Jumaat, 30 September 2011

Anak kecil main api

Warisan
Komposer: Y.B. Dato' Dr. Nordin Kardi

C
Anak kecil main api
C
Terbakar hatinya yang sepi
F G C Am
Air mata darah bercampur keringat
G C
Bumi dipijak milik orang
C
Nenek moyang kaya raya
C
Tergadai seluruh harta benda
F G C Am
Akibat sengketa sesamalah kita
G C
Cita lenyap di arus zaman

F C
Indahnya bumi kita ini
G C
Warisan berkurun lamanya
F C
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Dm G
Pribumi merintih sendiri

C
Masa depan sungguh kelam
C
Kan lenyap peristiwa semalam
F G C Am
Tertutuplah hati terkunci mati
G C
Maruah peribadi dah hilang

F C
Kini kita cuma tinggal kuasa
G C
Yang akan menentukan bangsa
F C
Bersatulah hati bersama berbakti
Dm G
Pulih kembali harga diri

C
Kita sudah tiada masa
C
Majulahlah dengan maha perkasa
F G C
Janganlah terlalai teruskan usaha
G C
Melayu kan gagah di nusantara 3x


Faham x makna lagu ni? Walau pun dah lama tapi masih sesuai lagi hingga ke hari ni. Renung2 kan lah. Kalau sambil main gitar lagi cepat faham.

Jimat Minyak

Saja nak kongsi dengn semua pasal voltage stabiliser yg sy dah buat dan dah diuji pada beberapa kenderaan termasuk lori. Hasil maklumbalas dari rakan2 dan pelanggan yg telah menggunakan menunjukkan hasil yg positif dan terbukti menjimatkan minyak malah menambah pickup kenderaan.


yg terbaru dah di pasang pada lori
 Bagi anda yg masih ragu2 pasal voltage stabiliser boleh la cuba yg saya buat ni. Sebab yg ni murah sikit, kalau nak kesan lebih kena la beli yg mahal lagi. Motor punya pun ada. Boleh buat sendiri. Siap ada litar.

Kalau nak jimat lagi pakai kenderaan ni. Langsung x pakai minyak, x dak enjin pun. Hehehhheheh. Buleh pi sampai 192km/j, laju tu.


moto letrik









viva malaysia
X pun kita tunggu kereta elektrik keluaran proton. Bila?????? Tunggu kerajaan test dulu.

Dah diuji pada viva. Ingatkan keta baru x dak effect kalau letak alat ni, rupanya sama gak. Pickup bertambah dan minyak jimat lagi. Ini respon dari pemilik viva yg pakai alat ni.



Khamis, 29 September 2011

Selepas upin dan ipin.......

boboi boy
tiba pula giliran animasi terbaru ni. Mula2 dulu aku x berapa ambik tau sebab duk layan upin ipin. Tapi lama2 aku duk tgk, best jugak rupanya animasi ni. Memang aku minat citer superhero, kartun kanak2 (upin ipin). Tapi apasal semua citer budak2.

Dulu duk tgk usop sontorian. Ni masa aku muda2 la. Setelah 1 dekad baru keluar upin ipin, pas tu boboi boy. Kira animasi di Malaysia dah makin maju la.

upin ipin
usop sontorian
keluang man
X dilupakan juga, Keluang Man. kira OK la zaman tu.

Sakit Jantung - Pembunuh no 1 dunia (world)


maut menghampiri mu


cegah sebelom parah









Selalunya aku x baca paper. Pagi ni terjumpa paper kat atas tangga terus aku baca. Tgk muka depan pun dah kecut (gambar).

1940 maut di dunia setiap jam adalah kerana serangan jantung. Punca utama adalah pemakanan, merokok, kurang bersenam.

Minum la susu omega plus. Hehehehe

Isnin, 26 September 2011

Lin Dan tarik diri, Chong Wei Tewas

lin dan chong wei
Chong Wei frust lagi sebab tak leh lawan ngan Lin Dan. Sat elok sat cedera Lin Dan ni. Masa lawan kejohanan dunia hari tu x cedera pun. Kalahkan chong wei lagi. Tp kalah gak ngan Chen Long.

Tp kalau chong wei lawan lin dan pun belom tentu menang lagi. Frust lagi. Geram betul aku ngan Lin Dan ni. Mungkin Chong Wei letih kot. Semua kejohanan dia pi. Lin Dan dia pi lawan yg hadiah tinggi2 je. Walaupon duk no 2, tp x heran dia kalau kena lawan dgn no 1 Chong Wei. Boleh menang lak, dah 17 kali menang dalam 22 pertemuan. maknanya Chong Wei pernah kalahkan Lin Dan 5 kali je lah.

X pa la lagu mana pun. Sekurang2nya kita ada pemain no 1 dunia. Selain Nicol. Cuma 2-2 bukan Melayu, bila la atlit Melayu nak jadi no 1 dunia mewakili Malaysia? Ada kot, yg main petanque tu. Hehe.... 

Pakatan Rakyat dan Hudud

Boleh Jalan
Jgn peduli la depa tu. X mau hudud sudah pi duk jauh2. Yg penting org Islam semua kena sokong. Perlu ka kita akur pada org yg bukan ahli. Depa x tau pa pon. Negara Islam pun x mau. Dah tau dah dari awal2 lagi.

Jgn ada org Islam yg tentang dah la. Tp pada entri aku yg lepas ada cerita bekas Mufti Perlis kata Hudud x sesuai. Dah mufti kata, kita ikut je la. Tp la ni Nik Aziz nak laksana pulak Hudud di Kelantan, katanya dulu dah minta tp Tun Mahathir x kasi. Minta kat Najib lak. Dapat tak dapat lain cerita, lepas la tanggungjawab kita. Biar yg x bagi tu tanggung.

Sebenarnya ramai yg x faham tentang Hudud sebab tu depa tentang. Kena pi terang seterang2nya kt depa bagi paham betui2. Mungkin lepas tu depa buleh la terima.

Sabtu, 24 September 2011

Rumah Terbuka Aidilfitri

Hari ni ada 3 rumah terbuka. 2 aku pi, 1 lg x kena jemput walau pun dekat je. Jadi aku pi la rumah terbuka lain. Yg leceh nyer bila pergi beraya ni kita nak lla sembang2 ngan tuan rumah, tp tuan rumah bukan main sibuk lagi. Maklum la ramai tetamu, jadi kita tegur tanya skit2 dah la.

Dah tu byk makan yg dihidangkan. Kita pun ambik la serba sedikit, makan, minum dah kenyang jom balik. Tu ka konsep rumah terbuka???????? Macam pi makan kenduri kahwin lak.

Rumah kedua lagi best. Org punya ramai. Salam ngan tuan rumah. Dia pun " jemput2 makan la apa yg ada" tup2 dia hilang. Nak ke dapur ambik lauk, kuih, air dah habis. Uuuuh, penat gi ni. Aku pun x berani nak buat umah terbuka la. Nak sembang ngan tetamu pun x dan. Aku pun dah rasa serba sikit, 'jom balik'.

rumah terbuka. credit to akudansesuatu
Jadi yg aku faham rumah terbuka sebenarnya kenduri sempena hari raya la. BUkannya ziarah sempena raya, tetapi menjamu selera. Kalau rumah sedara mara masa raya mesti duk bersembang lama2 kan. Ni nak sembang pon xdan, tuan rumah sebok bebenor.

Bunga Raya - Bunga Kebangsaan

Bunga Raya Merah

Merah jambu / pink pun ada

Aman

Tajuk cerekarama tv3 aku tgh tgk ni. X tau lg apa kesudahannya. Lakonan norkhiriah, pelakon nangis yg sadis, tp kali ni lebih bertenaga, lebih Islamik. Ada org mnipu buta utk minta sedekah, sepupu yg busuk hati, tp suaminya baik, anak org kaya yg tersedar dari limpahan kekayaan org tuanya yg tersia, agama dilupa, anak dimanja.


norkhiriah
Baru start ni, tapi menarik dan berjaya mengheret aku yg dah mengantuk utk tgk sampai habis. Semoga pengajaran yg disajikan menjadi pedoman dan teladan kita mengharungi hari2 mendatang.

Kalau buat filem agak2 laku dak filem macam ni. Mana ada samseng, hantu, sihir, seks, cinta. Kalau ikut trend filem melayu la ni, samseng ngan hantu, komedi tgh top. Cinta pun dah kurang la ni. X main cintan2 dah.

Jumaat, 23 September 2011

Madu Asli

Org kata kalau madu tu asli, bukan madu poligami la, semut x hurung. Tp apasal yg aku beli ni ada semut duk hurung. Sah dah terkena. Masa beli org yg jual siap konfom, sapu kat kertas, buh atas kuku, sapu kat mata, semua lepas. Nasib lima belas hinggit jer.

Madu yg kononya asli
Apa lagi petua yg aku x tau utk pilih madu ni. Bukan pilih bini no 2. Sapa tau. Dah bertahun beli madu, asyik minum gula jer. Patutla ramai rakyat Malaysia kena kencing manis, duk amal minum madu gula.

Apa nak jadi dgn peniaga madu ni. Sebelom ni dah serik dah beli madu, tapi tgk depa ni ya ya sgt konfom madu dia asli. Tu yg terbuka hati beli jugak tu.

Update: 8/4/13- Ni plak madu khaulaj. Aku batuk bukan main teruk sebab tu aku gagau madu ni nak bancuh nak mnum la. Tgk2 dalam dah penuh semut. Dgn rasa kecewa aku cedok gak bancuh dalam cawan. Tudia penuh semua mapuh terapung2. Memang sedih. Terpaksa la aku cari ubat batuk lain utk merawat batuk aku ni. Persoalannya, bukankah madu asli tidak akan dihurungi semut?????????????? Ka aku dah terbeli yg tiruan punya??? Atau aku yg salah sbb tutup x rapat?



Ni pun konon2 gak ka?

Kalimah Syahadah vs Hantu Bonceng

Zizan mengucap dua kalimah syahadah bila misi mai nak cucuk dia masa kat hospital. Yang ni ku tahu la sebab ni la slot yg ditayang kat tv kan. Filem ni aku x tgk lgi. Semenjak dah beranak ni xdan dah nk lyn movie. Nk pi panggung lg le jauh panggang dari api.

Heboh lak kata mempersenda agama? Tu la depa x pernah nampak hantu. Tu la jadi bila zizan nampak hantu. AKu belom nampak hantu, kepala kembang, bulu roma meremang pun dah macam2 aku baca. Xkan mempersenda kot. Pernah korang berjalan kaki kul 1-2 pagi balik rumah lalu kot jalan x dak rumah orang. Jgn kata lau tepi tanah perkuburan. Itu pun kalau ingat, 1 muqaddam abis aku baca, bukan setakat syahadah, ayat kursi, selawat nabi, ayat syifak, ..........

Walau ada byk gambar lain sesuai nk letak kat sini, tp aku pilih gambar ni je. Gambar lain???? Seram lak...
Lepas ni sambung lak buat citer hantu tu lak bawa motor. Hnatu duk blkg panggil hantu bonceng, duk depan panggil hantu rempit????????? Xpa dah kutip RM8 juta. Boleh teruskan. Maknanya memang kena ngan citarasa rakyat malaysia.

Jepun VS Apek

Malaysia tewas 0-2 kepada Jepun pada perlawanan sesi kelayakan olimpik kelmarin. Aku tgk kat tv2. Kat tv lain xdak pon siaran langsng. Bukan xmo bg sokongan, tp cukup la 1 channel dah la buat live. x membazir.

Pasukan Malaysia berjaya mengekang Jepun dari membelasah. Tugas ni digalas baik oleh Apek. Bukan Apek senario, tu keeper la. Kira benteng terakhir. Striker pi mana, midfield pi mana, defence pi mana, sampai tang keeper, baru nampak ada keeper. Bola berjaya ditepis, ditumbuk keluar, ditangkap kemas.
Harimau Malaya

Ada pemain sepak tak kena, gi pass kt pemain jepun, baru dpt bola je, sekali kais je, jepun dapat bola balik. Tension betul aku tgk. TP aku bukannye reti main bola pun. Nampak sgt ketara perbedaan skill dan kematangan antara 2 pasukan ni.

Apek beraksi cemerlang lagi.....


Mungkin gugup, gemuruh. X pa terus kan perjuangan. Kami sentiasa dibelakang anda.

Rabu, 21 September 2011

Aku bukan nak berpolitik.......

Blog aku ni macam byk dah masuk politik. Sebenar tidak. Aku cuma cuba mengambil isu2 penting yg melibatkan agama, bangsa dan negara. Takkan aku nak buat x tau je bila agama bangsa dan negara diperkotak-katikkan. Kena la ambik berat sama kan?

Walau pun bukan pakar tapi sebagai ahli, rakyat kena la juga komen sikit2 yg aku tahu.

Mat Sabu didakwa

Dah kena dakwa dek ucapan masa ceramah kata komunis pejuang kemerdekaan. Ada ka  pi kata komunis pejuang kemerdekaan. Memang depa pi serang omputeh, tapi org awam pon depa serang x kira tentera ka rela ka, org kg x bersenjata pon kena.

Org Melayu ada jadi tali barut jepun. Memang jahat. Depa ni pengkhianat. Ada juga org Melayu yg menentang Inggeris macam Dato Maharajalela sebab J.W.W. Birch ni jahat, nak ambil alih kuasa. Org Melayu marah la. Org Inggeris yg jahat.
aku lah pejuang.....

Tapi org Melayu yg jadi polis omputih ni melindungi org kg dari kekejaman komunis. Jadi siapa pejuang kemerdekaan tak timbul. Komunis membalas dendam terhadap tali barut jepon dengan bantuan Inggeris semasa Jepun takluk tanah Melayu. Bila Jepun dah kalah, komunis pula cuba ambil alih, rusuhan kaum berlaku, org Melayu bertindak balas melawan komunis dengan bantuan Inggeris. Tu yg jadi kisah Bukit Kepong tu.

Hukum Hudud Belum sesuai

Bekas Mufti Perlis
Terkejut aku bila baca tajuk di atas. Jadi aku baca bagi habis artikel tu dan cuba memahami kata2 DR Asri. Rupa2nya begitu. Jadi kepada semua jgn cepat melatah. Aku pun setuju kalau Hukum Hudud dilaksanakan. Tapi kita ni bukan reti sangat biar geng2 ulama dan mufti yg lebih arif membincangkannya.

Sesipa yg x leh terima tu cuba baca ni. Harap2 lebih faham.

Aku pun x berani nak bincang pasal Hudud ni takut tersilap mampus aku.

Isnin, 19 September 2011

Mati dihempap tiang gol

Main bola x salah. Tiang gol pun x salah, sebab memang berada di padang bola dan diperlukan utk main bola. Budak ni pun bukannya pi panjat tiang gol.

Ni la yang dikatakan takdir. Kita manusia yg lemah x mampu melihat dan menjangka akan kemungkinan, atau bahaya apabila kita berada di sesuatu tempat. Pernah juga yg main bola kena sambar kilat, ditimpa pokok masa parking, masa naik moto, ditimpa buah nyor dan macam2 lagi risiko yg ada disekeliling kita. Dalam duk berhati2 pun kena jugak.
Tawakal

Bertawakal lah kepada Allah masa naik kenderaan, main, berjalan, mohon perlindungan dari bahaya yg kita nampak, dan yg kita x nampak. Hanya padaNya lah sahaja kita boleh berharap.

Mungkin lepas ni kita kena buat tiang gol tu dengan plastik, atau aloi yg lebih ringan. Tapi kita masih x tau lagi bahayanya. Kita hanya merancang tapi Tuhan yg menentukan.

Wallahualam.

Mansuh ISA

ISA mansuh daa.....
ISA dah mansuh tapi akta baru akan digubal. Bagus ke tak bagus ISA dimansuhkn. AKu mana tahu......Aku x pernah masuk ISA pun walaupun dia kat Kemunting jer.

Yang aku tahu, ISA ni ditentang kuat oleh pembangkang. Tentu ada sebabnya, sekarang dah mansuh, ok la. Tapi ada undang2 lain lak akan digubal......jgn yg sama macam ISA dah la. Mana tahu kerajaan buat Hukum Hudud lak.

Mana ada Hukum yg lebih baik daripada Hukum Hudud, sebab ia dicipta oleh Tuhan yg Maha Bijaksana.

Kereta Elektrik Proton

Kerata proton x pakai petrol
Sebut je elektrik memang minat aku la. Moto elektrik, keta elektrik, rokok elektrnik pon aku minat. Aku pon xdak keta lagi.....bila la proton nak jual ni. DUk pakai keta bini je.

Saga Elektrik


Tapi kerjasama ngan Amerika ka britain ka (sekutu Israel).......................ceh....kalau ngan Jepon aku ok jer. Tapi Jepon pun serang Malaya dulu, kejam lak tu.............Britain yg tolong pi bom Nagasaki....aaaarrrrrggggggghhhhh.......x kira, x kira....aku ttp sokong Palestine........Celaka Amerika, Britain dan Israel........dan sekutu2 nya.

 

Pastikan ia bukan Israel Amerika or Britain...............





Palestine

baru2 ini Palestine  memohon utk menyertai PBB. Tapi Amerika nak guna kuasa veto, Kanada juga menolak. Celaka betul depa ni., konco2 Israel la ni. Awat depa dengki sgt kt Palestine. Barack Obama nampak macam baik jer, Tapi bila kena tang Israel terus jadi macam setan.
Kuasa veto ni kacau betul la. Tgk peta, Palestine tinggal sikit je lagi. Tu pun nasib baik ada geng duk seludup makanan dan ubatan. Mesir pun x bantu.
Penaklukan Israel
APa sebenarnya blaku di tanah arab ni. Iran pun selalu bersuara menentang Amerika, sokong Palestin. Iraq dulu pun sama tapi dah hancur. Sampai la ni pon tak aman2 lagi. Semua krja Amerika la ni. Xkan xdak apa2 yg negara2 Arab lain boleh buat.
Inilah musuh kita yg nyata. Kononya buat majlis buka puasa, puji Islam, macam2 wayang lagi, bila mai tang Israel je terus pusing watak jadi terbalik. Ni la rupa talam dua muka. Depan kita sembang bagus, manis, puji, skong tapi bila jumpa geng kita dipancung terus.

Ahli Syurga

Kita pun dah hampir lupa tentang pembunuhan, penyembelihan rakyat Palestine sehingga byk tanah Palestine dirampas. Kita sedih, berdoa, berkempen, minta bantuan................ttapi Israel terus gelojoh, Amerika terus menyokong Isrrael, PBB x abis2 berdamai23x.....dari 1947 lg, dah 74 tahun, PBB pon celaka juga. Tinggallah Palestine tanpa pembelaan. Walau pun umat Islam ramai tapi.................bak buih di lautan, x mampu nak buat apa2. Termasuk aku hanya mampu melepaskan geram kat blog yg tah sapa nak baca ni................

Boikot All Israel, Amerika, Britain Amerika..........products

Khamis, 15 September 2011

Bersalah tetap bersalah

Kes Aminulrasyid
Ikut aku, memang sedih bila tgk polis kena tangkap dan dipenjara kerana bersalah dalam tindakan memerangi jenayah. Tapi mahkamah lebih layak utk menentukan siapa bersalah atau tidak.

Itulah risiko menjadi penguatkuasa undang2. X buleh tembak sewenang2nya. Buleh tembak kalau penjenayah tu pegang senjata dan keadaan betul2 mengancam nyawa.

Kalau aku ahli keluarga arwah pun aku marah gak bila jadi perkara begini. Kalau kita ahli keluarga atau kawan2 koperal ni, perasaan kita lain pulak. Ntah! serba salah aku.................itulah takdir. Kita redha je atas ketentuanNya.

Bengongkah aku.......

Aku berada di Malaysia (yang bahasa kebangsaan dia B.Melayu la), aku pon org Malaysia, bangsa Melayu lagi, mengajar anak2 Malaysia, majoritinya org Melayu lagi, tapi kena guna bahasa Inggeris......................Isk.isk x faham aku. So well.....i see.....ok .........thank you.......good......carry on......Sapa kata Malaysia x pernah dijajah?????????????????????

credit tu beautifulnara

Oh negaraku tercinta
 Di mana kah Melayu?
Tinggal bendera jer.   







Bangsa Melayu yg x pernah dijajah













Berbaju Kurung




Rabu, 14 September 2011

EKSIDEN-cuai, x cuai ke takdir???

Bila brlaku eksiden, ramai akan buat penilaian - pandu laju, cuai, masalah teknikal, mengantuk.....last2 sekali....dah takdir. Semua tu betul kan. Kita manusia memang lemah, sentiasa buat silap. Cuma nasib kita baik je x jadi benda buruk. Berapa ramai dah pernah nyaris2 eksiden (x eksiden lagi la) sebab pandu laju, cuai, leka.......mengantuk. Sebab 2 kena baca doa bila naik keta ka moto ka, bas ka lori.
Arwah Achik

Alhamdulillah
Sebenarnya semua ni takdir......manusia memang lemah, sentiasa silap, cuai dan tidak berkemampuan mengendalikan kenderaan atau apa2 secara selamat 100%. Memang eksiden berlaku kerana kesilapan, kecuaian manusia itu sendiri, tapi ada yg cuai tapi terselamat, x eksiden. Maknanya, kita silap, cuai, ttapi eksiden ke x berserah pada Allah (takdirnya). Setiap yg baik datangnya dari Allah, yg buruk itu adalah atas kelemahan diri saya sendiri. Takdir penentu segala.

Selasa, 13 September 2011

Nombor Pada Tayar

code tyre
175/70R13/82H
- lebar permukaan bawah tayar : 175 mm
- lebar permukaan sisi tayar : 70 mm
- jejari : R
- diameter rim : 13 inchi
- indeks muatan & symbol kelajuan : 82H
- indeks muatan 82 = tayar itu boleh menampung muatan 475 kg
- indeks muatan 71 = 345 kg
- indeks muatan 125 = 1,677 kg
- simbol H = kelajuan maksimum dgn tayar tersebut ialah 210 km/h

SENARAI KOD:

Isnin, 12 September 2011

Cukai Perkhidmatan prabayar

Walau aku pakai line, tapi cukai ni rasa x munasabah, munasarawak. Prabayar ni jimat sikit dari pakai line. Tapi kalau tambah lagi 6% mana jimat nya. Caj panggilan mahal lgi banding line. Tak untung lagi ka selama ni syarikat2 telekomunikasi ni. Ka dah jadi gila wang. Perkhidmatan x seberapa cukai je lebih. Berapa juta pengguna duk pakai, xdak nak bagi hadiah terima kasih ka, ni pi cekiiiik lagi ada. Sama macam astro la. Kerajaan nasihat pon depa x layan. Depa lagi power. Nasib baik aku x pakai astro. Nasib baik aku x pakai prabayar. Kalau lepas ni line pun kena cukai, aku kena berenti pakai h/p la jawabnya.

Hari tu cukai kad kredit, nasib baik ada bank yg sanggup tanggung cukai kerajaan tu. La ni syarikat telekomunikasi tu sendiri yg kenakan cukai, maknanya depa x moh tanggung dah la.

Berapa byk kalori boleh kita ambil sehari

Mengikut pemeriksaan yg telah aku buat, aku perlu ambil 1550kcal sehari jer. Pagi tadi aku dah makan nasi lemak + tea o = 389 + 20 = 409 kcal. Ada lagi + 1100kcal lagi utk makan tengahari dan malam. Sama berat so kita bahagi dua. Jadi makan tengahari / malam= 550 kcal sahaja.

Makan tengahari : nasi putih - 207
                            ayam / ikan - + 200
                            sayur - + 100
 jumlahnya        = 507 kcal. kalau termasuk minuman tea o, air sirap, tea o ais = 527 kcal
                                      tambah susu   = 527 + 63 = 590 kcal
cantik la tu.........

kalau malam makan set nasi ayam = + 278 kcal + minuman bersusu 100 baru 378 kcal.
kalau makan mee rebus , mee kari, bandung = 549 kcal boleh la tapi kalau  + minuman tea o = 579 kcal

Jumlah sehari = 409 + 527 + 378 = 1304 kcal jer kalau minum air tanpa susu

pilihan kedua = 409 + 590 + 579 = 1578 kcal dah lebih sikit dari ambilan biasa. Kalau nak diet kena ambil di bawah 1550kcal la. Baru badan x naik. Kalau kurang x cukup zat pulak.

Terjemahan ALQuran online

Secara x sengaja terjumpa laman web ni yg menyediakan terjemahan AlQuran pelbagai bahasa. X sengaja tu sebab aku dah ada terjemahan ni. Jadi x payah buka hard disk nak cari duk tang mana klik je sini. Selaamat membaca.

Ayat dan Terjemahan B.Melayu

Ditelan mati emak, diluah mati bapak

Peribahasa ni sgt ganas. 18sg tu. Ngeri lak rasa. Jgn telan tp
jgn luah jugak. Biar duk dlm mulut jer, mak selamat bapak pun selamat. Berapa lama nak simpan dalam mulut, air lenjur berlenjor dah ni. Takpa air liur boleh telan. Alah macam makan chewing gum, atau org kg aku panggil coklat getah. Kunyah je jgn telan dan jgn luah. Lama gak boleh buat gitu ngan coklat getah ni.
ni buah getah bukan coklat getah

Tapi ada org yg x peduli mak bapak. Ikut dia jer. Kalau sedap dia telan, ta sedap kalu dia luah. X kira sapa yg mati. Ingat la kalau xdak org tua tu, hang pon xdak tau. Sejahat2 org tua hg, hg duk idup lg. Yg jht nya yg duk buang bayi tu. Kalau bg kat org xpa lg. Kira nak sedap jer, anak x mau. X cerdik, lain kali pakai la kondom ka, IUD ka.

Jumaat, 9 September 2011

Pasal Komunis dan Orang Putih, Melayu sama Melayu bergaduh.


Frank Swetthenham
Aku pon dah naik pening pasal komunis ngn Bukit Kepong. Sapa dia perjuang kemerdekaan. Sapa pulak pengganas. Sapa penjajah, pengkhianat. Itu aku x tau, dan bagi aku dah x penting sebab negara dah 54 tahun merdeka. Tapi yg sedihnya dah 54 tahun merdeka, kita duk bergaduh sama kita, pakat nak tunjuk sapa kuat, sapa pandai, sapa betul. Sapa dia? Kita org Melayu la. Bangsa lain pon nak tergelak. Melayu.......Melayu.......
Pemimpin
Melayu
 
Onn Jaafar

Anwar
Mahathir


Nik Aziz
Kita mempunyai pemimpin2 yg hebat, terbaeekkk, tapi kalau x bersatu, siapa lah kita. Semua org mempunyai kelebihan dan kekurangan masing2. Kita ada ulama, pakar ekonomi, sasterawan, usahawan, cendiakawan dan macam2 kawan lagi. Apa lagi kita nak, sebenarnya semua kita dah ada. Cuma kita tidak memberi pada yg berhak menerima.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...