Khamis, 28 Mac 2013

Negara Berkebajikan

Pemberian banyak bantuan oleh kerajaan sekarang nampak macam negara berkebajikan lak. Ok la tu. Kalu buleh turunkan harga minyak, harga barang lagi la cemerlang gemilang terbilang. Air percuma, pendidikan pun percuma.

Road tax moto tinggal 2 ringgit ja tp insuran lak naik. Sama harga masa road tax kena dulu, murah lagi masa tu kot. Macam yuran sekolah, kata dihapuskan, tp sampai surat kat ibubapa, macam2 lagi nak kena bayar.

Dulu pernah dapat rebat untuk kenderaan cc bawah 2000. Moto dapat 150, keta 600. Ok gak. Buleh buat bayar insurans. Sygnya lani dah xdak dah....

Dulu masa belajar, kalu grad result baik boleh tukar pinjaman jadi biasiswa. Xyah bayar. Kalu kurang baik sikit result buleh kurang 25% ja byr. Aku kena byr semua sebab dpt 3rd class jer. Xpa la. La ni ada faedah  lak 4%.....Macam pinjaman bank lak.

Jalan jem, kita bina LRT komuter, bas rapid pun. Tp harga tiket naik gak.....Sebab pa org naik gak keta padahal ada pengangkutan awam. Sebab senang nak bw barang, nk gerak bila2 masa, nk berenti ikut suka, parking ikut suka. Lagi slesa sebab x ramai, ada aircond, senyap tak bising macam dalam bas komuter. Bw lak keta mewah, org tgk, buleh berlgk sat. Org malas nak pikir, pukul brp bas/lrt mai, lalu kot mana. Kalu nk pi sini nk kena naik yg nombor brp? Kalu naik keta sendiri slaah jalan buleh u turn.

credit to ester chew

Negara merdeka dah nk masuk 56 tahun. Sumber negara banyak. Yg kaya terus kaya, yg miskin bertambah miskin. Dulu mak aku kerja kilang gaji dkt 600 sebulan, anak lapan. La ni kalu anak 8, rumah kena sewa, pakai keta lak, anak sekolah 3 4 org......2000 pun x cukup.

BUkan x bersyukur dgn apa yg ada  sekarang. Alhamdulillah. Byk yg kerajaan buat utk masa depan negara, tp keseimbang x nampak sgt. DUk kalut buat bangunan tinggi2 ja. Kalu buat rumah flat ka, higway free tol ka baguih gak.

Yg ramai duk komplen ni adalah golongan2 terpelajar. Kalu org miskin kat kampong depa redah ja. Siapa nak dgr aduan depa. Kalu miskin, org kata depa malas, harap bantuan saja.....x mau usaha lebih....Jalan berlubang pun redah jer, air sangkut2, keruh pun telan gak....

Ada gak YB yg pandai agama cuba utk menabur jasa dalam agama kepada org kg. Tp sikit2 jer, ntah pakai duit sendiri. Peruntukan kalu tanya pakai xdak la. Bg ceramah agama free buleh la....pahtu kutip derma utk bina surau, masjid, rumah anak yatim.....

Tok imam bilal siak, lega dah, dapat elaun tiap2 bulan. Alhamdulillah. Usaha yg bagus.

Sebenarnya masa depan negara semakin baik. Cuma keseimbangannya yg dituntut oleh rakyat. Kronisme, rasuah, kuku besi dapat dihapuskan.

Sekadar luahan peribadi. Betul ke tak anda nilai sendiri. Trima kasih kerana sudi membaca.

Rabu, 27 Mac 2013

Malaysia 2 Palestin 0

Malaysia tewas pada Palestin pada perlawanan utk mengutip derma utk wira lahad datu dan rakyat Palestin.

Aku x tgk pun. Tv pun x brp clear. Walaupun sekadar perlawanan amal, kecewa gak sebiji gol pun xleh disumbat oleh penyerang kita. Tapi byk juga percubaan berbahaya dihasilkan. Mereka telah mencuba sedaya upaya. Janji penonton terhibur.

Dgr kata keeper Palestin (Tawfiq Abuhammad) mmg cemerlang dah pun. Kita pulak pakai penjaga gol Selangor, Norazlan Razali pun cemerlang juga di Liga Super. DIa pun berjaya menampan bola penalti dalam perlawanan tersebut. Palestin di tangga 150, kita 164 ja.....

Maknanya walau pun negara aman, kaya, kelengkapan cukup belum boleh menjanjikan mutu permainan juga tinggi. Fikir fikirkan lah....



Jumaat, 22 Mac 2013

bila anak demamm....

Ada aku baca dalam fb post mengatakan masa anak demam tu tubuh dia sedang melawan mikro organisma jahat. Buleh bagi ubat kalu panas nya dah mencapai 38 darjah celcius. Ni cara tubuh membina pertahanan atau immune system terhadap serangan mikr organisma yg bawa penyakit la. Kalu selalu sgt ambik ubat, takut sistem pertahan badan lemah. Ambil ubat bila betul2 perlu. Contoh antibiotik diberi oleh doktor bg membunuh kuman2 yg ada dlm bdn tak kira baik ke jahat. Pengambilan antibiotik ni disarankan doktor bila penyakit berlarutan. Kalu baru sari dua x yah lagi...

Macam juga pencerobohan di Lahad Datu. Baru kita tau kemampuan kita menghadapi serangan dari luar. Nasib baik kecik, masa ni kita la nak memperbaiki apa yg kurang. Tanpa adanya penccerobohan ini, mungkin kita berasa selesa sedangkan kita belum diuji dimedan sebenar. Hanya latihan sahaja. Macam firman Allah, kita kata kita beriman sedangkan kita belum diuji...

pinjam poto dari nurqaseh
Bagi org kaya, hidup selesa, senang, rilek....tanpa disedari sebenarnya dia sedang diuji. Bagaimana? Di manakah harta kekayannya dibelanjakan? Sanggupkah dia mengeluarkan wang nya, gunakan kenderaannya, kediamannya, keuntungan syarikatnya kepada org yg memerlukan?

Bagi org susah, kerja siang malam, ambik upah sana sini, kutip botol tin nak cari sesuap nasi. Sesungguhnya dia pun sedang diuji. Masa ni la nak buktikan kita beriman ke dak. Solat dijaga dak, syukur dak, redha dak. Org kaya x sempat ke mesjid surau sebab sibuk uruskan bisnes, org miskin pun x sempat, sibuk cari makan, penat kerja membanting tulang...Jadi x kira kaya miskin, dua2 sama jer diuji. Kalu berjaya menghadapi ujian tersebut baru dikatakan beriman. Belum lagi diuji sakit, cacat dll.

Khamis, 21 Mac 2013

Filter waterboss

Selepas sebulan aku pasang filter ni, baru buat backwash. Tunggu cina yg jual ni kata seminggu dia nak mai tunjuk, x mai mai pun. Jadi aku buat sendiri la...

Puas cari gambar filter waterboss kat google, awat xdak yg sama macam yg aku pasang???? Kena tipu pa. RM2180 wooo...dapat hadiah periuk nasi 1 harga RM200.....

waterboss filter


Ada auto ada manual. Aku punya manual. Manually backwash dan hasilnya selepas sebulan seperti dalam gambar. Air keruh maknanya mendapan yg telah ditapis yg lekat kat penapis....

kalau x pakai penapis maknanya kita minum air sekali dgn yg warna coklat tu la.
dalam rumah aku pasang yg ni....alkaline

lama gak baru jernih balik....banyak tu...




Rabu, 20 Mac 2013

Syahid Dunia

Syahid dunia lagu mana plak ni??? Yg aku tau syahid jer, ada syahid dunia akhirat plak? Org yg mati syahid ni org yg berjihad di jalan Allah. Menegakkan agama Allah, menegakkan syariat Islam. Mungkin mereka ada penjelasannya berkaitan benda ni. Depa belajar lagi tinggi....aku pun tgh belajar ni....

Bagi aku setiap perbuatan yg baik adalah ibadah, setiap perbuatan utk melaksanakn ibadah itu adalah jihad. X kisah la mati syahid dunia ka dunia akhirat ka, biar Allah yg tentukan. Syurga neraka pun hak Allah.Janji apa yg kita buat bukan haram. Bagi aku mempertahankan negara adalah ibadah yg mulia lagi tinggi, sudah tentu ganjaran disisi Allah juga tinggi. Alhamdulillah.....

Tapi sebab pa kena bangkit perkara pasal syahid dunia ka akhirat ni. Perlu ka??? Yg dah terkorban dah la, kita doa la semoga mereka memperoleh ganjaran oleh Allah. Kita ni x tau lagi nasib kita, akan dapat syahid ka?



Syahid dunia dan Akhirat ialah syahid dalam pertempuran menentang musuh di medan pertempuran kerana menegakkan kalimah Allah. Orang yang mati syahid sebegini tidak perlu dimandikan dan tidak perlu disolatkan menurut jumhur ulamak. Di Akhirat nanti ia akan memperolehi balasan istimewa dari Allah SWT.  Ia juga selamat dari soal kubur.
Syahid pada hukum dunia ialah orang yang mati kerana berperang menentang orang-orang kafir tetapi telahpun mendapat gaji dari peperangan yang dilakukannya atau mendapat bahagian harta rampasan dari peperangan tersebut atau orang yang mati kerana memerangi golongan kafir dalam keadaan riya’ dan lain-lain.
Syahid pada hukum Akhirat ialah seperti orang yang dibunuh secara zalim, orang yang mati kerana mengalami penyakit dalam perut, orang yang mati kerana penyakit taun, orang yang mati tenggelam, orang yang mati dalam keadaan dagang / musafir, orang yang mati dalam keadaan menuntut ilmu, orang yang mati kerana menahan rindu, mati kerana melahirkan anak dan sebagainya. Di dunia orang ini dikafan dan disolatkan. Di Akhirat ia akan mendapat pahala khusus dari Allah. - Sumber melayukini.net
Semua syahid diatas mendapat ganjaran khusus dari Allah, cuma syahid pertama di atas x perlu mandi dan solat....


“Syahid dunia menjurus kepada peperangan kerana dunia, syahid akhirat pula merujuk kepada kematian yang disebabkan penyakit berbahaya seperti wabak taun atau ditembak, manakala pejuang yang mati disebabkan perang bagi mempertahankan agama Islam pula dianggap mati syahid dunia akhirat.
“Dalam kejadian menimpa arwah, pahala kematiannya insya-Allah syahid akhirat, namun urusan pengebumiannya masih perlu melalui proses sama seperti jenazah lain iaitu dimandikan, dikafankan, disembahyangkan dan akhir sekali dikebumikan di tanah perkuburan,” katanya ketika dihubungi Wartawan Berita Harian, semalam. Ulasan Noh Gadut penasihat Majlis Agama Islam Johor berkaitan kematian jurukamera Bernama Noramfaizul di Somalia.


Penang free wifi

Negeri lain ada????? Kn daftar la dulu pastu leh pakai dah, masuk fb jer....Signal dikesan masa berurusan di pej. pos permatang pauh. Kat tempat lain x tau la. Mungkin sebab lama tunggu, so wifi disediakan supaya x bosan menunggu.

connected....
Kan best kalu seluruh penang boleh wifi ni........

Isnin, 18 Mac 2013

Kata Dr. M


Keputusan tukar kerajaan boleh bawa banyak keburukan: Tun M


KULIM: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan rakyat bahawa sebarang keputusan untuk menukar kerajaan pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) nanti tidak semestinya menjamin kebaikan, sebaliknya dibimbangi membawa lebih banyak keburukan.

tun dr. m


Ia terbukti kerana ada antara negara sebelum ini yang melakukan perubahan dalam tampuk pemerintahan berikutan hasutan akhirnya dilanda masalah apabila pemimpin baru yang dilantik gagal mentadbir kerajaan dengan baik dan mencetuskan keadaan tidak stabil dan huru hara. 
"Rakyat perlu ingat, jika pertukaran yang dibawa itu dari yang baik kepada yang buruk maka ia akan membawa masalah," katanya ketika berucap sempena Majlis Bersama Negarawan di sini, yang dihadiri kira-kira 3,000 tetamu, sebentar tadi. 

Hahahahahaha........apa pendapatan anda????

Rabu, 13 Mac 2013

Lahad Datu

Ingatkan dah aman, rupanya ada lagi wira kita ditembak pagi kelmarin. Betul ke? 8 polis 1 tentera. Semoga mereka beroleh ganjaran besar di sisi Allah.



Ahmad Farhan Ruslan yang berasal dari Pasir Tumbuh, Kota Baru, Kelantan terkorban dalam kemalangan di Jalan Tungku, Kampung Bakapit, Lahad Datu pada pukul 7.30 pagi semalam.

Dah jadi 9 ke 10 orang yg terkorban? Macamana jd blogger ni? Maklumat pun x lengkap. Sj tanya kot2 ada sapa tau. Semua org kena ambik tau ni masalah negara. Ni baru sikit jer. Walaupun ia berlaku dekat2 pru13. Walaupun ada org kata sandiwara, dalang dia org kita gak. Tp yg sedihnya ada nyawa terkorban. Semua pelakon2 ni kena ajar sikit supaya menghormati mayat perwira2 kita.

Korban di Lahad Datu
“Operasi yang dijalankan keesokan hari (3 Mac) berjaya membawa keluar anggota polis yang cedera dan terperangkap, namun paling menyedihkan enam pegawai dan anggota polis ditemui terbunuh dalam keadaan menyayat hati selepas diseksa musuh,” katanya.

Ketua Kampung Simunul, Ramlee Saraman, 56, berkata pengganas berpeluang menembak mati polis kita kerana ada antara mereka penduduk yang menetap lama di sini tanpa pengetahuan penduduk lain selain mendapat bantuan ‘orang dalam’ ketika menyerang hendap polis,” katanya.
sumber Berita Harian online

Ni baru betul musuh dalam selimut....Dah dapat kerakyatan pastu baling batu sembunyi tangan....Bijak bijak...

KUALA LUMPUR: PAS merakamkan ucapan takziah buat keluarga Allahyarham Prebet Ahmad Hurairah Ismail, 24, yang menjadi korban terbaru dalam misi menghapuskan penceroboh bersenjata di Lahad Datu, Sabah.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, PAS mendoakan Allahyarham memperoleh ganjaran setimpal dari Allah atas tugas mulia mempertahankan negara.

sumber Harakah Daily

Selasa, 12 Mac 2013

Tali kasut hitam

ANak aku tiap kalli balik kg mesti muntah. Abis dah berbau kusen depan belakang bekas muntah dia. Kain batik pun x cukup nak ambut muntah dia. Abis satu keta pening. Aku dulu pun camtu gak. Puncanya bau kenderaan, udara yg terkurung sbb pasang ekon. Kena bukak tingkap bg udara fresh masuk. Panas la pulak. Kalau aku sorang mmg x pasang la ekon2 ni....Org kata sbb jln kona kona. Highway kona sikit2 pun muntah bro....

apa plak kaitan ikan poyo ni ngan post ni?????

Masa pi basuh keta kemarin ada mamat suruh cuba guna tali kasut hitam. Selawat 3 kali ikat kt tengkuk anak. Alhamdulillah anak dia berenti muntah. Berenti la kot dah x dak pa dah nk dimuntahkan. Aku pun pernah try sebelum ni. Dah macam tangkal, takut syirik lak. Ikut kewarasan fikiran, tali kasut ngan muntah apa kaitan????????? Xdak kesan perubatan pun. Tipudaya setan ni....

cara ikatan oleh bibahs family.....

Sila baca sini utk info lebih lanjut lagi.

Khamis, 7 Mac 2013

Perbaharui insurans motor di POS

Pagi td lepas pos barang, tanya kak kaunter boleh dak renew roadtax insuran kat pejabat pos. Dia kata buleh! Bawa polisi dan geran. Polisi xdak kak! Tak pa wak mai geran ja, polisi kita buleh cek kat sini. Ya ka.....

Aku pun balik ambik geran. Bagi dia, dia cek kena la RM135.50. Road tax insurans utk motor kriss aku ni dah seminggu mampuih.....Sekejap jer siap, nak tunggu giliran ja lama sikit.

pejabat pos kecik


Kelmarin aku pi pej. pos nak pos barang. Ambik no dapat no. xx98, sekarang xx88. Lambat tu ada 10 org lagi duk tunggu. So aku p beli buhun sup bungkus kat bini aku, minum tea ais segelas, isap rokok daung. Balik hantar bihun sup. Dekat ja....Patah balik ke pej. pos, tgk2 no masa tu xx97. Maknanya lepas ni aku la. Tu dia aih, berapa byk keja aku buleh buat dari duk termenung tunggu giliran....

Menurut member aku yg keja kat maybank. Insuran naik lagi. Sbb dah terima BR1M! Heheheh ya ka....kutip balik ker? Ntah la...Kalu x ambik, xleh renew roadtax insurans. Ambik, kalu claim lambat kemain. Insuran insuran.....

Selasa, 5 Mac 2013

China phone review

Aku tgh cari hp yg boleh internet, touchscreen tp murah. Jd aku beli hp china ni harga RM299.

android S3

terbalik la pulak

Touchscreen smooth macam samsung galaxy gak. Internet slow kerna dia pakai 2g saja...video online x support tp ada movie player la. wifi ada, hotspot xdak. X semua game compatible...tp byk la game aku dah install. Memang berbaloi dgn harga. Youtube boleh tgk gambar je la. Video x suppport. Kalu video dari fb kn download dulu. Hdmi out lg la, jgn berangan.

Lg Optimus (not china phone la)

lg optimus google

AKu beli yg ni lak. Seken jer. RM250. ada hotspot, tp xleh on lak. Rosak kot. Hampeh. Video youtube buleh main tp gambar xder...suara jer clear, buat apa...ceh kena lagi...

Aku beli sbb nak guna sbg hotspot supaya china set yg lain pun boleh pakai wifi dia utk masuk internet....dah rosak pulak...




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...