Jumaat, 7 Oktober 2011

Semua akan pergi....

Apple co-founder and former CEO Steve Jobs died at age 56 from pancreatic cancer, the company announced Thursday, leaving the technology giant without its ....

Baru hari ini ku tau siapa dia ni. Tu pun pasal kat facebook semua pakat duk sebut nama dia.

Apa nak heran. Dunia hanya persinggahan. Sekurang2nya semasa dia singgah dia telah melakukan sesuatu yg besar dan meninggalkan momentum kepada dunia. Kalau dikira pahala memang banyak sebab seluruh dunia mengggunakannya. Kita kira amal jariah. Cuma dia tak percaya yg tu.
Apple i pad

Kesian kat dia walau menyumbangkan kepada kemajuan dunia, tapi tiada siapa di dunia yg mampu tolong dia atau rawat dia dari penyakitnya. Walau ramai mana pun peminatnya, tapi tiada siapa mampu menghalangnya dari pergi. Apa sumbangan dunia kepadanya?

Sebenarnya, bukan dia saja, kita pun terlupa utk menyumbang kepada diri sendiri. Nasib baik Tuhan dah perintahkan sembahyang 5 kali. Yg tu pun kita tinggal. Berdoa tiap kali lepas sembahyang. Ambil wudhu. Semua tu adalah utk kita. Utk kita semasa di dunia dan di akhirat kelak.

Renung2kan lah........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...