Sabtu, 4 Ogos 2012

Nak masak ka beli.....


bila nk berbuka, sahur, istri2 akan sibuk di dapur memasak.Nk kena potong, siang, kupas, blender, perah dan macdam2 lagi. Harga brg mentah yg dah di beli pun boleh tahan.mau 1 2 jam baru siap. kalau beli, xsampai stgh jam. Xyah duk potong2, kupas2 dah. Xyah p market beli brg mentah. Rasanya lg murah kalu beli yg dah masak. Tambah lak kalu yg nk mkn tu 2 3 org ja. Lg berbaloi. cuma x tau rs la. Ada yg sedap, ada yg x rs pa2 pon. Ada yg xdan buka lg dah basi. seb baik ada QC kt rumah yg rajin duk cek seblom bg aku mkn. Aku ni xreti gak nk beza yg elok ngn yg basi.



adamroslan.com
  Macam ayam golek aku beli sebelah baru RM8. Kalau beli yg blom masak lagi pun harga lebih kurang tu jugak. Cuma yg ni balik boleh makan terus. X yah nak perap2, bakar2 dah.











Kalu ada sesapa yg rajin2 tu boleh la try ni ha resepi dia.....


ayam golek

MOIST ROASTED CHICKEN RECIPE
- sumber Ros@JintanManis,catatandarideutschland.blogspot.com


Bahan-bahannye


1 ekor ayam ( ros guna ayam 700gram)
2 sudu besar olive oil
2 inci halia
2 ulas bawang putih
1/4 biji bawang besar
2 sudu besar madu
1 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu besar jus lemon
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil serbuk kunyit
sedikit marjerin

Cara-caranya

1. Blender bawang besar, halia, bawang putih dengan sedikit air sehingga hancur, kemudian curah di dalam bekas dan campur gula, lada sulah, garam, jus lemon, sos tiram, serbuk kunyit, madu dan lada hitam.
2. Kemudian cucuk-cucukkan ayam tadi dengan garpu dan lumurkan bahan perapan tadi pada keseluruhan ayam, perap ayam selama lebih kurang 3 jam atau lebih. Lagi lama diperap lagi sedap.
3. Selepas diperap, panaskan oven 190 atau 200 darjah, dan bakar ayam selama satu jam, setelah 30 minit di bakar, keluarkan ayam dan sapukan ayam dengan marjerin dan lebihan minyak yang terdapat pada dulang pembakar, kemudian teruskan proses pembakaran.
4. Pastikan ke dua-dua permukaan ayam perang sekata, balik-balikan ayam dan bakar ayam sehingga garing dan masak.
5. Setelah siap dibakar, potong ayam pada dua bahagian dan hidangkan bersama kentang putar, coslaw dan macaroni cheese. Selamat Mencuba.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...