Khamis, 26 April 2012

Mana kereta elektrik proton nih??



https://www.keretasewaalorsetar.com

Aku duk tunggu keta elektrik proton, alih2 Preve yg kluar dulu.

Kalau preve pakai letrik gak, aku nak beli. Beli jgn x beli. Enjin memang power, macam 2.0. Xyah pakai voltage stabilizer dah, pickup dah power.
Amacam. Menarik tak? Harga RM55k hingga RM75k...........nak lagi tepat pi la proton. Bonet besar, boleh muat saiz 3 orang hafizah(xl), atiqah(m), sabrina(xxxl) yg mengandung2. Bonet ni utk letak barang bukan letak orang yer..........TQ.

Bandingkan harga dgn keta luar. Enjin turbo, auto wiper (wiper akan laju or perlahan ikut kelebatan hujan macam BMW tuuu), airbag ada 4, 2 depan 2 belakang. Perrrgggghh..



Selasa, 24 April 2012

Unblock Websites

X leh masuh youtube, facebook di pejabat atau kampus anda????????? Mesti ramai dah tau macamana nak masuk web ni walau disekat oleh pihak pengurusan. Adakah perbuatan ni dikira salah atau melanggar etika kalau kita berjaya masuk jugak dgn cara unblock ni? X kot sebab aku pun buat gak. Tapi ia memerlukan usaha keras gak.

Kalau taip kat google "unblock", keluarla macam2 kaedah, cara nak unblock ni. Kena la cuba sampai berjaya. Tak semua akan berjaya la. Taipkan alamat web youtube kat tempat disediakan setelah membuka laman web unblock tu. Pastu diorang akan buka kan youtube utk kita. Ucapkan terima kasih kat depa. Depa ni mungkin berada di US, UK, negara2 eropah.

select url unblock here
Kalau buka facebook mesti FB akan minta pengesahan samada melalui soalan2 keselamatan, telefon utk memastikan memang anda yg login. Dia pun terkejut, tiba2 je anda ada kat Amerika. Hehehehe..

Kadang2 link tersebut boleh pakai sat ja. Setelah beberapa lama dah x leh. Kena cari link lain lak.

Selamat mencuba.

Letak AL Quran dalam kereta.

Tgk kat cermin depan kereta, nampak ada AlQuran atas dashboard, tau la mesti dia seorang Islam. Tentu bila dia masuk kereta ja, nampak je AlQuran tu terus ingat Allah. Alhamdulillah. Pastu mesti dia baca doa naik kenderaan, bismillah, selawat la dan macam2 lagi yg sesuai di baca. Itu la kelebihan kalau kita letak Quran dalam kereta.

Tapi mampukah amalan kita tu bertahan selepas sebulan duk keluar masuk kereta tu???????? Kalau terus amal, alhamdulillah. Atau letak sekadar nak bagi org yg nak curi keta kita insaf terus bila tgk AlQuran tu? Atau x mau bg org buat maksiat dalam kereta kita? Atau..............

Kalau simpan kat laci dashboard, xpyah la. Membazir jer. Baik pi sedekah kat masjid ke surau. Dapat gak pahala. Ada ka org naik keta baca Alquran? Aku baca mesej je pun dah pening. Lagi la kalau baca paper, mau termuntah terus. Pasang ALQuran mp3 la senang. Sambil dgr dan baca sekali. Boleh betulkan bacaan. Ambik bacaan Qari yg johan tilawah tu.






Gaji + 13% dah masuk ker?

Blom lagi. Esok baru gaji. Dalam penyata ada la. TP x leh buka2 lg web AG. Mesti ramai yg tgh tgk penyata depa. Tu yg payah nak masuk tu.

Gaji dah naik. Apa lagi yg akan naik?

Biasa la kan. Harga barang mesti naik. Katanya susu tepung pun dah naik harga. Lagi advance. Minyak? Kalau minyak naik, semua naik la. Confirm. Sewa rumah pun naik.

Tu la masalahnya bila kakitangan kerajaan dapat kenaikan gaji. Yg swasta, kerja sendiri, kerja kampung, gaji x naik pun, tp terpaksa melayan kenaikan harga barang. Depa ni la yg teraniaya.

Kalau gaji x naik pun, peniaga2 ni nak naikkan harga, kita boleh buat apa. Xkan nak pulau kot. Kalau minyak naik, kita beli keta, moto elektrik xpun naik basikal jer. Kalau dari johor nak pi perlis, naik bas express. Ngeri lak, asyik eksiden jer bas ekspress ni. Ajal maut di tangan tuhan.

Macamana ngan beras, ikan, ayam, gula, susu, pampers xkan nak bela, buat or tanam sendiri?????????

Sebenarnya masih ada benda yg murah. Di pasar malam, supermarket yg buat promosi. Pandai2 la cari. Ada produk yg dihasulkan bumiputera pun murah2 gak. Ataupun guna secara berkhemah, jimat cermat, rancang dgn teliti. Contohnya beli makanan yg dah siap lebih jimat dari beli bahan mentah, masak sendiri.

Pampers mahal, ajar anak kalau nak kencing berak, bagitau dulu. Anak yg dah reti la. Yg bayi lagi tu xleh la. 
menarik gak ni

my new tablet

Netbook dah jual. Beli tablet lak. China jugak. Janji murah. Tp setting internet nya x dapat lagi. CUma nak merasa gak pakai tablet. Org lain semua dah pakai.
Android tablet

Beli kat lelong.com.my jer. Nak beli sambung, apple x mampu. Lagi pun bukan nak wat bisnes ke keja apa pun. Nak main game jer. Hehehhe..........

Harga baru RM250. X le membazir kalau beli murah2 ni. Kualiti jgn la nak banding ngan yg harga ribu2 tu.

Janji anak aku suka. Aku pakai henset kecik cukup dah.

Kalau pakai netbook tu susah la. Sebab x touch screen. Kalau netbook yg touch screen, harganya memang gila la mahal. Macam samsung ngan apple gak la.

Nak update blog pakai henset kecik pun boleh. TU pun dah xdan dah la ni. Ilham x masuk. Ni pun sebab nak kongsi la dgn sapa2 yg nak beli tablet yg murah2 tp takut nak beli. Ye la kualiti jauh sekali, layan angry bird jer.

Jumaat, 20 April 2012

Tahun baby perempuan

Anak perempuan aku lahir tahun lepas. Tapi tahun ni 2-2 org anak menakan aku pompuan. Pastu entri nama baby perempuan kat blog ni menerima kunjungan yg agak tinggi. Aku agak je la, mesti ramai yg dapat anak perempuan tahun ni. Tp entri nama baby lelaki xdak, kalau ada boleh bandingkan, mana lebih ramai.

Tapi nama lelaki ni senang macam Salleh, Ayob, Mohamad, Zakaria, Ishak. Semua nama2 nabi. Xyah pk panjang2 dah. Mana ada nabi perempuan. Yg ada nama  Isteri2 nabi, anak2 perempuan nabi, pastu beberapa nama wanita2 tersohor dalam Islam je.

Isteri2 Rasulullah s.a.w

Isteri2 dan anak2 Rasulullah s.a.w
Bila nama lain daripada nama2 mereka ni, seblom ambil kena tau maknanya jugak. Takleh la main letak jer. Ada nama yg maknanya x elok. Xkan kita nak panggil anak kita dgn panggilan begitu. Kalau org arab dgr, mesti diorg gelak kalau nama lucu, marah kalau nama lucah atau keji, pelik kalau xdak makna.........

Khamis, 19 April 2012

Untuk mencegah kecurian motor di parking lot supermarket.....

Tadi kali ke 2 kot aku masuk supermarket yg dah bertukar nama kepada AEON. Cuma bezanya kali ni, bila masuk kena ambik tiket macam parking keta la pulak. Aku ingat kena bayor. Takkan parking moto kena bayor kot.

Bila selesai mencuci mata, aku pun balik. Ambik motor, keluar, serah balik kad tadi kat guard. So, sapa2 nak keluar dgn moto dari parking tu kena ada kad la. Kalau pencuri ambik moto, mesti dia xdak kad. Kena tahan la. Semua penunggang motor masuk parking mesti ada kad. Kalau hilang, mampus. Moto xleh kluar. Kena balik ambik geran kot sebagai bukti tu motor dia.

Cara ni nampak berkesan utk mengelakkan kecurian. Tapi kesian guard tu la, tercongok kat situ. Kerja senang, moto masuk bagi kad, moto kluar ambik kad. Lama2 muka pun macam kad. Gaji mesti mahal. Sebab boring giler. Itulah satu pengorbanan mereka demi menjaga reta benda pengunjung. Kalau byk kes hilang moto kat situ, sapa pun x mo pi dah. Bukan semua ada keta.

Kasi mantap semuanya............

Mau mantap dari segi kesihatan zahir dan batin? Ni ada satu produk yg dah lama aku guna. Fungsi utama membuang toksin. Badan jadi lemah kerana banyak toksin. Bila toksin dibuang, badan akan kembali cergas macam muda.

Produk ni aku beli di farmasi. Bila jumpa di pasar malam, aku beli kat pasar malam je la. Nak info lanjut pasal produk ni, boleh la merayau2 kat internet dengan bantuan google. Memang banyak maklumat, testimoni  pun ada.

Dari segi batin pun berkesan, mungkin sebab ada tongkat ali. Selain dari tu ada 8 lagi herba lain.

info lagi
Saya dah cuba. Anda bila lagi? Jgn order kat saya. Pi cari kat pasar malam.

info lagi
Kat farmasi pun ada. Beli banyak2 bagi kat ahli keluarga dan sanak saudara orang kampung. Supaya semua satu kampungg sihat. Alhamdulillah.........

Nak jimat pun x boleh.......

Kalau x jimat, dah menipu namanya. Tapi kalau jimat, selamat, apa salahnya digunakan. Aku baru nak buat.

RABU, 18 APRIL 2012

Tidak wujud alat jimat elektrik 40%

Pengguna di negara ini dinasihati agar tidak terpengaruh dengan alat penjimatan elektrik yang didakwa dapat menjimatkan penggunaan tenaga sehingga 40 peratus.

Ketua Kawasan Suruhanjaya Tenaga (Pulau Pinang, Kedah, Perlis) Md Zakuan Ibrahim berkata dakwaan itu tidak tepat dan Suruhanjaya Tenaga telah menarik balik perakuan sejak tiga bulan lepas.

”Perakuan yang diberikan oleh Suruhanjaya Tenaga hanyalah dari aspek keselamatan dan bukannya dari aspek penjimatan penggunaan tenaga elektrik. Ini mengelirukan pengguna.

“Alat itu hanya menjimatkan penggunaan tenaga antara satu hingga lima peratus sahaja bukan 40 peratus,” katanya kepada pemberita selepas majlis Program Bersama Pemimpin Komuniti Peringkat Pulau Pinang, di sini, Selasa.

Beliau juga meminta pengguna membuat laporan kepada suruhanjaya itu jika masih ada syarikat menjual peralatan sedemikian. 

“Pihak kami akan memanjangkan aduan itu kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk tindakan lanjut, kerana tiada peruntukan khusus di bawah suruhanjaya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat terbabit,” katanya.

Beliau berkata alat itu yang sudah berada di pasaran sejak 10 tahun lepas dijual pada harga antara RM200 hingga RM400.

Rabu, 18 April 2012

He's gone.........

Lagi kes pemain bola mati di padang kena serangan jantung. Walaupun diorang kategori kuat senaman, jantung sentiasa di kerah semasa bermain. Masih lagi boleh berlaku serangan jantung. Kita yg x senaman ni lagi mudah la kena. Mungkin jantung mereka telah sampai ke tahap tekanan tertinggi yg x mampu ditanggung sehingga dia terhenti. Walaupun bagaimanapun ajal maut jodoh pertemuan perpisahan adalah ditentukan Allah. Takziah...........


Piermario Morosini rebah


tinggal memori


Selasa, 17 April 2012

Nk bela anjing ka angsa?

Bukan nak jadi penternak, tp utk jaga rumah. Zaman la ni kan banyak pencuri. Boleh la binatang2 ni berkawal bila kita tidor atau xdak di rumah.
anjing


Anjing ni bagus sebab garang, org takut bila dia menyalak, boleh menggigit dan menyebarkan penyakit anjing gila. Tapi tuannya akan hadapi masalah dulu. Silap2 tuan kena gigit dulu. Kena dia melabur kat dalam kawasan rumah nak kena samak lak. Nak kurung kesian lak.



Angsa




Angsa pun garang gak. Tapi budak2 je takut. Dia punya bising boleh tahan. X kira nampak org ke tak, dia melalak jer. Gempak saja ok la. Takut jiran la tension dgn bunyi dia yg x berenti ni.





Di dunia boleh beli rumah besar, kubur?

Org pkt berebut nk bli rumah. Nk yg besar cantek. Tp brp lama sgt kt akn tinggal d rumah tu. 10 thn, 20, 50 thn. Pastu ke mana kt? Ada tak kt pikir besarkah rumah kedua kt, selesakah? Kalu rumah pertama x cantek, panggil kontraktor, buat bg cantek. Tp kalu nk cantekkan rumah kedua, siapa kontraktornya? Pasang lampu supaya rumah berchy. Lampu apa nk psg utk rumah kdua? Padahal kt akn tinggal d situ lbh lama.Mari lah kt sm2 seimbgkn harta kt d dunia dan d akhrat. Wallahualam

Isnin, 16 April 2012

Sebulan dapat 2 org anak menakan

Rekod bulan ni dapat 2 org anak menakan. Untung ada adik beradik 8 org ni. Tu baru 4 org kawen. Kalau semua kawen mau dapat 8 org serentak termasuk bini aku. Hehehehe.........penuh hospital...

Nurain
Selamat Datang ke dunia yg fana ini Nurain dan Nurul Huda. Sorang lagi xdak gambar.

Nanti nak buat kenduri boleh buat sekali ngan anak aku.. Husna pun bulan 4 gak, tp hujung la.

Yg beranak normal tu leh la nak try pecah rekod mak aku, 8 org. Macam kakak aku ngan bini aku, 3 je la, keluar kot tingkap.

1GB mana cukup..........

Langgan broadband supaya boleh masuk internet di mana2. Cari yg paling murah. Bukan aktif sgt pun guna internet. Sekali sekala buka FB, transfer duit, byr bil.....so x yah la mahal2 punya.

Bila dah dapat, dah reti masuk youtube, 1Gb dah x cukup. 2 hari je dah limit. Pastu loading jadi slow gila. Kata  unlimited, rupanya loading diperlahankan supaya kita boring. Tp boleh tambah 1Gb lagi, kena bayarla RM15.


to the limit
 Tu pun surf YOUTUBE kat hanset jer. Kalau pakai PC ke laptop, ingat xdan sehari dah abis limit. Setting pun bagi low quality jer, kecik skit file dia.

Xdak ka broadband yg xdak limit langsung. Laju jer terus x kira berapa GB pun? Buat sendiri ler....hehehehhe

Facebook melalaikan.........

Patutla kat tempat kerja diblok benda ni. Kalau tak pakai kerja x jalan la. Tapi kalau blok pun masih boleh masuk. Ramai dah yang pakai broadband la ni. Bawa laptop sendiri, boleh gak masuk facebook, tp kerja still jalan gak. So apa bezanya.

Kalau pun x pakai broadband, laptop........pakai hanset pon boleh gak. Cuma x semua la. Blok tu memang berjaya bagi yg x pakai broadband la atau line sendiri. Kalau x blok semua boleh masuk.......Tp x semua suka fb2 ni. Sosial, ada gambar xbaik dipaparkan, yg mendedahkan aurat. Pompuan la, lelaki ada ka yg dedah aurat? Jarang la no.
Cinta Muka Buku - Najwa Latiff

Apa kebaikan fb yg aku rasai sekarang ni?

  1. Dapat contact member masa belajar dulu, x kira la duk di mana............dapat tau sikit2 perkembangan mereka
  2. Member sekolah pun jumpa balik.....
  3. Senang nak sembang........pakai sms x syok dah.......
  4. Dapat berkongsi maklumat dgn ramai org, lebih cepat..........trafik jam ka.....
  5. Berdakwah pun boleh.........
  6. Minta nasihat, pandangan, ilmu
  7. Promosi, nak jual barang, resepi ka................
  8. Line alternatif utk contact org selain hanset
Apa kebaikan yg dah anda dapat dari FB ni?

Masa bercinta dulu, fb xder lg. Friendster masa tu. Jd xder la cinta muka buku.........

Selasa, 10 April 2012

Mansuh PTPTN

Masa aku belajar dulu dapat pinjaman JPA. Abis belajar dah kerja baru bayar. Dah abis bayar pun, RM17,440. Xdak diskaun sebab dapat 3rd klas jer. Alhamdulillah, lega rasa bila dah lunas hutang tu. Ada gak yg x bayar, lantak depa la. Tanggung la sendiri. Aku ingat bila aku bayar balik, boleh la orang lain pinjam lak kan. Kalau kerajaan nak bagi biasiswa lagi bagus. Aku pun la ni berkhidmat dalam kerajaan gak, utk rakyat Malaysia gak, utk org Melayu gak. Alhamdulillah.

Yang mana grad dgn keputusan baik tu dapat gak diskaun. Bayar RM4000++ jer. X pa la rezki depa. Aku x berapa cerdik masa tu. Tu yg keputusan cukup makan jer. Tp alhamdulillah dah dapat kerja boleh gak bagi mak bapak anak bini aku makan. Hehehehe.......

Adik2 aku pun la ni duk berhutang dgn PTPTN, bayar ke x?, aku x tanya la. Lu pikir la sendiri.

Bila mansuh PTPTN negara muflis? Rugi RM43 billion? Jejaskan Melayu? Idea gila? Mansuh pun xpa, bagi la biasiswa. Habis cerita. Duit rakyat bagi kat rakyat apa nak rugi.

Elok ker kencing berdiri.......(lelaki sahaja)

Kenapa x leh kencing berdiri?????

  1. Air kencing x keluar habis, kena berdehem dehem lagi.........baru keluar habis.
  2. Sisa air kencing akan keluar dan kena seluar dalam.......sembahyang x sah oooo!!!!
  3. Mendatangkan penyakit macam.......batu karang, lemah syahwat dll
  4. air kencing bertaburan......kotor la
  5. Percikan boleh kena seluar..........najis tu, buka seluar dulu, kena kaki plak, mandi terus la......

Pendekkan kata mari lah kita sama2 meninggalkan amalan kencing berdiri.........utk kebaikan kita.
Cara yg betul adala cangkung dan tinggikan sikit tumit kaki kiri anda. Selamat mencuba dan amal terus...

Jumaat, 6 April 2012

Petua Tak mau bagi bayi tersedak susu.........

  1. Jgn tinggalkan baby masa dia minum, tunggu sampai habis pastu angkat urut belakang samapi sendawa dulu baru letak balik.
  2. Jgn bagi baby minum susu byk.....separuh dah
  3. Tinggikan bantal masa dia minum, macam duk menyandar gitu
  4. Jgn tutup muka dgn kain ke tuala ke.........anak aku suka pegang kain masa minum susu
  5. Mengiringkan baby masa minum, seleps minum
  6. Dah habis minum, angkat gosok belkang dia sampai sendawa....burrrpppp! Alhamdulillah
  7. Masa tersedak atau termuak, cepat2 angkat, gosok belakang, tiarapkan atas tangan, lap mulut, hidung. Semua ni mesti dilakukan dengan segera.
  8. Kalau minum susu dalam buaian kena beri perhatian lebih, baik masa dia minum, selepas minum, masa dia batuk kena tengok takut2 termuak.......
  9. Guna puting x, hisap baru kluar susu. Kalu tungging botol susu tak kluar...kalu jenis lubang bulat tu bila tungging susu keluar juga...bila baby tersedak, susu duk melimpah masuk hidung, lemas...
Kalau ada lagi boleh tambah......ni yg aku praktikkan. Sapa nak anak jadi macam tu. Biarla x sempat masak, tahan kencing, berak, lapar, kain x sidai, rumah x kemas......tunggu lepas anak dah sendawa lepas minum susu. Pastikan betul2 dalam keadaan yg meyakinkan selamat baru tinggal. Jgn tinggal lama2, 2 minit sekali mesti kena cek balik keadaan dia. Takut menyesal di kemudian hari. Biarlah susah. Janji selamat. Yg lain kita serah pada Allah yg maha kuasa.

Wallahua'lam

Ayah hensem +  ibu lawa = anak comel


comel gak kan? anak sapa la ni.

habis comel

vroommmm

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...