Rabu, 24 Ogos 2011

DUIT RAYA


syiling tabung (photo dari naimrahim.com)

Sumber duit raya aku adalah duit syiling yg aku simpan dalam tabung. Saja nak teruskan budaya pemberian duit raya masa aku kecik2. Selalunya 2 kupang je masa tu.


La ni jgn main, RM1 paling koman la. Pastu mai rumah makan kuih x mau, minum air pon x moh, nak duit jer. Siap sound direct lak tu. Bebudak zaman sekarang.

Duit raya baru2. copy from desainkarya.blogspot.com
La ni dah kena tukar duit RM1 baru, lama x mo. Pulak. Awat yg lama x laku ka?, RM1 jugak. Kalau adik beradik sepupu sepapat x main la RM1, mau kena kutuk.

Tapi aku dah berjaya buat dek jer kat adik2 pasal duit raya ni. Depa duk tuntut aku buat x tau jer. Aku suruh minta kat mak sebab semua duit syiling tabung aku dah serah kat mak aku. Budak2 yg duk mai pon aku suruh jumpa mak aku. Hehehehehe.

Sian depa kena angkut duit syiling. Cuba bayang la kalau mak aku bagi syiling RM10 sorang kat adik2 aku.

camni la gambot kalau ambik sendiri

Dah duit kena letak dalam sampul. Isk...menyusahkan tul. Bagi gitu je x buleh keh?


Bukan sampul kosong, sampul surat atau sampul ang pau. Kena sampul yg tulis selamat hari raya, atau salam aidilfitri, lebaran ker......



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...