Jumaat, 7 Oktober 2011

Absent minded

Fikir Tapi Jangan Khuatir
Rancang dan bekerjalah dengan apa yang ada di tangan.  Jangan bimbang akan hal-hal tidak menentu dalam angan-angan.  Yang di tangan itulah yang sebenar.  Yang dalam angan-angan itu masih samar.  Kita tidak mungkin hidup dalam dua alam yang samar – masa lalu yang telah jadi memori; masa depan yang masih ilusi.  Hidup hakiki ialah hari ini.  Itulah yang realiti.  Kata cerdik pandai:  “Beradalah di tempat kamu berada.”  Maksudnya, jangan lari dari reality.  Usah absent minded.  Hidup dan beradalah dalam hari ini.  Jangan khuatiri hari esok.  Jangan bimbangkan hari semalam.

hiasan only
 Susun jadual hidup harian dan ikutilah dengan tenang.  Hidup umpama membaca lembaran demi lembaran dari sebuah buku yang sangat tebal.  Jangan gerun hanya melihat ketebalan buku itu, hingga hilang ‘mood’ untuk membacanya.  Atau terlalu gelojoh, hingga membaca secara meloncat-loncat tanpa mengikut tertib mukasurat.  Bacalah dari muka surat pertama, kedua, ketiga dan seterusnya. 
Begitulah juga dalam soal ‘membaca’ kehidupan ini. ………….
Hidup adalah satu pusingan perubahan yang tidak henti-henti.  Hukum alam menetapkan bahawa yang tidak berubah hanyalah perubahan.  Oleh kerana itu adalah satu kerja gila jika kita hendak menyelesaikan ‘masalah-masalah’ masa depan yang hakikatnya belum berlaku.  Jangan cuba mengambil ‘tempat’ Tuhan untuk mengawal semua perubahan kerana yang mampu mengawalnya hanyalah Dia yang tidak berubah-ubah.
Seorang manusia walau bagaimana kuat sekalipun, tidak akan mampu menanggung derita masa lalu dicampur beban kebimbangan masa depan, lalu dipikul bersama masalah pada hari ini.  Tiga beban dalam satu masa boleh menyebabkan seorang genius dihantar ke hospital sakit otak.
“Masa lalu adalah kelmarin yang telah mati.  Masa depan adalah esok yang belum lahir………… tetapi selamatkanlah hari ini yang sedang hidup.”  Mungkin anda akan bertanya, kalau begitu  salahkah kita merancang untuk masa depan?  Tidak.  Pendek angan-angan bukan bererti tidak bersedia untuk hari esok.  Fikirkan hari esok, tetapi jangan khuatir.  Banyak bezanya antara fikir dan khuatir………
MOGA ALLAH PERMUDAHKAN URUSAN KITA DI DUNIA DAN AKHIRAT.
“Ballighu ‘anni walau ayah”
Kak Chaq

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...