Rabu, 27 September 2017

Modenas Pulsar

Modenas ada kluar moto baru ekk...pulsar 200 cc. Harga pun murah gak....RM9k dan RM11k. Top speed 150km/j....Enjin Single cylinder, 4 stroke, SOHC 4 valve, Liquid cooled, triple spark. Displacement, 199.5cc. Max power (PS@ RPM), 24.5 PS @ 9,750 RPM.

Pulsar RS200
Ada 2 jenis

NS200
dan

V15 xsampai Rm6k
V15 dgn Enjin 150cc sj. 

Selasa, 26 September 2017

Pasang timer kat aircond

Air cond x sejuk, family mengamuk sebab panas. Jadi panggilla pomen tgkkan air cond ambo. Test punya test, tukar sensor pa bala, didapati board rosak. Senang nya keja hgpa, pastu mintak tukar baru. Ceewahhh.....

Aku habaq la kata compressor jalan lg, tp berenti sendiri tp dah lama x on balik. La ni ampa short kan bg compressor jln teruih toksah duk berenti. Depa pun buat....ambik sat ja sejuk..tp dah sejuk pun compessor jln jugak....temperature dah xleh control...automatik plg low..16 darjah...Patut la sejuk bedi...

Pakai dlm sebulan bil mai tgk2 dkt rm150. Allahu...ni x leh jadi.

Duk plan nk pasang arduino la, temperature controlled relay la apa bala.....mlas plak nk buat litar bagai.

Last2 minit terpikir nk psg timer. TImer ni time dia buleh set 15minit plg sat la.....15minit pun kalu on compressor boleh sejuk dah...pastu off dia bg la 30 minit sementara nk panas blk...x pa try dulu.

So projek pun bermula, beli timer (RM35) + plug 3 pin dan soket siap RM42. Padahal aku baru tgk kat aeon big, timer tu baru RM18...aduih...xpa la dah beli nak wat gena gi dah...

Kat lazada pun rega tara tu gak....

soket timer
Cabut wayar compressor psg kat soket dan 3 pin plug. Dah siap.....Bila on ja air cond, timer akan berjalan selama 15 minit dan berhenti 30 minit bergantung kpd setting pd timer tu la. Harap kesejukan tu mampu bertahan utk 30 minit seterusnya sebelum ia on balik. So dlm sejam compressor akan on 15 minit, stop 30 minit dan on blk 15 minit. Masuk jam kedua off 30 minit, on 15 minti of lg 15 minit. Jam ke3 off lg 15 minit, on 15 minit, off semula 30 minit.  Nampak tak, dlm 3 jam compressor cuma on  1 jam saja. Dah nampak dah penjimatan kat situ kan?

pemasangan timer pada compressor

Alhamdulillah....dpt bil bln ni dah turun kpd rm95 shj....jimat RM50 tu....Kalu nk jimat lg boleh set timer tu off utk 45minit on 15minit saja. Kot x tahan panas la menunggu 45 minit plak nak merasa sejuk....hihihihi...


Khamis, 21 September 2017

Dendam Terindah

Yang terjadi dah terjadi. TP hidup tetap perlu diteruskan. Namun kena fikir jugak apa pengajaran yang boleh diambil sebagai panduan di masa depan.

Ada yang memaafkan, redha, pasrah dan ada jugak yg mahu keadilan ditegakkan dan hukuman setimpal diberikan. TP usia kanak2 tidak merelakan.
 
Biarlah pihak berwajib yg menentukan mengikut prosedur undang2 yg ada.

Semalam tgk berita terkejut dgn cadangan seorang waris mangsa yg mencadangkan suspek2 di jadikan pelajar tahfiz sebagai dendam terindah.

Kenapa sy x terfikir benda ni. Mungkin disebabkan perasaan amarah sedih geram kecewa dan macam2 lagi.

Bagi saya cadangan ini sgt baik, x perlu hukuman yg menyeksakan tp pastikan mereka hafal 30 juz di dada sebab mereka masih muda dan perlukan bimbingan. Kalu disumbatkan ke penjara pun last2 nak jadi apa.

Kan kan kan....


Jumaat, 15 September 2017

Kebakaran Sekolah Tahfiz

Innalillahi wainna Ilaihi roji'un

Semoga roh mereka dirahmati Allah

Walaupun x mengenali mereka tp air mata ni tetap luruh jugak bila mana tertonton video menyayat hati saat kebakaran yg ditularkan di media sosial. Lepas tu x sanggup lg nak tgk.

Terbayang anak kecil menghadapi api yg kepanasannya x tergambar............nak taip pun terketar2..

Semoga ganjaran syurga kepada mereka. Nasib kita x tau lg lagu mana....semoga dijauhkan.
Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

Memang dah takdir tp apa pengajaran yg boleh diambil. Warden pun turut terkorban demi nk menyelamatkan anak2 syurganya.

Pencegahan lebih baik dr merawat. Tp Allah lah sebaik2 perancang. Kita merancang tp dia yg menentukan.

Semua ia menjadi iktibar kepada kita agar tidak mengambil mudah pasal keselamatan terutama kebakaran samada di rumah, tempat kerja atau pun dlm kenderaan.

Kadang2 tkt nk kunci pintu kereta semasa kereta berjalan tp takut pulak anak terbuka pintu plak. Lg bahaya. Serupa gak cermin, takut terkunci pulak bdk kt dlm....tu la manusia...x lari dr melakukan kesilapan.  Belum kira grill lg.......semasa kebakaran nak cari pun boleh x terjumpa, sebab panik. Berdoa la selalu semoga kita sentiasa dilindungi Allah. Sehebat mn pun manusia dgn perancangannya tp Allah saja lah yg berkuasa dlm apa2 pun.

TP tetap kena usaha, itupun dgn bantuan dia jugak........berserah diri kpd Allah dlm semua perkara.


Selasa, 12 September 2017

Kemangkatan Sultan Kedah

Semalam menerima berita sedih. Mula2 x percaya maklumla sekarang ni byk sgt scammer. Takut gak berita palsu. Tapi dah semua grup wasap termasuk FB duk keluarkan baru percaya.

Sebelom nak sebarkan pun kena cek byk kali...dah saheh baru boleh share. Byk dah artis kena.

Semoga roh baginda dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama org2 beriman.

Innalillahi wainna ilaihi roji'un

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...