Rabu, 31 Ogos 2011

Broadband bukan berukbang

X sangka kat Batu Kurau ni pun, laju gila maxis broadband ni. Ingat kan siput, ni dah macam arnab ni. Mantap. Mungkin aku sorang je pakai kat kg ni kot. TU la pasal laju kemain. Celcom aku x nah try lg la.

the broadband.....maxis

maxis....yes

Merdeka....Merdeka.........Merdeka.........

Merdeka, merdeka, merdeka. Tapi suasana raya. Kalau raya, bangun pagi, mandi, pakai baju melayu, pi surau, sembahyang raya. Jumpa la org2 kg masa tu. Abis tu pi kubur la, ziarah sedara mara, kawan2.

Itu bila raya, tapi kalau merdeka, tak dak apa2 pon. Bangun x yah pagi2, xyah mandi awal2, xyah pakai baju melayu, xyah pi surau pun, sembahyang ka kenduri, perhimpunan ke hapa2 ka. Ada la pakat2 pi berimpun ramai2 kan kalau merdeka macam raya. Walaupun merdeka besar ertinya macam raya gak.

Aku pun x tau nak buat apa pagi2 merdeka ni.. Walhal cuti ni.

Maysiaku Merdeka

Perak pun sekali la

Selasa, 30 Ogos 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri


minal aidil wal faidzin
Selamat Hari Raya AidilfitriMaaf Zahir Batin kepada semua blogger, pengunjung. Semoga raya ini penuh makna, bakgia dan ceria hendaknya. Amin............

Isnin, 29 Ogos 2011

Bermulalah operasi pembakaran.............

panas
 Esok raya ke tak, hari ni mesti kena bakar siap2 lemang ni. Kalau x, kena esok raya xkan nak bakar malam ni. Ujan plak, bakar kt bawah rumah la. Bawah rumah yg org dah x duduk la. Kalau ada org mau lari abis. Lemas dgn asap yg berkepul2 tu.

panggang


Hantu Kampong

Hantu betul depa ni.........elok je jam aku teng teng 12 kali....korang pon start la berdentum....bkn 12 kali.......lebih, dah tu punya la kuat. Kalau ye pon belasah la awal2 tadi. Nasib la dok kg. Kalau kat taman, lama dah polis angkut.

Bunyi kuat sgt tadi tuh, ntah2 meriam buluh pa. Dah abis kabalt, depa stop sat. Kabalt mahal kot, tak pon malas nak pecahkan kabalt tu jadi kecik2. Kalau besar boleh pecah buluh tu, alamat pecah la muka org yg cucuh meriam tu.
tu dia aih meriam depa

macam nak perang
Ntah2 adik aku pun ada situ gak. Rasa macam nak baling je bom, biar pekak abis telinga diorang. Takkan dia x tahu anak menakan dia kecik lagi. mudah terkejut. Bunyi kentut pon dah terkejut.
power kentot

Ahad, 28 Ogos 2011

Lampu raya bintang

Lampu raya di bentukkan bentuk bintang. Nak buat tulisan Selamat Hari Raya tak cukup panjang. Suruh adik2 beli lagi, sapa pon x moh mengaku. MACAM TU DAH LA.

Pandangan malam
Pandangan siang

Lampu kelip2 ni antara benda penting bila nak raya ni kan. Kalau xdak, ada pelita raya lagi ok la. Tapi pelita raya modal mahal. Minyak tanah, atau diesel lagi. Lampu ni senang, tekan suis jer. Cukup bulan bayar bil.

Blogger dah tua......

Dah balik kg mesti jumpa org tua kan. Ni dia blogger tertua...................
Tua dah

Balik Kampong

Balik kampong jer mesti kena kunci balik. Maklumla x pakai bateri. Kena pulas spring. Tahan la 2-3 minggu. X balik kg lama dah, bila balik kena kunci balik la. Siap ada bunyi loceng bila tepat pukul brp2. Kena kul 12, 12 kali le bunyi teng, teng, teng, teng, .......



Org kunci jam nak kejut bangun pi kerja, sahur....aku kunci bg hidup............nyawa dia tu.
Sebab nya org suka balik kg selain drp adanya mak bapak dan adik beradik sedara mara, kedamaian dan nyamannya suasana kampong itu sendri yg menarik mereka utk balik.
nyamannya

Damainya
 

 <>
Ada laman
 


Apa la dosa kami, sanggup buat macam ni..............

Apa la dosa kami. Masa parking keta elok ja. Bila balik, " Aik bila lak kemek tang ni............la bergaris kat sini, hai berlekuk kat sini..........tu dia berlubang lak tang ni?"..........................



parah ni.....




ketuk sendri, ok sikit...........

Takkan tersilap p parking kat tempat mainan kanak2 kot. Dak aih....yg lain2 ni keta besar2 x nampak macam keta mainan budak2 pon. Abis sapa langgar, kala bukan budak2. Takkan org dewasa tak reti nak parking sampai sondol keta org. Takkan x dak lesen boleh bawa keta. Lesen terbang ka. Masa test bg rasuah ker? Byknya soalan terbang di kepala aku.

Klau terlanggar tu, buat la sesuatu. Tinggal no phone ke boleh call utk minta gantirugi.

Jumaat, 26 Ogos 2011

Manusia dan dunia

Kita ni terlalu utama dunia daripada akhirat.......seolah olah macam kita akan hidup selama-lamanya atas dunia ini. Contoh buat rumah, beli rumah punya le besor, lawa lagi, mahal, padahal rumah hanyalah tempat kita berlindung dari panas hujan binatang buas. Buat la sekadar perlu dah la. Bukan leh bawa mati. Yg nak di bawa mati ialah amalan, sedekah. Adakah ibadat kita, amalan kita sebesor rumah tu, selawa rumah tu yg menjadi bekal kita ke alam kubur, akhirat nanti???

 Tapi kalau rumah sebesar itu digunakan untuk menempatkan anak2 yatim, org2 tua........atau pusat aktiviti, pengajian agama, dll. Rasanya berbaloi kan????? Baru dapat banyak pahala.

Dulu pi keja naik moto ja..........bila ujan lenjun. Beli keta lak........supaya lebih selesa pi kerja. Demi mencari rezki yg halal utk menyara keluarga. Bunyi nya sgt penting, utama. Tapi kenapa kalau ke masjid, majlis ilmu, tidak begitu. Kalau hujan terus x pi. Sakit sikit pon x pi dah. Kalau x pi kerja siap cari mc, tapi bila tidak hadir ke masjid, atau majlis ilmu, x perlu mc lak.

Pi kerja masuk kul 8, kalau lewat punch card merah, bos marah, silap2 gaji kena potong. Tapi solat, kalau zohor masuk kul 1 lebih, kul 4 pun buleh solat lagi. Yg selalunya pi solat kul 4 tu la. X takut tuhan marah pon, potong apa2 ka.

Kalau pi kerja, pakai baju mahal2, cantik2. Kalau pi solat, masjid, mana2 baju pon boleh, seluar track ngan t-shirt pon ok dah. Minyak atar dah ler, murah, jimat.

Manusia dah maju dalam banyak bidang......tapi bukan dari segi beribadat. Dari aku kecik sampai la ni tahap ibadat aku sama jer. Kalau nak dibandingkan dengan depa ni.........
dulu

kini
Akhil Hayy


sHAM kAMiKazE

Dulu depa ni macam kita gak, rockkkuuuuu. La ni tgk dah berubah, berubah ke arah yg lebih mantop. Tahniah.


Malek noor
Malek noor dulu x pernah puasa, sekarang puasa penuh ramadhan tambah ngan puasa syawal lagi. Aku??????????
Artis insaf



Wardina




 

Kenal x???
Penghijrahan membuatkan kehidupan Irma Hasmie kini berasa semakin tenangPENAMPILAN Irma Hasmie yang kini bertudung bukanlah menjadi cerita baru lagi. Dia tidak pula mencanang diri dengan perubahan yang dilakukan itu kerana setiap dilakukan adalah atas kerelaan dan keikhlasannya.

 --petikan dari berita harian

Daphne Iking

Kuih muih - juadah berbuka

Marah Kerana Cinta, Bukan Kerana Benci……………..

Saya masih ingat sikap ‘unik’ (aneh) sesetengah orang-orang kita dulu.  Ruang di bawah rumah mereka selalunya diperuntukkan untuk meletakkan barang usang yang ‘kurang’ atau tidak perlu.  Selalunya botol-botol, tin-tin atau papan-papan buruk.  Entah kenapa semua itu tidak dibuang.  Hanya diletakkan begitu sahaja.  Diguna tidak, dibuang pun tidak.  Peliknya, apabila barang-barang ‘antik’, itu hendak diambil oleh orang lain, cepat-cepat pula mereka melarangnya.  Tak boleh – nak guna, sayang dan macam-macam alasan.

GGGGrrrrrrr......

“Kita dengan sunnah, seperti orang tua-tua dahulu dengan barang-barang usang di bawah rumah.  Nak digunakan tidak, nak dijunjung jauh sekali, tetapi bila ada orang lain nak mengambilnya, barulah heboh konon nak digunakan.” “Bagaimana kita hendak tunjukkan perasaan marah?” “Demonstarasi depan manusia.  Depan Allah, kita berdoa.  Kita muhasabah, sejauh mana kecintaan kita kepada RasulNya. 

“Kemarahan cuma bermusim.  Hanya luapan sentimen berkala.  Namun kegigihan, kebijaksanaan, perancangan dan ketabahan jangka panjang amat perlu.”  “Maksud puan?” Jelas mereka terpancing dengan kilasan dan kiasan kata-kata.  Jangka panjang, sudahkan kita mendidik generasi muda mencintai Rasul dan keluarganya? Saya risau generasi muda yang mabuk hedonism kini tidak akan punya kemarahan yang sama seperti yang kita alami!”
 

Khamis, 25 Ogos 2011

Jangan menangis baca cerita ni tau.......

air mata kasih
Hati ibu mana yg bisa menahan airmatanya..... Al-fatihah buat Iqbal...

Kisah Benar : "Abang,tunggu mak di syurga ya"

Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut
membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang.

Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang, baju
terkahir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju itu
tidak muat untuk melalui perut abang yang 'buncit'.

Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju  itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh abang ke
pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mendikan jenazah abang.
Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang
menjiruskanair buat kali terakhir pada tubuh kecil abang.

Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya tumpah,
mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya.

"Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terkahir,"
begitulah kata mak pada abah.



Macamni ka nak elak saman?



teropong jgn x teropong

Aku dapat emel, ada yg post kt wall fb aku.................kawasan2 speed trap. Perlu ke kita tahu speed trap kat mana? Bagi aku lantak la polis nak wat speed trap kat mana pon.


80 jer.....

Yg penting papan tanda had laju tu bg besau sikit supaya senang nampak, kat highway dah tau 110 km/j jer. Kat jalan2 yg had laju lg rendah tu.......papan tanda biar clear.

Jgn berselindung di sebalik pokok pulak mcm polis yg nak buat speed trap tu la. Baru kita tau berapa laju kita boleh bawak kan??????????? Jadi ada speed trap ke xdak ker ada aku peduli??????

Lailatul Qadar

Gambar hiasan dari murabbiy.com
Petang semalam gelap jer, tp tak jadi hujan pun. Tup tup sahur pagi ni hujan lak. Hari ini hari ke 25 kan, malam ganjil tu. Adakah ini tanda2 lailatul qadar? Ibadat malam ni lebih baik drp 1000 bulan ganjaran pahalanya.

X kisah la malam ni ka bila ka lailatul qadar, yg penting kita terus menghambakan diri kepada yang maha Esa.

Rabu, 24 Ogos 2011

Penyumbang utama kemalangan maut.

Opocot.....macamana x maut
Ada ke patut pi kata penunggang motosikal jadi penyumbang utama kemalangan maut. Ka aku silap dengar. Macamana  x jadi penyumbang utama, tu yg paling kecil duk tgh jalan. Jalan kaki, basikal tepi jalan jer. Geng moto ni la selalu duk kena sondol, mau x mati. Depa sondol pon depa mati, kenna sondol lak, lunnnyai la.

photo copy from kari-ngeri.com. gambar yg lain sgt ngeri x sanggup nk copy
Keta, lori lak kalau eksiden keta, lori yg teruk, org blom tau lagi. Kurang la yg maut. Tu pun ada sampai tercampak.  Kalau moto lak, moto tergolek tang ni, org pas tgh jalan. Dilenyek lak dek lori yg lalu, mati ler. Kalau basikal yg lenyek, insya Allah selamat.


Sempoi nyer iklan Jawatan Kosong


Jawatan kosong. Utk muslim jer...... Terima kasih Ustaz


DUIT RAYA


syiling tabung (photo dari naimrahim.com)

Sumber duit raya aku adalah duit syiling yg aku simpan dalam tabung. Saja nak teruskan budaya pemberian duit raya masa aku kecik2. Selalunya 2 kupang je masa tu.


La ni jgn main, RM1 paling koman la. Pastu mai rumah makan kuih x mau, minum air pon x moh, nak duit jer. Siap sound direct lak tu. Bebudak zaman sekarang.

Duit raya baru2. copy from desainkarya.blogspot.com
La ni dah kena tukar duit RM1 baru, lama x mo. Pulak. Awat yg lama x laku ka?, RM1 jugak. Kalau adik beradik sepupu sepapat x main la RM1, mau kena kutuk.

Tapi aku dah berjaya buat dek jer kat adik2 pasal duit raya ni. Depa duk tuntut aku buat x tau jer. Aku suruh minta kat mak sebab semua duit syiling tabung aku dah serah kat mak aku. Budak2 yg duk mai pon aku suruh jumpa mak aku. Hehehehehe.

Sian depa kena angkut duit syiling. Cuba bayang la kalau mak aku bagi syiling RM10 sorang kat adik2 aku.

camni la gambot kalau ambik sendiri

Dah duit kena letak dalam sampul. Isk...menyusahkan tul. Bagi gitu je x buleh keh?


Bukan sampul kosong, sampul surat atau sampul ang pau. Kena sampul yg tulis selamat hari raya, atau salam aidilfitri, lebaran ker......



Pinjam photo...

Pada mana2 blogger perseorangan, syarikat ke apa2 ker. Kalau ternampak photo diorang ke atau entri yg sama dicopy paste di blog ni. Halal kan lah yer. Kita share2 sesama kita. Saya pon x kisah sapa2 nak ambik artikel ke photo ke video pon boleh ambik. Pendek kata apa ada dalam ni adalah untuk tatapan semua. Kebanyakan photo dalam blog ni di cari dalam google, kalau berkenan, saya pi lawat blog tu, tinggalkan jejak, pastu copy photo paste je kat blog. Haraap2 x salah la kan.


Selasa, 23 Ogos 2011

Bekerja kerana Allah

Kalau bekerja kerana Allah ni mesti ikhlas woooo.....x berkira, mai awal kira nak balik awal....mai lambat pon balik awal gak....dah kantoi dah...

Ikhlas - tidak mengharapkan balasan, sentiasa memberi yg lebih dari yg diterima.......kerja 8 jam.....tapi bawa balik rumah, sambung di rumah lak.....cikgu macam ni la. Bawak balik buku anak murid, tanda (rite) di rumah kan? Menyampaikan ilmu dan memastikan ia sampai......bukan senang tu. Bukan untuk menunjuk-nunjuk. Cari ilmu, latih diri supaya lebih banyak ilmu dapat disampaikan kepada org lain, contoh dalam blog. Walaupun x ramai yg masuk blog, xpa tapi terus sediakan maklumat2 yg berguna yg boleh dikongsi oleh org lain.


Jgn berkira pasal gaji la. Bersyukur la kita masih ada kerja. Ada org kerja sikit tp gaji sama macam kita gak......Bila ada yg gaji kecik kerja lebih drp kita, kita x bising pon. Pikir apa kita boleh sumbangkan kepada majikan kita berbanding apa majikan boleh bagi pada kita. Tidak membazir, menyalahguna. Rezki datang dari Allah, bukan dari manusia.

Puasa Tinggal Seminggu je lagi


ini wang bg menggantikan beras fitrah yg wajib bg
diriku/tanggungan ku pada tahun ni kerana ALlah Taala

DUk x duk dah tinggal seminggu nak posa. Kelam kabut pi bayar fitrah tadi. Org lain semua dah pi dah. Kena la sendiri2 pi bertandang ke pusat urus zakat. Tak sampai 2 minit dah siap.......Baju raya awal2 lagi dah beli, kuih raya pon dah siap, lampu raya dah beli, mercun dah beli. Zakat fitrah gak yg last. Nampak sgt seronok nak beraya jasmani, rohani nyer......???????

Sesungguhnya Solatku....pekerjaanku....

Setiap kali di permulaan solat, dalam doa iftitah, kita sering membaca ikrar ini. Tapi sejauh ia terlaksana. Sesungguhnya kita insan yg lemah, mudah lalai, tergoda, tergelincir sehingga lupa sumpah janji kita kepada Allah.


1. solat - memang sah kerana Allah, tu pun kadang lewat kerana utamakan urusan dunia

2. pekerjaan - melaksanakan kerja kita demi Allah, rezki yg halal, kerja kita akan mendekatkan lagi kita kepada Allah atau menjauhkan lagi....kalau kerana Allah sudah tentu kita takkan menipu, rasuah, riba......

3. hidupku - setiap detik, saat  dalam hidup ini adalah kerana Allah. Tidur, mandi, makan, gosok gigi, tgk tv, beli netbook, berkawan, berkasih, berkahwin, bersam.....................

4. matiku - bukan mati kerana merompak, mencuri, dadah, Aids........mati dalam melaksanakan perintah Allah

Berblog pun mesti kerana Allah........... 

Isnin, 22 Ogos 2011

Where is your mother????

Kisah “Mana Mak??”

Jam 6.30 petang.  
Mak  berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.
Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, "Along mana?'
Mak jawab, "Ada di dapur tolong siapkan makan."
Ayah tanya Mak lagi," Angah mana?"
Mak jawab, "Angah mandi, baru balik main bola."
Ayah tanya Mak, "Ateh mana?"
Mak jawab, "Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?"
Ayah tanya lagi, "Adik dah balik?"
Mak Mana???
Mak jawab, "Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik."
Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

(Dua puluh tahun kemudian)
Jam 6.30 petang
 

Sabtu, 20 Ogos 2011

Lagi Bayi Mati Tersedak Susu

 Ini antara berita yg paling tak sedap aku dengar. Maklum la ada anak umur 3 bulan la ni. Aku memang cuak tiap kali bagi anak aku mnum susu. Bila tersedak je, kelam kabut aku angkt, hembus2 kat umbun2 dia. Berdehem2.

Paling cuak kalau bagi minum sambil dia tidur dalam buai, kena jg2. Jgn sesekali dibiarkan,  kena tgk sambil habis dia minum. Kalau tersedak cepat2 aku angkat. Habis minum gosok belakang lak sampai dia belahak ka sendawa. Buurrppp!!! Baru rasa lega. Boleh la nak bagi tidur.

Kalau x belahak juga, hah bagi belahak gak. Tapi isteri aku kata bagi dia tidur mengiring pun xpa. Mana la senang hati aku kalau macam tu, dengar je dia batuk ke apa ke, terus aku bangun takut2 dia tersedak. Tambah anak sulong aku dulu lagi la kuat tersedak.

Susah ooo nak bela anak ni sampai nak besar, macam2 nak kena jaga. Sementara nak besar, tahu betul salah, baik buruk, bersih kotor.

Jumaat, 19 Ogos 2011

Israel attack Gaza

Bila Israel serang Gaza, Israel kata............
                  pengganas Palestin mula serang dulu...........
        ada aktiviti pengganas di kawasan tersebut.....
                 penyeludupan senjata berlaku di kawasan tersebut.....
         tempat persembunyian pengganas
                dan lain lain lagi

Bila dah serang.........Palestin kata.........
             kanak-kanak, org awam jadi mangsa
          rumah awam, sekolah, musnah
                  
Siapa pengganas ni? Sampai bila nak jadi lagu ni? Apa yg boleh kita bantu?

Orang Palestin terpaksa menggali terowong utk menyeludup makanan dan ubat-ubatan dari Mesir. Melawan askar Israel guna batu. Israel balas dengan bom, peluru berpandu, serangan udara.

"If terror organisations think they can harm our citizens and get away with it, they will soon learn how wrong they are," said Israeli Prime Minister Benjamin Netanyahu in a televised address.
"We will make them pay a price, a very heavy price." Siap nak balas dendam lagi. X kira siapa jadi mangsa.

Org luar seperti Amerika dan lain2 asyik jadi org tengah antara Israel dan Palestin untuk berdamai. Takkan depa x kenal Israel ni, memang x mau berdamai. Buat perjanjian damai, pastu langgar. Bukan kena tindakan apa2 pon. PBB kerja duk kutuk2. Nak jadi apa duk kutuk2 saja.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...