Halaman

Rabu, 23 Oktober 2013

Lampu Garam Bukit

Ni la rupanya lampu garam bukit yg saya terima melalui pembelian secara online. Berlaku sedikit litar pintas, mentol terbakar. Nasib baik la saya ni bahagian letrik, so buat wiring lain, ganti mentol yg tersimpan sekian lama, walau bukan saiz sama tp menggunakan voltan yg sama. Dah komplain kat supplier, x kata pa pun, senyap jer....

mentol asal dah terbakar

jumpa mentol merah, boleh tidur ke kalu lagu ni

Harga RM30 ja......berminat boleh order. Tp hati2 ms nak on. Cek dulu takut shot. Saya dah kena....
Nak tahu kelebihan lampu garam bukit ni boleh search je kat google......

Wallahua'lam

Isnin, 21 Oktober 2013

Lagi order pinhole glass

Setelah di promot2 akhirnya ada gak yg berminat. So order jer 4 biji....Depa dah cuba dan embira dgn kesan yg serta merta. Nampaknya kena giat lagi promot ni....


Packing pun ringkas ja...

Sapa yang berminat boleh order ngan saya.....jadi dropship ler. Whatsapp pun boleh....no kat iklan jimat minyak sebelah kanan...hehehehe

Wallahua'lam.......

Jumaat, 18 Oktober 2013

4 terkorban......Aidiladha

Alhamdulillah, selesai sudah acara korban. Kali ni 4 ekor ditumbangkan. Saiz boleh tahan, ada yg mencecah 3000inggit sekor. Yg paling kecil pun 1800 gak oooo...Bagi sesapa yg berminat nak korban gak tahun depan, la dah buleh start simpan duit buat beli lembu.

andai ku tahu, kapan tiba ajal ku...
Dari 4 ekor lembu yg dikorbankan berjaya menghasilkan 120 kilo daging utk disedekahkan. Ada gak tuan korban ambik nak wat kenduri di rumah, sedikit disedekah ke surau utk buat kenduri hari tu gak...

Aku cuma tolong bungkus daging sekilo2 ja. Ada la angkat daging sikit2. Hehehehe...bukan malas tp x reti nak melapah, menakek. Pah tu kena asingkan dulu lembu 1,2,3,4....pening gak aku. Kalu sekor senang la, xdak nak bercampur2.

Tapi keinginan aku nak menambah nasi lagi sepinggan terpaksa dibatalkan dek kerana ramai sangat org baru nak ambik makanan. Aku pun jd segan terus buang pinggan basuh tangan.....

Alhamdulillah...tp ada x daging korban ni yg diberi ke rumah anak2 yatim, org yg olebih memerlukan. Macam korban di Syria, Kemboja, Palestin la....dll...Ada gak agensi yg mengutip derma utk korban di sana. Kat Malaysia ni ramai dah sakit darah tinggi la, gout la...maknanya dah terlebih makan daging. So kita bg depa buat di negara yg kurang makanan. Takut gak kena tipu. Tapi niat kita nak sedekah, kalu yg terima sedekah tu tipu, antara dia ngan Allah Taala la. Pahala sedekah kita tetap dpt gak kan...kan...kan...Niat saja pun dah dpt, nikan pulak dah bagi pun.

Sedekah la pembuka pintu rezeki kita...Lagi banyak sedekah lagi manyak rezeki masuk. Tp kena la cari, kalu goyang kaki pakai xdak la...

Wallahua'lam.....

Khamis, 17 Oktober 2013

Cermin mata terapi...pinhole glasses

Alhamdulillah, dah sampai dah spek ajaib ni. Dah cuba dan mmg buleh baca...saya rabun dekat....bila buka spek jd kabur..Mengikut arahan kena pakai 30 minit utk membetulkan kembali fokus mata sebb dah out fokus. Utk rabun dekat, jauh pun boleh. Baru sehari belom buleh baik betul2 lg. Kena la amalkan sehingga sebulan tgk mcmna.
ada gaya

cuma ada lubang tiada kaca

Saya dapatkan benda ni di google jer, cermin mata terapi. Beli online jer. Ada yg murah dan mahal, tp x kisah la janji ada lubang2 serupa tu gak...Na order ngan saya pun boleh. RM60 termasuk cas pos....

Mengikut testimoni, selepas pakai spek ni beberapa minggu power spek nya turun kepada 50 ja...Saya x pakai spek tp bila membaca dkt2 dah kabur. Kena letak jauh2 baru nampak clear. Masa awal2 ni elok la cuba nanti dah teruk payah la nak baik. Minta2 baik la. InsyaAllah

Kita hanya berusaha, Allah jua yg menetukan...

Wallahua'lam....


Selasa, 8 Oktober 2013

Makan lauk ayam kenduri Tanjung Dawai

Semua org heboh pasal peristiwa menyayat hati ni....puncanya mmg aku x tau...biar la org yg berkenaan siasat. Tp sedih mengenangkan tuan tumah kenduri, entah apa yg dirasai sekarang ini. Malu, marah, murung, sedih dan macam2 lagi....dan juga kesedihan keluarga mangsa yg meninggal....

Pengasuh aku yg berasal dari Baling menceritakan, masa dia balik kg baru2 ni p kenduri, lauk ayam dalam tray tak disentuh langsung, bagi bungkus wak balik pun org x mau. Mungkin semua fobia, takut mati....Jadilah pembaziran pulak, buang sj lauk itu, xkan tuan rumah nak makan semua.

Sama2 la kita tunggu laporan siasatan oleh pihak kesihatan. Semoga ditemui puncanya dan langkah mencegah dapat diambil dgn cepat...


Mungkin lepas ni kena cipta alat utk kesan racun dlm makanan atau minuman. Macam alat cek dadah dalam air kencing tu la. Minta tolong pakar2 kita pikirkan....

Wallahua'lam....
kalu bagi boya ni makan keracunan dak ha?


Jumaat, 4 Oktober 2013

Business Online

Dah lama aku promot produk aku kat blog ni. Alhamdulillah, ada saja yg kol samada nak beli atau tanya berkenaan produk aku. Selain dari blog ni, aku ada gak promot kat FB. Tp FB cuma rakan2 ja yg tgk, kadang2 terlepas sebab terlalu banyak status rakan2 lain. Berbeza dgn blog, yg berminat akan search kat google, so google akan senaraikan web2 atau blog2 yg ada keyword yg dicari. X kira la sapa yg search tu. So bermakna lagi besar la dia punya market berbanding FB.
perniagaan internet 

 So kepada pembaca2 sekelian, kalu nak berniaga online jgn terlalu mngharapkan FB semata2. Buat blog sendiri dan muat info dan foto berkaitan, contact number...supaya boleh dihubungi. Kalu ada testimoni boleh muatkan sekali, update setiap kali ada pembeli.....

Insya Allah, kita berusaha menggunakan semua peluang yg ada. Asalkan niat nak berniaga, bukan nak menipu...

Wallahua'lam...

Compass Kiblat

Seblom ni aku rasa x penting pun kompas ni....tp bila berpindah ke rumah baru ni kelam kabut gak nak tentukan arah kiblat dgn tepat. Setakat anggaran aku boleh la agak sebab masjid dekat ja. Nasib baik agakan aku tu agak tepat...hehehehe

Jadi supaya lain kali aku x perlu agak2, jadi aku pun beli la kompas kiblat. TP masa test ada  2 kompas, dua dua tunjuk arah x sama. Tanya pompuan yg jual tu dia pun x tahu. Mampos....Jadi aku pun guna la teori aku berdasarkan arah utara barat timur yg aku rasa la. Jadi aku beli la yg satu tu, mahal la sikit. Sampai di rumah, aku test, last2 aku jd keliru...

Maka utk menghapuskan kekeliruan, aku download je android app, compass kiblat.....ada setting lokasi lagi, kompas bergerak2, arah sama yg betul walau pun henset diubah ke arah lain2..

Alhamdulillah....so kepada sesiapa yg ada henset android boleh la download. Free jer...Jadi kalu nak solat di mana2 pun senang je kita nak hala ke mana kannnn...

arah kiblat bg kola lompo


Wallahua'lam....