Khamis, 27 Januari 2011

Minuman dalam Botol Plastik

Saya baru terima info ini dalam mailbox saya. Benar atau tidak. Fikirkanlah.

Hai para wanita, air dalam botol plastik di dalam kereta Anda, sangat lah berbahaya!!! !Dengan cara inilah Sheryl Crow mengalami kanser payu dara. Dia tampil di acara Ellen show dan mengatakan hal yang sama persis. Hal ini telah diidentifikasikan sebagai penyebab paling utama pada kanser payu dara,terutama di Australia.Seorang teman yang ibunya didiagnosa mengidap kanser payu dara baru-baru ini.

Doktor berkata : wanita tidak boleh meminum minuman yang sudah lama berada di dalam Kereta.Doktor berkata bahawa hawa panas yang memanaskan bahan plastik dalam botol memiliki bahan kimia tertentu yang dapat menyebabkan kanser payudara.

Jadi tolong berhati hatilah dan jangan minum air dalam botol plastik yang sudah ditinggalkan di dalam Kereta, dan kirim kan ke teman-teman wanita Anda.Informasi seperti ini sangat lah kita perlukan dan kita harus berhati-hati, dan mungkin akan menyelamatkan hidup kita.

Hawa panas dapat menyebabkan toksin/racun dari plastik menjadi bocor dan bercampur dengan air dan mereka telah menemukan racun ini pada jaringan payu dara. Sebisa mungkin gunakan gelas stainless steel atau botol kaca.Biarlah semua orang yang mempunyai isteri atau teman wanita atau anak perempuan mengetahui ini semua.

Angin Pasang Bayi

 
Anak saya kena angin pasang. Dah pi buat perubatan tradisional. Kena tuam dengan daun sireh, sapu minyak dan air tawar. Ada jiran suruh pi cari buah pokok kecubung. Banyak kat tepi highway, tapi tak kenal. Bila search dalam internet ni baru kenal. Macam ni rupanya. Terima kasih kepada blogger yang menyediakan maklumat berguna ni. Nak buat apa dengan buah ni diserahkan kepada isteri @ ibunya yang lebih arif.

Kata kawan saya, angin banyak dalam badan budak. Kena bubuh minyak kat perut dengan perut betis, urut lawan jam kat perut. Balik petang kena buat ni. Sementara masih baru ni.

Dipetik dari julietchun.blogspot.com. Terima Kasih.
Buah dia ni berguna untuk orang lelaki. Opsss, baby lelaki. Kalo sesapa ade baby lelaki yang selalu mengalami angin pasang surut,korang tau ke ape sakit tuh? Itu nama tradisional yang orang tua bagi, nama sainsnye aku tak tau lah plak. Ambik sebiji buah kecubung tu dan buangkan durinya. Buah ni macam buah durian,ada duri tapi taklah tajam cam durian tu, pakai pisau biasa je untuk buang durinya. Setelah di buang durinya, kena hangatkan atau panaskan buah tu macam bakar tungku orang bersalin atau macam bakar belacan,hehe. Bakar kat dapur gas je dalam 2-3 minit, biar rasa suam-suam kuku,kire sesuai untuk baby. Jangan plak bakar sampai hangus sebab buah tu akan di gunakan banyak kali.

Alas buah kecubung ni dengan kain lampin atau sebarang kain, jangan kain kapan udah ler, kemudian tuamkan kat "telur" baby tu,bergilir-gilir kiri dan kanan sambil membaca selawat. Mintak maap ye, ini bukan lucah, tapi info yang betul, kang aku berkias korang tak paham pulak. Kena buat selalu-selalu, bukan sekali dua je. Mak aku dah cuba cara ni untuk anak buah aku, dan hasilnya amat menakjubkan. Kalo bawak gi hospital doktor nak operate je, kesian la baby tu.


Tapi susah nak cari pokok kecubung ni, puas mak aku pusing serata Malaya, akhirnya jumpa kat Kuala Selangor.
apa nama buah ni?
Kepada sesapa yang ade baby lelaki yang mengalami penyakit macam ni buleh cuba, kekadang kita kena cuba gak petua orang tua dulu kan, mana tau kot serasi. Tapi aku nak ingatkan sekali lagi, ini hanya untuk baby lelaki saje, yang dah dewasa tu pandai-pandailah cari ubatnye sendiri,hik,hik.

Buah ni juga boleh di buat tuam. Layur di api pastu tuam ke 'anu' anak. InsyaAllah.....










pokok ni ada di tepi exit ke bukit mertajam arah selatan highway plus utara selatan
update 7 march 2013:
ni gambar pokok buah ni. Pengasuh aku kata tikus cukup x mau buah ni. Nak halau tikus, potong potong buah ni letak kat tempat tikus duk nyorok. Sah cabut....

Aku dapat ambik buah ni 2 biji utk tuam anak aku kelmarin. Kita ikhtiar haanya Allah mampu menyembuhkan...

update 12 jun 2013
Setelah segala usaha tidak berhasil. Aku akur dgn nasihat doktor utk dibuat operation. Mungkin lepas raya ni kot. Ops tonsil dulu, kalu buleh ops telur sekali. Berserah kepada Allah saja la....
lakaran 

Rabu, 26 Januari 2011

resepi rempah kari ikan

Tengah dok syok bicara tentang senaman, tiba-tiba je orang hantar mail pasal kari. Tak pa layan jer.


BAHAN-BAHAN

2 sudu besar rempah biji
2 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
Cili kering 5 – 10 tangkai (ikut tahap pedas yg digemari)
Kunyit hidup >< 2 cm

CARA-CARA NAK PROSES REMPAH

1.       Rendam semua bhn2 di atas dengan air panas lebih kurang 10 – 15 minit.
2.       Tos kan semua bhn2 di dalam penapis.
3.       Panaskan kuali tanpa minyak.
4.       Goreng semua bhn2 tadi (tanpa minyak) sampai rempah bunyi “tit..tit..tit..”
5.       Masukkan bahan2 yg telah digoreng ke dlm blender bersama2 2 sudu minyak masak dan air secukup rasa.
6.       Blend sampai hancur.

CARA-CARA NAK BUAT KARI

1.       Tumbuk 2-3 ulas bawang merah + bawang putih.
2.       Campurkan dan gaul dgn 2-3 sudu rempah tadi.
3.       Masaklah kari anda mengikut cara masing2….


 
‘Selamat Mencuba’
Terima Kasih Pn. Salmah Ismail

KOLESTROL

 Ini rekod ujian darah aku pada september 2010. Lepas raya tahun lepas. Yang ada tanda * tu maknanya tinggi. Paras kolestrol mesti di bawah 5.20. Setelah berpuasa sebulan dan raya. Aku punya dah 5.42. Dah turun dari yang sebelumnya 6.42 tapi aku tak simpan la rekodnya.Yang ALT tu  orang rumah kata tak pa. Lega. Maknanya puasa telah berjaya menurunkan paras kolestrol aku sebanyak 1mmol/l.


\


Kelmarin aku buat lagi ujian darah, dan keputusannya adalah pada gambar di bawah dimana paras kolestrol aku naik lagi kepada 5.92. Tambah lagi dengan LDL kolestrol 4.1, melebihi paras maksimum sebanyak 0.2 mmol/l.

 Jadi apa aku perlu lakukan sekarang. Senaman? Kurangkan makanan berminyak? Kurangkan karbohidrat pada waktu malam? Atau jangan makan langsung?????



Selasa, 25 Januari 2011

Tambah pendapatan atau tambah ilmu pengetahuan

Aku duk asyik cari jalan, fikirkan jalan untuk menambahkan pendapatan. Nak beli moto lagi besar, rumah, kereta dan macam-macam lagi. Melabur sana sini, untung 20-30 persen tak cukup lagi. Masuk peraduan hadiah juta juta tak menang lagi cuma tinggal tak tikam nombor je.

Semua orang rasanya kalut duk fikirkan cara nak tambah pendapatan ni. Berapa ramai la yang fikir nak tambah ilmu. Aku kalau sebut je sambung belajar dan-dan kata tak mau. Sambung belajar  ni pun untuk naikkan pangkat dan gaji, tu yang duk nampak. Tak terlintas langsung nak fikir nak tambah ilmu agama. Ilmu tajwid ka, bahasa Arab ka, doa2, kaedah sembahyang jenazah, urus jenazah, jadi imam ka bilal ka.

Kalau nak buat kenduri arwah, cari tok imam. Kalau orang mati, cari orang nak mandikan, sembahyangkan, talkin kan. Semua bagi orang buat, kita hulur jer. Sampai bila ni. Nak tunggu dah tua baru terkial-kial nak belajar semua tu. Zaman la zaman internet lagi senang nak belajar. Banyak ilmu boleh dicapaikan hanya dihujung jari jer. Tu pun tak mau lagi, nak habaq lagu mana lagi nih.

Aku kata ni untuk diriku sendiri la, sapa2 yang terasa mintak maaf la. Mari kita mulakan sama2. InsyaAllah.

DOA


Isnin, 24 Januari 2011

Mat Rempit

Satu lagi kisah pengajaran yang dipetik dari inbox aku. sama-sama kita baca dan hayati kisah ini serta sampaikan kepada orang lain. jangan ingat diri kita lebih mulia dari orang lain sedangkan kita semua makhluk Allah. makhluk yang tidak sempurna, dan sering kali melakukan kesilapan.

* * * * *


Sebagai seorang doktor yang tugasnya menyelamatkan nyawa manusia, tentulah saya merasa bangga dengan profesion saya ini. Sememangnya inilah cita-cita sebenar saya selama ini. Etika dan sikap profesionalisme sering saya amalkan. Apatah lagi saya juga seorang pensyarah di Pusat Pengajian Perubatan di salah sebuah universiti terkemuka. Saya sering menanamkan dan menekankan aspek insaniah dalam diri bakal-bakal doctor yang merupakan pelajar saya.

Suatu hari yang ditakdirkan Allah, saya di ajar tentang suatu nilai yang saya terlupa oleh seorang mat rempit.

Saya menoleh jam loceng saya. "Ah….baru 3am dan saya baru terlena hanya 2jam sahaja." Tapi, apakan daya kerana tugas, saya terus mencuci muka dan terus menggapai kunci kereta saya. Inilah rutin seorang doltor yang kita kenali sebagai `on call`.

Setelah memecut kenderaan saya, akhirnya saya tiba di bilik kecemasan. Ada satu kes kemalangan. Seorang penunggang cedera parah dan pemboncengnya meninggal dunia di tempat kejadian.

"Tolong doktor..Tolong selamatkan kawan saya," rayu seorang lelaki muda berseluar jean yang koyak dibahagian lututnya. Inilah trend pakaian mat rempit. Setelah 4 jam dibilik pembedahan, mangsa berjaya diselamatkan dan kaki kanannya terpaksa dipotong. Entah mengapa hari itu, terlintas bisikan syaitan dalam hati saya yang menyatakan`you deserve to get it`. Astaghfirualallahal azim, sebagai seorang doktor, saya tidak harus meletakkan prejudis saya sebagai prioriti dalam merawat pesakit. Melihat pesakit saya dari sudut siapa dia sebenarnya adalah salah. Hal ini kerana, dalam merawat dan meyelamatkan pesakit, nyawa setiap manusia begitu bernilai walaupun pada pandangan kita atau sesiapa, dia bukanlah apa-apa.

Keesokan harinya, saya pulang dari hospital agak lewat malam. Kepenatan benar-benar menyebabkan saya tidak sabar untuk tiba di rumah.

"Ah….lampu merah pula!!" Maka saya terus menekan pedal brek dan menunggu giliran sambil mata saya tertumpu pada suatu peristiwa yang menarik. Saya melihat seorang lelaki yang koyak jeannya dilutut menunggang dengan laju melanggar lampu merah tanpa rasa bersalah. Dalam hati saya berdetik "sah mat rempit lagi. Tak ada kerja lain ke selain menyusahkan orang lain." Tiba-tiba saya melihat pemuda itu berhenti, menongkat motornya dan berjalan kedepan.

Saya benar-benar malu pada diri saya sendiri melihat pemuda itu mengambil bangkai kucing yang saya kira baru saja dilanggar petang tadi, mengalihkannya ke tepi jalan agar tidak dipijak hina oleh kenderaan lain.

"Allahuakbar."

Saya benar-benar tersedak dengan bisikan hati kecil sendiri. Saya rasakan diri ini sangat mulia apabila menyelamatkan nyawa manusia, tapi tidak terlintas dan tidak sanggup membela bangkai binatang itu padahal ia juga suatu nyawa yang harus dihargai dan dimuliakan. Sedangkan dia seorang mat rempit yang mungkin tidak menghargai nyawanya sendiri boleh meletakkan nilai harga nyawa seekor binatang pada aras yang tinggi. Sesungguhnya Tuhan sedang mengajar saya sesuatu.

Sesungguhnya saya telah belajar sesuatu dari seorang mat rempit. Kemuliaan seseorang itu bukan terletak pada berapa besar dan tingginya jasa dan sumbangan pada sesuatu tetapi dinilai dari berapa besar seseorang itu mengerti makna kewujudan sesuatu dan menghargai.


* * * * *


Ini bukan kisah yang memberi pengajaran bahawa kita juga boleh menjadi mulia walaupun seorang mat rempit, lantas menanam cita-cita untuk menjadi kaki rempit. Namun cerita ini membawa pengajaran bahawa kita tidak boleh terlalu berbangga dengan diri sendiri dan membiarkan prejudis membezakan diri kita dengan golongan lain. Sikap prejudis akan mengurangkan etika dan meruntuhkan sikap profesinalisme yang ada dalam diri kita..

Read more: http://musafircyber.blogspot.com/2009/06/antara-doktor-dan-mat-rempit.html#ixzz1BwKgreNb

STRESS TEST

Ujian tekanan ini menggunakan gambar-gambar tekanan berputar untuk menguji tahap tekanan yang dapat dikendalikan seseorang : Untuk menguji diri anda, melihat gambar animasi di bawah ini. Untuk orang normal, gambar ini harus bergerak dengan kelajuan rendah, hampir tak berputar.

Semakin lambat putaran gambar, semakin baik kemampuan anda mengendalikan tekanan: penjenayah melihat gambar ini bergerak dan berputar dengan lajunya, sementara orang biasa dan anak-anak melihatnya tidak bergerak. Lihatlah lagi dan menyemak tahap stres. Gambar tersebut bukanlah animasi, tetapi gambar pegun, boleh dicetak.





Selamat Mencuba

Stress, punca dan kaedah rawatan

STRESS atau tekanan ialah apabila 5 faktor penting untuk otak dan sistem saraf berfungsi dengan baik tidak wujud secara seimbang. Antara sebab yang terpenting sekali ialah tekanan emosi dari makanan serta minuman dan persekitaran.

Apabila kita menghadapi sesuatu masalah, otak kita respon secara automatik dengan mengeluarkan sejenis kimia yang bernama adrenaline dalam kadar yang berlebihan dari yang kita perlukan. Biasanya jika keadaan seimbang apabila jumlah adrenaline yang berlebihan ini akan di turunkan balik oleh satu hormon yang di keluarkan oleh glan ADRENAL yang terletak di atas dan belakang buah pinggang kita. Jika keadaan ini tidak wujud atau terlalu banyak adrenaline di keluarkan, kita akan terus merasa kesannya seperti jantung berdebar, pernafasan cepat dan cetek, rasa seram sejuk, hingga ada yang menangis, menjerit atau meraung, rasa nak buang air besar, terkencing dalam seluar. Ini ialah tanda-tanda untuk tubuh kita cuba melawan paras adrenaline yang tinggi itu. Untuk tujuan ini kita memerlukan tenaga.

Jantung yang cepat membolehkan lebih banyak darah mengalir untuk membawa oksigen ke otot dan otak untuk membolehkan kita menhasilkan tenaga itu. Responnya biasanya ialah dengan cara melawan seperti menjerit, memukul, merosakkan barang-barang atau lain – iaitu menangis, termenung atau masuk ke alam sendiri (merajuk). Kita namakan ini respon “survival”, iaitu melawan atau lari dan kita namakan respon binatang mammalia atau reptilia.

Sekiranya kita beriman dan berakal kita akan menghadapi masalah itu dengan cara positif:

-          Menarik nafas panjang
-          Mengucapkan syahadah
-          Menyempurnakan solat dan cepat bertenang
-          Menyempurnakan exercise “relaxation dan visualisation” .



TANDA – TANDA STRESS:

Orang yang menerima amarah ini juga akan dengan itu respon dengan cara yang sama iaitu lawan, lari atau merajuk di sebabkan juga oleh adrenaline yang berlebihan. Jika orang itu berakal, dia akan respon dengan cara positif dan dengan itu tidak mengalami stress. Bagi anak kecil mereka belum lagi berakal. Sekiranya anak itu sering mengalami keadaan seperti ini ia akan menyebabkan anak itu tidak rapat dengan ibu bapanya atau penjaganya dan sekiranya berlarutan anak itu akan menyisihkan diri dan masuk ke alamnya sendiri. Jika tanda-tanda itu wujud sebelum3 tahun ini bermakna anak itu telah mengalami stress dari dalam rahim ibu lagi dan keadaan itu di beri nama Autisma. Jika tanda itu wujud selepas 3 tahun kita biasa kenali orang itu sebagai orang gila atau “Schizophrenia” .
Anak juga belajar cara mengatasi stress dan akan memprogramkan perangai marah atau merajuk dalam otaknya, dan akan dengan itu membentuk perangainya, keperibadiannya dan perwatakannya kelak waktu dewasa. Ibu yang sentiasa dalam keadaan stress waktu mengandung akan menyebabkan anak dalam kandungan juga stress, dan boleh menyebabkan keguguran, lahir belum cukup bulan, atau anak menghidap sawan tarik atau di lahirkan anak kurang upaya.
Bukan sahaja orang yang menerima akan mengalami stress, orang yang amarah itu juga akan mengalami stress.

Di ANTARA TANDA-TANDA STRESS IALAH :

Ø  Otot-otot muka bergerak
Ø  Cakap gagap atau tidak terus (stuttering) atau gagap
Ø  Menggigit kuku atau bibir
Ø  Mengetuk lantai atau meja dengan tangan atau kaki cara berterusan
Ø  Menggoyangkan kaki
Ø  Jantung berdebar
Ø  Pernafasan cepat
Ø  Sakit perut yang tidak ada kaitan dengan makanan
Ø  Muka merah atau pucat
Ø  Tangan sejuk dan berpeluh (basah)
Ø  Rasa loya atau tidak lalu makan
Ø  Mulut kering
Ø  Rasa takut sesuatu akan terjadi
Ø  Kerongkong rasa tersekat
Ø  Sentiasa menelan air liur
Ø  Tidak boleh tidur atau ada masalah tidur
Ø  Tidak boleh memberi tumpuan
Ø  Selalu pening kepala atau sakit
Ø  Lemah lutut
Ø  ‘Fidgetiness’, iaitu mengusik orang, merosakkan barang-barang atau mendera binatang
Ø  Senang panik
Ø  Senang lupa
Ø  Ceret-beret yang tidak ada kena mengena dengan makanan
Ø  Kencing malam
Ø  Mengigau
Ø  “HYSTERIA” atau menjerit-jerit tanpa sebab
Ø  Merajuk


Keadaan ‘STRESS’, sekiranya tidak dikawal dikalangan orang dewasa akan menyebabkan tekanan darah naik tinggi (melebihi 120/80) secara berterusan, yang akhirnya boleh menyebabkan jantung lemah, paru-paru lemah dan otak lemah, dan juga sistem ketahanan dalaman atau sistem imuniti lemah dan sistem lain juga lemah termasuk pengaliran darah. Jadi ini lah penyebab penyakit seperti darah tinggi,kencing manis, lemah jantung,sakit sendi, gastrik, ulser, penyakit-penyakit kronik dan malahan kanser.
MAKANAN DAN STRESS :
Makanan dan minuman udara dan air boleh juga menyebabkan stress. Kekurangan oksigen atau bertambahnya karbon dioxida dan carbon monoxida atau ketiga-tiganya atau bertambahnya bahan-bahan racun yang akan menyumbatkan saluran darah dan usus Diantara makanan yang diberi nama ‘Junk Food’ atau makanan dera diri ialah makanan atau minuman yang terlalu banyak gula pasir, kafin dalam kopi, tannin (dalam teh) xantin (dalam coklat) dan makanan dan minuman yang terlalu banyak perasa, pengawit, pewarna dan monosodium glutamate atau MSG. Minuman dalam tin dan kotak termasuk susu lembu juga termasuk dalam katogeri makanan dera diri atau “JUNK FOOD”

Semua makanan ini menyebabkan stress dan dengan itu kesan-kesan stress seperti penyakit alahan dan kelemahan sistem imuniti yang menyebabkan kita rasa letih dan tidak bermaya, yang menyebabkan pula kita sering marah dan lain-lain yang menambahkan lagi ‘Stress’ itu.
Rokok merupakan satu lagi faktor penting yang bukan sahaja merbahaya kepada penghisapnya tetapi juga kepada orang atau anak-anak yang menyedut asapnya. Asap ini mengandungi karbon monoxida yang merosakkan oksigen dan jika disedut oleh ibu mengandung boleh menyebabkan kecacatan janin dan jika disedut oleh anak kecil, akan mengurangkan potensinya untuk menjadi cemerlang, dan mungkin akan mendapat penyakit-penyakit kronik di usia awal.

FREE RADICAL :

‘Free Radicals’ atau habuk-habuk api merupakan faktor baru yang dikesan yang boleh menyebabkan sel terbakar dan jika berterusan boleh menyebabkan penyakit-penyakit seperti Kanser, Arthritis dan penyakit-penyakit lain.
Makanan dan minuman sekarang secara am telah diproses dan tidak ada lagi enzim, vitamin dan galian yang boleh menghadamkan sepenuhnya makanan dan minuman itu. Ini akan menambahkan ‘Stress’, menambahkan racun darah dan menambahkan lagi ‘Yis’ atau ‘Ragi’ yang dikenali sebagai Candida, yang akan menjadi punca penyakit-penyakit Alahan, Asthma, Arthritis, sering marah dan lain-lain.
Amalan berpuasa akan membantu mengatasi masalah ini dan di perkuatkan dengan amalan MENU pusingan, cara makan yang betul, cara minum yang tepat dan menambahkan kekuatan itu dengan makan vitamin dan galian tambahan yang sesuai.

SALURAN DARAH TERSUMBAT :

Hasil dari emosi yang negatif dan makanan dan permakanan dera diri yang menyebabkan STRESS, badan kita banyak mengeluarkan kolesterol berat dan protein atau LDL (Low Density Lipo protein) yang akan menyumbat saluran-saluran darah. Yang penting sekali ialah saluran darah ke otak dan jantung. Tiga puluh peratus dari jumlah oksigen yang dihidu mesti sampai ke otak pada setiap ketika. Jantung juga memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi dengan baik supaya darah yang membawa oksigen dan makanan ke otak cukup untuk otak berfungsi dengan baik. Demikian juga dengan sisa-sisa hasil dari metabolisma dari otak dan tubuh mesti di proses dan di bawa keluar melalui air kencing, najis, peluh dan penafasan.

Jumaat, 21 Januari 2011

Beli Mentega

Ada satu kisah seorang penjual roti membeli mentega dari seorang petani. Tapi apabila pulang, beliau menimbang semula mentega itu dan mendapati ia tidak sampai 1 kg seperti diminta. Setiap kali itulah yang dilakukan si penjual roti ini sehingga akhirnya kesabarannya tidak dapat ditahan lagi. Akhirnya beliau mengadu kepada pembesar lalu diadakan perbicaraan.



Tuan hakim bertanyakan kepada petani, " Adakah kamu mempunyai penimbang?". Jawab petani "Tidak".  "Lalu bagaimana kamu menimbang mentega yang kamu jual kepada penjual roti ini?" tanya tuan hakim. Jawab Petani " Oh, itu senang saja. Aku menggunakan roti yang dijual oleh penjual ini yang beratnya juga 1kg". Tuan hakim pun faham.

Anda faham. Moralnya ?????

Rabu, 19 Januari 2011

Apa Hebatnya Solat Di Awal Waktu?


Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.
Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?

Waktu Subuh

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.
Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.
Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.
Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.
Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.
Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.
Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zohor

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.
Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.
Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.
Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

Waktu Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.
Rahsia warna oren ialah kreativiti.
Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu).
Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Waktu Magrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.
Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.
Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.
Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.
Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.
Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.
Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.
Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Qiamullail

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.
Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.
 

Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.
 Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.
Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.
 
Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya.
Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.
Wallahualam.

Selasa, 18 Januari 2011

Isnin, 17 Januari 2011

Gendang, gong, serunai,kompang

Gendang silat
Permainan gendang silat sewaktu hari kenduri kahwin jarang diadakan sekarang. Mungkin kerana penggiat seni sudah pupus, berkurangan dankalau ada pun mengenakan bayaran yang tinggi. 


Kompang, Hadrah


Permainan kompang atau hadrah ini lebih murah. Dimainkan semasa perarakan pengantin ke rumah kenduri. Dimulakan di rumah persinggahan yang berhampiran, tempat pengantin bersolek atau berehat seketika.

Fungsi kedua-dua permainan ini untuk memeriahkan lagi hari persandingan. Biasanya tetamu akan balik selepas menjamu selera, tapi dengan adanya mainan kompang dan gendang, mereka sanggup tunggu sehingga persandingan selesai. Jika ditambah dengan aksi pencak silat, lagi meriah.



Silat

Silat
 






















Lima Perkara Sebelum Lima Perkara

Apa lima perkara ni? Sihat sebelum sakit, Muda sebelum tua, Lapang sebelum sibuk,Kaya sebelum miskin, Hidup sebelum mati. NI sabda Rasulullah S.A.W. Jadi rebutlah lima perkara ni sebelum datang lima perkara lagi tu.
Orang yang sihat takkan rasa nikmat sihat melainkan dia pernah terlantar sakit. Sebab tu ramai yang tak jaga kesihatan, bila dah sakit baru kalut cari ubat, jaga makan. Nabi dah pesan, jadi jangan tunggu dah sakit baru nak jaga. Kan mencegah tu lebih baik dari mengubati.
Masa muda semua buat, tak kira halal haram. Kata depa muda hanya sekali, nanti dah tua bertaubat la. Kalau dan bertaubat. Kalau dicabut masa muda, tengah duk membara tu, apa cerita. Kalau orang buat perangai, orang kata tua tak sedar diri. Tapi kalau muda, xpala dia muda lagi. Tak kira la muda ka tua, dari muda lagi kena jaga dah, supaya bila tua tak la teruk nak lencong balik ke jalan benar. Ada yang kata, kalau dari muda tak pernah buat jahat, nanti tua baru nak jadi jahat, lagi haru. Mana punya falsampah ni. Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.
Kawan2 kita selalu kata, bila lapang mai la lepak ngan kami. Nak pi masjid pun x sempat, ajak pi lepak-lepak lak. Masa lapang ni kita kena guna sebaik-baiknya. Buat yang berfaedah. Lepak ni sesuai untuk rehat, selepas sehari penat bekerja, lepas main sukan. Lepak la sat bagi hilang penat. Tapi kalau lepak je, sebelum tu tak buat pa pun, tu kira tak berfaedah la. Nak ajak kawan lepak kedai kopi pun boleh tapi pi la waktu makan. Dua dalam satu tu. Untuk melepak kita ada masa, tapi nak buat baik semua jadi tak dan. Sembahyang pun lima minit je siap. Tak leh lama2, nak pi kejar benda lain, banyak kerja la. Dah la sembahyang hujung2 waktu dah. Apa kata maksud ja waktu, terus pi sembahyang, boleh berjemaah.
Masa ada duit tak ingat, itu nak beli, ini nak beli. Padahal kalau tak beli pun tak pa. Bukan keperluan tapi kemahuan. Simpan la sikit habuan bila sesak nanti, mana nak tau no. Benda duk elok lagi dah nak ganti yang baru. Beli makanan lak sampai tak habis makan, akhirnya buang je dalam tong sampah. Kalu bagi kucing, ayam makan ok gak. Tak yah beli makanan ayam atau kucing dah.
Setiap yang hidup pasti merasai mati. Bila, di mana, bagaimana kita tak tau. Kena bersedia sepanjang masa. Beribadatlah seolah-olah kita akan mati sat lagi atau esok ka, kalau buat kerja dunia, buatlah seolah-olah kita kan hidup selama-lamanya. Yang buat kerja dunia tu rasa ramai yang ikut tapi tang ibadat tu, tak tau la. Agak2 macamana la orang yang tau dia nak mati sembahyang. Air mata mesti berlinang, menggigil, kita kena macam tu gak la. Tapi yang selalunya rilek je, tak dak rasa takut, cepat selesai lak tu. Doa tak dan baca. Ka tak tau baca?

(Link)

Jumaat, 14 Januari 2011

HIJAU MENYEJUKKAN MATA

Betul ke kehijauan boleh menyejukkan mata? Kalau tengok matahari boleh menyakitkan mata. Tengok  cahaya lampu yang terang pun boleh berpinar mata. Mari kita penuhi penglihatan kita dengan warna hijau jer. Ambil daun hijau banyak2 hiaskan dalam rumah, gantikan semua perabut dengan warna hijau. Kain selimut, cadar katil, sarung bantal, kain pelikat, tuala, semua pakaian berwarna hijau. Cuba bayangkan. Mesti rumah tu jadi sejuk. Bila mata sejuk badan pun sejuk la kan.


















 

macamana nak pilih basikal ni????

Yang murah ada yang mahal ada. Besi, aloi, brake disk, 7 speed, 6 speed, shock absorber. Pening betul bila dah ada banyak pilihan ni. Beli yang murah nanti tak puas hati lak, beli yang mahal sayang kan duit jugak.
Takut satni jadi angan2 jer. Petang kelmarin akui gagahkan juga joging. Baru lima minit dan tercungap2, rasa nak patah balik jer. Ye la kalau diteruskan macamana aku nak balik. Tu la yang terbayang basikal. Kalau kayuh basikal tak ler rasa jauh sangat nak balik kan. Lagipun, basikal ni guna tenaga sikitpun dah gerak laju daripada kita joging kan. Lagi cepat boleh balik. Cuma masalahnya macamana nak pilih basikal yang sesuai ni. Kalau aku belasah yang 200+ tu ok ka. Nanti minta test drive dulu la. Orang beli keta pun test drive dulu, takkan beli basikal tak leh lak. ALang-alang nak test, test yang 5000 dulu kot hehe. Tak beli pun merasa la jugak naik basikal mahal kan.




Khamis, 13 Januari 2011

Jom senaman berbasikal

Dapat nasihat daripada agen jual supplement, mengatakan senaman yang sesuai untuk jantung adalah contohnya berbasikal, joging. Sebabnya kerana cara ini memberikan beban yang sama sepanjang senaman tak seperti main bola, badminton, tenis dan lain-lain yang memaksa badan bekerja keras pada masa2 tertentu dan rileks pada masa yang lain. Kalau berbasikal kita cuma terus mengekalkan kayuhan yang sama sepanjang perjalanan. Tapi kalau nak racing, panjat bukit teruk juga. Jadi sesuai di jalan biasa la bukan off road.
Jom pi usha basikal dulu ok.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...