Isnin, 10 Januari 2011

Hindustan

Ada sesapa tengok hindustan sabtu kelmarin di tv2. Cerita best lakonan Salman Khan. Filem ini mengisahkan ketamakan Raja sehingga sanggup membunuh rakyat sendiri demi kuasa dan harta. Ramai rakyat jelata terbunuh.
Akhirnya rakyat mengambil langkah berhijrah ke tempat lain untuk mengumpul kekuatan dan strategi bagi menghancurkan Raja yang zalim ini. Oleh itu usaha Raja untuk menghapuskan golongan penentang ini buntu. Mereka menyerang cara gerila,kedudukan mereka gagal dikesan oleh Raja.Raja ini menjadi boneka kepada orang putih yang ingin menjajah negara tersebut.

Golongan penentang ini telah pergi belajar di London dengan tujuan mempelajari selok belok pengurusan kerajaan orang putih ini dan mengatur strategi untuk membalas dendam. Akhirnya, setelah selesai belajar mereka kembali dan mengatur strategi untuk merampas kembali tanah mereka.
Mereka menipu Raja bahawa mereka memerlukan bantuan senjata daripada Raja untuk menghancurkan golongan penentang. Akhirnya mereka berjaya menewaskan Raja teersebut dan menghalau Penjajah.Dan hero (Salman Khan) kahwin dengan anak Raja tersebut tapi hero mati ditembak bapa mertua(Raja tu la). Sad ending.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...