Halaman

Rabu, 31 Julai 2013

Bela anjing....

Bela anjing sebagai hobi, suka2 adlah dilarang. Buleh bela kt luar sj, utk tujuan tertentu spt menjaga keselamatan rumah tanaman atau ternakan.
hero anjing



Kalu tersentuh anjing basah dgn basah perlu dicuci dgn air tanah.
Kalu bela luar sekali pun, mcmn dgn najis dan air kencingnya. Kalu dirantai atau di kurung, tau laa tmptnya.
Bela anjing juga dikhuatiri menggangu jiran2 krn bising atau bahaya pd ank2. Kawalan dan pemantauan yg baik amat perlu utk memastikan kebersihan dari najisnya.
Bela dlm rmh lg la x buleh. Malaikat x masuk, jd hlg la keberkatan dlm rumah. Mcmn nk pastikan kebersihan dr najisnya. Tmpt solat, pinggan mangkuk, tandas yg sentiasa basah. Byk sgt benda kecik2 yg boleh terlps pandang, so x pyh la bela.
Nk bela la d kebun. Jgn lupa bg mkn. Di rumah buh rantai, kurung....kejam la plak....
Wallahualam ......

baca lagi....

Sent from my Sony Ericsson Xperia neo


Daripada Abu Talha r.a, “Aku mendengar Rasulullah s.a.w berkata, “Malaikat (Pembawa Rahmat) tidak akan memasuki rumah yang di dalamnya ada anjing atau gambar yang berupa dari makhluk bernyawa”.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab Penciptaan (4/54), no. 448)


Isnin, 29 Julai 2013

Selamatkah “Selamat Hari Raya” Kita??


Ramadan datang lagi dengan ribuan peluang untuk meraih kebaikan dan keberkatan.  Sebelumnya kita menunggu dengan pelbagai harapan dan azam.  Azam untuk melakukan yang terbaik.  Namun, mengapa nafsu masih tidak jinak?  Peluang keemasan terlepas dan terbiar……
Azam yang membara menjadi kendur dan akhirnya terbentur.  Hati menjadi korban dalam perang maha dahsyat dalam diri.  Mulut, telinga, mata, hidung dan seluruh diri masih tega dan rela dengan dosa.  Berpuasa hanya sekadar menahan lapar dan dahaga.  Kesan pada jiwa dan pancaindera masih di takuk lama.
Malangnya, tidak ramai antara kita yang menyedari hakikat ini.  ‘Mood’ hari raya kadangkala sudah menenggelamkan keberkatan Ramadan yang belum pun berakhir.  Beradabkah kita dengan Allah?
Apakah kekesalan pada Ramadan yang lalu akan berulang lagi tahun ini?  Hingga dengan itu apabila takbir Syawal bergema, kita sayu kerana terasa Ramadan telah pergi meninggalkan diri kita yang masih bergelumang dosa.  Rupa-rupanya, kita masih berangan-angan dengan rahmat dan pengampunan Allah tanpa berjuang penuh kesungguhan.  Kita kalah kerana selalu mengalah di jalan mujahadah.
Bayangkan ….dua orang tetamu sedang menuju pintu rumah kita.  Seorang yang lebih mulia berjalan di hadapan, sementara seorang lagi berjalan di belakang.  Siapakah yang patut kita alu-alukan dahulu?  Tentulah yang dihadapan.  Sudahlah dia lebih mulia, dia pula berjalan di hadapan.  Tentulah tidak beradab kalau kita mengalu-alukan tetamu yang dibelakang dan meminggirkan tetamu yang berjalan di hadapan.  Begitulah kita selalunya.
Hari raya ialah hari kemenangan dan kesyukuran, bukan hari kekalahan yang mempamerkan kekufuran.  Namun itulah yang berlaku kini.  Zikir kita dengan kalimah takbir, tahmid dan tasbih telah digantikan dengan nyanyian dan tarian yang melalaikan.  Pendedahan aurat, pergaulan bebas, pembaziran dan lain-lain perbuatan dosa dan sia-sia sudah begitu dominan dan membudaya.


Berbahagia

Pengajaran:
Dengan segala bentuk kemungkaran itu, selamatkah kita pada hari raya ini?  Maksudnya bukan sahaja selamat dari kemalangan jalanraya ataupun mercun raya, tetapi yang lebih penting adakah kita selamat dari neraka dan masuk ke syurga?  Muhasabah diri kita….. sekiranya ini Ramadan terakhir, layakkah kita berhari raya? Jangan ‘gaduh’ nak balik raya… ikut giliran @ keperluan….Kita kena bijak mangenal pasti yang mana adat, yang mana ibadat. Pejam celik, tiba-tiba Syawal sudah hampir di ambang pintu.  Begitulah hakikat pantasnya masa berlalu…….

Kak Chak dan keluarga memohon ampun dan maaf di atas segala kekhilafan dan kesalahan zahir dan batin. Moga kita selamat pada hari raya ini. Amin.
kuih raya

Ratu Cantik Wanita Islam

Pertandingan Ratu Cantik baik negara atau dunia x sesuai utk muslimah. Pihak berwajib pun dah larang. X sangka berani plak depa lawan. Jahil agama tu la jadinya. Dah terang nyata haram, tak tutup rambut pun dah haram inikan pula buka lagi ditayang2 gituan...hehehehe

Apa kata buat ratu cantik wanita Islam. Sapa paling cantik tp menutup aurat sempurna, pandai mengaji cukup tajwidnya, pandai masak, lipat kain dan bg anak pakai lampin dsbnya.....

“Kalau mereka mahu melarang kami, kenapa mereka tidak melarang wanita Muslim yang mewakili negara dalam sukan renang dan gimnastik?” katanya.

Sapa nak jawab???? Sepatutnya ahli sukan pun yg pakai pakaian sewaktu dgnnya pun kena ban gak la....kan kan kan...

Menurut Wafa Johanna, “saya sangkakan akhirnya peserta Muslim akan dibenarkan menyertainya sekaligus mewakili Malaysia.  Saya juga menyangkakan perkara ini (sertai pertandingan ratu cantik) adalah okay, sebab pertandingan akhirnya akan diadakan di negara yang kebanyakan penduduknya beragama Islam iaitu di Indonesia.

Satu lagi isu ni nak kena batang hidung sapa x tau la. Ada ka penduduk Indon muslimah yg masuk pertandingan ni?

Erra Fazira pun nasihat supaya akur dgn larangan tersebut. Dia pun dulu masuk sbb belum ada larangan. Ada gak kawan depa yg suruh tukar agama. Baik punya kawan. Setan la tu....Maklumla kawan semua mat saleh, mak bapa kawen campur...bukn  macam kita, ketinggalan zaman...huhuhu...

Ingat dulu Mufti yg kena pecat pasal melarang umat Islam menyertai ratu cantik. Jgn biar ia berulang kembali.......

Setelah 9 tahun berpisah

Dah 9 tahun berjauhan, rupanya cinta kasih sayang masih utuh di dalam hati. Kalu tahu dulu buat pa la berpisah. Tp kan org dah kata, syg bini tinggal-tinggalkan, syg anak tgn-tgnkan. Mungkin Datuk Hattan ikut pepatah tu kot.

Tahniah la kepada Hattan, biso bonar. Walau dah lama berpisah, manisnya x habis lagi dirasai, malah makin dirindui...

tahniah

Abby Abadi bersuami muda..

Alhamdulillah.....beruntungnya dia dapat pucuk muda no....selain dari berita perjuangannya dalam PAS, rasanya yg ni lagi menarik. Ada beberapa gambarnya bersama suami aku nampak kat FB dan laman berita online lain. Mesra bukan teman tapi mesra. Ni mesra halal yer. Nak letak logo halal JAKIM pun depa x marah....

mesra nya depa
padan la tu...

Tapi ada gak komen yg meluat menyampah la.Ada yg kata " Kalu dah suami isteri tu xyah la nak tunjuk mesra sangat....biasa2 sudah la". Puuuiiiiiii.....Suami isteri la kena tunjuk mesra, halal dah tu. Abih yg baru berkapel tu buleh la tunjuk mesra2....Awat la jadi bodo lagu tu....

Depa nak peluk ka, pegang tangan berjalan ka, naik motor sekali ka.....Tuhan pun marah, korang lak lebih2. Lain la kalu Abby x tutup aurat.....x elok la dipostkan...

Tahniah Abby...n Farhan..
Dah tu komen lak dari kaum sejenis abby gak. Hai....korang jeles ke tgk Abby happy. Korang suka tgk masa dia nangis2 bergaduh ngan NH dulu la.
korang suka ms ni kot




Rabu, 24 Julai 2013

Waktu berbuka Puasa Pulau Pinang 2013

Waktu buka puasa Pulau Pinang dari hari pertama hari tu sampai hari ni duk 7.38pm tu lah. X nampak can macam nak turun. Bukan pa kot la nk buleh buka awai sket...Heheheh.....

Paling awai pun 7.35pm.....Di kg ku Perak pun awai 5 minit ja...Di Kedah lg lewat dr Penang seminit....

Cuba bayangkan...

Tak terbayang aku macam mana rasanya setelah merasa sikit tadi. Teriknya mentari macam hari lain gak, tp memandang aku kena masuk ke dalam keta yg dah di park tgh panas sejam yg lalu. Terus buka tingkap habis.....ekon pun x rasa apa2 lg.....Ni la jadi nya kalu keta park tgh panas semus tutup rapat jadi la dia macam oven.....

Boleh masak duk dalam tu. Selepas stgh jam bertolak pun bahangnya masih terasa.....

Cuba bayangkan anda terperangkap dalam 2 selama 5 jam......Jgn buat apa2, tido ja....Bolehkah anda bertahan??????? Tobat lilah hangpa x leh tahan....Cuba bayangkan.....Bila aku park tgh panas, aku mesti nk kena bukak sikit tingkap, sbb nanti nk masuk blk aku x thn.....Kalu park kt kg, aku bukak terus tingkap, bila ujan banjir pun xpa....

Aku ada beli cooler fan yg disangkut pada tingkap kereta guna solar. Akan sedut udara panas dlm keta secara otomatik bila panel solar mendapat cahaya. Tp bini aku tak kasi sebab nampak buruk tersangkut kat keta lagu tu. Tu la pompuan, dia x tanya dah apa kebenda tu. Yg dia tau x lawa....(Kutuk belakang bini nmpk...)

Sebenarnya itulah projek aku dari dulu sampai hari ni....yg berjaya 1 jer yg ni (gambar bawah). Fungsinya utk menyedut bau2 yg tidak enak dan haba panas dari bilik kerja aku....

xzos fan

Hasilnya ekon jd bertambah sejuk, cepat sejuk dan bila ekon off lambat nak panas balik.... Jimat ekon....

Seorang lagi permata seni pergi...

Aku dulu membesar masa filem depa ni la. Tu la yg aku ingat sangat. Seniwati Umi Kalthum, 81 meninggal pagi ni dalam tidur. Xdak sakit apa2. Jgn ingat kalu sakit ja akan mati, x sakit pun boleh mati. Ajal maut di tangan tuhan. Orang muda duk lalai lagi pasal depa duk pikir depa lambat lagi mati.....

Seniwati Umi Kalthum

Datin Hajjah Patimah Bte Bahudin, nama sebenar beliau, ibu kepada Noorkumalasari, ubi tiri Anita Sarawak. Suaminya adalah Allayarham S Roomai Noor.....

Banyaklah memperingati mati kerana ia tidak membiarkan kita terus leka di alam fana ini dan mempersiapkan diri dengan bekalan utk akhirat dan menjauhkan diri sifat2 yg tercela. 

Bersama Allahyarham P.Ramlee


Alfatihah.....

Selasa, 23 Julai 2013

Islam x hebat.....


Islam sangat mengalakkan sedekah, tambahan pula di bulan Ramadan, banyak pahalanya. Selain daripada itu meraikan org miskin dan anak2 yatim juga sgt dituntut oleh Islam. X hairan la kalu Islam dilabel sebagai penyumbang utama kepada dana2 yg diwujudkan...Ini menggambarkan Islam mengajar penganutnya sikap suka memberi, membantu yg memerlukan, bukannya pengganas yg mendatangkan kecelakaan dan kesenggsaraan seperti digambarkan oleh barat...yahudi...



Islam itu Indah

Dah bersalin...

Alhamdulillah...adik ipar bersalin bayi pompuan 4 kg. Patut la kena operate, besor anak nya. Tahniah, jaga la amanah Allah ni sebaik mungkin. Jgn ditinggal sesuka hati, dipukul, diherdik, dimaki. Tapi curah kan lah kasih sayang yg maha tinggi yg tiada berbelah bagi.

Rupa2nya pagi ni Putera Willian ngan Kate pun dapat anak gak, lelaki. Sekolah sekali la hangpa no...Hheheheh...Tahniah juga, anak lelaki yg bakal jadi raja Britain........

Walaupun satu orang biasa satu lagi keturunan raja, tp semua lahir cara sama...Tiada beza, cuma manusia yg membuatkannya berbeza.....Yg membezakan manusia bukanlah pangkat dan darjat tetapi kesucian hati dan keikhlasan, sikap yg menjadikan manusia disanjungi, dihormati dan disegani.






ni raja lawak....:) 

Isnin, 22 Julai 2013

Cuti kecemasan

Malang x berbau, langit x selalunya cerah. Hari ni ada kematian keluarga pengasuh anak aku. Jd la aku bidan terjun mengasuh sepasang anak aku.

Bulan posa lak tu. Mn aku nk cari mknn. Bkn alasan nk p kedai mamak. Tak pernah la wat keja lagu tu.

Naseb baik mak dia da siapkan moi. Ikut aku nk beli roti mengali ja. Gardenia la krim coklat, faberet depa.

Ni la risko kalu hantar ank kt pengasuh. Kalu nursery, insyaAllah xdak la cuti tiba2 mcm ni. Lain la kalu kena ttp kalu ada kes2 bayi meninggal, dera ka. Bayaran sm gak.cuma kt nursery ramai, pengasuh pun ramai. Ank aku yg sulung pun tido buai lg, adik dia lg la. Kt nursery mn ada buai. Mau meraung dulu la seblom nk biasa tido bwh.

Kt nursery depa bljr gak abc, doa, alif ba ta. Pengasuh memang x ajar apa pun. Tp manja giler la bdk2 jdnya.

Berbndg kt jg sendri lak, diorg punya perangai jd lain. Arahan kita krg diendahkan. Ssh nk tdo, x moh tdo. Sdgkn kalu d rmh pengasuh, pg tdo bgn mkn tghr ptg tdo plak.

Walubgmnpun, pastikan ank anda dlm keadaan selamat dan selesa sblum meninggalkan mereka. Rezki buleh cari, tp ank amanah Allah.

Wallahualam....

Sepak raga tuju

Sementara tunggu waktu berbuka selepas meronda bazar ramadan, sepak dulu sebutir dua. Kalu penat pun xpa dh dkt nk buka. Badan pun xdan nk panas, sat saja dah 7.30....

Kalu duk dlm rumah dpn juadah mau rs mcm sejam lg nk berbuka. Bl main sat sj ms berlalu. Mcm teraweh la, rs lm sgt nk 8 pun. Bl blk smbil sembg kut jln xdan sampi rmh lg, kt mesjid dah kt 20 rakaat dah.

From my ONE TOUCH GLORY 2S

Heli jatuh????

Sedih dan geram pun ada. Tp mengenangkan budak lg x jd nk marah. Lori bas selalu dah di basuh...ni heli pun di basuh. Mmg dah xleh main sebab suis tercabut, xdan nk repair lg. Bkn rosak pa pun. Msh gagal lg nk terbg kan, asyik terhmpas jer. La ni lansung x lah dah. Abis shot litarnya. Lampu pun nyala trus ja....

Td p mini market dia mintak beli dinosaur trex yg buleh jln dan bunyi. Nsb bek x beli. Bg tau dia ayah beli keropok ngn air kotak. Kalu nk gak along x yah minum susu sebab duit abis dah beli mainan. Mainan dah 2 bakul dah. Heheh menjadi gak tektik ni.

Mcm tu la ank2, kn ada politik sikit baru dia paham. Bkn free semua tu. Bkn x belikn lansung. Semua dah ada. Lori bas keta kontrol, moto, bedozer, treler., ketapi, pistol pedng otromen belon bola, dll...

From my ONE TOUCH GLORY 2S

Teraweh 8 ka 20...

Teraweh ni kalu mlm pertama ramadan mmg penuh mesjid surau....seolah mcm 1 pesta, semua bersmgt nk sambut ramadan. Alhamdulillah, aku pun x terkecuali join sm...kalu dulu ms kt kg mmg best p teraweh kt surau....ramai membe. La ni duk bandar ni...kg org la....ada la 2 3 kerat yg kita kenai....loghat pun bertukar. Tp bunyi dia mcm loghat bangla ckp melayu la....

Berbalik kpd teraweh, mlm pertama, gaya kekok mcm org baru p jemaah kt mesjid. Alhamdulillah, berjy gak menemptkn diri dalam saf...selepas isyak solat sunat baru teraweh. X ada rs penat pun sbb x posa lg..Habis rakaat ke 8 , imam pun bgn utk rakaat 9 10, berduyun2 bgn terus kluar. Aku pun dlm terkejut pun ikut sekali..

Sembg2 ngn membe yg blk sm2, katanya x larat, 8 pun berasa truk dah..nk samb lg mmg x daya la....esok nk keja lg.

Aku bkn nya larat pun, malas pun ada. Tu yg ikut sekali tu....

Tiba hr jumaat, dlm khutbah, khatib(imam teraweh) berpesan, utk mendpt pahala ibadat seluruh malam, makmun kn la teraweh bersama imam sampai abih la. Baru dp pahala teraweh ngn qiamullail sekali...

Tuk imam pun perasan, abis ja 8 rakaat, tinggalla separuh. Imam baca pun x panjang. 8 rakaat pukul 9.45-9.50 dah abih. Balik rumah bkn nyer tido lg pun. Layan tv la, internet la, kul 12 baru tido....ruuuugggiiiiiii....

Tambah dah posa, lg la liat. Dgn kekenyangan, mengantuk, panas, sakit perut memulas2 antara alasan x dpt p atau smbhyang 8 ja dah nk blk.

Jadi dpt la pahala teraweh 8 ja....nk byk kn buat sampai 20 la. Baru dpt pahala qiamullail sekali...

Xkn nk tunggu , kapal tunggu.

From my ONE TOUCH GLORY 2S

Isnin, 15 Julai 2013

Buleh main2 jer?????

Hina Islam, nabi tindakan 'bodoh', jahat - Anwar




Org Islam makan di bulan posa kena tangkap naik van jenazah. Ok. Org Melayu jual mercun kena tangkap, penjara or denda....Ok. Edar dadah kena gantung....Ok. Tp kalu org hina Islam boleh panggil elok2, jemput berbincang....pastu apa tndakan???? Zero....Silap2 kena lepas gitu jah....oooiiiii...

Oh Malaysiaku....  atau Melayu Sia sia...

Apa masalah dgn depa ni....?????

Krgnya pendidikan agama ni la jadinya. Kalu ilmu agama cukup dia tau menghormati org lain, bangsa lain, agama lain.....

Hidup berlandaskan nafsu semata2...seronok....x ambik tau pasal kehidupan selepas mati.......Kubur masing2....lorrrrrr


kerana X mengerti kenapa manusia dilahirkan, kenapa semut dicipta, kenapa pokok2 ditumbuhkan....kenapa manusia diberi akal tidak binatang.....

Hipokrit...

Jumaat, 12 Julai 2013

Dah 3 hari posa...

Hari pertama posa...perrgghhh memang terhebat cabaran, nak demam pun ada....cahaya matahari rasa macam pisau menghiris2 kulit, pedih baq hang...Duk dalam aircond pun menggigil. Mungkin sbb badan kita berehat, tiada pemprosesan makann, sbb tu la tiada pembebasan haba. Jadi badan kita pun jadi sejuk lah. Sebelom ni aku dok dlm bilik x psg aircond pun lambat gak nk berpeluh, skrg off aircond pun rs sejuk lagi....
Masa berbuka aku handas air byk cawan sampai sengkak perut...last2 x mampu nk jalan, terus x p terawih...

Hari kedua.....ok sikit. Walau pun dah bertahun aku posa, namun setiap kali ramadan pasti akn mengalami pengalaman yg sama. Rasa macam cepat lak, dah 2 hari??? Badan pun dah boleh terima sikit2. Masa buka posa lak aku krgkan minum air, atau minum lambat sikit. Makan kuih saja, nasi makan masa sahur...Alhamdulillah, ok x sengkak macam semalam, jd boleh la ke terawih. Masa sahur pun makan sikit jar, ratah lauk byk sbb dah 2 3 hari perangat.

Hari ni....panas macam biasa. Kalu duk dalam bilik, boleh la tahan. Tp kalu kerja kat luar mmg dugaan tinggi. Nasib baik aku keja dlm opis, kalu kat luar x tau la. Brp hari ja buleh posa....Dulu pnh posa masa keja kilang, tp x teruk sgt keja nya, boleh la tahan....

Khamis, 11 Julai 2013

Jom P Bazar Ramadan

Elok la ni. Lepas solat asar buleh g ronda baza romadan. Hutang duit member 20rm semalan pun x bg kelik g. Satni lupa mapuh la....

feberet

tepi tepi....

x cukup ni...

rasa cam nak minum sebalang...

Antara beberapa gambar yg di snap cantik, yg lain hancur...

Rabu, 10 Julai 2013

Posa x mati kan????

Pinjam dialog upin ipin bila disuruh posa oleh opahnya.

Alhamdulillah, hari pertama posa, sahur, terawih semalam....semangat membara semuanya...

Mudah2an terus membara hingga ke hujung ramadan.....

Bila kurang aktiviti makan ni rasa macam byk masa lak. Mai kerja jd awal sbb x kena p market beli nasi lemak anak2. Jln lengang, mana p abih keta2. Pakat cuti  ka hari pertama ramadan? Penang mana cuti awal ramadan. Kedah yer la. Tu la adik aku duk terbongkang di rumah sbb dia kerja di kedah....Sia2 ja....kalu kerja xdak la dah meninggi matahari baru nak bangun...


Kt tepi jln pun x byk keta parking. Kedai makan dah tutup...Sbb tu jln lengang, dah x jem la. Dulu pun duk jem pasai keta duk parking tepi jalan la kot.

Bila aktiviti makan di kurangkan, byk benda menjadi senang. Cuma petang satni, bazar ramadan, dia mai jem pulak. Kedai makan pun dah start bukak utk org beli utk berbuka....

Makan oh makan.....makanan juga merupakan penyumbang tinggi kepada penyakit kronik spt jantung darah tinggi kencing manis dll. Makan bkn sj kena kurang tp makan juga kena pilih2.....

Wallahualam....

Selasa, 9 Julai 2013

Yeaaatyeeee.....sok posa

Alhamdulillah, insyaALLAh kalu panjang umur esok kita stat posa. Bulan yg dinanti2 oleh org yg memburu pahala. Inilah peluang utk menambah koleksi pahala utk menjadi bekal di akhirat kelak.

Bulan pengampunan, keberkatan dan keselamatan dari api neraka. Ada satu malam yg mana pahala ibadat pada malam itu bersamaan seribu bulan. Xdak di bulan lain cuma x tau malam bila, di 10 malam terakhir.

Bersolat terawih, khatam Quran, berzikir, solat2 sunat. Jgn ingat makan jer. "Nak buka posa nk masak apa? Sahur nak makan apa? Nabi bukak posa pun ngan kurma dan air jer.


Sibuk cari baju raya, buat kuih raya padahal raya nanti makan mee kari la, laksa la. Kuih x sentuh pun. Dah seminggu raya baru la pakat cari saki baki kuih raya...

Sembahyang terawih jgn p cari yg imam baca surah pendek2, buat 8 ja, lagi lama lagi byk rakaat lagi byk la pahala, buat selagi terdaya. Sekadar menggingatkan, saya pun sama gak...hehehehehe

Utk elak mngantuk masa terawih, masa buka jgn la makan byk2, simpan makan lepas terawih. Makan Moorel!!

Wallahualam.....

Khamis, 4 Julai 2013

Hadis palsu, doif

Dulu aku selalu copy paste ja hadis dr internet. Kalu hadis ja mesti aku percaya.....terima terus. Rupanya ada gak hadis palsu, doif, lemah dan mcm2 lg.
Jd utk mengelakkan tertipu ngn hadis2 lemah dan palsu ni, eloklah diselidik dulu. Cek hadis tu dr sumber yg berbeza, atau dr web yg lain2. Dgn cara ni kita dpt kesan hadis tu betul ke x.
Kalu hadis palsu dsb kita akn jumpa web yg mengulas ttg hadis tersebut dan beserta bukti yg kukuh mengesahkan ia palsu.
Hadis yg biasa kita baca adalah dari riwayat Bukhari dan Muslim. Pewirayat ni pun dikaji gak, samada beliau boleh dipercayai ke tidak......
Jd berwaspada lah. Wallahualam.....

Rujuk sini


Rabu, 3 Julai 2013

Petikan gitar yg syahdu- Sayang (Shae)

Walau banyak awek main gitar, tp petikan gitar ni gak yg berjaya menambat hati aku...




Layannzzzz........

Aweks Main gitar

Aku dulu pun belajar gak main gitar. Punya la susah. Alhamdulillah, kord2 yg biasa aku dah ingat, buleh la nak main lagu. Tp kena bagi kord siap2la. Kalu hrap aku cari sendri pakai sumbang la lagu tu.

Tapi sejak Yuna, Najwa Latif dan beberapa artis pompuan main gitar muncul (x ingat nama sori), makin ramai lak aweks2 main gitar keluar u tube duk cover lagu2 popular. Memang cemerlang la depa main gitar, sora pun buleh tahan. X kisah la apa pun tujuan depa upload video tu.

Aku pun rasa nak main gitar balik, tp byk sgt sukarelawan nak mai tulong petik gitar aku. Sampai x berbunyi kord yg aku main. Tunggu la anak2anda besar buleh main balik.

Walau macamana pun main gitar jgn sampai jadi najis (pinjam ayat zizan). Jgn sampai tnggal solat. Jgn sampai jd haram.....

Walllahualam....


Acheh dilanda gempa lagi

Ingat x masa tahun 2006 dulu,Acheh dilanda tsunami. Kali gempa pula, sib baik xdak tsunami. Mesti depa disana ketakutan. Kita di sini yg bergoyang sikit ja pun dah kecut perut. Di sana mesti lagi kuat kan. Beribu ribu bangunan musnah. 22 maut, ntah brp ramai cedera. Bertapa bertuahnya kita di Malaysia xdak gempa.

Tp di Malaysia byk jiwa melayang kerana kemalangan jalan raya, penyakit jantung, tiga serangkai kerana x jaga makan, keturunan, krg bersenam. Adakah kita sedar? Apa langkah yg telah kita ambil. Kalu la ada gempa, mungkin kita akan lebih sedar ke?

Walau pun hari2 ada eksiden maut, tp masih ramai yg x suka pakai helmet, tali pinggang keledar, langgar lampu merah, bawa laju, wheelie, meemandu terburu20....kebalkah kita

Wallahualam......semoga Alah melindungi mereka dan memberi hidayah kpd kita supaya tidak terus leka. Amin...


langit x selalunya cerah

Mencari rezki

Seperti biasa,pagi2 lagi aku dah p market. Beli nasi lemak utk anak2ku. Biasa la kegemaran  mereka, nasi lemak dan telur sahaja tanpa sambal dan ikan bilis. Satu lagi feberet, gulai ikan masin atau gulai telur. Oleh kerana yg tu feberet depa, aku beli yg tu tiap2 hari sampai dah tak lalu dah. Lani aku buat switching je selang sari, kadang semua aku beli, ko pilih la nk makan yg mana.

Sebenarnya aku nak crita pasei tukang reper jam kat market tu. Aku bg dia jam lama aku, abih batri kot. Siap dia tukar batri, aku tanya berapa? Lima hinggit jer. Ok, aku pun bayar. Sambil duk kelebet jam baru, aku tanya, ni berapa? Dia kata 25 ja, aku tanya lagi, yg ni lak berapa, sambil tunjukkan jam g-shock yg xdak jarum. Dia kata tu murah siikit, 20 ja. OOOOOOOOO....

Aku pun ada jam gshock, beli d sg petani, tp harga 30 lebih  kot....dah pening, jarum duk merapu ja nih. Aku pun tanya, buleh reper dak? Dia kata mai tgk.....Dia pun duk kelebet sambil duk sembang ngan aku tanya duk mana dll....

Selepas 10-15 minit kot siap. Aku tanya berapa? Dia kata 3 hinggit, buh dalam tabung. Aik, upah reper jam buh dalam tabung. Dasat. Upah dia reper terus didermakan. Perrggghhh....Lagi  ramai org  reper, lagi byk la dermanya. Abih tu dia untung apa, jual batri, jam je kott.

Kita derma pa hari ni. Rasanya pendapatan dia sikit ja x leh nk lawan cikgu. Aku td pun dah 3 hinggit, aku sorang. Kalu ada 10 org reper kena 3 hinggit gak, x ke 30 hinggit dah dia derma sari ni....Aku derma pa hinggit hari ni???????????????????????????????????????????????????????????????????????????????

Sepatutnya lagi byk gaji kita lagi byk kita buleh derma dok......

InsyaAllah.......




Kita berdoa kepada Allah semoga dimurahkan rezki, mengharapkan pemberianNya, tapi adakah kita juga sedia memberi sedangkan kita tahu rezki kita adalah pemberian Allah.

sedekah pembuka pintu rezki????





Isnin, 1 Julai 2013

KELANTAN 1 JDT 0

Memang layak la kelantan menang. Aku x pandai main bola, tp reti gak tgk bola. Kelantan memang kebal, rajin, laju, pantas dan tenang walau di depan gol. Ada beberapa cubaan yg tidak tepat menunjukkan x susah la kelantan nak tembusi pertahanan Jdt. Tapi Jdt nk lepas sekali pun susah, nak try lagi la payah....tp peluang tercipta juga cuma kesudahan atau cubaan tak membuahkan hasil.

Nampak gah betul pemain2 kelantan. Walau pun terpaksa berhadapan dgn bekas rakan sepasukan.

Safee Sali awal lagi dah keluar, kenapa? Terkejut gak aku, xdan berpa minit dah kluar. Mungkin ada masalah kecederaan kot. Nak jugak tgk skill dia. Lama dah x tgk bola ni...

Tp walau teruk macamana pun bolasepak Malaysia, aku lebih suka tgk perlawanan bola team Malaysia lagi walaupon aku tahu dan kenal pemain2 terkenal dunia macam messi, terbaru neymar, ronaldo.....main memang skilfull, gerakan cantik pantas semua ada. Tp aku tgk maa berita sukan jer...

Macam motogp la, walau pun minat ngan rossi, tp tgk masa berita sukan jer tu pun kut kalu ada. Lani Zulfahmi dah masuk moto3, kalu ada siaran langsung nak gak tgk.....

Sokong lah sukan negara kita, jgn gaduh2 walau pun kita kuat. Jgn marah2 walau pun kita garang. Jgn maki2 walau pun suara kita tinggi.....jgn berlagak walau pun kita duit banyak...



https://www.mstar.com.my/sukan/2013/06/29/piala-fa-percaturan-terakhir-johor-dt--kelantan