tu ada gak niat nk berubah. Yg duk ckp pandai mmg ramai, kalu kita ajak mesti mcm2 alasan dia buleh bg.
Bagaimana dgn golongan yg lbh jauh, iaitu yg jauh dr ibdat, masjid lg la, duk berkecimpong dgn judi dadah, pompuan dsbgnya....?????
Golongan ini selalu nya kita akan tangkap, dilyn secara kasar, dihina....mereka lak jd lbh ganas dr itu.....x selesai pun masalah...
Mereka ni sebenarnya golongan terpinggir, terbuang sering dikutuk dihina oleh masyarakat, malah oleh ahli keluarga sendri. Di mn mereka nk mengadu, melainkn kwn2 yg senaseb. Maka terbentuklah geng terpinggir.
Bg mereka adalh sia2 menagih simpati, perhatian, ksh syg dr org sekliling. Lebih sronok menghabiskan masa, bergembira, buat aktiviti mencabar, hisap dadah, berzina, minum arak bg mnghilangkn tekanan dan rs dukacita yg terbuku.
Akhirnya bl sumber kewangan terhad, mnghadap kangkung hari2, mn thn. Maka mula la mencuri, dah terer mencuri, merompak dan ragut, akhirnya culik dan bunuh....dah otai la tu.
Kalu d pikirkan betul2, d mnkh punca semua ni.
Sepatutnya yg tua d hormati, yg muda d sygi. Semua org pnh buat salah....beri la peluang utk dia kembali. Atau d dekati supaya x diulangi.
Apabila seseorg yg jrg ke surau atau mesjid mai ke masjid ari tu, kita kn la menyambutnya dgn kata2 manis pujian atau sambutan mesra bkn dgn sindiran atau yg sewaktu dgnnya.
Ini masalah org kita yg suka memperlekeh org lain supaya dia d tertawakan dan terasa. Katanya melawak ja. Melawak pun jgn sampi terasa. Bg kita mungkin ianya biasa, tp kita tau ka mcmn dia rasa. Jauhi la dr berkata2 yg buleh menyentuh hati org lain. Lebih baik keluarkan pujian2 xpun nasihat, teguran yg ringan bkn amaran atau sekadar ingatan tanda kasih syg seorang sahabat.
Wallahua'lam....
Sent from my Sony Ericsson Xperia neo











Insurance claim zxr250

Akhirnya dah dapat claim accident 1 tahun 6 bulan yang lalu. Moto dah siap repair dan dah hantar gambar kat kurnia insurans.....tunggu cek sampai ja utk lunaskan bayaran repair yang mencecah 3k+...

Claim lulus cuma 2k+ ja. Mungkin sebab insuran moto ni third party padahal claim atas insuran keta yg aku langgar tu. Cuba bayangkan moto tersangkut di w/shop staun lebih. Nak kena service balik, bateri kena tukar. Service karburator sj mencecah 500, pergghhhh...

X pasal2 aku kena tambah lagi 1k+. Sib bek ari tu dah bayar 1k....tambah lagi berapa ratus ja utk road tax insurans dan puspakom sebb road tax dah mapuh lebih setaun...

cat sama mcm seblom accident
Salah orang lain tp kita yang merana. Nak ambik insurans first party faham2 je la. Third party pun dah 200+.
Nasib bek tuan xdak pa. Kalu x lagi naya...bawak slow ja pun...

Moral of the story, elakkan kemalangan, bw slow dah. X kira la sapa salah. Jgn ingat org nampak kita, kita kena tgk org. Jgn harapkan brek baru, sebab bila time tu blom tentu kita sempat brek. Jd nk bw laju tara mana pun, agak2 la kita dan brek ke dak. Kalu xdan kena slow, brek awal2.

Semua adalah ketentuan Allah, kita hanya berusaha.....

Banyakkkan istighfar walaupun smeasa menunggangg atau memandu.....Astaghfirullah hall'azim...

Wallahua'lam......

Khamis, 23 Januari 2014

Semuanya Adalah Ketentuan Allah

Demam, telan panadol, lega pi. Tp yg menyembuhkan adalah Allah.....Demam pun atas izin Allah. Ketentuan Allah atas segala yang berlaku samada bersebab atau x jumpa sebab. Jangan sampai menganggap panadol lah yg menyembuhkan.


Setiap penyakit ada ubatnya. Allah x jadikan penyakit tanpa Allah jadikan ubatnya sekali. Cuma manusia ja yang x berjaya (manusia memang lemah) menemukan penawarnya.

Naik keta laju2 nak p keja, belom tau kita akan sampai tepat pada masa. Jgn kata nek rilek ja sampai lambat, logiknya akan sampai lambat tp Allah yang menentukan. Kita nak cepat kita bawa laju, itu usaha kita, tp Allah yang menentukan.

Moto kena curi, kita marah2. Padahal dah kunci. Tp kenapa dia x curi moto jiran yg x berkunci...akal kita akan kata mungkin sebab moto dia x laku...xkan kot. Itulah yang dikatakan ketentuan Allah. Kenapa pencuri ni terdetik nak curi moto hang???? Macamana pencipta lagu dapat ilham? Komposer filem dapat cerita???


Kalu kita berjaya, adakah kita hebat??? Perlukah kita belagak dan menjaja diri kita betapa hebatnya kita...padahal semuanya adalah ketentuan Allah.....sebenarnya yang hebat adalah Allah, Allahlah yang memberi kita akal yang cerdas, mata yang tajam dan ingatan yang kuat.....

Bolehkah manusia memberikan akal yang cerdas, penglihatan yang tajam dan ingatan yang kuat. Ada banyak diet yang dikatakan mampu mengalakkan perkembangan tersebut, itu usaha kita tp jgn lupa Alllah lah jua yang mengizinkannya atau tidak...


Dia yang menciptakan kita dari tiada kepada ada. Bila kita dah ada semua, kita berjaya menguasai dunia, lalu bolehkah kita lupa yang semua adalah dari Allah jua.....???????

Wallahua'lam....

Khamis, 16 Januari 2014

Z250 naked Malaysia

Dah lama aku terserempak dgn moto ni. Aku ingatkan fz150i ka sym t2 ka modify bg nampak macam z800....Rupanya mmg moto kawasaki z250. Spec macam 250r jugak tp naked. Ala street fighter gitu. Harga RM21k+.....

z250 
Zaman la ni ramai yg minat style naked nih. Mungkin yg ni jd pilihan kalu x minat 250r yg ada fering tu....Lagi lawa banding dgn honda cbr 250....tp di mana yamaha 250.....ada sapa2 pernah jumpa.....kedukut betul la yamaha ni..


Kangkung tumis belacan

Dalam banyak2 gambo masak kangkung kat google, yg ni paling melelehkan air liur aku. So apa resepinya....dapatkan di sini.

kangkung tumis belacan
Banyak sgt resepi yg di beri kengkawan di fb, whatsapp. Ada burger kangkung, makan kangkung saja pun ada. Kangkung buat byr tol seikat2  pun ada.

Korang mesti terliur nya tengok gambar sayor kangkung tumis belacan. Boleh cuba resepi tersebut. Sayor low budget la katakan....sedap, mudah, murah dan boleh mkan ramai2 sbb banyak...

Wallahua'lam.....

Ustaz, mu tunggu aku datang

FIlem tanpa perempuan....memang totally patuh syariah. Hebat...Tahniah Pierre Andre. Katanya kutipan dahysat gak...rm1.4juta selepas 4 hari ditayangkan.....wow

Aku bagi 4 bintang. Dari duk layan crita cinta mengrut, baik tgk crita macam ni. Crita ni mengajak kita meletakkan Allah sebagai yang utama dalam hidup. Baik dan buruk semuanya dari Allah. Allah maha mengetahui disebalik apa yang kita lalui. Hidayah milik Allah, kudrat kita milik Allah, kejayaan kita adalah kerana Allah. Sesungguhnya Allah lah satu2 penolong kita......biar sejauh mna kita usaha tanpa bantuan Allah belom tentu kita dapat kecapi apa yg kita kecapi sekarang. Alhamdulillah...

Sapa2 yg belum tgk boleh la p cari dvd. X rugi tgk, sesuai utk semua golongan usia.

Banyak pengajaran yg boleh didapati. Semuanya berkait ngan hidup kita. Komedinya juga mencui hati....x jemu lah..


mai mai

Rabu, 15 Januari 2014

Batu Kurau 0nline radio

Dah boring duk dgr sinafm, era ka apa2 ka.....boleh la try batukuraufm lak...http://batukuraufm.blogspot.com/

Dikelolakan oleh anak jati batu kurau.....

Selalunya lagu2 nya auto play....cuma kadang2 dj akan ke udara waktu malam...mungkin siang keja kot. Jadi dj bukan dapat elaun pun kan...suka suka ja.

Boleh juga dgr kat android tp kena download winamp dulu. Saya pun x pernah try....muda2 dulu suka la dgr lagu sambil jalan2. Lo ni dgr dalam opis jer...

Terima kasih dan tahniah kepada dj batukuraufm yang berjaya menghasilkan sesuatu atas nama batu kurau. Tempat yg jatuh lagi dikenang inikan tempat bermain kan kan kan...


Khamis, 9 Januari 2014

Siapa Run Run Shaw

Siapa beliau. Pemergian beliau mendapat perhatian dunia terutama penggiat dan peminat filem dunia. Beliau berasal dari Hong Kong kot.....Apa yg menjadi tarikan kat aku???

Semasa membaca berita kematian beliau, aku terkejut rupanya beliau adalah penerbit banyak filem2 P Ramlee seperti penarek becha, batu belah, sarjan hassan dan banyak lagi....

Betapa hebat P Ramlee hinggakan filem beliau berani diterbitkan oleh Shaw Brothers ni.

Shaw Brothers
Betapa besar sumbangan beliau kepada perfileman Melayu zaman P Ramlee. Teringat kat David Teoh yg juga banyak menerbitkan filem2 melayu kini....

X heran la ada filem P Ramlee yg mendapat anugerah. Mungkin kelengkapan yg disediakan juga hebat.....

Wallahua'lam....




Rabu, 8 Januari 2014

Pengalaman hantar anak p PASti

Pengalaman yang menakutkan, bukan takut anak terkapit kepala kat kerusi. Tapi nyer meraung depan makbapak budak2 lain, highest volume lak tu, siap guling2 lagi. Sib bek ada cikgu yg dah berpengalaman utk menghendel situasi begini, padahal ada 2 3 org gak yg duk meraung. Siap cikgu halau makbapak balik cepat2........aku pun belah ngan anak aku sorang lagi yg kecik.

Alamak tertinggal helmet lak atas meja. Macam mana ni, xkan nk naik moto x pakai helmet. Kena saman melayang duit. Dah la kena yuran 200++, siap hutang sbb duk ingat kena sikit ja. Jadi aku pun patah balik ambik helmet.....dan aku lihat anak ku di peluk oleh cikgunya sambil mengesat airmata nya. Pergggghhhh....bertuahnya budak...

Hari kedua, dia dah tau dah nak kena g sekolah. Jenuh ibu dia pujuk sampaila ibu dia tinggal kat bapak dia utk hantar. Dia apalagi mengamuk, lemparr kasut , baling beg, punggay mainan, bola segala. Jadi sebagai bapak yg tidak kurang garangnya lantas mengeluarkan suara arahan dgn mimik muka ala2 ironman gitu. Naik moto lekaih, tidak ayah tinggai....cepatttttt......pakai beg, pakai kasut. Tau pun takut.....berjaya naik moto dan ke Surau tempat PAsti tu.

Sampai kat PASTI dia boleh tercegat lak kat moto x mo masuk, aku dah p masuk bayaq utang. Tgk2 dia xdak. Aku panggil dia x gerak sikit pun. Terpaksa la aku tarik sambil memujuk dgn bahsa2 romantik gitu...Sampai dpn pintu kelas, cikgu pun panggil Alongggggg....mai....mai....rilek jer dia jalan p kat cikgu. Bertuahnya budak....

Hari ketiga tanya dia nak p sekolah dak. Along jgn kriau tau, along dah besau. Dia kata Along kriau, cikgu peluk along aaaa.....hehehehehe. Rupanya dia umpan cikgu dgn kriau dia bg cikgu peluk dia...hahahahahaha

Alhamdulillah, xdak lagi suara2 melalak di Pasti tu. Anak aku dah jadi malu plak, nk kena cikgu panggil baru nak masuk kelas......xpa tunggu la seminggu lagi xpa dah kot.....



Khamis, 2 Januari 2014

Dah 2014

Sat saja dah 2 hari di tahun baharu 2014. Hari sejarah hantar anak p PASTI. Alhamdulillah walau pun terkejut kena bayar 200++ padahal dalam kopek ada 200 jer....hutang dulu cikgu....tp anak nampk terkawal. Ada la nak tunjuk perasaan sikit2 tp buat x layan. Adik plak nyaris2 nak meraung nak duduk ngan abangnya kat situ....umpan dgn aiskrim(tp x beli pun) akhirnya dia akur...huhuhuh

Adik lak x besa berenggang ngan abang, sib bek ada kawan2 lain kat rumah pengasuh. Kita tunggu crita abg dia bila balik satni. Jgn esok x mo pi dah, sudah...

Masalahnya nak menghantar. Abang masuk 8.30, kita masuk keja pun 8.30. Klau p hantar adik dulu, kena bwk abang sekali. Nanti dia tgk mami dia terus x mo p sekolah. Haruu...Kalu hantar abang dulu, pastu nak hantar adik plak, bila aku nak masuk keja. Mana dan......kalu ku thumb print dulu pun, kena ada klas 8.30, mapuh keras...

Tu  baru 2 org anak, macamna la depa yg anak ramai, semua sekolah lak, sekolah lain2 lak. Seb bek kat sini sekolah rendah ngan menengah dekat2. Cuma pengasuh jauh sikit. Taun depan bagi adik masuk PASTI yg sama ngan abang senang sikit la...

Tahun 2015 la tu, lambat lagi.......365 hari....layan jer lah

jom p sekolah tadika
Wallahua'lam.........