Selasa, 19 Julai 2016

Kerja atau ibadah

Kita perlu bekerja untuk mencari rezeki utk menampung keperluan keluarga. Ia dikira ibadah. Bekerja untuk memudahkan org lain. Contoh peniaga menjual barang keperluan, memudahkan org dimana orang x perlu buat sendiri. Xkan semua nak buat sendiri, ayam bla sendiri, padi tanam sendiri, tepung buat sendiri, sayur pun nak tanam sendiri. Jadi kalu kita buat kilang tepung, kita bukan saja memudhkan org dpt tepung tp menolong org lain mendapatkan pekerjaan dan membeli bahan2 utk buat tepung dr petani.

Tapi malangnya lama kelamaan org menganggap kerja utk mendapat keuntungan dan kekayaan semata2. Sehingga melupakan akhlak dalam bekerja sendiri. Sebab ada org sanggup juai dadah, arak, rokok, mercun, makanan tidak halal, pistol, dan beermacam2 benda yg boleh merosakkan org yg menggunakannya. Tapi dek kerana untung yg tinggi mereka sanggup mengenepikan akhlak.
Cari redha Allah

Semasa jual beli mungkin ada yg tidak berkemampuan dan menawarkan harga lebih murah. Mungkin kalu kita ikut harga mereka kita xdpt untung pun, balik modal ja. Bagi yg mmg mengutamakan keuntungan sudah tentu x bersetuju dan membiarkan pelanggan berlalu begitu aja. Tp kalu kita anggap ia ibadah, rezeki untung rugi Allah yg tentukn, selagi ia menggembirakan org, untung sikit ka rugi sikit ka kita xkan kisah.

Begitu juga sebagai pembeli, bagaimana menjadikan pembelian sebagai ibadah. Membeli pun dah kira ibadah, sebab kita membantu peniaga, carilah peniaga kecil2an yg kurang pendapatan, mahal sikit xpa jadi sedekah. Kadang2 kita sanggup bayar mahal pada gedung2 yg besar yg untung dah berjuta tiap bulan tp penjaja2 kecil yg untung 2 3 puluh sehari yg belum tentu cukup utk menampung keperluan harian pun, kita berkira plak.
Etika ibadah

Yg kerja di pejabat pulak, kadang2 sanggup bergaduh bermasam muka dgn rakan semata2 kerana membebankan mereka dgn tugas yg bukan dlm skop tugas mereka. Anggaplah ia ibadah, tolong kawan, lain la kalu kita sibuk dgn tugas kita. Mereka juga mencari makan utk keluarga mereka. Jgn sampi kita nak menutup periuk nasi mereka pulak. Kalu mereka bersalah, tegurlah atau berlembut lah. Sebab kita x mampu mengubah org melainkan ALlah sj yg maha berkuasa. Beri peluang untuk mereka berubah. Sudh tentu besar ganjaran dr Allah.

Begitu juga dalam kita membuat inovasi, bkn untuk dipuji manusia, tp utk memudahkan org. Kejayaan akan mudah menyusul apabila kita niat melakukan sesuatu semata2 mendapatkan keredhaan Allah dgn membantu manusia dlm kehidupan mereka.

Renug2kanlah.........

Selamat beramal...

Wallahua'lam...


Isnin, 11 Julai 2016

Dunia terus membisu

Pembantaian umat Islam di seluruh dunia langsung tidak mendapat liputan oleh puak2 yg mengaku menuntut hak asasi manusia. Tp bila kena kat bkn Islam, Islam pulak yg dituduh dalangnya. Dituduh pengganas, agama keganasan ehinggalah DR Zakir Naik pun terpalit. Sehingga hijab pun dipersalahkan kononnya diskriminasi terhadap wanita, menyekat kebebasan dan macam2 lagi.

Sebagai org Islam, x kira la keganasan dilakukan ke atas apa etnik sekalipun, Islam menentang sekeras2nya malah yg melibatkan kanak2 dan wanita. Sehinggakan Islam pun melarang pembunuhan ke atas kanak2 wanita dan warga tua sekalipun di medan peperangan.

Takkan mereka x tahu situasi kezaliman ke atas muslim seperti di Syria mesir Iraq, Myammar dan Palestin yg berterusan hingga ke hari ini. Apa lagi yg nak mereka pertahankan dan terus mengkritik Islam dgn hujah2 yg berat sebelah.

Apa dah Muslim lakukan ke atas mereka sehingga mereka begitu membenci, atau takut pda bayang2 sendiri

Apa yg dah dilakukan Islam kepada mereka? Ada ka non muslim yg ditindas di negara Islam? Ada ka org Islam yg buat perangai macam Israel?

Bkn saja dinafikan hak kerakyatan tp Dinafikan hak kemanusian juga
Hingga hilang sifat kemanusiaan

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Maaf zahir dan batin.

Dah lama x post. sibuk berposa, beranak, dan beraya. Ari ni start keja.

Tahun lepas anak 2 taun ni 3 dpt la lebih skit duit raya. TP wife xleh jln2 byk2 sbb masih dlm pantang. Luka pun blom sembuh sepenuhnya lagi.

Panas2 ni takut berpeluh nanti tempat operate buleh terbuka pulak.

Bila  p braya kita dijamu dgn makanan yg agak berat macam laksa mi nasi pun ada. Kadang2 xdan pun nak rasa kui raya sbb dah terlampau kenyang. Air pun xleh minum dah.

Tuan rumah pun bertambah sibuk duk menyediakan menu2, sedangkan kita p nak bersembang2 beraya, dia duk kalut kat dapur. Yg wife dlm ppantang pun sama naik siapkan juadah.


ELok dihentikan la menu2 ni. Jamu kuih raya dah la. Dah la masa posa duk kalut ke kui raya, tiba raya duk kalut ke laksa mi dan lain2 menu plak. Sikit punya teruk nak basuh pinggan. Elok pakai polisterin ja kan.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...