Khamis, 24 Februari 2011

Qiamat 2012

Movie 2012
Soalan : DATO’, permasalahan bilakah kiamat telah dijawab oleh beberapa saintis hari ini, dengan menentukan tarikh kehancuran dunia dan alam ini pada tarikh yang telah ditetapkan, seperti yang tersebar dalam internet dan khidmat SMS. Bolehkah dipercayai dan apa hukum mempercayainya?





Prof Dato Dr Harun Din


-Jawapan oleh Prof. Dato Harun Din-
RAMAI juga orang yang bertanya saya melalui majlis-majlis ceramah, melalui telefon dan SMS berkenaan hal yang berkaitan. Saya berpendapat bahawa perkara tarikh kiamat ini, termasuk dalam perkara asas pegangan kita yang perlu diserahkan kepada Allah SWT sepenuhnya, tanpa berpegang atau merujuk kepada mana - mana makhluk. Kiamat adalah kerja Allah. Tidak patut makhluk hendak campurtangan dalam hal yang besar sebegini. Ia tidak sepatutnya dicampuri.

Dalam al-Quran, Allah berfirman (mafhumnya): "Manusia bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang kedatangan hari kiamat; katakanlah: ‘Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Allah.’ Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui? - boleh jadi masa datangnya tidak lama lagi.” (Surah al-Ahzab, ayat 63)

Tarikh berlaku kiamat adalah termasuk dalam perkara - perkara ghaib. Perkara ghaib, Allah sahaja yang mengetahuinya dan tidak diberitahu sesiapapun melainkan kepada Rasul pilihan-Nya sahaja.

Firman Allah (mafhumnya): "Tuhanlah sahaja yang mengetahui segala yang ghaib, maka Dia tidak memberitahu perkara ghaib yang diketahui-Nya itu kepada sesiapapun."Melainkan kepada mana-mana Rasul yang di redai-Nya (untuk mengetahui sebahagian daripada perkara ghaib yang berkaitan dengan tugasnya; apabila Tuhan hendak melakukan yang demikian) maka Dia mengadakan di hadapan dan di belakang Rasul itu malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawasnya (sehingga perkara ghaib itu selamat sampai kepada yang berkenaan).” (Surah al-Jinn, ayat 26-27)

Namun demikian, Nabi Muhammad s.a.w. pun tidak mengetahui bilakah kiamat. Bukan sahaja Rasulullah, malah malaikat Jibril a.s. pun tidak mengetahuinya. Dalam Sahih Muslim, diperturunkan hadis riwayat Umar al-Khattab, mengkisahkan perihal Jibril menghadap Nabi Muhammad s.a.w. bertanyakan bilakah kiamat akan berlaku, maka baginda menjawab: "Yang ditanya tidak akan lebih tahu daripada yang bertanya."Maksud kata baginda ialah, makhluk yang paling amanah daripada kalangan penghuni langit, seperti Jibril yang paling dekat dengan Allah, menjadi utusan Allah kepada para Anbiya, khususnya Muhammad s.a.w. pun tidak mengetahui bila kiamat sehingga bertanya kepada Nabi s.a.w.Kedua - dua makhluk yang paling rapat dengan Allah, tidak tahu tarikh kiamat, maka apakah logiknya yang boleh diterima akal, orang lain dari mereka berdua, khususnya saintis yang kafir hari ini, boleh mengetahui tarikh kiamat dan disebarkan kepada umum seperti yang anda tanyakan kepada saya sekarang.

Dalam hadis Ibnu Umar yang disahihkan oleh Imam al-Bukhari, Rasulullah s.a.w bersabda (mafhumnya): "Anak-anak kunci (rahsia) perkara ghaib ada lima perkara, tiada yang mengetahuinya melainkan Allah SWT sahaja."Rasulullah membaca ayat al-Quranul karim (mafhumnya): "Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. Dan Dialah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuan-Nya.” (Surah Luqman, ayat 34)

Dalam kitab Tafsir Ibnu Katsir, ketika membuat tafsiran ayat di atas disebutkan: "Itulah perkara - perkara ghaib yang menjadi anak kunci rahsia yang diketahui oleh Allah SWT sahaja. Maka tidak diberitahu kepada sesiapa pun hatta kepada Rasul yang diutus, atau kepada malaikat yang muqarrab (hampir) kepada Allah SWT."

Jika inilah keadaannya, maka mana mungkin orang kafir boleh meramal atau menetapkan tarikh kiamat. Wallahua'lam (Al FAdhil Ustaz Dr Harun Din Al Hafiz)

Dicatat oleh Suraukini

Ketaatan isteri antara suami dan ibu bapa

Isi emel yang saya terima daripada kawan sekerja saya (ustaz). Kebanyakan maklumat perihal pemasalahan agama yang ada dalam blog ni dia yang hantar. Semoga dapat dijadikan panduan. Elok dibaca sampai habis baru boleh faham betul2.

Isteri taati suami
 Assalamualaikum ustaz, saya ingin bertanya, yang manakah lebih utama bagi seorang isteri apabila bertembung dengan dua permintaan. Satu adalah permintaan suami untuk balik ke kampungnya dan permintaan ibu saya sendiri untuk balik ke kampung saya. Saya pernah dengar hadis tentang syurga di bawah tapak kaki ibu begitu juga isteri tidak akan masuk syurga jika suami tidak redha. Mohon pencerahan hukum dari panel MUIS. Syukran

Jawapan:
Waalaikum salam, seorang perempuan apabila ia telah menjadi seorang isteri, ketaatannya berpindah daripada kedua ibu bapa kepada pihak suami. Dalam hal ini, puan hendaklah mengutamakan ketaatan kepada suami. Perkara ini hendaklah diterangkan kepada ibu puan dengan baik dan berhikmah.

Walau bagaimanapun, sebagai seorang suami tidak boleh menggunakan kuasa yang diberikan syarak tanpa ada konsep syura dan toleransi, sebagaimana hadis oleh Imam al-Termizi:
خيركم خيركم لأهله وأنا خيركم  
Maksudnya: "Sebaik-baik kamu ialah orang yang melakukan kebaikan kepada keluarganya dan aku adalah orang yang sebaik-baiknya (yang melakukan kebaikan kepada keluarga)
Berdasarkan kepada kenyataan di atas, maka suami hendaklah berbincang dengan isteri dalam urusan menyambut perayaan, sama ada di rumah ibu bapa suami atau isteri, seperti melakukan giliran dan sebagainya. Dengan perbincangan tersebut, ia dapat mengukuhkan lagi perasaan kasih sayang antara kedua-duanya. Janganlah akibat perkara remeh temeh seperti ini memporak perandakan keluarga.

Sekian والله أعلم بالصواب

Rujukan umum:
1) Soal jawab al-Mar`ah al-muslimah, Syeikh `Atiyyah Sakhr

Disediakan oleh:Ustaz Razali Musa
Ahli Panel MUIS 

Rabu, 23 Februari 2011

Panasnya.....cuaca


BMW BUMBUNG BOLEH BUKAK

     Korang tak rasa ka la ni cuaca panas giler. Nasib baik aku naik motor, tak la berkuap macam kereta. Kalau jenis BMW bumbung oleh bukak ok gak. P makan ngn member naik keta dia, warna hitam lak.....uuuhhh pegang pintu macam pegang seterika elektrik. Masuk2 dalam je terus meremang bulu rome, badan aku dengan pantas cuba menyesuaikan suhu badan dengan suhu dalam kereta tu. Kalau p makan dekat2 tak pa la, x la sempat paanas tu meresap dalam badan, tambah ngan air cond lagi. Tadi lak pi makan jauh lak, rasa tekak kering kontang dah.

Madu Halia

Ada makcik jual madu halia pelawa minum air madu halia free je, rasa jer, gelas kecik jer, aku terus sambar. Memang terasa nikmat bila air tu lalu kt tekak ni. Terus terbuka hati nak beli produk tu. Tapi lupa lak sebab masa balik dah kenyang, tak dahaga lagi dah. Sorry mak cik. Jangan mare.


     Sebenarnya kami pi makan kat roadwalk Taman Selat, saja pi jamu mata. Tengok depa duk jual barang2. Tak beli apa pun. Member je beli minyah lintah gunung asli, nak buat pa tak tau. Buat ubat luka2 macam minyak gamat kot. Tapi minyak ni mahal daripada minyak gamat. Cari produk goji yumberry, pakcik yang dulu jual la ni dah jual produk lain lak, tak nampak pun goji atas meja dia.

Goji

Helmet Budak

Led Basikal

     Nampak helmet budak, tanya harga, fuhhh RM55. Harga mahal daripada helmet aku padahal lagi kecik. Ada wisor, design pun cantik. Helmet  aku pun cantik gak. Pastu nampak lampu basikal, berkelip2, running light, slow ada laju pun ada. Tak tanya pun berapa harga.

     Akhirnya sampai ke kedai makan, nampak ekslusif, rupanya ada hotel kat atas. Patutla kue teow goreng pun RM4.50. Tapi orang kata alah membeli menang memakai, siap ada ayam ngan udang 3 ekor, ok la harga tu kan.

Car Cooling Fan

     Dah kenyang makan nak kena masuk kereta lagi. Selagi tubuh ini menghadapi situasi tegang dan cuba mengadaptasi. Kan bagus kalau ada ekzos fan kat dalam kereta, masa parking tengah panas ja dia tiup udara panas dalam kereta keluar, jadi tak la berkuap sangat. Produk ni ada di pasaran, sebab aku naik motor je, aku tak berminat nak beli la. Korang cari la car cooling fan kat google ka yahoo.





Mel Gibson Isi minyak

     Membe aku berentikat stesen minyak. Masa nak isi dia tutup enjin, kata dia kena ikut peraturan. Sama macam isteri aku, masa aku nak isi minyak je mesti dia matikan enjin. Korang buat macamtu gak ka? Satu lagi berbual di telefon masa isi minyak, bahaya tu. Jangan diamalkan. Tak kena xpa.


Selasa, 22 Februari 2011

Lagu & Nasihat

    Lagu bukan sekadar hiburan tetapi juga diselit dengan mesej tertentu. Kalau tak der mesej  pun orang layan gak janji masyuk. Bila ada mesej lagilah bermakna, berhibur sambil bernasihat. Contohnya lagu terbaru ni. Aku download sebab anak aku minat. Tiap kali iklan lagu ni keluar kat tv, mesti terpacak dia berdiri depan tv tu sampai iklan lagu ni habis. Sama masa azan gak. Dulu azan baca hadis je, la ni dah tukar balik ada laungan azan. Baru la setan berjabu lari ye.

Altimet, Ana Raffali, Suhaimi Meor Hassan

     Tapi mesej2 gak, tapi jangan ada yang haram, jangan pegang2, duduk renggang2. Kalau lirik lagu ada terselit yang haram contoh ku cium tanganmu, cincin emas kupakai dijariku, ku kucup keningmu, peluk, dakap. Tak kawin lagi, baru bercinta, haram la semua tu. Kalau lagu untuk kisah rumahtangga tak pa la dia peluk ka cium ka, tu bini dia kan.
     Saya letakkan lagu ni kat post ni, jadi sambil melayan blog sambil dengar lagu ni. Semoga terhibur. Lagu rasa serabut sangat, mute je. Tenang gitu.
(Link)

Kalau berpacaran memang banyak pantang larang
Menjaga susila ibu bapa adik abang
Apabila berdua carilah tempat yang terang
Agar tidak pula mencoba aksi terlarang
Chorus
Boleh pandang-pandang (boleh pandang-pandang)
Jangan pegang-pegang (jangan pegang-pegang)
Duduk renggang-renggang (duduk renggang-renggang)
Bertambah sayang (bertambah sayang)
Biar malu-malu (biar malu-malu)
Biar segan-segan (biar segan-segan)
Kerna malu itu perisai orang beriman
Kalau berpacaran jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan jumpalah ayah dan mama
Hantarkan rombongan meminang dengan segera
Kalau terlambat kekasihmu disambar buaya

Ulang Chorus
Yeah kita sambung cerita
Kalau kamu berdua aku yang ketiga
Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa
Berani buat terima padah
Kalau tak sedia ucap syahadah
Ulang Chorus
Boleh pandang-pandang (boleh pandang-pandang)
Jangan pegang-pegang (boleh pegang-pegang)
Duduk renggang-renggang (duduk rapat-rapat)
Bertambah sayang (nanti confirm dapat)
Biar malu-malu (jangan malu-malu)
Biar segan-segan (jangan segan-segan)
Kerna malu itu perisai orang beriman (hahahaha)

Isnin, 21 Februari 2011

Aktif Blogger

     Untuk mencapai taraf blogger yang lebih aktif, aku telah membelanjakan wang simpanan aku untuk membeli sebuah netbook. Sekarang ni aku dah boleh coretkan post semasa berada di rumah. Sebelum ini aku telah menggunakan waktu kerja aku untuk mencoretkan post2 baru. Menggunakan internet di pejabat.     
Netbook
     Salah kah perbuatan aku ni. Sebab tu la aku selitkan juga ilmu dunia dan akhirat disamping ilmu elektrik yang aku telah pelajari untuk dikongsi. Semua maklumat ini adalah coretan berdasarkan pengalaman yang aku lalui hari2. Ada yang betul dan mungkin tak betul. Internet ini dah menjadi sumber maklumat yang paling senang dicapai, sebelum nak digunapakai kenala siasat dulu, tanya orang lain. 1 sumber sahaja tidak memadai, biar dikukuhkan dengan banyak sumber, dan dah betul yakin. Takut terbelajar ilmu sesat lak. Sebab tu la bila nak belajar mesti ada guru, takleh belajar sendiri2 kan.


     Netbook yang aku beli ni tak sampai RM1000 pun, nak main internet je tak yah beli yang high end kan. aku pun bukan reti main game canggih2. Setakat zuma, dynomite, aku layan la. Dulu layan gak motogp, F1, asyik eksiden je, sebelum cedera parah baik berenti.
     Adakah patut aku beli broadband sekali, sebulan RM38 je. Nanti la bila dah masuk taraf pro baru beli broadband. La ni pakai broadband daily, RM5 untuk 24jam. Heheheh....sebab bil telefon aku pun kalau guna ke tak guna tetap kena RM50 gak. Untuk mencukupkan, aku langgan la broadband daily ni. Lecehnya kena sambung handset ke netbook. Kejap je batery low, kena cas, pastu panas je handset ni. Takut gak, kebabom karang.
     Siapa yang belom pernah langgan broadband daily, celcom la, senang jer. Hantar teks broadband daily ke 28882. Nanti dia balas sms tu, lu pikirla sendiri.

Ahad, 20 Februari 2011

HONDA CBR 250 2011 MALAYSIA


Baru2 ini disiarkan dalam suratkhabar, Boon Siew akan mengeluarkan CBR250. Harga standard RM18k+, ada ABS RM21k+.

HONDA CBR 250


ZXR 250

Nampak macam ok jer. Boleh ke tukarkan dengan ZXR 250 aku. Amacam ada beran! Design memang cool, sporty. Tapi cuma 4 injap 1 je silinder. ZX aku 16 injap 4 silinder. Top speed tak tau brp. Zx aku boleh pi sampai 200+. Bunyi lagi best.
Repsol Edition

Korang pikir la sendiri. Tapi yang nyatanya, ZX tu model lama, ni model baru, injection, jimat minyak la. Harga pun ok la. ZXR  250 tahun 1997 pun lani duk ada dalam RM14k lagi. Lawa lagi dia banding ZXR250. Terpulang kepada pengguna, nak lawa dan teknologi baru atau design lama  tapi dah terbukti di jalan raya.




Jumaat, 18 Februari 2011

Odometer

         Pagi tadi aku balik kampung naik zxr 250. Saja2 riding, lama tak jalan jauh ngan zx ni. duk ulang pi keja je. Aku pasang garmin kat handset letak dalam beg tangki (magnet) nak bandingkan meter motor dengan meter laju dalam software garmin tu. Nak tengok masa jalan tak nampak jadi aku tunggu la sampai rumah baru cek.
        Kelajuan maksima aku ialah 180km/jam. Bila aku cek garmin ni, highest speed cuma 155km/jam. Ini menunjukkan meter zx ni ringan la. Agak2 meter motor kapcai lagi ringan apa? Aku pernah bandingkan meter kereta ngan garmin ni, memang sama. So kalau aku bawa 180, maknanya kereta bawa 160 pun dah boleh ligan aku la.

       Kalau meter cbr 1000, atau yang cc lagi besar mungkin meter dia sama macam kereta kot. Kena tanya rider yang pakai cc besar lagi la. Setakat zx ni B2 pun boleh bawa dah.
Bila la nak boleh pakai cc yang besar2 ni. Umur dah nak masuk 40 ni. Patut la orang kata, motor besar untuk yang lanjut usia.

Khamis, 17 Februari 2011

Berhasil

ALhamdulillah. Akhirnya anak aku tak perlu operate sebab telurnya dah pulih dari hidrosil. Isteri aku dah kol doktor, dan doktor kata appointment tu dah dibatalkan. Bukan main seronok lagi isteri aku. Lepas satu ujian. Alhamdulillah.

Jumaat, 11 Februari 2011

2011

Salam...
~Tahun ini mempunyai 4 tanggal aneh: 1-1-11,  11-1-11,  1-11-11,  11-11-11.

Sekarang cuba ini : ambil 2 digit terakhir tahun kelahiran anda + dengan umur anda tahun ini.
Hasilnya pasti =111...nice ,

Subhanallah !! its... miracle,try it.....!!

Hebatnya kuasa ALLAH SWT...
84+27=111....
81+30=111....

Renung-renungkan dan selamat beramal.. ;)

JAUHI ZINA

"Janganlah kamu hampiri zina. Sesungguhnya ia adalah perkara yang keji dan seburuk-buruk jalan kehidupan" (Al-Israa' 17:32)

Zina merupakan satu dosa besar. Allah berfirman "Dan orang-orang yang tidak menyembah tuhan yang lain beserta Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah kecuali dengan (alasan) yang benar dan tidak berzina." (QS. Al-Furqaan:68).


Di antara perbuatan yang membawa kepada penzinaan adalah:
  • Melihat, berimaginasi terhadap wanita dengan pandangan yang menghairahkan.
  • Bertindak mengikut nafsu serakah.
  • Pergaulan bebas yang melampau antara lelaki dan wanita.
  • melihat dan memiliki sebarang unsur lucah
  • mengunjungi tempat-tempat yang berunsurkan kemaksiatan.
  • tiada perasaan malu melakukan dosa.
  • memakai pakaian yang menjolok mata.

Kesannya
  • Bercampurnya nasab keturunan. Anak yang dilahirkan tidak tahu siapa ibu dan bapanya. Akibatnya anak itu tidak dibesarkan dengan keluarga yang sempurna. Lebih malang sekiranya anak itu dibuang setelah dilahirkan.
  • Tersebarnya fitnah dan pergaduhan antara lelaki disebabkan perebutan wanita.
  • Tiada penghormatan masyarakat terhadap wanita.
  • Melenyapkan kemuliaan manusia. Sama macam binatang.
  • Meningkatnya penyakit akibat hubungan kelamin seperti AIDS, STD, SIFLIS, DLL.
Langkah pencegahan
  • Meletakkan kehidupan kita sebagai  umat Islam secara menyeluruh.
  • Faham dan amalkan batas pergaulan berlandaskan syariat Islam.
  • Menghormati kawan wanita sepertimana kita menghormati wanita di dalam keluarga kita.
  • Tundukkan nafsu dengan beribadat kepada Allah.
  • Bersegera untuk melengkapkan ilmu agama.
  • Bertanggungjawab dalam setiap perkara yang kita lakukan.
  • Saling menegur kepada perkara yang menjurus ke arah kemungkaran.
  • Yakinkan kepada diri untuk terus membina sebuah keluarga yang soleh dan solehah.

Tapi ada dosa lebih besar dari dosa berzina dan membunuh bayi hasil perzinaan itu. Dosa apakah itu????
Orang yang meninggalkan shalat dengan sengaja Dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina.”

Baca selanjutnya di http://ooyi.wordpress.com/2010/05/20/dosa-yang-lebih-hebat-dari-berzina/

BEBERAPA KESILAPAN IBU BAPA DALAM MENDIDIK ANAK-ANAK

Pengenalan

Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hambaNYA. Firman ALLAH s.w.t. :

“Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.”
(Al-Quran Surah At-Taghabun, 64 : 15)
Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat. Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda :
“Tahukah engkau siapakah orang yang mandul.” Berkata para sahabat : “Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak.” Lalu Rasulullah SAW berkata : “Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia.”
(Maksud Al-Hadith )

Ini mungkin disebabkan beberapa kesilapan dalam mendidik anak-anak.


1. Kesilapan pertama: Kurang berdoa

1.1 Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah
* Saidul (penghulu) Istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 38)
* Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)

1.2 Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah
* Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2 : 128)
* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25 : 74)
* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.


2. Kesilapan kedua : Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti :
* menakutkan anak-anak dengan sekolah
* menakutkan dengan tempat gelap
* menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
* menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur

3. Kesilapan ketiga : Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
* tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
* terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

4. Kesilapan keempat : Menegur anak secara negatif
* mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah).
* membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

5. Kesilapan kelima : Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual).
* ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani

6. Kesilapan keenam : Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. :
Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’ : “Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka.” Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata : “Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.” (Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Kesilapan ketujuh : Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas
* ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

8. Kesilapan kelapan : Susunan rumahtangga yang tidak kemas. Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

9. Kesilapan kesembilan : Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama, dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

10. Kesilapan kesepuluh : Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak. Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah.

11. Kesilapan kesebelas : Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam.

12. Kesilapan keduabelas : Bertengkar di depan anak-anak. Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya.

13. Kesilapan ketigabelas : Membenarkan orang yang tidak elok sahsiyahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar.

14. Kesilapan keempatbelas : Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

15. Kesilapan kelimabelas : Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak. Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.

Wallahu a’lam.
(Kuliah Mingguan Surau An-Nur , 15 Safar 1419 bersamaan 10 Jun 1998)
(Oleh Ustaz Khalid bin Haji Mohd Isa)

Khamis, 10 Februari 2011

BRAVEHEART

Tiba-tiba ternampak poster filem lama ini. Teringat balik cerita dia, panjang cerita, penuh dramatik, meniupkan semangat, geram, benci, raja yang zalim, penjajahan, gila kuasa........sampai meremang pun ada. Sapa yang blom tengok pi la cari, tengok dan rasai kehebatannya.

Lakonan Mel Gibson. Tu la sebab sampai la ni duk minat kat dia. Cerita lain lakonan dia tak la best sangat, yang ni la no 1.

Rabu, 9 Februari 2011

Kisah 4 Pengantin Baru


Mak Minah dan Pak Mat ada 4 org anak
perempuan yang sangat disayangi iaitu Siti, Seri, Murni dan Suri. Satu hari mereka  berpakat utk kawinkan anak2 ni serentak.
Selepas selamat diijabkabulkan, ke-empat2 anak tu pun bercadang untuk pegi honeymoon. Siti pegi > honeymoon ke Pulau Langkawi, Seri ke Pulau Tioman, Murni ke Pulau Kapas dan Suri ke Pulau Pangkor. Sebelum pegi Mak Minah dan Pak Mat berpesan, "nanti jgn lupa hantar berita pada mak dan ayah. Ceritakan macam mana honeymoon korang. Tak payah tulis panjang2, pakai kod iklan aja dah cukup. Ringkas, padat dan cepat." panjang lebar Mak Minah memberi arahan pada anak2nya.

Seminggu lepas tu depa terimalah surat dari Siti yang bertulis 'Standard Chartered' . Tercari2lah kedua suami isteri ni iklan Standard Chartered dan bila jumpa tersenyum le kedua2nya membaca iklan yang bertulis "Besar, teguh dan peramah".. Bahagialah Si Siti
rupanya..




Esoknya terima pula surat Seri yang bertulis 'Nescafe'. Carilah iklan Nescafe dan tersenyum
lagi keduanya membaca iklan yang bertulis "Nikmatnya hingga ke titisan yang terakhir" Bahagialah Si Seri rupanya...
Selang beberapa hari kemudian, tiba pula surat

Murni
bertulis KFC'. Carilah iklan KFC dan tersenyum keduanya membaca iklan yang bertulis 'Hingga Menjilat Jari'... Bahagialah Si Murni rupanya...


Seminggu berlalu, tiada surat dari Suri, Mak
Minah dan Pak Mat dah risau. Dua Minggu... tak ada jugak..
masuk minggu ke tiga baru sampai surat dari

Suri
dengan isi kandungannya "AIR ASIA ". Bergegas le Mak Minah cari iklan penerbangan
tu sbb tak sabar nak tau apa yg jadi kat anak bongsunya. Bila dibaca. Mak Minah dan Pak Mat terkulat2 tak tau nak senyum atau menangis.. Apa motto iklan
itu...??


"7 KALI SEMINGGU..3 JAM SEKALI.. NON- STOP!!"

Huh!

Great Joke…….

Hypothyroidism

Apa hal dengan pisang ni???? Biasa la sapa tak pernah tengok pisang.

Ada hal la ni. Macam ni. Isteri aku didapati mengidap hypothyroid, disebabkan kekurangan iodin. Senang la kan, minum je iodin banyak, ok la tu. Mana nak dapat iodin ni? Menurut sumber yang boleh dipercayai, pisang mengandungi iodin. Selain daripada tu makanan laut juga mengandungi iodin.

Jadi isteri aku kena makan makanan laut dan pisang je lah untuk nak seimbangkan balik kandungan iodin dalam badan dia. Apa apa pun kena tanya doktor dulu ye. Jangan pi balun sampai setandan, nanti kena penyakit lain lak.

Rabu, 2 Februari 2011

KHASIAT BULU JAGUNG dan TERATAI

Aku baru tau rupanya bulu jagung berkhasiat untuk orang kencing manis, darah tinggi, untuk melawaskan kencing. Untuk hidrosil kena campur dengan biji teratai (lotus seed). Kita perlu membuat campuran 35g biji teratai dan bulu jagung dan mengambil setengah dari itu setelah sarapan dan bakinya selepas makan malam. Nak kena pi cari ni, mana tau mujarab, insyaAllah.

Macamana nak buat, semankuk bulu jagung ni direbus dengan 2 gelas air. Rebus hingga air kering menjadi 1 gelas. Minum le 2 kali sehari.

Maklumat diperolehi dari myukhuwwah.com.


Biji teratai ni pun boleh digunakan untuk merawat penyakit seperti demam, rasa haus, jantung berdebar, gelisah, muntah darah, ejakulasi awal, mata merah, bengkak, susah tidur, darah tinggi dan hati. Pendek kata makanan jenis biji-bijian atau kacang ni banyak faedahnya. Nak tau lebih lanjut khasiat teratai ni, boleh la search sendiri di internet. Banyak maklumat tak larat nak baca. Senang cerita kita pi beli, makan dan rasakan sendiri khasiat nyer.

Adab Menyambut Kelahiran Bayi Menurut Islam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dalam ajaran agama Islam,seseorang ibu yang sudah melahirkan anak dan kemudiannya baru sahaja menimang cahaya mata adalah amat disarankan untuk menyambut kelahiran bayi baharunya.Namun begitu tidak banyak perbezaan dalam melaksanakan adab menyambut kelahiran bayi dalam Islam sesuai dengan sifat agama Islam itu yang mudah dan praktikal.Panggilan bagi menyambut anak lelaki adalah disebut "Salamun Zakrun" yang bererti: Salam sejahtera anak lelaki.Manakala panggilan untuk menyambut anak perempuan adalah disebut sebagai "Salamun An-Nisaa" yang bererti: Salam sejahtera anak perempuan.

Langkah menyambut anak yang baru dilahirkan

  • Sesudah sahaja anak yang baru dilahirkan dari rahim ibu,maka adalah diperlukan untuk membersihkan/dimandikan anak itu dengan betul dan baik agar posisi anak itu bersih dan sihat.Selalunya amanah membersihkan anak yang baru lahir itu adalah dibawah tanggungjawab jururawat,bidan,bapa anak atau mereka yang penyayang serta pengasih kepada bayi serta berkebolehan meyempurnakan tugasan itu.Bayi yang sudah dibesihkan perlulah dililit/dipakaikan dengan kain tuala yang bersih dan lembut sebaiknya berwarna putih.
  • Sunat/Sunnah memberi ucapan tahniah dan mengembirakan mereka yang baru sahaja mendapat anak.Tujuannya adalan untuk menghulurkan rasa kegembiraan bersama kepada siibu dan keluarga yang baru sahaja memperolehi cahaya mata selain mengeratkan kemesraan dan ikatan silaturrahim dikalangan mereka.Adalah disarankan bagi pengucap khabar gembira untuk menghulurkan buah tangan tahniah berupa hadiah,hamper,bunga-bungaan ataupun wang saguhati kepada penimang anak.
  • Sunat untuk diazankan di telinga kanan bayi lelaki dan perempuan yang masih bayi sesudah kelahirannya.Dan juga disunatkan untuk diiqamatkan di telinga kiri bayi lelaki dan perempuan yang masih bayi sesudah kelahirannya.Serta disunatkan juga membaca ayat-ayat suci Al-Quran pada bayi tersebut.Bacaan tidak perlulah dibaca terlalu kuat cukup sekadar memperdengarkan bacaan pada bayi sahaja.Salah satu hikmah(kelebihan)melakukannya adalah supaya kalimat seruan tersebut tentang kebesaran Allah menjadi seruan pertama yang bayi dengar.
  • Sunat 'Tahnik' atau belah mulut yang dilakukan selepas anak dilahirkan.Tahnik ialah mengunyah buah kurma(tamar)(selalunya dilakukan oleh orang yang dianggap soleh dan bertaqwa kepada Allah seperti Imam, Bilal(Muazzin), Ulama, Syeikh dan sebagainya), dan seterusnya diletakkan sedikit pada lidah bayi yang baru dilahirkan. Selain daripada Kurma, manisan lain seperti titisan madu, nira nipah atau kelapa juga boleh digunakan. Tujuannya adalah untuk melazimkan bayi membuka mulut dengan mendapatkan ganjaran benda manis. Amalan ini membuatkan bayi mahu menghisap apabila ibu menyusukan bayi tersebut kerana sentuhan di lidah mempunyai kesan manis dan bukan kesan yang tidak menyelesakan. Selain itu, tujuan lain adalah untuk melancarkan percakapan anak kecil selain mengetengahkan anak kecil itu agar kelak selalu berkata manis dan benar.
  • Sunat menggunting rambut (tahallul kecil) bagi anak yang baru dilahirkan.Menggunting sedikit rambut anak kecil pada hari ke-7 adalah sunat. Maka oleh itu setiap anak yang dilahirkan perlu menjalani perbuatan ini.Etika perguntingan rambut adalah dengan cara menggunting sedikit jambul hadapan di kepala anak kecil.Ini sebagai tanda permulaan kehidupan anak kecil sebagai manusia dan hamba disisi Allah selain merancakkan pemikiran dan menggalakkan pertumbuhan rambut baharu.Perbuatan ini biasanya dilakukan bermula pada umur bayi iaitu hari ketujuh sehingga umurnya setahun.Selalunya majlis keramaian diadadakan untuk menyambut kelahiran bayi dan menjalankan aktiviti ini.Sesiapa sahaja dibenarkan untuk menggunting rambut bayi tetapi yang lebih baik penggunting itu adalah dari kalangan orang yang soleh dan keluarga terdekat.
  • Sunat menamakan anak yang baru dilahirkan dengan dengan nama-nama yang baik.Menamakan anak boleh dilakukan pada hari pertama kelahiran anak tersebut sesudah bayi itu diazan dan diiqamatkan atau pada bila-bila masa yang difikirkan sesuai.Nama yang kotor buruk serta menjatuhkan maruah perlulah dielakkan sama sekali.
  • Sunat "Aqiqah" bagi anak baru lahir.Aqiqah yang membawa maksud penyembelihan binatang ternakan seperti lembu,kerbau,unta ataupun kambing yang dilakukan selepas kelahiran bayi(lebih afdhal(yang lebih baik)dilakukan pada hari ketujuh)sebagai tanda kesyukuran kepada Allah Taala.Kurban yang dilaksanakan ini dapat mendekatkan anak kepada Allah dan pelbagai faedah yang lain.Kurban Aqiqah dapat meninggalkan kesan psikologi pada anak kecil yang baru lahir agar dia dapat merasakan dirinya dihargai oleh keluarga dan masyarakat selain menggembleng perasaan kecil agar mampu berkorban dan redha dengan ketentuan Allah.Atucara ini biasanya dilakukan pada majlis kesyukuran yang biasanya turut diselitkan dengan aktiviti mengunting rambut bayi,Nasyid, selawat,bacaan Al-Quran, solat sunat syukur,bacaan Yassin dan Tahlil Kesyukuran.Perbuatan menyembelih binatang selalunya tidak dilakukan dihadapan mata bayi yang hendak diraikan tetapi dilakukan sebelum majlis berlangsung.Makanan dan minuman turut diberikan pada hadirin dan anak fakir miskin dan yatim piatu.
  • Sunat (berkhatan/berkhitan/bersunat).Perkara ini menjadi sunat kepada kaum perempuan dan merupakan suatu kewajipan bagi lelaki.Namun begitu sesetengah Ulama menafsirkan berkhatan bagi lelaki adalah hanya dikategorikan sebagai Sunat Muakkat(Sunat yang amat dituntut oleh syariat Islamiah).Tujuan berkhatan adalah untuk menjaga kesucian zahir dan batin umat manusia selain untuk menguatkan minda dan badan dan mencantikkan paras rupa dan wajah.Para saintis moden telah menggalakkan khata kepada semua umat manusia bagi membendung masalah jangkitan penyakit kelamin yang merbahaya seperti HIV dan AIDS.Bagi kanak-kanak lelaki yang berumur antara umur 8 hingga 12 tahun boleh disunatkan oleh Tok Mudim manakala kanak-kanak lelaki dibawah umur itu serta kanak-kanak perempuan boleh disunatkan oleh Doktor dan Bidan yang berkebolehan.Bagi kes kanak-kanak dan orang dewasa Muslim yang mencecah umur 13 tahun dan keatas pilihan melaksanakan kewajipan berkhatan boleh ditentukan untuk dilaksanakan oleh Doktor atau Mudim mengikut kehendak dirinya dengan syarat tidak menimbulkan syahwat dan pelaksana pembedahan adalah mereka yang sama jantina atau muhrim.Sesetengah Ulama juga menafsirkan hukuman bagi lelaki Muslim yang tidak berkhatan adalah dihukum bunuh.Bagi melaksanakan ibadah berkhatan ini,pengetahuan dalam bidang perubatan perlu ada pada pelaksana pembedahan serta Ibadah khatan boleh dilakukan selepas diadakan majlis kesyukuran.

Selasa, 1 Februari 2011

Hidrosil

Isnin lepas aku bawa anak aku pergi cek dekat HSB Alor Star. Anak aku disahkan mengidap hidrosil iaitu ada air dalam kerandut buah telur dia. Kena buat pembedahan untuk buang air itu. Temujanji ditetapkan pada 1 mac ni. Pada 20 Feb kena pi jumpa doktor pakar bius dulu.
Jadi sebelum sampai tarikh tu aku nak pergi cari rawatan alternatif untuk anak aku supaya tak kena operate. Kesian dia, kecik2 lagi dah kena operate. Apa la nasib hang.

Hari nak operate tu dia kena puasa lak. Aku duk pikir gak macamana ni tak mau bagi dia minum susu. Kesian, mau meraung lapar.
Aku dah bawak jumpa bomoh, tuam dengan daun sirih, kecubung, petang ni pun nak pi jumpa bomoh lagi. Doa2 kan lah supaya lega, tak yah operate. Kalau dah besar aku tak la risau sangat.
Tapi doktor kata, lepas operate boleh balik dah. Ye ke. Aduih sakit tu, teringat masa bini aku beranak kan dia, operate gak. Nak kalih badan sikit pun sakit tu. Tawakkal je lah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...