Isnin, 20 April 2015

Azan ganggu penduduk?

Dalam Islam azan akan dilaungkan sebyk 5 kali sehari. Menandakan masuknya waktu solat bg bagi kawasan tersebut.

Bg org yg beriman, bila azan kedengaran, dia akan bersiap sedia ke masjid atau surau utk solat.

Bg sstgh org akn terus duduk lepak mkn malah bersembg riuh rendah tatkala azan sdg berkumandang tanpa ada rasa hormat malah xdak lasung rasa bersalah.

Bg org bkn Islam ada yg dah biasa dgn suara azan ni dan lasung x rs terganggu. Cuma sesetgh tu yg hidupnya terlalu stress dlm mengejar dunia hingga tertekan dgn apa sj yg muncul di matanya atau ditelinganya. Padahal azan tu x sampi pun 5 minit. 

Walaupun seketika tp dek krna kewarasan fikiran dikuasai api amarah setan durjana maka keluarlah kata3 keji malah ganas melampaui kemampuan diri sendri yg sememangnya lemah itu.

Wallahua'lam......


Sent from Samsung Mobile

Rakyat kena cukai, menteri naik gaji

Ni apa cerita. Rakyat duk mengeluh rega brg naik psl gst tiba2 gaji menteri dinaikan dlm 5k gak. Kesian menteri ikat perut.

Kalu menteri pun ikat perut, agak2 rakyat biasa ni x mkn la 2 3 hari. 

Lagu ni la kita. Patutnya menteri potong gaji sbb nk tolong rakyat. Ni dah terblk plak.

Kata gst turun rega brg tp duk suruh rakyat bertani, siswa kena masak sendri padahal x dibenarkn masak kt kampus.

Penin o penin lagu ni.....


Sent from Samsung Mobile

Ahad, 5 April 2015

Takut Allah Sayang Rasul

Manis mulut di bibir, tp perbuatan dan amalan adakah selari dgn apa yg diungkap kan. 

Aku cinta padamu tp diabaikan. Lebih baik x ucap tp mengambil berat. 

Setiap ucapan kena bukti dgn amalan atau perbuatan.

Kalau takut Allah, tentu x berani buat maksiat, makan benda haram.

Kalu sayang Rasul, mesti ikut sunnah. Sentiasa bersalawat, menujaga akhlak. Jgn buat apa yg nabi x suka.

Kenapa kita solat, kerana ia perintah Allah dan kita buat kerana kita tahu Allah maha berkuasa atas tiap2 suatu. Rasul juga kuat solat kerana mensyukuri segala pemberian Allah. 

Kalu kita tidak solat, adakah kita x bersyukur dgn nikmat pemberian Allah? Sebab tu Allah bagi ujian atau musibah utk mengejutkan kita dari kelalaian supaya kembali mensyukuri pemberiannya. 

Lumrah bagi manusia apabila ditimpa musibah akan menyebut2 nama Allah.

Jgn tunggu musibah datang, pujilah Allah selalu. Mohon lah keampunan selalu kerana Allah maha pengampun lagi maha penyayang.

Sesungguhnya bila ditimpa musibah, sedarlah bahawa Allah mengasihi kita, mengambil berat tentang kita supaya kita x terus alpa lalu dihapuskan pula dosa kita. Untungnya kita...




Sabtu, 4 April 2015

Yg Allah bagi adalah yg terbaik

Ada 1 crita seorg budak yg buta dan dia menghafal Alquran. Bila ditanya jika matanya dpt dipulihkn kembali, maukah dia. Dia menjawab tidak, kerana dia telah terlps dr dosa mata. Malah dia dpt melihat Allah bkn dgn mata tp dgn mata hati...Alquran.

Kita ada mata tp kita guna utk apa....dosa atau pahala. Brp byk dosa dan brp byk pahala yg kita dpt dr mata saja.

Tu baru mata blom lidah lg, otak, tgn, kaki, harta, wang ringgit, kerjaya, sahabat.........

Wallahua'lam




Sent from Samsung Mobile

Khamis, 2 April 2015

Pemimpin berjiwa rakyat?

Copy &paste jer....

KUALA LUMPUR: "Saya kadang kala begitu hairan apabila seseorang dianggap 'berjiwa rakyat', hanya kerana makan nasi yang dijamu oleh rakyat, atau masuk ke kampung mendukung anak rakyat untuk beberapa minit bagi membolehkan wartawan mengambil foto," tulis Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Sehubungan itu, beliau mempersoalkan apakah itu dinamakan berjiwa rakyat.

Menerusi tulisan di facebooknya, beliau menyatakan jika hendak diiktiraf sebagai berjiwa rakyat, rasailah apa yang rakyat rasai.

Berikut tulisan penuh beliau dengan tajuk Cukai Dan 'Ulama Cukai'.

Pada Jun 2008 semasa saya menjadi Mufti Perlis kali pertama, saya menulis sebuah artikel berjudul AGAMA BUKAN CANDU UNTUK MENGKHAYALKAN ORANG MISKIN. Artikel turut disiarkan oleh Akbar Utusan Malaysia pada masa itu. Artikel ini merujuk kepada isu harga minyak melambung naik pada zaman itu. Pihak kerajaan berkempen agar rakyat berjimat cermat dan 'mengubah gaya hidup'. Golongan agama juga digunakan untuk berkempen. Kenaikan harga minyak secara mendadak yang dilakukan oleh pihak kerajaan ketika itu amat membebankan lapisan masyarakat yang berpendapatan rendah. Berikut beberapa potongan dari artikel berkenaan;

Saya tertarik apabila membaca membaca kisah al-Imam al-Nawawi r.h (631-676H) yang diminta oleh Raja pada zamannya al-Malik al-Zahir untuk memberikan fatwa bagi mengharuskan Raja mengambil harta rakyat untuk digunakan memerangi musuh yang mengancam negara iaitu tentera Tatar. Tujuan itu pada zahirnya baik kerana mempertahankan negara dari ancaman musuh. Harta itu pun hendak digunakan untuk keperluan jihad. Namun ramai ulama yang telah dibunuh ketika itu kerana enggan mengeluarkan fatwa berkenaan. Al-Nawawi juga enggan menulis surat sokongan terhadap tindakan Raja Zahir itu sekalipun beliau tahu pengambilan harta itu untuk kepentingan negara juga. Apabila Raja bertanya kepada beliau mengapa beliau enggan menyokong? Beliau menjawab: Setahu saya engkau dahulunya seorang hamba, tidak mempunyai harta. Kemudian Allah memberikan kurniaan kepadamu lalu diangkat engkau menjadi seorang raja. Aku dengar engkau memiliki seribu hamba lelaki yang setiap mereka memiliki talipinggang daripada emas. Engkau juga ada memiliki dua ratus hamba perempuan, dan setiap mereka memiliki sebekas perhiasan. Jika engkau belanjakan itu semua, sehingga hamba-hamba lelakimu hanya memakai tali pinggang kain, dan hamba-hamha perempuanmu hanya memakai baju tanpa perhiasan, juga baitul mal sudah tiada simpanan wang, harta dan tanah lagi, maka aku akan fatwakan untukmu keharusan mengambil harta rakyat itu. Sesungguhnya yang menolong jihad dan selainnya ialah penyerahan diri kepada Allah dan mengikut jalan nabiNya s.a.w. (lihat: 'Abd al-Ghani al-Daqar, al-Imam al-Nawawi, 144-145, Damsyik: Dar al-Qalam).

Teladan Saidina 'Umar

Telah berlaku tahun kesusahan dan kelaparan yang amat sangat di Semenanjung Arab pada zaman Amirul Mukminin 'Umar bin al-Khattab. Dikenali dengan 'Am al-Ramadah kerana seakan bagaikan warna ramad atau abu disebabkan kekurangan hujan, warna tanah dan warna kulit manusia yang bertukar disebabkan kekeringan. Ini berlaku pada antara tahun 17H dan 18H selama sembilan bulan. Amirul Mukminin telah berhempas pulas menguruskan harta negara ketika itu bagi mengatasi kesusahan rakyat. Di samping kecemerlangan pengurusan, yang ingin disebutkan di sini kecemerlangan pendirian dan sikap. Ibn Jarir al-Tabari meriwayatkan bahawa 'Umar bin al-Khattab tidak memakan pada tahun berkenaan lemak haiwan, susu dan daging sehingga orang ramai dapat memakannya. Barangan makanan berkurangan di pasar. Pada suatu hari pekerjanya dapat membeli untuknya lemak dan susu namun dengan harga yang agak tinggi. 'Umar enggan makan bahkan berkata: "Engkau telah menyebabkan lemak dan susu menjadi mahal, sedekahkan keduanya, aku bencikan pembaziran. Bagaimana aku dapat memahami keadaan rakyat jika tidak mengenaiku apa yang mengenai mereka?". (Al-Tabari, 2/358, Beirut: Dar al-Fikr).

Juga diriwayatkan bahawa suatu hari pada tahun berkenaan disembelih unta lalu dimasak dan dibahagikan ke
pada orang ramai. Lalu diceduk masakan itu untuk dihidangkan juga buat 'Umar. Tiba-tiba yang diceduk itu bahagian belakang unta dan hatinya. Lalu 'Umar bertanya: "Dari mana diperolehi ini?". Daripada unta yang kita sembelih hari ini. Kata 'Umar: "Oh! Alangkah buruknya aku ini sebagai pemimpin, jika aku memakan bahagiannya yang baik lalu aku berikan rakyat makan yang sisa" (Ibn Sa'd, al-Tabaqat al-Kubra, 3/312, Beirut: Dar Sadir).

Alangkah Buruknya..

Maka alangkah buruknya seorang presiden, atau sultan, atau raja, atau perdana menteri, atau menteri besar, atau menteri yang makan dengan mewah daripada peruntukan harta negara atau negeri sedangkan rakyatnya dalam kesusahan. Ketika rakyat membilang butiran beras, helaian ringgit untuk persekolahan anak, keperitan membayar sewa rumah, api dan air, sementara mereka yang berkuasa ini pula menghadiri jamuan negara dan negeri itu dan ini. Bermewahan dengan pertunjukan dan hiburan dari peruntukan wang negara. Kemudian bercuti rehat, tanpa rakyat ketahui apakah kepenatannya untuk rakyat. Kos itu pula ditanggung oleh negara tanpa sebarang pulangan keuntungan buat rakyat. Alangkah zalim! Alangkah keji sikap yang sedemikian rupa. Saya kadang-kala begitu hairan apabila seseorang dianggap 'berjiwa rakyat', hanya kerana makan nasi yang dijamu oleh rakyat, atau masuk ke kampung mendukung anak rakyat untuk beberapa minit bagi membolehkan wartawan mengambil foto. Apakah itu dinamakan berjiwa rakyat? Jika hendak diiktiraf sebagai berjiwa rakyat, rasailah apa yang rakyat rasai. Orang seperti 'Umar bin al-Khattab lebih mulia daripada segala keturunan atau pangkat yang ada di kalangan manusia. Kemuliaannya telah diiktiraf oleh Allah dan RasulNya. Dia ahli syurga dengan jaminan Allah dan RasulNya sementara politiknya tidak ada saingan yang menggugatnya. Namun tetap amanah dan jujurnya terhadap rakyatnya. Merasai penderitaan rakyat. Beliau contoh kepimpinan kita sepatutnya. Walaupun beliau tidak pernah menyuruh orang menyembah atau menjulangnya, namun beliau dipuja oleh sejarah dan diangkat oleh Allah.

Ini bukan politik jgn salah paham. Ini mufti. Bukan juga tok kadi


Sent from Samsung Mobile

Orang yg baik

Mcmn nk kenai org baik ni? Ni pendapat sy sj...bc boleh, caya jgn nei....

Org yg baik ialah org yg suka tulon org. Tulong binatang pun sekali guh lei.

Kalu nk kata suka buat pahala pun x sama sbb x tulong org, semayang sunat , posa sunat pun pahala gak tp xdak kn mengena ngn org len.

Senyum kt org pun kira termasuk lei sbb bl kita senyum org tu akn senyum gak...bl dia senyum walau pun sat, dia jd ceria sat kn kira tulon gak lei dih.

Blk dr solat subuh sy ada ternmpk sorang brader tgh susun kasut jemaah lain supaya sng depa nk saruk ms kluar mesjid. MasyaAllah....dia ni baik sungguh. Dia tulong skit jei tp x kira sapa....x thu pun sapa dia tulon. Kira ikhlas sunggoh lei.

Kalu kita napak kasut selerak dah lm kutuk lan hati.....mai semayang mesjid baguh dah tp kasut habih g jijak kasut org len kotor habih. Semayang pa dema ni....tudia kutuk.

Org bereti kreta dpn kita bg salam nk tanya jln. Kita jwb salam tp muka x senyum mcm napak hatu... pastu kutuk lan hati....nk tanya mai la turun, x beradab lasung...ceewah duk kira x kena ja....tulon jei...

Kalu org mintak sedekah jgn sombong, jgn duk kata pa. Nk bg, bg lei singgit pun xpa. Kalu x mboh bg senyum jei, sedekah gak. Jgn duk hena dia plak...

Kalu kita tulon org nnt Allah tulon kita di dunia ka akhirat lg baguh. Kita x thu deh bl kt  nk susah.....

Wallahua'lam.....



Sent from Samsung Mobile

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...