Isnin, 29 April 2013

Kalah mengamuk, menang????

Kalu kalah mengamuk, marah pasukan sendiri. Kutuk macam2....Baling semua masuk padang. Lebih baik main bola kat stadium kosong lagi aman, x risau nak kalah ke menang. Team lawan pun kena gak....caci maki, provok sakan....Persatuan negeri gak kena denda...dah la kena marah, kena denda lagi...

BIla menang pulak, lagu ni lak jadi.....gaduh, provok juga. Masalah betul peminat bolasepak ni. Kalah pun salah menang pun persatuan kena denfda gak...Ponin den....

penyumbang kemenangan, gol hatrik

Kecoh gak..

Nasib baik x runtuh...

Negara Bankrap

Ada orang kata, Malaysia akan bankrap kalu pakatan memerintah. Yer la, nk bg pendidikan percuma la, turunkan harga minyak, hapus tol dll. Aku pun bkn reti sgt pasal ekonomi ni. Tp dkt2 pilihanraya ni buleh jer kerajaan bagi BRIM 1  2, org bujang dapat, rebet smartphone lagi. Byknyer duit kerajaan, x tkt bankrap ker???

Pas dah perintah kelantan lama dah, x bankrap pun, Dap pun di Pulau Pinang, Kedah-PAS, Selangor PKR sampai bekas menteri Mat taib pun mengaku kalah, PKR urus lebih baik dari masa dia dulu.

Sinar hari ni...

Dua2 ada ulamak....

Sokong kepimpinan ulamak...

Dulu aku pun takut nk bg depa, tp bila dah byk negeri depa pegang, ok jer, konfiden la sikit. Malah lebih baik pa....

Bagi la can depa pegang Malaysia sat. Takut lagi ka????


Khamis, 18 April 2013

Bila perempuan bersolek....

Org pompuan kalu keluar rumah mesti nak solek. Tp bila di rumah x solek pun. Padahal solek bila berada di rumah lagi dituntut, utk suami. Bukan xyah solek kalu keluar rumah, biasa2 dah la.Pakai bedak pastu gincu sikit dah la. Ni mengadap cermin berjam2. Lain la kalu keluar dgn suami. Baru la suami senang berjalan dgn isteri dia yg cantik. Kalu selekeh, suami sebatu didepan isteri la jawabnya.

Pi keja pakai perfume wangi menyucuk hidung, bila di rumah x pakai plak. Suami nak rapat2 pun malas berbau asyem....Nak bagi org puji ke nak bg suami puji.

Syaitan dah berjaya mengelirukan manusia. Semua jadi terbalik. Dijemput kenduri, tp bersalam ada isi. Kalu xdak isi nanti apa tuan rumah kata. Malu punya pasal letak singgit dalam sampul. Org lain pun ikut, maka jadilah adat ikut ikutan. Padahal kalu x beri pun xpa, la ni dah jadoi wajib pulak. Lain la kalu pi melawat jenazah, elok sgt diberi sumbangan. Dah kita dijempt kenduri arwah, x salam berisi pun. Padahal keluarga tersebut baru kehilangan ahli. Siap dapat  duit lak tu. Diorang lak sedekah kat kita.

Org lelaki memang suka pompuan cantik, tambah yg duk dedah sana sini tu. Tp bila kita tgk depa marah, kata kita gatal. Kalu xnak bg tgk pakai la tutup aurat. Tujuan depa pakai dedah2 utk apa? Nk bg org tgk la. Isk isk isk.....confuse confuse confuse. Bila laki menggatal kat pompuan lain, depa marah. Padahal depa sendiri tau kenapa laki depa dah x syok kat depa. Depa pakai lawa2 solek tebal2 masa gi keja ja. Utk org lain, utk laki org la tu. Laki dia pun duk tgk bini org la. Salah laki ka pompuan. Nak tau tgk nona di tv3....

Lelaki ni duk di rumah dgn kluar rumah sama ja. Seluar jeans baju T. Xkan duk tumah nak pakai kemeja ngan slack. Solek memang xdak la. Pakai bedak ja. Minyak wangi pun buh sama macam masa p keja. Tu pun kadang2 lupa.

2x5, 5x2....aku kata hang, hang kata aku.........

Yg x bertudung kata, "kalu pakai tudung tp perangai x elok pun x guna gak". Kita nampak kesalahan dia kerana x bertudung, dedah aurat......tp kebaikan dia kita x nampak. Tp yg bertudung pulak x dak pun kita puji dia tutup aurat, tp  kalu dia buat perangai x elok, itu yg kita nampak berbanding tudung dia. Jadi jelas la kerja manusia ni utk mencari salah org. SUami cari salah isteri. isteri cari salah suami. Setan berjaya lagi. Cuba kita kalih balik, apa sj kebaikan kita nampak, kita puji, yg x elok kita sunyi....lain la kalu dia mencuri ke hapa ke....

cantik ke x aurat lebih utama

Rabu, 17 April 2013

Kita serupa....

Tugas kita di dunia sebagai khalifah. Mengajak manusia ke arah kebaikan dan menentang kebatilan. Tapi nampaknya fokus manusia sekarang lebih kepada keduniaan, yg bersifat sementara. Contohnya mengejar kemajuan. Mengharap bantuan. Tang menegakkan kebenaran kurang difokuskan.

Zaman nabi dulu org kaya akan menyumbangkan segala harta untuk melaksanakan syariat Islam, membantu yg miskin. La ni org jd kaya utk bina rumah besar juta2, kereta mewah, pakaian mahal2, jiran x makan pun dia x ambik tau.

Bila bekerja nak ada ofis yg selesa, pengangkutan disediakan, elaun dan macam2 lagi. Padahal buat kerja x tara mana, lebih kepada peribadi. Kalu zaman sahabat dulu, kalu hal peribadi mereka xkan guna barang kerajaan. Kita sekarang buleh pun. Tp masih berkira kalu nak buat kerja lebih. Kalu dah pukul 5 ada org mai lagi, kita kata dah abis waktu kerja, datang esok yer. Padahal kalu buat sat apa salahnya.....

Opps dah pukul 5.....jom balik......

X membazir ke????

AL maklum nak pilihanraya, berterabur bendera parti kat tepi2 jalan, atas pokok, tepi tiang, tepi trapik light. Rasanya semua dah maklum akan bendera ni parti mana bendera nu parti mana. Perlukah diletak banyak2 sampai macam tu....x membazir ker? Kan membazir amalan syaitan. Ada yg buat bentuk meriam, jet, wau dll......Cukup x kalu letak 1 jer poster undilah bla bla bla......besor2.....

Sekadar perkongsian.....

teduh sikit....

tu dia....


 

Isnin, 15 April 2013

Ch0ng wei jadi bapa

Tahniah.....Setiap suami isteri mesti ingin mempunyai anak. Begitu juga LCW dan WMC.....Kalah ka menang di medan badminton, keluarga lebih utama. Welcome Kingston Lee.....
Hi mami n dadi

Sesiapa yg mengutamakan kerjaya dari keluarga mmg x guna la. Setel hal keluarga baru setelkan hal kerja....Tp kalu xdak keja, macammana nk tanggung keluarga....Rezki dari ALlah....utamakan yg lebih utama, slebihnya kita serah pada ALlah. Dia maha bijaksana lagi maha mengetahui............

Yamaha XJ6 naked Malaysia....RM40k

Moto naked baru kluar dari ymaha. Ka dah lama? Aku baru jer tau. 600cc, 4 in line, bunyi memang superbike la, vroom vroom....boleh cek kat youtube...Kalu nak dibanding dgn er6, yg ni lg ok, lg ok dr versys.

naked xj6 yamaha

Bentuk lebih kurang sama macam sym t2. Kat youtube ada video org naik moto ni bawa sampai 150km/j kat bandar. Kalu kat higway mesti lebih. Sym yg 250 pun buleh p sampai 190km/j.

Harga tinggi sikit daripada er6n. Walaupun cc sama. Ini menunjukkan enjin x sama. Sudah tentu yg ni lagi power....

Jumaat, 12 April 2013

Sebab pa mat rempit naik motor badan senget....

Org kalut nak pi keja, dia buleh bawa 40 jer. Padahal kat depan x dak keta pun. Nasib baik aku naik moto jer. Buleh ciluk. Yg naik keta mesti angin, menyumpah seranah dalam keta. Ok gak, ada ekon, tak  la panas sgt. Hehhehehe

Yg aku ni dah la sakit perut nak meletup, nak kena singgah beli sarapan. Sabo sabo. Kena lak kakak ni silap bancuh air lak. Org minta nes tarik dia bagi ais. Kena banccuh lain. Aku dah tertonggek2 ni tahan kentut. Rasa macam nak terkeluar dah ni....

Baru aku faham kenapa org naik motor badan dia mesti senget. Rupanya dia tahan nak terberak macam aku pagi tadi. Nak lintas keta lak banyak, xleh duduk dah kena berdiri, kalu dak lagi dia tekan. Seksanya.....

Selasa, 9 April 2013

Berdoalah… Allah itu Maha Mendengar


Terbaca nukilan dari Kak Chaq dari emel rasa ingin dikongsikan dgn anda semua......Persoalannya kenapa??????????

Salah satu nama Allah yang baik dan indah ialah al-Sami’.  Allah maha mendengar rintihan, aduan, kebimbangan dan luahan rasa daripada hamba-hambaNya pada setiap masa, tempat dan ketika,  Antara suara yang paling Allah cintai selain daripada tangisan hambaNya yang bertaubat ialah doa daripada hambaNya yang meminta.

Allah setia mendengar rintihan hamba-hambaNya ibarat “kekasih” yang saling mencintai.Jika ada jutaan manusia mengadu dan merintih dalam doa mereka kepada Allah, Allah tetap mendengar rintihan dan doa tanpa jemu tanpa mengira pangkat, darjat, harta dan rupa.
Keadaan ini berbeza dengan sikap manusia, sesama mereka terlalu ego dan bersikap berat sebelah, termasuk dalam soal mendengar.  Ya….jika orang yang bercakap itu tinggi pangkatnya, maka orang bawahan senyap terpaku membisu.  Tetapi jika yang bersuara itu orang bawahan, mungkin mendengarnya sambil lewa atau cepat-cepat memotong cakap sebelum sempat dihabiskan percakapannya.  Kalau si kaya menegur, semua pihak tunduk akur.  Tetapi apabila si miskin yang mengadu, ramai yang berpaling dan menunjukkan reaksi selamba.

Mengapa begitu sikap kita?  Mengapa kita tidak boleh terdidik dengan sifat Allah yang mendengar?  Malah lebih malang lagi, kita begitu berat hati untuk menadah tangan berdoa kepadaNya. Mengapa?  Adakah mereka rasa Allah tidak mendengar atau malas hendak berdoa?

Sebenarnya, malas berdoa ialah tanda kekerasan hati dan kesan daripada keras hati itu akan menyebabkan kita ditimpa kesusahan di dunia dan azab di akhirat. Sebaliknya, dengan berdoa hati akan menjadi lembut, fikiran akan menjadi cerdas, perasaan akan menjadi tenang dan anggota akan menjadi cergas.  Jadi, doa bukan petanda lemah.  Tetapi ia adalah sifat manusia gagah. 

Berdoa bukan untuk memberitahu Allah apa yang kita pinta, kerana tanpa diberitahu pun Allah sedia mengetahui.  Doa ialah pengabdian daripada seorang hamba kepada Tuhannya. Kita memberi bukan untuk menerima.  Kita menabur budi bukan untuk dianggap berjasa.  Apa yang sepatutnya diharapkan ialah keredaan Allah semata-mata.  Sesungguhnya apa yang dijanjikan-Nya lebih baik, kekal dan abadi.

Namun bukan mudah untuk mendapat keikhlasan  Dalam samar mainan rasa kekadang, malah selalu, kita menagih penghargaan dan terima kasih daripada manusia.  Padahal manusia sering mengecewakan kita.  Sudah masyhur kata bijak pandai, “ Siapa yang mengharapkan terima kasih atas kebaikan yang dilakukannya akan mengalami sakit jiwa”. Mengapa?  Berdoalah selalu moga Allah mempermudahkan urusan kita di dunia dan akhirat…. Amin
Secubit sayang…..

“Ballighu ‘anni walau ayah”
Kak Chaq

Isnin, 8 April 2013

Jom Mengundi

X lama lagi kita akan mengundi di PRU 13. Dah cek daftar pengundi lom? Yang belom daftar tu bawak2 la p daftar yer......Ini la masanya kita nak gunakan hak dan kuasa yg ada di tangan kita...  Kalau x suka kita tukar yer....

Mengundi ni kira satu tanggungjawab gak. Tanggungjawab terhadap negara dalam memilih pemimpin yg benar2 mampu memerintah negara dengan baik. Bukan main pangkah jer. Kena selidik gak mana yg layak.


Saya pilih mengundi
Yg mana duk bersembang pung pang pung pang tu semoga pergi la mengundi nanti. Buat malu ja duk riuh tp x mengundi. Sia sia ja.

Kerajaan ni kalau semua menyokong xdak pembangkang x kena gak. Bila ada pembangkang baru la nampak tang mana x kena. Kesalahan kita mana kita nampak, org lain je nampak. Mmg depa duk cari pun kesalahan kita. Dgn cara ni saja kita buleh berkhidmat dgn lebih baik.

Sakit gigi lagi....

Nak cabut sayang. Selagi buleh tampal, tampal dulu lah. Gigi banyak plag, gusi membengkak. Aduhhhh....
Semua ni berpunca dari..............bakteria......Jadi penyelesaiannya kena la gosok gigi kerap, dan tambahan.....guna la ubat kumur macam listerine, colgate plaque ataupun mana2 brand antiseptic mouthwash.


listerine mouthwash

colgate mouthwash















Bila berkumur dgn cecair ni akan rasa pedih seluruh  mulut. Bila dah lama dah tak rasa dah, maknanya bakteria dah takdak dah la. Mapuh habih dah. Baru la gigi jarang sakit. Sakit gigi mmg x tahan.....jadi sebelom sakit, cegah dulu ok....

Khamis, 4 April 2013

Parlimen Malaysia Dibubarkan oleh PM

Semalam, PM bubar parlimen kemudian diikuti pembubaran DUN oleh negeri2 lain. Bermakna bermula la peperangan antara parti2 politik utk merebut tapuk pemerintahan Malaysia. Putrajaya milik siapa? Hanya ALlah yg tahu.

Walau apa pun kita doakan segala berjalan lancar dan aman. Cukuplah 4 tahun Najib jadi PM. Yg baik jadi teladan yg buruk jadi sempadan. Bagi can org lain plak...


dengan lafaz Bismillahirrohmanirrohimmmm...

Sapa belom daftar mengundi?????? Ni kali ke 4 kot aku menggundi.....Walau pun 1 undi tapi tetap bernilai....Jgn lupa kita akan dipertanggungjawabkan ke atas pemimpin  yg kita pilih....

Nikmat udara dan graviti

Betapa bertuahnya kita hidup di bumi kerana adanya udara dan gravity. Di angkasa kita x leh bernafas sebb xdak udara, kita terapung di awangan sebab xdak gravity.....

Berapa ramai yg menyedari betapa bertuahnya kita. Nikmat ini saja sudah tak terhingga tingginya, tiada galang gantinya.......

Patut kah menyombong, engkar, menuntut2 hak kita, merungut, komplen sana sini, angkuh, kedekut, berkira......sedangkan kita sedang menikmati anugerah Allah ini secara percuma? X malu kah kita.....melakukan kemungkaran di dunia, kerek, mengingkari perintah dan larangan Nya.

Cuba kalu Allah tarik udara sat.....kata 10 minit....berapa ramai yg akan mati? Semua mati la....sapa buleh hidup tanpa udara selama 10 minit??????

Gravity lak, Allah tarik 1 minit ja, apa jadi?????? Lu pikir la sendiri....

Ramai yg x bersyukur. Aku??????  Tepuk dada tanya iman. Membiarkan udara tercemar kerana sedikit kepentingan (kenderaan, kilang, bakar sampah), nasib baik gravity x leh dirosakkan. Kalu buleh???? Apa yg x buleh dirosakkan oleh tangan2 manusia???

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...