Isnin, 27 Februari 2012

Aku Terlupa


roadtax mampus

Macamana la aku leh terlupa, dua2 moto roadtax dah mampus. Nasib baik xdak roadblock. Dekat 2 bulan aku lupa. Tu pun nasib  baik anak aku pi koyak dompet aku. Masa nak tukar dompet baru, baru perasan " La dah mampus".

Mau 3 4 ratus melayang nak ni  nak renew. Roadax memang la murah, tapi insuran nya pulak yg naik. Ikut usia moto lak tu. Kita lak hanya mampu pakai moto second hand, memang la murah tapi insuran lak mahal. Apa salah nya kalau moto yg lama2 ni didiskaun kan sikit insurannya. Bukan buleh bawa laju pun. Semput.

Semua nak untung, sapa nak rugi.

Ahad, 26 Februari 2012

Gam kasut pakai glue gun

x percaya? Aku pun. Dapat idea ms duk buh gam kat kotak voltage stabilizer. Gam ni ms panas dia cair, titiskan kt tmpt koyak. Cantumkn, biar sejuk. Dah sejuk, bru test. Pergggh, melekat kuat. tgk gambr sbg bukti.

Pas 2 3 hari pakai, tercabut balik. Last2 pakai gam 3 second. Tahan gak seminggu 2.

murah jer

Jumaat, 24 Februari 2012

Yusri KRU kawin Lisa Surihani

Akhirnya duda kacak ni memilih anak dara sebagai isteri setelah lama berpisah ngan Erra, bergosip2. Bagus la tu. Bukan x laku.....

Kira sama padan la. Semoga berkekalan sampai akhir hayat. Yusri lak jaga elok2 yang ni, jgn sampai lari gak.


ceria selalu
 Tahniah....
Camtu la

Khamis, 23 Februari 2012

Cuepacs tuntut gred 1-54 naik gaji RM700-RM2,500

9:49PM Feb 22, 2012

CUEPACS

MINTA NAIK GAJI
Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menuntut kerajaan memberi kenaikan gaji antara RM700 hingga RM2,500 untuk Gred 1 hingga Gred 54.
    
Presidennya Datuk Omar Osman berkata kenaikan itu perlu dilaksanakan terlebih dahulu menerusi skim sedia ada iaitu Skim Saraan Malaysia (SSM) sebelum sebarang pembaharuan dibuat menerusi Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).
  
Beliau berkata tuntutan yang dikemukakan ialah untuk Gred 1 hingga 16 kenaikan sebanyak RM700, Gred 17 hingga Gred 26 (RM1,000), Gred 27 hingga Gred 40 (RM1,500), Gred 41 hingga Gred 48 (RM1,800) dan Gred 52 hingga Gred 54 (RM2,500).
  
"Misalnya bagi mereka yang berada di Gred 17, gaji semasa dalam SSM ialah RM820 perlu dinaikkan sebanyak RM1,000 kepada RM1,800," katanya kepada pemberita selepas membentangkan kertas cadangan Cuepacs di mesyuarat pasukan petugas semakan semula SBPA di Putrajaya hari ini.
  
Omar turut mencadangkan agar mereka yang berada di tangga gaji tahap maksimum atau pada tangga gaji mati perlu dibayar tunggakan kenaikan tahunan selama mana mereka tidak menikmati sebarang kenaikan selain perlu dinaikkan gred.

"Misalnya bagi mereka yang sudah terhenti kenaikan gaji sejak lima tahun lepas, sekiranya kenaikan setahun mereka ialah RM100 jadi perlu dibayar tunggakan sebanyak RM500," katanya.
  
Selain itu, Cuepacs turut menuntut mereka yang lulus Penilaian Tahap Kecekapan pada Aras 4 sebelum Disember 2011 perlu diberi kenaikan gaji.
"Banyak aduan yang diterima apabila SBPA diperkenalkan mereka yang sudah lulus Aras 4 tidak diberi kenaikan gaji.
  
"Ini tidak adil kerana bukan mudah untuk mendapat lulus Aras 4, terpaksa berkorban baca buku siang malam tapi bila dah lulus tidak dinaikkan gaji, sia-sia sahajalah usaha mereka," katanya.
  
Omar berkata tuntutan Cuepacs itu dirasakan sesuai memandangkan mereka yang di kedudukan atas daripada Gred 54 telahpun menikmati kenaikan tinggi dalam SBPA.
  
"Kalau betul kerajaan berhasrat untuk merapatkan jurang antara pegawai rendah dengan atasan maka tuntutan itu adalah dirasakan wajar, apa yang Cuepacs lakukan ialah untuk menuntut kesaksamaan," katanya.
    
Beliau berkata terpulang kepada pasukan petugas SBPA untuk menilainya dan jika merasakan tuntutan itu melibatkan kos yang tinggi, Cuepacs mencadangkan gaji kumpulan yang menikmati kenaikan tinggi dalam SBPA dikurangkan dan disalurkan kepada gred bawahan.
  
"Jika tidak boleh juga...apa yang terkandung dalam SPBA sekarang perlu ditukar keseluruhannya dan digantikan dengan terma-terma yang baru," katanya.
  

- Bernama

Adik Faris telah pergi.....

Sesungguhnya Allah lebih sayangkannya. Syurga saja yg layak bagi dia. Terima kasih kepada semua yg menghulurkan sumbangan.

Al-Fatihah.....

sumber mazidulakmal

Selasa, 21 Februari 2012

Bantuan diperlukan


Dulu

Sekarang
Cerita lanjut di sini.....

Boleh la hulurkan bantuan ikhlas terus kepada ayah si kecil ni....

ayah Faris 1628-5200-2738 (Shamrulismawi Ismail). maybank
Sampai ka hati nak tgk saja....kalau la ni anak kita???????????

Latif Ibrahim telah kembali ke Rahmatullah

latif ibrahim dalam kenangan
Setiap yang bernafas pasti merasai mati....bila sampai masanya.

Penyanyi bersuara lunak merdu ni popular dengan lagu Nora.......dll

Al-Fatihah........takziah kepada ahli keluarga dan sahabat.....

Ubat Expired

Bawa anak p klinik jumpa doktor nak cek mata sebab merah. Selepas doktor cek, dia bagi ubat titik kat mata. Bayar la RM33.

Balik rumah nak pakai ubat, isteri terperasan ubat tu dah expired. Bulan 2/12. Nasib baik ada gak yg rajin duk pi tgk pungkok botol ubat tu cari tarikh luput. Kalau aku dah titik dah kat mata anak aku.

Aku pun pi klinik tu balik, bagitau dia. Dia pun tukar ubat baru. Bulan 11/13 baru expired.

jangan lupa

cek bontot dia dulu
TP dah tukar ubat pun isteri aku x berani nak pakai. Cuak kot. Bawa anak pi jumpa doktor kat hospital, dia kata xyah bubuh ubat. Lega. Melayang saja RM33.

Kalau dah titik aku x tau la apa nak jadi. Mata lak tu. Kalau kaki ke tangan xpa lagi.

Isnin, 20 Februari 2012

Apa perasaan anda


Kesian....
 Apa perasaan anda jika dituduh macam ni. Cabul pelajar, rogol anak sendiri. Memang kurang ajar la org yg tuduh tu. Kalau aku pun meraung gak....

Karikatur politik


Kung FU politik
 Aku minat gak nak lukis karikatur macam ni. Tapi lukis potret pun x lepas lagi. Mimik muka kartun tu yg payah skit.

Tp la ni x dan dah nak lukis2 ni. Nk kena kepung putra dan putri. Kalau lukis kapal korek dgn lori panjang tu selalu la, anak sulung suruh. Janji banyak tayar.

Lukis guna air kopi

Air kopi jer, roti xder?
X yah beli kala air, kala magik, kala pensil pakai air kopi jer. Tp yg penting nyer bakat melukis ler. Kalau x pandai lukis, pakai la kala pa2 pun x lawa, x seni gak....

Awat x pakai air teh, ke milo ke, milo mahal sikit. Air suam lak x nampak pa2 la.

Ahad, 19 Februari 2012

On off Timer

Utk on dan off kan lampu atau apa2 alat2 letrik ikut waktu. Contoh nk on lampu kul 8 mlm off kul 12 mlm secara automatik. 1 pin set utk 15 minit plg minima la. 1 jam kena tekan 4 pin.

Lebih mudah, xyah buat litar yg rumit2. Bli je. Kat c4 pun ada....

Pekan Koboi xdak kuda

Mana p kuda, koboi, lembu pun x dak. Kedai jual topi koboi pun xdak. Jual topi keledar byk.
Dulu naik moto x pakai helmet, la ni jgn tebeng la. Datuk duk meronda. Balai polis punya besar, siap ngn jel pa. Hehehe

Nanti akan ada 2 jln utk ke taiping. X sesak bl raya.

Jasamu Tetap Kukenang

Walaupun ditinggalkan dalam tong sampah semasa kecil, dia x berdndm kt org tuanya. Tp msh berhrp dpt menemui mereka utk mengucapkn terima kasih krn membiarkan dia hidup.
Kebanyakan bayi yg di buang dah mati, kesian. Susah2 curi2 wat projek, susah2 sorok perut 9 bln, dah beranak pun sorok2. Seksanya hidup, pas2 p seksa hidup org lain lak. Tp dia ni bernasib baik, pjg umur gak.

Nk juga trm kasih sbb mengandungkan dan melahirkan dia.

Tp anak2 la ni x kn buang cm2 pun marah mak bpk mcm2. X blikn benda yg dia nk je mengamuk sakan dah. Elok buang gak dlm tong smpah.

Rabu, 15 Februari 2012

Harga Bayi meningkat

Orang sibuk harga emas, minyak, tiba2 ja tanpa disedari bayi pun jadi niaga gak. Permintaan tinggi lak tu. Nak slahkan siapa ni? Aku asyik nak salahkan org ja. Aku x salah sebab aku x jual atau beli pun.

"Polis percaya sindiket penjualan bayi yang sudah lama wujud ini semakin berleluasa kerana terdapat permintaan yang sangat tinggi terutamanya bagi pasangan yang tidak mempunyai zuriat," kata Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan.

Bayi ni mesti mahal gila, mau berjuta dolar.
"Kegiatan terancang ini bermula dengan penjagaan rapi yang diberikan kepada ibu-ibu yang mengandung di pusat penjagaan haram, bagi menghasilkan bayi yang sihat demi mendapatkan nilai jualan yang tinggi.

Januari 2011 polis berjaya menumpaskan kes penjualan bayi yang berumur antara lima hingga tujuh hari yang dijual dengan harga antara RM15,000 hingga RM20,000.

Sumber berita harian online.


Agak laku dak baby ni....
 Pihak yg menjual mungkin x mampu nak bela, buat mampu la, nak pakai duit lak. Pihak yg membeli lak xdak anak, terdesak utk memiliki anak, sanggup bayar sampai RM20,000 pun. Yer la, duit byk kalau xdak anak pun, sunyi jer.

Inilah kuasa duit, macam2 jadi pelik. Boleh huru harakan dunia. Satu lagi apadia? Sapa tau?????

Seribu Alasan

R&R  kan ada
Cuba la. Sebelum nak buat apa2 cuba selidik, cari, tanya orang, apa alasan paling sesuai, bernas, kukuh utk menyelamatkan diri dari 'mereka'. Kalau x der baik diam jer, mengaku.

Letih memandu? Rehatla di R&R. X kena bayaran pun. Nak makan kena bayar la.

Pasangan lak bangla. Isk isk.....hensem kot. Ala2 SRK gitu....

Apek.....oh....Apek

Sebagai peminat apek mesti sedih....tp itu jln yg dia pilih.....

Positif mengandung? Imposible. Positif air daun ketum. Posible....Tp ni positif dadah. Parah ni.....

Insaf la apek. Kami sentiasa menyokong mu. Jadi la macam Jamal Abdillah, Razi OAG. Lagi bagus kalau boleh jadi macam Azmil mustapa, Bob Lokman pun ok gak.

Keselamatan Di tempat kerja

adakah keselamatan kita terjamin
Baca suratkhabar hari memang banyak berita yg sadis, tragis. Kemalangan maut dah selalu kita dengar, tp yg ni maut kemalangan mesin.

Peralatan2 berat industri semuanya merbahaya. Mesin tebu pun aku dah ngeri. Mesin nyur tu pun dah berapa kali cium tangan aku. Pegang lembut2 takut terlepas, bila pegang kuat2 sampai tergelincir lak.

Apa2 pun keselamatan mesti diutamakan. Setakat luka sikit2 tu kira nasib baik la.

Tangga bergerak kat supermarket pun dah banyak org tersepit. Memang la malang x berbau, takdir, tp kita kena la sentiasa beringat. Kita yg dewasa ni tau dah bahaya dia, tp budak2, kena perati selalu.

Anak aku pun jatuh tangga dah 2 kali, moto 1 kali, kapit kaki katt basikal dah 1 kali. TU dalam bapak dia duk jaga, kalau dibiar, x tau la apa jadi.

Ikat rumah pada pokok

Kena ikat kuat2 tul, nanti rebah lak.....
Dah 54 tahun merdeka, ada lagi yg hidup sampai macam ni? Salah sapa? Perdana Menteri ke salah? Umno ke Pas ke? Ketua kampung? Ajkkkkkkk?????

Pi mana BB1M, PPRT, Kenajikan Masyarakat, xkan dia x layak kot? Mungkin orang tgk dia tak sakit terlantar, mampu buat kerja, sebab tu org kata x layak kot? KA depa tunggu rumah dia reban dulu, baru senang nak buat rumah baru?

Uiiihh macam2 persoalan......

Selasa, 14 Februari 2012

Saja2 pi bakar motor org. Masalah mental.....

Dah xder keja lain kot. Saja2 nak bagi org marah, susah, geram, takut, x tau nk sorok moto kat mn dah. xkan semua nak sumat dalam rumah. kena rumah flat lak....nak bawak naik lif. lingkup lif tu lagi org marah.


blog berapi


13 motosikal terbakar dalam dua kejadian berasingan


2012/02/14

KUALA LUMPUR: Sebanyak 13 motosikal hangus terbakar dalam dua kejadian berasingan dipercayai akibat perbuatan khianat, di Flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Semarak dan Flat PPR Air Panas di sini, malam tadi.

hangus
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Setapak, Suki Annuar, berkata dalam kejadian pertama kira-kiram jam 12 tengah malam, pihak bomba bergegas ke PPR Seri Semarak untuk memadamkan 12 buah motosikal yang terbakar.

"Bomba tiba di tempat kejadian kira-kira 10 minit kemudian namun api berjaya dipadamkan terlebih dulu oleh penduduk setempat. Dalam tempoh sejam kemudian, sebuah lagi motosikal dilaporkan terbakar di PPR Air Panas, kira-kira satu kilometer dari tempat kejadian pertama," katanya kepada pemberita, hari ini.
Beliau berkata, motif sebenar kejadian masih dalam siasatan dan anggaran kerugian bagi kedua-dua kejadian ialah kira-kira RM60,000. - BERNAMA
sumber berita harian online

Hari Kekasih

Ada sapa2 duk sambut hari kekasih hari ni?. Jgn sambut hari ni. Sambut hari lain ok la. Atau pun sambut hari2. Hari suami isteri, ibu anak, anak bapak, hari keluarga, hari jumaat, hari kiamat???harimau, hari2 mau.....hari apa pun xpa.


Hari2 mau
 Cuba cari di internet kenapa kita xleh sambut hari valentines???????? Xyah cari pun aku x pnh sambut pun.

Kalau hari kekasih, elok disambut masa maulid nabi yg baru lepas. Sebab Rasulullah la Kekasih Allah. BAru kena. Bukan kekasih kita yg kita nak raikan, tp kekasih Alllah nabi kita yg akan beri syafaat kat kita di hari perhitungan, di padang Massyar di hari kiamat kelak.

Mari kita berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Sekali kita selawat, Allah akan berselawat kepada kita 10 kali.

selawat nabi lagi....

Malaysia Book Of Records


Kelip-kelip terancam
 Kelip2 dah nak pupus ker? Xkan kot. Ada ka pemburu kelip2? Xkan guna kelip buat lampu kelip2 raya kot? Tp walaubagaimanapun usaha ni dah mencipta sejarah, masuk buku rekod tu.


Makin panjang











Baru tingkatan 4 dan tinggi melayut. Xpa asal sihat. Setakat payah nak masuk keta, masuk rumah, kecik punya hal tu. Kata orang KL "no hal lah".





Pecah Rekod


Aku nak pecah rekod apa? Pecahkan cermin boleh la. Haahahahaaha



Yg ni x masuk rekod


Yg ni x masuk rekod gak ka? Dah la 5 minit, curi barang makanan lak, pastu sampai 10 orang. Selalunya org ramai2 curi barang kemas, rompak bank. Ini pasaraya mini kena serbu gak. Xkan makanan2 tu nak disedekahkan kepada anak2 yatim lak? X logik.







Maaf la, gambar kurang memuaskan. Nak yg clear tgk metro 13 feb 2012.....online ada kot. Kalau yg hardcopy mesti dah jadi kertas balut nasi lemak.


Ahad, 12 Februari 2012

Padah Dadah

Terkini, kematian mengejut Whitney houston. Suara terhebat, lagu pun best2. Masa tu aku tgh stdy. Bru ko nk knl penyanyi org putih. Aku pun heran mn dia p lps 2. Sepi je. Tup2 dgr dah mati? Sat ja hidup ni kan?

Ada baca artikel, dia jd trk sbb dadah. Tekanan kot. Suara pun rosak main ngn dadah ni. Ari 2 MJ p ketagihan ubt penahan sakit.

Sng ja syaitan nk goda manusia, dah kaya ada semua, tp iman akal x dak.

Semua kemashuran dunia tuhan bg nk uji dia la. Tp dia trs lupa.

Semuanya ke arah kemusnahan. Kt pun x kkl, akn musnah juga. Cuma jgn kita memusnahkan diri kita sendri.

Sabtu, 11 Februari 2012

Daun semambu dan air kelapa

Anak demam sekam(campak) tidur alas daun ni. Mandi air rendaman anak pokok pandan dgn akrnya sekali. Bg minum air kelapa(nyur). InsyaALLAH.

Jumaat, 10 Februari 2012

Mencari masalah tubuh melalui kaki - refleksologi

Titik refleksologi
Minggu lepas aku pergi ke Baling Kedah untuk merawat isteri melalui teknik urutan kaki. Alhamdullillah, dia dapat mengesan penyakit hanya dengan menekan pada titik2 tertentu pada kaki. Contoh pada isteri aku, pemgamal perubatan ni dapat mengesan masalah pada tulang belakang, urat paha, sakit dada, urat ketiak, peranakan yang dialami isteri aku.

Mula2 sesi scanning dilakukan pada titik2 di kaki. Jika sakit bila ditekan, maknanya kawasan itu ada masalah. Titik2 itu berdasarkan gambar disebelah.

Kemudian beliau akan mengurut pada bahagian bermasalah. Selepas itu ditekan semula pada titik2 dikaki, jika masih berasa sakit, ulang urut semula sehingga tidak sakit dah.

Semasa kaki ditekan pada titik2 yg bermasalah, memang kesakitan yg amat akan dirasakan. Sampai nak terkencing pun ada. Padahal hanya ditekan pada kaki saja.

Bila dah tak terasa sakit pada titik tersebut, pesakit disuruh menguji samada masalah masih ada. Yang sakit lutut mai, balik dah x sakit. Boleh jalan macam biasa. Kepala sakit pun hilang. Tapi kesan urutan seperti lebam, kesakitan pada tempat urutan masih dirasa untuk beberapa hari.

Alhamdulillah, isteri aku berpuas hati. Kami kena pergi ulang lagi sebab sakit kaki isteri aku ni dah lama. Kalau baru kena lagi cepat hilang la.

Nak cuba boleh dapatkan nombor telepon tukang urut ni dari saya. Tiada jampi, air penawar, jin, jembalang digunakan. Cuma urutan pada tapak kaki dan tempat bermasalah saja.

update 19 mac 2013: Hari ahad kemarin aku tepon pak mid. Nak p rumah dia la nak bg dia urut kaki anak ngan bini aku. Tp sayang dia kata dah 3 minggu dah x urut sebab baru lepas operation mata. Lagi seminggu dua ok kot.....

Jumaat, 3 Februari 2012

12 peratus rakyat Malaysia hadapi masalah mental: MPA

2012/02/03SUNGAI PETANI: Tinjauan Kesihatan Mobiditi dan Kesihatan 2011 menunjukkan 12 peratus rakyat Malaysia berusia antara 18 dan 60 tahun berdepan pelbagai jenis penyakit mental.

Presiden Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA), Dr Abdul Kadir Abu Bakar, berkata statistik itu satu angka yang tinggi kerana menunjukkan seorang daripada enam rakyat negara ini ada penyakit mental.
"Antaranya ialah kemurungan ada dua peratus, sakit risau ada 1.8 peratus dan psikosis ada satu peratus. Penyakit mental yang serius pula adalah psikosis, dan kemurungan...penyakit keresahan itu pun kronik juga dan kemudiannya penyakit ringan yang lain," katanya ketika ditemui di sini.
Katanya, Tinjauan Kajian Mobiditi dan Kesihatan itu juga mendapati wanita dua kali ganda lebih ramai mengalami sakit mental berbanding lelaki.

Bunyi air boleh mengurangkan stress. Gambar oleh http://www.sunnysan.com/

"Antara punca yang dikenal pasti adalah masalah dengan pasangan dan masalah dengan anak-anak...kedua-dua ini punca yang penting. Bagi lelaki pula punca lebih kepada kemalangan jalan raya yang mana mengalami kecederaan otak dan penyalahgunaan dadah," katanya. - BERNAMA
Renung2kanlah......

Jutawan Bolasepak Safee Sali

Dah jadi jutawan. Main bola jer. Tp mau terer la jaring gol. Baru nama striker berbisa.


Jutawan Bolasepak Malaysia

X semestinya main bola jer boleh jadi jutawan. TP resepi org Melayu ni memang la. Kalau org lain berjaya sempat main bola, semua pakat ikut main bola. Masa durian mahal, pakat tebang pokok getah, tanam pokok durian lak. Bila getah mahal tanam getah lak, tebang durian. Elok pokok dah berbuah, harga jatuh. Melopong la.

Tuah ayamnampakk di kaki, tuah safee pun di kaki gak. Kontrak 2 tahun lagi RM2juta dengan Pelita Jaya. Kita kerja pun setahun jumlah x sampai RM50k lagi. 20 tahun kerja pun x dapat lagi.

Moralnya di sini. Biar kita pandai 1 benda dan mahir daripada tahu banyak benda tp x mahir. Biar kita tahu byk benda tp mahir betul2 dalam 1 benda jer. TUmpukan pada  benda tu jer. Semua nya memerllukan usaha yg betul2 keras, yg lain kita serah kepada yang Maha Esa. Dia lebih mengetahui.

Rabu, 1 Februari 2012

Makan bila lapar, berenti sebelom kenyang

Yg depan tu semua org boleh ikut, tapi sekali dah start melantak, selagi x kenyang x berenti punya kan? Aku pun x tau bila nak boleh amalkan camni. Kalau makan nasi confirm gagal. Nk letak nasi separuh pun gagal gak. Xkan sesenduk jer, nanti org kata " Diet ker????". Ni sunnah nabi kena la ikut. X lama lagi dah nak sambut maulidur Rasul.


Roti Bun
 Makan sikit banyak kali, jgn makan banyak sekali. Bila lapar mkan sikit, 1 2 sudu dah la. Bila lapar lagi makan lagi. Lama2 abis la nasi tu. Kena beli bungkus la, lauk asing. Xkan nak lepak kat kedai tu. Makan roti la senang, seketul x kenyang nyer. Jgn makan burger lak.

Bila makan banyak tp sekali, mungkin badan xdan nak proses hadam lagi kita dah nak makan pulak. TU yg jadi buncit. Kalau makan berak, makan lagi berak lagi, bagus x?

roti canai
Kalau mkan roti canai, berapa lama masa perut kita ambil utk cernakan? Kita dah lapar tp roti canai x cerna lagi dalam perut. Ni yg menimbulkan masalah. Roti canai pulak banyak minyak.


Capati
 Kalau makan banyak nanti mengantuk lak. Langsung kerja x jalan.

Tahukah anda....

Berapa kali kita perlu buang air besar dalam sehari? Sekurang2nya 2 kali. Kalau x cukup 2 kali tu maknanya ada masalah. Kena la makan makanan berserat seperti sayur, buah2an supaya dapat buang 2 kali.

Kalau susah nak buang sekali sehari pun, banyakkan minum air terutama masa bangun tidur. Sehari kita kena minum 7 gelas. Kalau dibiarkan x membuang takut nanti sembelit. Anak aku selalu kena sembelit sampai nak buang pun dah takut. Ada ubat utk memudahkan buang air besar masa smbelit tp x elok diamalkan selalu.
pisang agen pelawas yg baik

ENema utk atasi sembelit
Bagi aku xdak masalah. Masuk je air sejuk ke, susu ke pagi2 mesti nak keluar, x dan dah. Cuma jgn tahan. Ni salah satu punca sembelit gak. Bila ada panggilan tu, sahut jer panggilan tu jgn tunggu dah. Sama juga kalau tahan buang air kecil, lekat batu karang nanti.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...