Rabu, 10 Ogos 2011

Perarakan, Rusuhan, Demonstrasi Jalanan bla bla bla......

Kebelakangan ni banyak benor perarakan, demo bla bla. Penjara, pusat serenti, sekolah. Masa aku kat UM dulu pun, lepas solat jumaat je, xleh balik, depa nak buat demontrasi, aku ada klas ni..Suara rakyat la kan. La ni kat London pun dah jadi rusuhan sebab ada remaja ditembak mati oleh polis yer. Walau apa pun, semua ni diadakan ada sebab tujuan dan niat masing2 kan. Niat dan tujuan mereka ni memang baik.

Mungkin dah tak dak jalan lain kot nak dihamburkan kemarahan, ketidakpuasan hati deme kan. Pastu bila dihalang polis, pihak berkuasa, langsung bertukar jadi ganas. Ada kata yg deme tu ganas, ada kata polis mula dulu........aku tak kisah la...aku pun tak tahu. Yang aku tahu akan ada yg cedera, silap2 mati,  Ketakutan, kesesakan, kerosakan, kekotoran, kerugian dan macam2 lagi........
Tak buleh ka benda yg tak puas hati tu ditujukan terus kepada pihak tersebut secara bersemuka, nak bertumbuk pun xpa....janji kena pada tempatnya. Ni orang lain yg x tau pa-pa pun tersabit sama.



Macamna dengan perarakan sempena Maulidur Rasul. Ramai ka geng remaja Islam yg turut serta dalam perarakan Maulidur Rasul, perarakan kemerdekaan (sukarela atau ikut jabatan). Mesti geng veteran je yg join kan. Tambah lak kn pakai mcm ni....

Ada rakyat Malaysia kena belasah masa pi beli juadah buka pose di London. Apehal mat2 saleh ni....main belasah ikut suka jer pastu curi dompet lagi, selongkar beg orang. Betul kata PM Britain, memang ada yg x kena dgn masyarakat Britain. Sapa yg dok bangga sgt ngan London tu, nah ambik kooo (termasuk yg minat sgt EPL tu). Tak macam org Malaysia, Indon ka, Bangla ka, Pakistan ka, Siam ka siap berduyun2 mai nak masuk Malaysia, sanggup bersesak2 dalam tongkang kena tangkap hantar balik mai pulak......Xkan kita nak kena belasah diorang ni sesuka hati. Depa siap buleh buka kedai makan, gerai tepi jalan toksah cakap, berlambak2. Kalauy org Melayu buka nak jual goreng pisang, karipap dan dan depa mai nak sita, menghalang lalulintas la katanya



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...