Isnin, 3 Februari 2014

Kalimah Allah

Isu kalimah Allah masih lagi menjadi panas hingga hari ni. Tapi sebenarnya ia bukan la isu yang rumit seperti yg telah dijelaskan oleh beberapa tokoh2 ulamak terkenal tanahair. Cukup jelas dan terang...cuma ada pihak yg belum paham kenapa orang Islam saja layak guna kalimah Allah dalam Alquran, bukan dalam kitab2 lain...

Allah adalah tuhan seluruh alam, pencipta segala makhluk yg ada di langit dan di bumi, yg diliht atau tidak...Allah maha Esa, Tidak beranak dan tidak diperanakkan dan tidak ada yang setara denganNya...

Hanya Islam agama yang diredhai Allah....

Allah adalah tuhan kepada semua manusia, x kira dia Melayu cina, iindia, kristian, buddha dll....

Tetapi perlu dikenali dengan tepat siapa Allah, sifat2Nya sebelum boleh digunakan dalam apa2 jua kitab. AlQuran adalah kalam tuhan yang didalamnya mengesakan Allah, menegaskan bahawa Allah tidak beranak dan diperanakkan, tiada yang setara dgnnya.

Oleh itu jika mau digunakan dalam kitab lain, maka perlu ditegaskan kembali bahawa Allah bersifat seperti di atas.
Allahu Ahad

Kenapa nak pakai kalimah Allah sedangkan kamu kata Allah ada anak......Kenapa nak pakai kalimah Allah sedangkan kamu menyembah yg lain dan tidak menyembahnya.

Sama juga bagi orang Islam yg mengaku Allah tuhannya, tp tidak menyembahnya, tidak memohon pertolongannya, tidak mengikut perintahnya, melakukan apa yang dilarangNya.......berlagak sombong, zalim padahal apa yang dia ada adalah kurniaan dari Allah jua, pemilik segala-segala....

Wallahua'lam.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...