Ahad, 27 November 2011

Iraq dulu Iraq sekarang


Kejayaan Yahudi Amerika selepas Iraq dibebaskan dari cengkama Saddam..............

Salam Maal Hijrah

 Xdak pun countdown kul 12 malam. Xdak bunyi2 mercun atau bunga api. Tahun baru tetap tiba..........


Jumaat, 25 November 2011

Ni la jadinya........

Bubur kacang
Ni la jadinya bila bubur kacang ditinggalkan lama2 dalam peti sejuk. Jadi kering kontang.

Inilah jadi jugak jika kita duk dalam peti ais tu. Kesan kurang skit la kalau dalam bilik air cond. Tapi kita akan kering jugak.

Jadi kalau kita kerja di bilik yg ada air cind ni, kena la banyak2 minum air yer.

Usaha sedikit tapi kesan begitu besar

Semangat bolasepak negara terus membara.

Khamis, 24 November 2011

Bolasepak Malaysia

Semalam masa tgk siaran langsung Malaysia lawan Syria, terkejut gak tgk bilangan penyokong Malaysia. Boleh kata penuh. Kalau dulu jgn harap. Ada la 2 3 kerat. La ni siap pakai jersi, conteng muka lagi.

Kan bagus macam ni. Buruk baik mereka, team negara kita jugak. Xkan nak pi sokong Syria pulak. Xdak kena mengena langsung. Memang la sama2 muslim.

Ramainya
Kalau mereka jatuh kita bagi semangat. Kalau mereka naik, kita raikan mereka. Jgn bila kalah kita kutuk. Bila menang kita kata nasib.

Apa2 pun smeua ini terletak kat pemain la. Kita boleh wat pa? Klau depa terer boleh jadi menang. Kalau depa memang lemah, boleh la kita bagi kritikan2 yg membina. Jgn dipijak2 plak.

Tapi memang ada byk peningkatan dari segi mutu perlawanan. Walaupun berdepan Syria, letih x abis lagi, tapi tetap confiden. Cuma penyudahnya x sampai lagi. Permainan boleh dibaiki lagi. Tapi x rugi la, terhibur gak bila tgk Malaysia main. Kira ada fight la.

Rabu, 23 November 2011

World Zakat Organization - WZO

Zakat sedunia. Bagus gak idea ni.. Duit zakat boleh bantu umat Islam seluruh dunia. X payah la tiap kali bencana, kebuluran nak kena kutip tabung. BOleh guna duit zakat terus.


Solat tetap solat
Sapa2 yg blom bayar zakat. Jgn lupa rajin2 kan diri bayar zakat. Demi keutuhan hidup dan ekonomi umat Islam baik di Malaysia maupun di dunia.

Selasa, 22 November 2011

Penantian satu penyeksaan

Akhirnya pingat emas bolasepak sukan sea jadi milik Malaysia setelah menunggu dalam cemas selama 2 jam lebih...........

Wira2 emas negara

Isnin, 21 November 2011

Dahsyat.........

Hadiah dapat 5A UPSR.......
Apple Ipad

Betapa bangganya mak bapak bila anak dapat 5A. Belikan Ipad sebagai hadiah.........

Tahniah kepada semua yg berjaya. Yang tidak berjaya, cuba lagi PMR ka SPM ka.







Sabtu, 19 November 2011

Mimpi berjumpa Rasulullah

Apa tindakbalas anda jika anda bermimpi berjumpa Rasulullah? Memang kita x kenal, tapi katakan dia Rasulullah. Adakah anda menjadi gembira, takut, gelisah, malu, terkedu tanpa kata......................mesti la respon dia lagi hebat dari jumpa artis yg kita minat kan. Kalau respon sama atau kurang maknanya kita ada masalah la tu...........

Senang ke nak mimpi jumpa Rasulullah ni? Ada ka cara2 atau amalan? Aku pun x tahu. Tapi mesti org2 yg terpiliih saja atau layak la. Semua nya adalah dengan izin Allah saja.

Sila baca kisah mimpi berjumpa Rasulullah di sini.

CInta kepada Allah

Balik dari beli makanan kat pekan lalu depan masjid terdengar usttaz sedang berceramah.

" Cinta kamu kepada Allah mengatasi cinta kamu kepada anak2 dan isteri kamu. Cinta kamu kepada Allah mengatasi cinta kamu kepada harta kamu. Cinta kamu kepada Allah mengatasi cinta kamu kepada kerjaya kamu."

Wallahualam......

Di manakah Tuhan???????


Sebagai seorang muslim, apa jawapan anda apabila diajukan soalan seperti di atas? Mesti terkedu kan?.

X pa rilek. Mai baca blog member kita ni. Saya baru je baca, ingatkan cerita biasa2 je.....

http://lurim.blogspot.com/2011/11/mencari-tuhan-di-hutan.html

Khamis, 17 November 2011

Nak Bagi ke X?????????

Tengah duk minum bagus ngan member tiba2 mai pompuan sorang diri minta duit. " Bang ada singggit dak. Saya nak makan ni". Saya kata "Nak makan pa dgn singgit ni". Dia kata "Tak pa la nanti sy cari lain la". Mungkin dia x cukup lagi singgit kot nak beli nasi ke makanan apa2. Macam2 bermain di kepala ni. Tapi aku bagi gak la singgit. Betul bendul gak aku nih.


Bagi lah......

Yg best nya member aku kat depan aku ni pun kata dia x suka nak bagi kat org macam ni. Seolah2 macam menggalakkan saja. Tapi masa mula2 dulu pompuan ni jumpa dia, dia bagi gak. Hehehehehe.......

Aku cuma takut kalau la Rasulullah ada kat situ, dan dia tengok aku x bagi, atau aku halau je. Apa kata Rasulullah kat aku??????

Apa hal pulak ni? Cilok tang kona nampak ni?????

sumber: Berita Harian

KUALA LUMPUR: Sebuah sekolah rendah di Keramat di sini yang didakwa memotong RM50 daripada wang bantuan persekolahan RM100 yang diberikan kerajaan kepada pelajar sudah diarah untuk memulangkan wang itu dengan segera.

Pengarah Pelajaran Wilayah Persekutuan, Datuk Khairil Awang, berkata beliau sudah menghubungi guru besar sekolah itu semalam yang bersetuju untuk memansuhkan pemotongan dan akan segera mengembalikan wang itu.
"Apabila mengetahu hal itu yang dimaklumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam, saya terus menghubungi pihak sekolah untuk segera mengembalikan wang bantuan itu," katanya kepada pemberita selepas mengumumkan keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi Wilayah Persekutuan, di sini, hari ini.
"Tidak boleh sesiapa pun, mahupun guru besar sekolah membuat potongan wang bantuan yang diperuntukkan oleh kerajaan untuk pelajar," katanya.

Isu potongan itu dibangkitkan semalam oleh seorang bapa pelajar di sekolah terbabit ketika sesi soal jawab bersama Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, apabila mendakwa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu memotong RM50 daripada RM100 bantuan itu.

Sebanyak RM550 juta diperuntukkan kerajaan bagi melaksanakan program wang bantuan persekolahan itu, yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2012 bulan lalu. - BERNAMA

Budak2 periksa


Sana SPM, sini final sem. Sibuk beb. Ni curi2 jer update blog.

Kepada murid2 selamat berjuang. Semoga berjaya. Teruskan usha hingga titisan terakhir.

Jgn lupa tgk bola malam ni kul  8 malam. Malaysia lawan Indonesia. Hehehehe.....

Jgn lupa baca buku plak lepas tu......


selamat berjuang


Lampu Isyarat Bernombor

Nombor adalah utk kebaikan pengguna utk memberitahu masa bila lampu akan bertukar. Tapi bila diamati, ramai pengguna ambil kesempatan pula. Contohnya yg lampu merah, belum sempat hijau, lagi 2 saat nak hijau, dah jalan. Yang lampu merah lagi 2 saat nak kuning pun jalan jugak. Masa ni la nak eksiden.

eksiden
Kalau x dak nombor dulu boleh lak tunggu sampai lampu betul2 hijau baru jalan. Ada gak yg duk tgk lampu yg sedang hijau bertukar kuning menandakan dia akan hijau. Sana kuning, dia pun keluar. Padahal yg kuning tengah laju ligan lampu kuning. Eksiden lagi.

Isnin, 14 November 2011

Cari calon suami nak yg berduit......isteri yg solehah....kita????

Utk anak2 dara yg tengah mencari suami............mesti tgk poket kan. Kerja mau standard, gaji mau ribu2 la.......Kalau kerja biasa2 kena reject awal2 lagi. Pikir masa depan konon. Ada menda yg deme x paham ni.

Cuba baca ayat ni.........
“Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (An Nuur: 32)

Maksudnya kalau kita miskin pun Allah akan membantu. Betul tak. Jadi kalau lelaki tu  x dak kerja pun boleh bagi kawen. Asalkan dia mahu mencari nafkah. Jgn  yg miskin kerana x mau buat kerja, suka meminta2. Mengharap simpati je.

Tapi cuba baca ayat ni plak.....

lelaki yg baik adalah untuk wanita2 yg baik...

“Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula),dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”. (An Nuur : 26)

Kalau nak pasangan yg baik, soleh, solehah, rajin kita kena perbetul diri kita dulu la. Kalau kita pun x betul, dapat pun yg x betul la. Jgn duk komplen..............

baca lagi di sini
http://ustaznaim.blogspot.com/2011/11/janji-allah-untuk-mereka-yang-ingin.html

Sebelum anda tidur........

SEBELUM tidur, Rasulullah SAW pernah berpesan kepada Saidatina Aisyah  : “Ya Aisyah, jangan engkau tidur, sebelum melakukan 4 perkara iaitu :
1. Khatam Al Qur’an
2. Membuatkan para nabi memberi syafaat kepadamu di hari akhirat
3. Membuatkan para muslim meredhai kamu
4. Melaksanakan ibadat haji dan umrah.
“Bertanya Aisyah : “Ya Rasulullah, bagaimanakah aku dapat melaksanakan 4 perkara dalam satu masa?” Rasulullah tersenyum sambil bersabda : “Jika engkau tidur bacalah Surah Al -Ikhlas 3 kali, (maka ia seolah-olah kau mengkhatamkan Al Qur’an). Dan Bacalah selawat untukKu dan para nabi sebelumku, (maka kami semua akan memberi syafaat kpdmu di hari kiamat). Dan Beristighfarlah untuk para muslimin (maka mereka semua akan meredhai kamu). Dan perbanyakkanlah bertasbih, bertahmid, bertahlil, dan bertakbir (maka ia seolah-olah kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah)”

Sabtu, 12 November 2011

Rokok elektronik baru

Ni masuk yg ketiga dah aku beli. Kalau rosak jugak, kena beli lagi mahal. Yg ni RM59 jer. Dapat kotak sekali. Charger pon kat kotak. Liquid nikotin bg sebotol. Habis boleh refill. Setitik je cukup.

Tp setakat dah krg la merokok. Kira berkesan gak la...............Tp kalau ada benda ni memang x isap rokok lain dah. Isap yg ni cukup. Kalau xdak 4 5 jam boleh tahan lagi. Jgn ada mamat gatal duk p isap rokok tepi aku dah.

Jumaat, 11 November 2011

Bila bersedekah biar sedikit tp berterusan

sedekah lah sementara ada
Bila bersedekah kita selalu ingat nilai itu penting. Tp sebenarnya nilai tidak penting. Yg diambil kira ialah keikhlasan dan kekerapan, atau jadikan amalan berterusan. Contohnya pi masjid, sekarang kebanyakan orang mesti bagi singgit. Tp kita nak bagi berapa pun ikut keikhlasan kita la. TP ingat la setiap jumaat bagi, biar jadi amalan yg berterusan walaupun bagi 20sen.

Amalan kalau berterusan akan menjadi tabiat atau sikap, mengajar kita jadi sabar, x kedekut. BIla tgk org minta sedekah je bg singgit. Nampak lagi bg lagi singgit, nampak lagi bg lagi singgit. Kalau ada 10 org pi 10 hinggit. Kalau dah ingat lagu tu, x yah la bg singgit, bg 20sen je dah. kalau ada 10 org baru 2hinggit. Esok lusa boleh bagi lagi. Biar berterusan, x yah duk kira2, xkan bagi 20sen pon nak kira2 kot..............

Jgn pulak dihina peminta sedekah tu . Nak bagi, bagi, jgn duk bising2. Kalau x mo bg, belah, jgn duk juih2.

Rezeki Tuhan yang bagi..............

Doa dan Tawakkal
Ayat yg biasa kita dengar tapi x ramai yg faham maksudnya atau salah ertikan. Memang benar rezki Allah yg bagi, tapi kita kena la usha. Kalau kena caranya Allah bagi la, kalau x xde la. Mungkin bukan rezki kita, atau ada yg lebih baik yg ALlah nak bagi. Rezki ni urusan ALlah, kita mana tau.

Ada orang usaha bersungguh2, tp x dapat, ada org usaha sikit tp dapat, ada yg x usha pon dapat. Tp x semua la. Semua ini adalah perkiraan Allah. Kita usaha dan kita berdoa, selebihnya tawakkal.

Sabda Rasulullah SAW:
“Sekiranya kamu bertawakkal kepada Allah dengan tawakkal yang sebenar-benarnya, maka akan diberikan rezeki kepada kamu, sebagaimana burung diberikan rezeki, yang mana ia pergi di pagi hari dalam keadaan lapar, dan pulang pada waktu petang dalam keadaan kenyang, penuh perutnya” (Hadith riwayat Tirmidzi, Hadith Hasan Sohih)

Kita x tau ada rezki ke xder kalau kita x cuba, walau kita nampak macam x boleh tp bg Allah xder yg mustahil. Sebab tu la kita x leh mudah putus asa, putus harapan. Mesti ada jalan dan penyelesaian. Dan kalau dah memang bukan rezki kita, kita kena la redha.

Laki-laki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak (pula) oleh jual beli daripada mengingati Allah, dan mendirikan solat, dan menunaikan zakat. Mereka takut kepada hari yang (pada hari itu) bergoncang hati dan penglihatan. Supaya Allah memberikan balasan kepada mereka, lebih baik daripada apa yang telah mereka kerjakan, dan supaya Dia (Allah) menambahkan kurnia-Nya (Allah) kepada mereka. Dan Allah memberikan rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (Allah) tanpa perhitungan. (Surah Al-Nuur:37-38).

Khamis, 10 November 2011

Sifat 20

Ingat lagi masa kecik2 dulu tok imam kat surau ajar sifat 20............sifat2 Alllah. Kena hafal.........kena buat lagu la supaya senang ingat. La ni maksud dah lupa.........sikit2 boleh la.

Mungkin kita alpa semasa duk atas dunia ni kerana kita x betul2 faham sifat2 Allah. Mungkin sebab tu ramai yg x takut buat dosa, X berebut2 buat pahala. Kalau buat ibadat x ikhlas.....

Ramai yg kata cinta Islam, cinta Allah, cinta Rasul. Tapi setakat kata je la, tapi perbuatan langsung x mencerminkan kecintaan tu.
x kira di mana

Tgk kat cermin blkg keta, ada sticker " Islam is the way of life". Tapi bawa keta, signal x bagi, main redah jer, x angkat tangan bila org bg laluan, baawa laju kawasan org ramai, perumahan.

Jumaat, 4 November 2011

Mari jadikan Bahasa Malaysia Bahasa Ilmu

BERITA HARIAN

2011/11/04

KUALA LUMPUR: Desakan terus dibuat supaya kerajaan bertegas dengan keputusan memansuhkan Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dan tidak tunduk kepada tekanan oleh pihak tertentu yang hanya melihat kepada kepentingan segelintir.

Terbaru, desakan dibuat Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) dan Gabungan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang membentangkan alasan dan fakta kukuh kenapa kerajaan perlu bertegas demi kepentingan majoriti murid dan guru.
PIBGN memberikan alasan iaitu kajian, data dan penyelidikan Kementerian Pelajaran dan Bahagian Peperiksaan menunjukkan 70 peratus pelajar yang mengikuti pelaksanaan PPSMI menghadapi masalah.
Bahasa Jiwa Bangsa
Presiden Majlis Permuafakatan PIBGN Datuk Dr Mohamad Ali Hassan berkata data juga menujukkan hanya 15 peratus daripada guru-guru yang ada berkeupayaan mengajar dengan baik dalam bahasa Inggeris walaupun selepas diberi latihan.

Search 30 tahun


Album Fenomena
 Kumpulan no 1 Malaysia Search akan mengadakan konsert 30 tahun fenomena di Pulau Pinang, Johor dan KL.

Walaupun aku peminat, tp sampi ke hari ni aku x pernah lagi tgk konsert depa live. Tgk kat tv je.......Wayang pun x pernah.

Beli kaset cetak rompak je. Copy cd kawan2. Aku rasa depa ni x merasa langsung royalti daripada aku walaupun tiap2 hari duk pasang lagu depa. Kalau dapat pahala jadi la no.

Tapi rezki depa duk ada lagi. Aku x bayar pun depa kaaya gak......Maaf gang. Kalau la semua peminat korang macam aku, macamana korang nak cari makan.

Lagu nak sedap, perangai nak baik, x mau gosip2, imej mau jaga tp bila beli kaset, cd yg cetak rompak. Appppaaarrrraaaaaa......pigi la mabukkk.......Aku mengutuk diriku sendiri.....

Bersihkan diri, baru bersihkan orang lain......

Kalau diri kita x bersih, mcmn kita nak bersihkan org lain. Kalau kita bersih pun, bila kita bersihkan org lain, kita kena bersihkan diri kita sekali lagi sebab mungkin ada kotoran terpalit semasa membersihkan org lain. Kalau kita tidak bersih, bila kita bersihkan org lain, kotoran yg ada pada kita akan mengotorkan org lain. Jadi sampai bila pun x bersih2 selagi kita tukang bersih ni x bersih lagi........

Susah sgt ke nak paham........kebersihan adalah asas kehidupan. Berbagai penyakit hidup berpunca dari tidak bersih.............bersihkanlah diri anda sentiasa.........

Rabu, 2 November 2011

TUDUNG DAN TOPI KELEDAR


Seorang budak lelaki sedang menunggu ayahnya di hadapan sebuah kedai gunting rambut. Sedang dia memerhatikan suasana sekeliling, datang seorang perempuan menghampiri motosikalnya yang di letakkan di pakir di hadapan kedai gunting itu juga.

Ketika perempuan itu mengambil topi keledarnya, budak kecil itu bertanyakan sesuatu pada perempuan itu,

"Kak!" sapa budak itu kepada perempuan yang sedang menyarungkan topi keledar di kepalanya.

"Ya dik..." jawabnya

Budak kecil itu bertanya lagi... "Kenapa kakak pakai topi keledar tu...?"

Jawab kakak tersebut... "Undang-undang suruh pakai Dik, kalau tak pakai nanti, takut kena saman... lagipun untuk keselamatan dik... kalau berlaku kemalangan kepala kita akan selamat!" kakak itu memberitahu lagi penuh keyakinan.

Adik itu bertanya lagi... "Kak, kenapa tak takut pun bila tak pakai tudung kepala...! Kan undang-undang Allah suruh perempuan pakai tudung...! Lagipun kakak tak takut ke keselamatan kepala kakak nanti di Akhirat, kena bakar kalau tak pakai tudung!"

Kakak itu tersenyum dan terpinga2 sambil memulas minyak motor yang telah dinaikinya sambil memikirkan kata-kata budak kecil itu...

Sekadar cerita untuk di fikirkan, watak yang ada dalam cerita ini, tiada kena mengena dengan sesiapa pun....

Fikir2kanlah

Sendiri mau ingat la.......

Selasa, 1 November 2011

Senang je nak ambik duit orang.............hati2


emel palsu
 Mula2 hantar emel minta pengguna update apa2 pasal akaun bank. Nampak macam betul jer. Bila click pada link cimb tu yg keluar bukan laman web cimb tp ntah apa lmn web ntah. http://yesol.dyndns.org/icons/.cgi-bin/cimb/


interface palsu
 tapi dia punyer interface sebijik. Kalau anda x cek dulu alamat web di atas memang x perasan. Pastu terus keyin user n password. Terima kasih la. Anytime depa akan guna user n password utk keluarkan duit anda.

MANUSIA CERDIK IALAH MEREKA YANG MENGINGATI MATI

Aku ingat mati sebab takut. Masa naik moto, masa kat tempat tinggi, masa tiba2 rasa sakit dada. Masa lalu kat kubur, masa ziarah org mati, masa dengar berita, baca berita org mati, maut eksiden, kena bunuh dan macam2 lagi................

Tapi bila org mengingati mati -----

Natijah dari banyak mengingati mati itu akan melahirkan manusia yang berdisiplin tinggi, berakhlak mulia, tidak gentar menghadapi ancaman manusia, kerana dia tidak takut selain kepada Allah Taala. Dia berani menyatakan kebenaran meskipun seorang diri, kerana kebenaran itu adalah dari Allah Taala, justeru tidak ada sesuatu yang meragukan dia.
 
Rumah Terakhir
dipetik dari ustaznaim.blogspot.com. Baca lagi.

Setiap yg hidup pasti merasai mati.................nak lari mana???????????????????
Mengingati mati akan melunakkan hati yang keras, serta menjinakkan narsu yang ganas, umpama seekor harimau yang hilang garangnya apabila tali tas atau tali cemeti dipecutkan di hadapannya.

Terima kasih ustaz.........
 
Nabi muhammad s.a.w pernah bersabda: ”Orang yang cerdik ialah orang yang banyak mengingati mati”. Mengapa pula orang yang banyak mengingati mati dikatakan cerdik? Ini berdasarkan keadaan dimana orang yang banyak mengingati mati sudah tentu takut untuk menghadapinya tanpa bekalan yang mengcukupi.Justeru itu orang yang banyak mengingati mati akan sentiasa terdorong untuk beramal dan membuat kebaikan malah takut untuk membuat dosa dan maksiat.
 

Rumah kena pecah....

Bukan rumah aku.......rumah org kaya2 la. Rumah macam rumah aku ni tak hingin depa nak pecah, walau pon sonang jer nak redah. Kunci pun biasa jer, cctv x der, alarm lagi la.

Apa sebab org pemecah rumah nak pecah rumah kita. Sebab depa nak ambik duit dan barang berharga yg boleh digadai jadi duit. Pendek kata duit la. Mana dia tau rumah kita ada duit dan barang berharga. Senang jer. Sebab yg duk masuk kuar rumah tu gaya macam mak datin, pakai gelang, rantai besor2. Terpampang, terbentang di dada. Kalau sorok bawah tudung x la nampak.

Pastu lak keta semua baru2, mahal lak tu, brand luar negri semua. Setakat pakai kancil lama, dutson 120y, ke30 ke depa pun x pandang. Kalau keta2 buatan Malaysia pun ok dah.

Rumah pulak macam istana, pintu pagar pon macam pintu pagar istana.....terliur mat2 pecah rumah ni. Alarm dgn cctv pun depa x heran. Sebab depa bw parang......ada beran??????
Sebab tu Islam suruh kita bersederhana. Beli baju harga 200 pun ada, bila sederhana beli la yg 20 30 hinggit dah la. Keta memang mampu beli sampai yg harga 1/2 juta, sederhana dah la, beli la yg harga 100 ribu++  dah la. Yg biasa org duk pakai,  org kebanyakan pakai. Nak suruh beli yg secondhand nanti jatuh imej lak ye.

Beg tangan pulak mak ooi....apa ke brand ntah. Cuba bawa beg plastik, beg tgn beli kt pasar malam, peragut pon x perasan tu beg. Ingtkan kain buruk lap kusyen moto basah.


Surau Nur Iman Kg. Pinawantai Ranau Sabah....
No. Akaun SURAU:
1004-0006128-207
CIMB ISLAMIC
 Tp heran jugak. Ada yg rumah pun dah macam nak pecah, nak roboh, tp kena pecah  jugak. SIap hilang 5-600 hinggit. Hai banyak duit kak. Maknanya ada org tau la kita pi bank, bawa kuar duit byk2. Buat pa la pi simpan di rumah, keluar kan bila perlu, pakai terus. Jgn duk simpan2. Kalau nak simpan jugak pi simpan di bank, x pon pej. pos.

Yg duit banyak tu sebelom di kebas penyamun elok2 la menderma utk rumah2 Allah. Semoga selamat kita dan harta di dunia dan akhirat.....

Sepantas kilat............

Aku rasa x sampai 5 minit blackout tadi, TNB dah sampai? Fuhhh dasat la. Memang perkhidmatan terbaik la ni. Dah ada balik elektrik. Tgh2 malam lagu ni biasanya kalau panggil depa ni msti la lmbt skit. Ni dkt kul 2 pagi berdesup depa wat keja.

Terima kasih TNB. Pekerjanya di permatang pauh ni.

Nasib baik mai cepat. Klau x kena postpone la tugas mlm ni. Pakai lilin lagi mengantuk. Kopi pon x berkesan. Cahaya romatik la katakan.

Netbook ni pon duk minta nyawa jer. Dah plug in power, blackout lak. Nasib sat ja. Kalau lama alamat sambung tido la.


Persediaan Kerajaan menghadapi banjir..........

Apa prsediaan aku lak utk menghadapi banjir??? Musim hujan pun pi keja lupa gak nk bw baju ujan. Akhirnya redah je, lenjun. Nasib baik x demam.

Tp x kira la musim jan ke kemarau ke. Longkang aku sentiasa jaga jgn tersumbat. Baru air tak melimpah, jadi x la banjir kan. Tp kalau mai air byk, melimpah jugak. Kalau setakat air mandi, basuh pinggan, kain baju, basuh keta, xder la nak melimpah longkang tu.

Alhamdulillah la, dah 3 tahun duk permatang pauh ni, x pernah ler naik air. Masa nak sewa dulu ada tanya org kg ni, pernah ke banjir. Depa pun lagi berdekad duk sini x pernah banjir pun. Lega la jugak. Belakang kg ni ada bendang, luas lak. Parit dia pun besor. Klau hujan lebat, air ke situ kot. Pokok padi je tenggelam.

Berjaga.........

Malam ni berjaya jugak aku pujuk mata aku utk buat kerja sambil online. Maklumla dateline hari jumaat ni. Kalau tak tanguh lagi le jawabnya. Ni pun dah seminggu dah tanguh. Sebab, x tahan dgn pujukan mata suruh tido. Sampai isyak pun burn terus. Sedar2 subuh dah. Padahal 2 kali bangkit bancuh susu anak. Anak minum susu lena balik, kita pun lena balik.

kena yg ni pakai celik lagi luas la.
Orang rumah pun pesan, kalau bangun kejut dia. Dia nak strika baju keja, siap beg baju anak2 nak p rumah pengasuh. X yah la. Biar la dia tido. Nanti dia bangkit awal buat semua tu kan. Aku xleh la kena berjaga baru leh setel kerja ni........

Nak berjaga ni biasa la kena ada la penerang mata. Stakat ni coffemix 3 in 1 ni berkesan utk tahan mengantuk. Sesapa yg dah puas cuba macam2 kopi utk thn mengantuk boley la cuba kopi ni plak.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...