Jumaat, 7 Januari 2011

Marah bukan bererti menang, diam bukan bererti kalah

Kalau orang kutuk kita atau buat kita marah, kita rasa geram dan berdendam. Rasa nak balas balik. Kita rasa puas bila kita dapat balas balik. Kadang2 sampai bertumbuk, bermasam muka.

Sebenarnya, memang kita puas bila boleh balas balik. Tapi lebih baik dan lebih menang jika kita balas dengan berdiam atau senyum. Sebab pa????????????Sebab orang yang marah, syaitan ada bersama dia. Nak ka kita berdamping dgn setan????Orang yang buat kita marah tu dah kalah sebab ikut hasutan setan durjana. Tak payah balas pun kita tahu dia dah kalah. Bukan kalah dengan kita tp tewas dengan hasutan setan. Jadi kita dah tahu tu, so senyum je. Mesti setan tu terbakar terus. Setan leh jadi tensen, silap kena strok atau heart attack.

Semua perkara yang tak baik ni asalnya dari setan, orang tak jahat, yang jahat setan tu. Jadi kalau ada orang jahat jumpa kita, cuba kita baca ayat Quran, Ayat Kursi ka Alfatihah ka tak pun azan. Mana tau setan tu lari. Orang jahat pun kembali ke asal la. Jadi baik ke? Saya pun tak tau. Ini sekadar pendapat, ilmu saya bukan banyak pun.

Jadi moralnya di sini bila kita dengar kawan kita kutuk orang lain, kita diam jangan sambung lak cerita tu. Atau kita buka cerita lain. Dalam hati Istighfar la, baca ayat2 Quran, mengucap ka.....apa apa ja yang kita tahu la.

Nak makan kita baca doa, masuk tandas baca doa, keluar rumah, naik kenderaan, masuk rumah, nak tidur, bangun tidur...uih banyak lagi....semua kena baca doa. Pasal pa?????? Sebab nak jauhkan kita daripada godaan dan cubaan setan. Musuh kita yang utama.

Semua keadaan yang kita alui hari-hari ada doa yang sesuai. Semua doa ni diambil dari ayat2 Quran. Tapi nak doa minta je terus, Allah faham. Walaupun tak pakai bahasa Arab. Tapi ayat Quran tu kan ayat Allah, lagi la makbul.

Dalam internet ni pun berlambak doa. Contohnya:










Semoga menjadi panduan dan amalan. Sekian terima kasih.

p/s: nak banyak lagi doa boleh lawat blok sedara kita ni http://1khalifah.wordpress.com/tag/doa-2 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...