Halaman

Rabu, 27 Jun 2012

Software China Phone

Samsung galaxy s2 made in china
Org pakai Galaxy, aku pun nak pakai gak. Nak beli yg ori, paham2 je lah. Beli pampers angan susu anak lagi baik. Jadi aku beli la made in china punya. 1:1 copy galaxy s2.

Biasa la phone china mana ada 3g. Layan je Gprs ngan Edge. Semput pun semput la. Puas dah aku cari game angry bird, software facebook, youtube tp x berhasil. Yg aku dapat browser sj. UCbrowser, memang sempoi. Webpage loading macam full gak. Lebih baik dari wap.Nak download klik kat je kat UCbrowser di atas. Sambil tu boleh gak ushar2 applications lain. Tp byk gak yg aku install, tp x leh buka pun. Try and error la.

Pergghh.........meleleh air liur...


Kia optima Hybrid


memang menawan

Korang x meleleh ka tgk. Mana satu pilihan anda.





Design memang lebih menarik daripada kereta mewah lain.





Gambar2 dari google...

Isnin, 25 Jun 2012

SYM T2 250

Superbike 250 baru di pasaran. Member aku dah pakai baru seminggu. Minyak RM24 boleh pi 350 km. Pernah bawa paling laju 150km/j. X berani pulas lagi sebab motor baru lagi.

Design dekat2 nk serupa ER6n kawasaki. Meter digital. Harga RM17,500, hutang RM18,500.


Nak tgk kaler lain, taip jer kat google. Ada warna kuning, merah.



dah  modified skit credit to robi joe



Signal x clear??

booster
Kalu signal tv x clear boleh la pakai booster ni. Tp astro channel x dapat la. Kalau tv lcd pun x cukup kuat. Utk tv monitor boleh dapat semua channel clear. Letak dalam rumah jer, xyah kluar adjust kalau tv x clear. Kan senang gitu.

Hidayah itu dari Allah


Masih belum terlambat utk kita berubah asalkan jgn berputus asa utk berubah. Walau beribu2 kali gagal, bangun utk terus berusaha ke arah yg lebih baik. InsyaAllah.......hidayah dari Allah akan datang.

Tak Panas pon....

ada ilmu kebal ker?
X panas pon....
Ini la kelebihan ekzos ni, walaupun enjin dah panas tp ekszos x panas2 gak.

Khamis, 21 Jun 2012

Puncak Mutiara Cafe

Ada org tu nak belanja makan kat Dataan Ikan bakar Permatang Pauh. Sampai kat tapak pasar malam arowana, nampak gelap jer, tutup ler. Terus tukar haluan ke Puncak Mutiara Cafe Kg Pelet lak.


Apalagi belasah lamb chop la. Org nak belanja.


Apalagi.....belasah....
 Yang syok nya boleh duk bersila. Baru kampong.

sila la.....

Selasa, 19 Jun 2012

Burung Ketitir



Kalau yang besar sikit dipanggil ketutur. Apa apa je la. Gambar diambil menggunakan telpon made in china copy 100% samsung galaxy.

TPM turun Batu Kurau










Gambar diambil dari facebook/useri yus. Orang Batu Kurau gak ni.

Jumaat, 15 Jun 2012

Bas Elektrik

bas elektrik
Bas elektrik pun ada. Moto elektrik, modenas dah keluarkan, kereta elektrik proton dah buat, ni bas elektrik la depa ni nak buat. Basikal elektrik china yg buat, Malaysia bila nak buat, ka dah ada?

Kenderaan mesra alam ni kena la promosi lebih2 skit baru org berminat. Org dah taksub dgn kereta petrol. Bukan senang depa nak tukar pi elektrik. Yg pakai gas ngv tu tak ramai pun.

Modenas ctric guna elektrik cuma 1 sen bagi 1 kilometer. Cas pantas 3.5jam saja.

motorsikal modenas elektrik


Mabuk jalan jauh naik kereta

Aku kalau pi jauh2 naik kereta (rombongan kot) mesti pening nak termuntah. Selalunya aku bawa bekal pil chi kit teck aun cap menara kuil untuk buang angin, hilang pening. Tambah lak kalau bau dalam kenderaan tu macam2 sgt. Ambi pur pun aku x tahan. Yg boleh tahan jenis murah2 jer macam ni. Janji bau lemon. Payah2 bawa buah limau.

air freshener
Anak aku tiap kali blk kg mesti muntah. Al maklum tak tahan bau keta baru. Nanti dah pasang yg ni, ok kot dia.

Berapa kalori dibakar?????


treadmill

Nak bakar 100 kalori kena jalan 2km, 16 minit. Kalau lari lagi byk la kalori dibakar. Bacaan nadi tu x betul sebab tangan dua2 pegang kamera. Ada la dalam 85 kot nadi.


dumbbell
 
Lepas jalan angkat dumbbell lak.




saja dengki la tu

X leh lama atas treadmill, ada org lain nak guna lak.






Isnin, 11 Jun 2012

Bapa Lee Chong Wei cuba bunuh diri

Nasib malang menimpa jaguh badminton lagi. Selepas insiden kecederaan kaki, la ni bapa pula cuba bunuh diri. Lee CW memang sibuk dgn kerjayanya. Bapa dia kata keluarga tidak mempedulikan. Betul ke x, x penting. Tanya balik kt diri sendiri, macamana mak bapak kita? Ada ka kita ambil tahu. Duit banyak bukan boleh beli kasih sayang dan perasaan mak bapak.

Aku balik kampong sekali sebulan. Prnah gak dah masuk 2 bulan baru balik. Tapi duk lama sikit. Cuti panjang la. Kalau x leh balik dgn keluarga, aku cari gak masa yg aku boleh celah balik walau pun 2 3 jam je duk kampong. Depa nak tengok kita jaa, jgn lama2 sgt x tgk. Nak bagi duit lagi baik.


kaki LCW tercedera

Bapa LCW


Euro 2012 dah mula???

Aku pun x sedar. Ingat depa duk lawan friendly lagi. Hari tu Malaysia friendly ngan Singapura. TUp2 member aku kata dah start. Macam la aku nak tgk sgt. Pukul 2 3 pagi, baik tido. Nanti anak bangun nak kena bancuh susu, dodoi sampai lena lak, lagi parah.

Kalau nak tgk gak tunggu la hujung2 skit, dekat nak ffinal. Baru la tgk team2 yg power2 jer. Team belasahan ni x yah la tgk. Aku pun x sokong sapa2 pun. Nak sokong Malaysia, lawan Singapura pun seri jer. Takkan nak sokong negara lain, ada ka adik beradik kita duk sana. Kalau sokong Palestin mestilah, sedara kita seagama tu.

Jadual Euro 2012

Rabu, 6 Jun 2012

Planet Zuhrah (Venus) melintasi Matahari

Berita ni menarik kerana nama planet ni telah diambil oleh Allahyarham M. Shariff sebagai nama kumpulan Pop Yeh Yeh The Zurah 2. Boleh cari kat youtube.

Hari ni planet zuhrah ni akan melintasi matahari serentak dgn bumi. Planet ni berada ditengah2 antara bumi dan matahari. Boleh la kita nampak. Tapi kecik jer planet ni. Seperti dalam gambar.

Planet ni mengelilingi matahari 225 hari satu pusingan sementara bumi 365 hari. Untuk dia berada tepat di antara bumi dan matahari, 2 kali setiap 100 tahun, 8 tahun jarak. Kali terakhir pada 1874 dan 1882, kemudian 2004 dan 2012. Akan terjadi lagi tahun 2117 dan 2125.

Masa untuk planet zuhrah melintasi matahari adalah 6 jam. Kalau nak tgk kena pakai spek khas, menapis cahaya matahari. Spek hitam pun x clear.

D manakah Bumi?