Sabtu, 31 Disember 2011

Jus mengkudu atau buah noni

Mak tgh blender tapis mengkudu. Xyah beli buat sendiri. Murah lagi ori. Hanya campur air. Khasiatnya kena cuba dulu baru tau. Sapa yg sanggup minum boleh la cuba. Dah 2 jag mak aku minum. Pagi segelas petang/malam segelas.

Cukupkah ilmu utk menjadi ibu dan bapa?

Kalau org dera anak, aku pun marah. Cucuh ngn puntung rokok la, sterika, rantai, sepak terajang, buang bayi. ada yg mati, ada smpt diselamatkan.

Tp depa x ckp umur lagi, mati yerus masuk syurga. Cuma kisah hidup di dunia ja yg menyedihkan.

Adakah anak yg kt besarkan, belai, sayangi akan masuk syurga juga. Apakah pendidikan yg kt bg utk mereka amlkan dpt menjamin syurga utk mereka.

Apakah yg menjamin kt akan masuk syurga? Sudah tentula dgn taati perintah Allah dan Rasul. Bukan pangkat, atau ijazah , harta, perniagaan, rumah yg besar, insurans yg tinggi.....

Tp knp manusia terus meletakkan semua itu lebih utama.

Jumaat, 30 Disember 2011

Hidup ini untuk apa?

Soalan cepu emas kepada yg masih hidup. Sila jawab................

Tapi Allah berfirman...........


Maksudnya:““Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan Jin dan Manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.”(Az-Zariyat: 56)

Inilah sebab kita hidup iaitu utk beribadat kepada Allah.

Adakah mencari ilmu itu adalah ibadat. Mencari kekayaan itu ibadat. Perkahwinan itu ibadat. Membina kerjaya itu ibadat. Berniaga itu ibadat. Berblog itu ibadah.????????

Semua kerja di dunia ini adalah ibadah selagi ia tidak melanggar syariat. Berniaga adalah ibadat selagi tiada penipuan dalam perniagaan, riba, leka berniaga hingga lupa solat, tidak menutup aurat, tidak bayar zakat, bercampur laki perempuan, barangan yg haram seperti arak, judi, pelacuran......

Marilah kita mengingtkan diri kita, sahabat kita, anak2 kita, adik beradik sedara mara kita bahawa sebenarnya hidup ini adalah semata2 utk beribadat dan menyembah Allah.

dipetik dari khutbah solat jumaat tadi

Rabu, 28 Disember 2011

Ku hijrahkan doa

Drma arahan Murali Abdullah ni mmg best. Dah byk aku tgk drama arahan dia. Puas hati la.

Tadi drama ku hijrahkan doa lakonan zamarul dgn bell sbgai 2 beradik. Masa kecik abang lindungi adik, bl besar adik plak doakan, sanggup buat apa saja, gadai tanah, bendang, nyawa sekalipun asalkan abgnya (zamarul) berjaya mencapai hasratnya.

Cuma ending tu adik (bell) mati. Kalau la dipanjangkan, sampai bell kawin ngan anak sapa ntah (ketua kg kot), pastu abg dia berjaya lak. Yg duk buli dia pun dah insaf. Baru la happy ending.

"Hidup ini terlalu singkat utk aku miliki sesuatu."
Byk dialog yg best. Tp aku dah lupa. Baru je abis tgk td.

Selasa, 27 Disember 2011

Putu mayam, mayum,mayung

Mana 1 yg betul x tau la. Tp yg pasti ianya sedap. Heheehhe

Knp sekrg ni kecik2 je. 5 keping aku sorang je. 2 hinggit lak tu.

Ye la gula, tepung, kelapa semua dah naik harga. Blom masuk harga gas, petrol, bil letrik, air.....byknya nak kira.

Kenalkah anda?

mari kita lihat sapa terer. Kenal x org dlm gambar ni?
Bukan nama sebenar tp wataknya dlm drama tentang Dhia d tv3.
Jahat gila dia ni. Tapi yg sedihnya knp org mudah percaya bl 1 org burukkan org lain. Tanpa usul periksa. Tanpa bicara.
Contohnya surat khabar. Apa sj crita semua kt akan terima. Tp bg org yg plg hampir dgn crita tau ada kesalahan fakta.
Ada bbrp brita yg melibatkan saudara aku yg dipaparkan. Masa depa crita mcm lain, tp esok bc paper dan lain plok. Tp kesalahan tu x la sampai mengaibkan mereka.
Yg paling byk sekali isu politik. Ahli politik pun kt kenyataan mereka dah disalahtafsir.
Moralnya bila ada org memburukkan org lain, dgr ja jgn percaya, berhati2 dan berwaspada. Jgn lak di sebarkan dan ditambah2 lak.
Tp dah mmg sft semulajadi kt ni suka dgr crta keburukkan, kebodohan, kelemahan org lain diaebabkan oleh cemburu irihati dengki.

update: 30/12/2011-Dah abis dah cerita tentang dhia. Tentu ramai mengamuk, termasuk bini aku, pasal mak mertua dhia x jadi apa pun. Dhia mati, zikir pun mati. Frust giler bila takder langsung muka penyesalan di wajah mak mertua dhia. Muka kantoi ada la kat last2 tu.....

Beginikah nasib org yg baik, yg telah melaksanakan apa yg diminta oleh org tua, x pernah mengabaikan agama. Taat pada suami. Syaitan adalah dalang utama, mempergunakan manusia yg pada hati nya ada titik hitam yg kecil pada mulanya. Akhirnya menjadi besar setelah diapi2kan olehnya.

Kalau demam tampal koyop, kalau koyak.....

Stapler je. Baru je buh gam. 2 3 ari jemur. Koyak balik. Geram nyer pasal gini je aku buat. Kalau ada stapler mata besar nyer lg kuat ni. Bagus gak idea ni.

Goodbye 2011

2011 dah di penghujung ni. Cuti ada byk lagi. Tp cuti percuma pun byk gak. 4 hari je lg utk ttp tirai. Sat ja masa berlalu.

Apa peristiwa/kenangan manis tahun ni? Ada. Produk voltage stabiliser DIY laku tanpa disangka2. Alhamdulillah, tambah pendapatan skit.

Anak kedua, puteriku lahir 2011.

Yg tu je aku ingt. nanti kalau ingt aku update.

Jgn risau, la ni blog dah boleh update d mana2 pon. Dah pakai broadband skrg. kira maju la skit. Hehheeh

Cuti lagi


cuti2 Malaysia
 Baru2 ni cuti straight 3 hari sebab krismas hari ahad. Minggu depan ni pun 3 hari lg sbb thn baru jatuh hari ahad. untung betulla cuti ganti ni. Kalau kerja swasta, kilang x merasa kot.
Cuti ni bagus boleh mengembalikan semangat utk kembali bekerja. Prestasi pun boleh meningkat. kalau xcuti2 lgsg boleh jadi muak gak yer. Release tension la.

Isnin, 26 Disember 2011

TInted RM80 jer............

GIler ke hapa?

Bawa anak p klinik Azhar. Pastu nak pi mnum or mkan kat Tat nasi ayam. Sampai tgh jalan terjumpa lak kedai keta, buat tinted maa........Apa lagi tanya jom. "Berapa". "U mau mana punya, 50%, 35%." "50% berapa?" "60 saja." "Opocot opah kau, 60? 4 cermin + cermin blkg = 60?" "Ya la. Kenapa x percayaaaa?"

Aku duk tanya kat tempat lain punya lama semua 2 ratus ke atas. Tanpa banyak soal, kualiti ka apa ka. Aku on terus. " Ok pasang, kalau gelap sikit brp?" "Haiya ini angkat 35% la, 80 saja maaa". "Opocot tok wan kau, 80 ja? Ok belasah. Semu jpj lulus aaa?" " Ya la".

Bagitau kat sepupu, dia kata "Sana lagi murah bang". "Hah? Kau biar betul2. Xpa la sini pun dah banyak murah."

Jpj lulus ke tak? Ntah org kedai tu kata ya. Tapi kau x percaya. Xpa kalau jpj tahan dia bagi kita masa suruh p tukar dulu. ok la tu. xyah takut2, bukan bawak dadah.

Rabu, 21 Disember 2011

Majlis Keselamatan PBB kutuk penempatan, serangan Israel

Britain, Perancis, Jerman dan Portugal menuntut agar kerajaan Israel menghentikan serta-merta serangan ke atas masjid dan rakyat Palestin yang dilakukan penduduk ektremis Israel dari penempatan berkenaan.

Sampai bila mau kutuk bro. Kalau Iraq, Afghanistan boleh diserang. Xkan yg ni kutuk saja. Memang berat sebelah la. Semua ni sekutu2 Israel belaka. Setakat kutuk apa nak luak. Tanah Palestin ko duk kurang. Lama2 org Palestin pulak jadi pelarian.

Israel memang 1 bangsa yg x boleh diajk berunding, lagi la kalau nak buat kawan. Semua bangsa yg ada atas dunia ni kena ingat. Hangpa kutuk la lagu mana pun, dia buleh wat dekkk jer. Apaa lagi kita boleh buat. Amerika duk standdby jer. Sepatutnya Amerika pun kita kena pulau gak.

Dah berpuluh2 tahun rakyat Palestin hidup dalam cengkaman. Tiada kebebasan, diambang maut.

Tapi dunia tidak menjanjikan apa2 kepada manusia melainkan nikmat yg sementara. Selagi kita terus berpegang teguh kepada agama Allah, pasti suatu hari nanti kita semua akan berbahagia.

Hidup Palestin!
Hidup Palestin!
Hidup Palestin!

Saintis temui dua planet baru bersaiz bumi

Sapa nak duduk? Nak beli tanah lot banglo...........murah jer....

Saiz je hampir sama ngan bumi, tanah, udara, air macamana? Satu daripada planet itu hanya tiga peratus lebih besar daripada ukur lilit bumi manakala satu lagi antara 10 peratus lebih besar dari bumi.

ada planet baru la

Kedua-dua planet itu dilaporkan mempunyai permukaan batu-batan yang mirip bumi.
"Namun suhunya terlalu panas untuk membolehkan hidupan bernyawa tinggal kerana suhunya dianggarkan antara 815 hingga 426 darjah selsius," kata Fressin.

Beliau berkata, jika adapun tumbuhan atau hidupan bernyawa di planet itu, ia kemungkinan sebagai bakteria atau hidupan yang tidak diketahui.

Paanas betul suhu dia. 1 air cond x cukup ni. Kena pakai aircond dewan besar la baru terasa suhu bilik.

sumber: Berita Harian Online

Dividen Dan Bonus ASB

7.65 sen seunit dan bonus 1.15 sen seunit.

Ok la tu. DUk saja dapat dividen. Kalau RM10,000 dapat la RM765 + bonus. Kalau RM100,000 kira la sendiri...hehehe

Jangan lupa keluarkan zakat bila cukup haul. 2.5% jer. Sedekahkan kat fakir miskin. Alhamdulillah. Walau pun depa x labur kat ASB tapi merasa la jugak. BOleh guna duit zakat itu bukakan akaun ASB utk depa. TIap2 tahun depa dapat dividen.

Selasa, 20 Disember 2011

Fenomena Android

Adakah aku ketinggalan bila semua orang duk pakai android, aku masih lagi setia dgn symbian. Hahahahaha....x tahan aku tgk kengkawan aku pakai, anak2 depa pun dah pakai. Touch screen pun aku belom sampai lagi.


n82 buruk
 Nak tukar, mahal beb. Tapi perlukah aku tukar?????


Boleh call, receive call, sms, mms, video call, camera 5MP cukup la. Tapi internet lemah sikit. Screen kecil, nak gerak kusor susah ,lambat.
X leh men video youtube lak. Pas tu housing pun dah buruk. Pakai salotape je tutup bateri.



terhangat di pasaran
Kalau tgk yg sebelah ni, terliur aku. Bila la nak merasa. Sayang duit woi. Yg murah2 xdak ka.

Mau yg murah tp nak laju, function semua ada. Amacam?

fuiyooo

Pakai Baju Pengantin Melayu lak....

Sapa pemuda ni. Betul ka dia kawen lelaki gak. Kalau ya pun nak kawen sejenis, awat pi heret bangsa sama. Baju Melayu utk org Melayu yg terus mendukung adat dan budaya Melayu. Kawen sejenis mana ada dalam kamus org  Melayu. Kalau dalam Islam dan tentu haram.

Kalau rasa nak pakai baju Melayu gak, biarlah buat kerja yg senonoh sikit. Tapi x senonononoh dia ni pun pakai jugak, ingat jugak ke baju Melayu tu. Kalau aku, masa akad nikah, raya, sembahyang jumaat insyaAllah la pakai baju Melayu, tapi samping xdak la.

Hang Tuah dah marah
Kalau Hang Tuah ada, sah dah kena bunuh ni.........

Rabu, 14 Disember 2011

Pencuri kena belasah

Bila aku taip jer kat google "pencuri kena belasah" keluar byk kisah pencuri kena belasah, ada yg sampai terkencing, mati pun ada. Tau pun takut, tp masa buat x ingat. Ni menunjukkan org ramai memang geram ngan spesies manusia ni. " Kalau dapat mampus depa ni aku kerjakan". Ni la ayat yg keluar dari org ramai. Memang mampus la bila dapat kat depa.


pencuri kena belasah
Kesian gak tgk depa kena belasah. Aku pun x sanggup nak tgk. Tapi kalau setakat sepenumbuk, seterajang tu aku pun rasa nak bagi gak. Hehehhhhheeehehehehh

40,000 ahli PDRM, JPAM dan RELA ditugaskan banteras jenayah

40,000 ahli PDRM, JPAM dan RELA ditugaskan banteras jenayah

Kenaikan kadar jenayah ganas nampaknya telah membuka mata pihak berkuasa mencari jalan lebih berkesan utk menangani dan membenteras kes jenayah yg ganas2 ni dari terus menular dan menggugat keselamatan rakyat Malaysia yg dulu hidup aman harmoni. Cuma sekarang bila kemajuan dan kemewahan datang, tiba2 ada saja yg nak ambil jalan mudah utk mengaut keuntungan. Termasuk warga asing, PATI.

Kita dulu pun hidup susah tapi xdak la kemaruk sangat sampai pi curi hak orang, sampai sanggup tetak menetak ni. Kalau guna parang tu pi tetak kayu buat kayu api pun leh duit dah. Ni dak, sikit2 x moh, nak byk tp malas, nak senang susah x moh lasung.

Kita pun xleh ambik mudah sgt harta benda kita. Kena pelihara elok2. Walaupun kita tau segala2 adalah atas kehendak Allah. Kalau kita x jaga xkan nak suruh Allah jagakan utk kita kot.

Kes naya ni........kawan makan kawan

Kalau mohon x layak tiba2 je kena bayor.....
Kawan ada macam2 kwn. Dah kenal lama pun x leh percaya 100% gak. Tambah2 pula kait ngan duit ni (jadi penjamin buat pinjaman). Baik kawan baik sedara, adik beradik pun kena tengok2 gak. Tapi kalau kena naya ngan adik beradik kira ok jugak darah daging kita kan. Masa kita sakit, nak mati nak kenduri ada gak dia mai jenguk, tolong bantu mana yg patut.

Tapi kawan, time kita byk duit, heppi, boleh belanja makan, time ni ramai kawan. Tgk bila kita susah, sakit, ada x depa ni nak mai jenguk. Masa ni baru kita tau yg mana kwn yg mn setan. Hahahahhaaha........

X kira la tua ka muda, pakai sorban ke kopiah hitam ka putih. Kena waspada. Aku ni dah ada pengalaman semua ni. Cuma kena x byk la mcm ni......kalau kena byk ni dah lama duk hospital bahagia.....Tgk gambar tu, fizo yg hensem dah jadi x hensem bila kena lagu  ni.

Anak Emas

Tengah orang duk kalut isi borang bantuan BR1M. Bini aku pun kalut duk tanya borang. Borang apa? Kita mana layak BR1M!

Sumber: Penangdaily.com
Kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang sedang menimbangkan untuk menghadiahkan RM100 kepada setiap bayi kelahiran Pulau Pinang mulai tahun ini, kata Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Beliau berkata pemberian one off itu di bawah program “Anak Emas Pulau Pinang” itu bagaimanapun mensyaratkan bahawa pendapatan isi rumah keluarga tidak boleh melebihi RM4,000 sebulan dan salah seorang ibu bapa adalah pengundi di Pulau Pinang.



poster Anak Emas Pulau Pinang
Borang untuk yg di atas ker? Haish! Mana kita layak. Memang anak kita lahir tahun ni di Pulau Pinang tapi pendapatan????, siapa pula antara kita pengundi di Pulau Pinang. Ini la hadiah kerana pilihanraya. Dah kita x mengundi di sini dia nak bagi buat pekdah apa?? Kita xkan mangundi depa. 

X leh jadi anak emas Pulau Pinang la anak aku. Anak aku jadi anak perak pun xpa macam ayah dia.

Bawa Bekal

Teringat masa sekolah dulu. Bila nak pi sekolah mak bagi bekal. Kadang bawa nasi goreng, mee goreng, cucuk jemput2, cokodok pisang, goreng pisang. Rajin mak kita masak kat kita. Terima kasih mak.

Sekarang ni pun aku pi kerja bawa bekal gak. Tapi bukan yg mak aku masak atau bini aku masak. Bukan selalu pun bawak. Bila ada nasi atau makanan semalam yg x abis jer aku perangat. Nak makan kat rumah x sempat.


Dah nak clear
 Bila bini aku masak utk jamuan ke, kenduri ke, ada la sikit habuan aku nak bawak. Alhamdulllah.

Setelah 54 tahun merdeka

paip air kerajaan

letak gam sambung paip



Dah 54 tahun merdeka, paip air bermeter akhirnya akan menjajahi kampung aku. Maknanya lepas buka pili, meter jalan, pay per use. Sebelum air masyarakat sebulan RM2 jer. Tak tutup pili pun duk RM2 tu jugak. Tu sebab ada yg marah, rumah dia x der air sebab ada rumah yg kepala pili pun xder. Air duk turun sentiasa. Macam mana air tu nak pergi rumah lain?

Lepas ni sapa yg x reti tutup pili tu hah, bayar le bil air tu. Ingat free.

Air masyarakt tekanan rendah berbanding paip kerajaan ni. Xleh la nak main pancut2. Filter air pun boleh la guna. Kalau x sbelum ni nak penuh 1 jag pun tadah sampai ke pagi. Kalau tekanan air kuat baru la air keluar laju sikit.

Selasa, 13 Disember 2011

Kenapa tiap2 pagi aku sakit perut......

Kenapa ha???? Nak buang awal nak kena makan dulu, minum air masak pon ok dah. Tapi bila dah buang, sekali x cukup nak kena 2 - 3 kali baru lega. Ni x makan lagi ni. Nak pi makan nak cari tempat yg ada bank, boleh cepat2 pi melabur. Nak melabur pun jenis x leh tangguh2 ni. Dia tembak angin je sekali, kena standby dah, gerak cari bank segera.

aku dah cakap...mana?mana?


Member2 semua dah pi makan. Kalau ada bank kat situ nak gak aku ikut. Tapi lagi selesa bank kat tempat kita kerja. Bank kat tempat lain ramai orang. Kita dah emergency ni mana dan nak beratur kang bertabur....

Pergi makan sekali, tapi aku yg balik dulu. Elok sedut je asap sepam dua, dia pun bagi signal. Apalagi bergegas la.....selamatkan keadaan.

Selamat Pagi

Mood pagi
Selamat  Pagiiiiiiii  Malaysiaaaaaaaaaa!!!

Sarapan dah ke?

Isnin, 12 Disember 2011

Dah setahun jadi blogger

Bulan Disember 2010 aku buka blog ni. Dah setahun umurnya. Dah setahun aku cuba memantapkan blog ni. Tapi nak banding ngan blogger lain, siapala aku.

Semoga tahun akan datang lebih maju, aku akan terus berblog, dan sokongan semua amat aku hargai. Terima kasih kerana sudi mengunjungi, mengomen dan mengongsi maklumat di blog  ni.

Yang baik adalah dari Allah dan yg buruk itu adalah kelemahan tuan blog. Mohon maaf jika ada kenyataan yg menyinggung, menyimpang, kalau ada yg x betul sila beri komen. Jangan malu2. Ok.

Bantuan Rakyat 1 Malaysia

Alhamdulillah, boleh buat beli baju sekolah anak2. Boleh bayar hutang kain raya lepas. Bulan repair keta.  Bulan repair rumah dan macam2 lagi kelegaan yg dihamburkan oleh rakyat Malaysia yg baru memohon BR1M. Tu belum dapat lagi tu......dah dapat kang lain lak jadinya. Hutang tinggal hutang jugak.

RM500 tu banyak. Memang la xleh nak beli keta. Tapi boleh la menampung perbelanjaan sikit. Xkan ada yg dengki kot. Yg dah banyak duit tu x yah la sibuk2 nak mohon jugak, menipu tu berdosa. Agak2 dah terlebih tu xyah la mohon.

Tu pun dgr cerita ada kaki jual borang sampai RM150. Apa ke jadahnya depa ni. Borang tu free je pakcik makcik, kalau ada yg nak menjual cakap "x payah". X pun pinjam borang kengkawann pi potostat, abih citer.


foto sinarharian
 Kalau ada orang yg x tau tolong la bagi tau yer. Kerajaan bagi semua, yg layak la. Peruntukkan dah ada, jgn x mintak lak. Bukan kira berapa ramai, kalau layak, pi mohon, dapat la. Kalau x dapat kabor ke ketua kampong. Ketua kampong pun dapat, xkan kita x dapat.

Jumaat, 9 Disember 2011

Menang jugak..............

Walau tewas di gelanggang, chong wei berjaya juga atasi Lin Dan di luar gelanggang melalui undian peminat.


Mesti pengundi Malaysia yg ramai ni, sebab 2 boleh ke Chong Wei. Tapi rakyat China lagi ramai, kalau semua undi mesti Lin Dan menang.


Mungkin org x suka Lin Dan sebab dia ada gaya sombong kan. Kalau kita kenal dia betul2 dia x sombong la. Tapi kalau dia nak sombong pon kira layak la sebab dia sorang ja boleh kalahkan Chong Wei.


Apa2 pun tahniah Chong Wei.

Pendidikan amat penting

Aku ni bukan la peminat Dr ni. Tapi aku sgt berkenan kepada usaha2 murni dia. Produk dia pun dah bantu ramai org obesiti jd kurus. Bukan obes sikit2, obes gila2 punya.


Memang kerja doktor bantu org, tp org sakit. Tapi doktor ni bukan saja bantu org sakit, tapi juga pendidikan. Dia pun sedar betapa pentingnya pendidikan.


Macam satu cerita "kalau kita bg ikan pada seseorang, dia makan dan abis kena bagi lagi. Tapi kalau kita ajar dia cara tangkap ikan, memancing ker, dia boleh dapat ikan hari2".

Sama juga bantuan kerajan bagi pada org miskin, org sakit. Mana lagi bagus kita bagi tiap2 bulan RM100 atau kita bagi modal, tempat utk berniaga ka, buat produk ka macam sos, kicap org kampong, jual karipap, goreng pisang, buat tikar, jahit baju, bela ikan dan macam2 lagi. X perlu la mereka menunggu tiap2 bulan utk ambik duit bantuan. Pihak kebajikan memantau perusahaan, perniagaan mereka agar terus memberi pulangan. Kalau setakat nak dapat RM100 sebulan x jadi masala rasanya. Mungkin boleh dapat lbih lagi.

Begitu juga zakat. Ada juga penerima zakat dapat bantuan utk memulakan perniagaan seperti van, lori, gerai, modal pusingn. Tahniah la.

Khamis, 8 Disember 2011

Syukur la.............

Anak kena tahan di wad. Ibu susah hati, resah, tension, x tau nak wat per, letih, ngantuk jaga di wad. Dah x leh nak senyum, asyik nak marah2 jer. Semua serba x kena.

Tapi cuma tgk kat katil sebelah, katil depan. Mereka pon senasib......mereka pun rasa sama gak. Cuba bandingkan sakit anak kita ngan anak mereka. Rasanya anak depa teruk lagi. Batuk jer pun sampai biru muka, wayar 2-3 macam, kat kaki, tangan, hidung...........ubat semangkuk sekali makan. Anak kita?????

Alhamdulillah, rupanya kita lebih bernasib baik. Cuba kalau anak kita sakit macam tu.....macam ni pun dah tension, itu la, ini la,.....kalau macam tu mau pengsan terus duk katil sebelah.........

CUba tgk ketabahan, kesabaran mereka jaga anak............walau letih, mengantuk, tension, susah hati, serabut tapi tetap terus menjaga mereka sehabis baik mungkin.

Ini lah kisah kehidupan di hospital. Kalau kita sakit duk di rumah sorang2, mungkin kita rasa kita x bernasib baik, apala dosa kita tuhan bagi sakit. Bila dihospital, kita pula tanya apa la dosa anak2 kecil ni sakit sampai macam tu. Padahal depa mana ada dosa. Dosa pahala pun x kenal lagi.

Kalau mat rempit eksiden, boleh la kita kata "tu la bw motor laju sgt, x dengr ckp mak bapak". Abis budak2 ni apa cer?

Ada yang pendarahan otak, tapi pengasuh kata x jatuh pun. Kalau jatuh, boleh salahkan pengasuh. Kira nak cari kesalahn org jer. Kita x salah2 jugak.


Rabu, 7 Disember 2011

Salah eja

Bila aku baca balik entri2 aku ni, baru aku perasan banyaknya kesalahan ejaan. Dah la pakai ayat sms, eja salah pulak. Tapi pembaca2 zaman sekarang ni tahu nak lengkapkan ayat. Depa boleh dah agak2 perkataan apa yg tersalah eja tu kan.

Macam gak tgk drama Melayu, filem hindustan, kita dah boleh agak jalan ceritanya. Kira terer la tu. X yah tgk sampai habis.

Sabtu, 3 Disember 2011

Dah disember..............

Bulan 12 dah 3 hari aku 1 entri pun xdak lagi. Sambil tgk xxx ni...............tv2 la...........van diesel berlakon. Dah byk kali tgk dah.

Nak citer bola, ari tu lawan Bahrain kalah plok. ah syok leading 2-0. BOla tu bulat, 2-3 minit je macam2 boleh jadik kan.

Pasal buang bayi, leti la. Menjadi2 lak kes ni. Geram memang geram tapi saja tak mo ulas. Nanti kena kencing manis lak. Tension.

Xkan nak citer persidangan UMNO kot. X lalu aku.

Harga rumah naik 25% tahun depan! Aku x beli rumah lagi pun. Kena cari ni. BIla lagi nak duk rumah sendiri. Lama dah menyewa. Sebulan RM300 x 9 tahun = 300 x 12 x 9 = 2700 x 12 = 27000+5400 = RM 32400.....uih byk nyer duit aku yg dah abis buat byr sewa. Rugi kalau terus camni..

Bulan disember, cuti sekolah, musim kenduri, musim mengawan, musim tengkujuh la katakan. Byk tul jemputan kenduri. Di sini ada, di kampung ada..............1 hari 2-3 rumah kenduri, berjeruk.

Musim demam batuk selsema..........jaga2. Bykan makan vit c, jgn main ujan, kalau banjir lagi bahaya.....

Itu saja............jumpa lagi

Ahad, 27 November 2011

Iraq dulu Iraq sekarang


Kejayaan Yahudi Amerika selepas Iraq dibebaskan dari cengkama Saddam..............

Salam Maal Hijrah

 Xdak pun countdown kul 12 malam. Xdak bunyi2 mercun atau bunga api. Tahun baru tetap tiba..........


Jumaat, 25 November 2011

Ni la jadinya........

Bubur kacang
Ni la jadinya bila bubur kacang ditinggalkan lama2 dalam peti sejuk. Jadi kering kontang.

Inilah jadi jugak jika kita duk dalam peti ais tu. Kesan kurang skit la kalau dalam bilik air cond. Tapi kita akan kering jugak.

Jadi kalau kita kerja di bilik yg ada air cind ni, kena la banyak2 minum air yer.

Usaha sedikit tapi kesan begitu besar

Semangat bolasepak negara terus membara.

Khamis, 24 November 2011

Bolasepak Malaysia

Semalam masa tgk siaran langsung Malaysia lawan Syria, terkejut gak tgk bilangan penyokong Malaysia. Boleh kata penuh. Kalau dulu jgn harap. Ada la 2 3 kerat. La ni siap pakai jersi, conteng muka lagi.

Kan bagus macam ni. Buruk baik mereka, team negara kita jugak. Xkan nak pi sokong Syria pulak. Xdak kena mengena langsung. Memang la sama2 muslim.

Ramainya
Kalau mereka jatuh kita bagi semangat. Kalau mereka naik, kita raikan mereka. Jgn bila kalah kita kutuk. Bila menang kita kata nasib.

Apa2 pun smeua ini terletak kat pemain la. Kita boleh wat pa? Klau depa terer boleh jadi menang. Kalau depa memang lemah, boleh la kita bagi kritikan2 yg membina. Jgn dipijak2 plak.

Tapi memang ada byk peningkatan dari segi mutu perlawanan. Walaupun berdepan Syria, letih x abis lagi, tapi tetap confiden. Cuma penyudahnya x sampai lagi. Permainan boleh dibaiki lagi. Tapi x rugi la, terhibur gak bila tgk Malaysia main. Kira ada fight la.

Rabu, 23 November 2011

World Zakat Organization - WZO

Zakat sedunia. Bagus gak idea ni.. Duit zakat boleh bantu umat Islam seluruh dunia. X payah la tiap kali bencana, kebuluran nak kena kutip tabung. BOleh guna duit zakat terus.


Solat tetap solat
Sapa2 yg blom bayar zakat. Jgn lupa rajin2 kan diri bayar zakat. Demi keutuhan hidup dan ekonomi umat Islam baik di Malaysia maupun di dunia.

Selasa, 22 November 2011

Penantian satu penyeksaan

Akhirnya pingat emas bolasepak sukan sea jadi milik Malaysia setelah menunggu dalam cemas selama 2 jam lebih...........

Wira2 emas negara

Isnin, 21 November 2011

Dahsyat.........

Hadiah dapat 5A UPSR.......
Apple Ipad

Betapa bangganya mak bapak bila anak dapat 5A. Belikan Ipad sebagai hadiah.........

Tahniah kepada semua yg berjaya. Yang tidak berjaya, cuba lagi PMR ka SPM ka.







Sabtu, 19 November 2011

Mimpi berjumpa Rasulullah

Apa tindakbalas anda jika anda bermimpi berjumpa Rasulullah? Memang kita x kenal, tapi katakan dia Rasulullah. Adakah anda menjadi gembira, takut, gelisah, malu, terkedu tanpa kata......................mesti la respon dia lagi hebat dari jumpa artis yg kita minat kan. Kalau respon sama atau kurang maknanya kita ada masalah la tu...........

Senang ke nak mimpi jumpa Rasulullah ni? Ada ka cara2 atau amalan? Aku pun x tahu. Tapi mesti org2 yg terpiliih saja atau layak la. Semua nya adalah dengan izin Allah saja.

Sila baca kisah mimpi berjumpa Rasulullah di sini.

CInta kepada Allah

Balik dari beli makanan kat pekan lalu depan masjid terdengar usttaz sedang berceramah.

" Cinta kamu kepada Allah mengatasi cinta kamu kepada anak2 dan isteri kamu. Cinta kamu kepada Allah mengatasi cinta kamu kepada harta kamu. Cinta kamu kepada Allah mengatasi cinta kamu kepada kerjaya kamu."

Wallahualam......

Di manakah Tuhan???????


Sebagai seorang muslim, apa jawapan anda apabila diajukan soalan seperti di atas? Mesti terkedu kan?.

X pa rilek. Mai baca blog member kita ni. Saya baru je baca, ingatkan cerita biasa2 je.....

http://lurim.blogspot.com/2011/11/mencari-tuhan-di-hutan.html

Khamis, 17 November 2011

Nak Bagi ke X?????????

Tengah duk minum bagus ngan member tiba2 mai pompuan sorang diri minta duit. " Bang ada singggit dak. Saya nak makan ni". Saya kata "Nak makan pa dgn singgit ni". Dia kata "Tak pa la nanti sy cari lain la". Mungkin dia x cukup lagi singgit kot nak beli nasi ke makanan apa2. Macam2 bermain di kepala ni. Tapi aku bagi gak la singgit. Betul bendul gak aku nih.


Bagi lah......

Yg best nya member aku kat depan aku ni pun kata dia x suka nak bagi kat org macam ni. Seolah2 macam menggalakkan saja. Tapi masa mula2 dulu pompuan ni jumpa dia, dia bagi gak. Hehehehehe.......

Aku cuma takut kalau la Rasulullah ada kat situ, dan dia tengok aku x bagi, atau aku halau je. Apa kata Rasulullah kat aku??????

Apa hal pulak ni? Cilok tang kona nampak ni?????

sumber: Berita Harian

KUALA LUMPUR: Sebuah sekolah rendah di Keramat di sini yang didakwa memotong RM50 daripada wang bantuan persekolahan RM100 yang diberikan kerajaan kepada pelajar sudah diarah untuk memulangkan wang itu dengan segera.

Pengarah Pelajaran Wilayah Persekutuan, Datuk Khairil Awang, berkata beliau sudah menghubungi guru besar sekolah itu semalam yang bersetuju untuk memansuhkan pemotongan dan akan segera mengembalikan wang itu.
"Apabila mengetahu hal itu yang dimaklumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam, saya terus menghubungi pihak sekolah untuk segera mengembalikan wang bantuan itu," katanya kepada pemberita selepas mengumumkan keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi Wilayah Persekutuan, di sini, hari ini.
"Tidak boleh sesiapa pun, mahupun guru besar sekolah membuat potongan wang bantuan yang diperuntukkan oleh kerajaan untuk pelajar," katanya.

Isu potongan itu dibangkitkan semalam oleh seorang bapa pelajar di sekolah terbabit ketika sesi soal jawab bersama Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, apabila mendakwa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu memotong RM50 daripada RM100 bantuan itu.

Sebanyak RM550 juta diperuntukkan kerajaan bagi melaksanakan program wang bantuan persekolahan itu, yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2012 bulan lalu. - BERNAMA

Budak2 periksa


Sana SPM, sini final sem. Sibuk beb. Ni curi2 jer update blog.

Kepada murid2 selamat berjuang. Semoga berjaya. Teruskan usha hingga titisan terakhir.

Jgn lupa tgk bola malam ni kul  8 malam. Malaysia lawan Indonesia. Hehehehe.....

Jgn lupa baca buku plak lepas tu......


selamat berjuang


Lampu Isyarat Bernombor

Nombor adalah utk kebaikan pengguna utk memberitahu masa bila lampu akan bertukar. Tapi bila diamati, ramai pengguna ambil kesempatan pula. Contohnya yg lampu merah, belum sempat hijau, lagi 2 saat nak hijau, dah jalan. Yang lampu merah lagi 2 saat nak kuning pun jalan jugak. Masa ni la nak eksiden.

eksiden
Kalau x dak nombor dulu boleh lak tunggu sampai lampu betul2 hijau baru jalan. Ada gak yg duk tgk lampu yg sedang hijau bertukar kuning menandakan dia akan hijau. Sana kuning, dia pun keluar. Padahal yg kuning tengah laju ligan lampu kuning. Eksiden lagi.

Isnin, 14 November 2011

Cari calon suami nak yg berduit......isteri yg solehah....kita????

Utk anak2 dara yg tengah mencari suami............mesti tgk poket kan. Kerja mau standard, gaji mau ribu2 la.......Kalau kerja biasa2 kena reject awal2 lagi. Pikir masa depan konon. Ada menda yg deme x paham ni.

Cuba baca ayat ni.........
“Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (An Nuur: 32)

Maksudnya kalau kita miskin pun Allah akan membantu. Betul tak. Jadi kalau lelaki tu  x dak kerja pun boleh bagi kawen. Asalkan dia mahu mencari nafkah. Jgn  yg miskin kerana x mau buat kerja, suka meminta2. Mengharap simpati je.

Tapi cuba baca ayat ni plak.....

lelaki yg baik adalah untuk wanita2 yg baik...

“Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula),dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”. (An Nuur : 26)

Kalau nak pasangan yg baik, soleh, solehah, rajin kita kena perbetul diri kita dulu la. Kalau kita pun x betul, dapat pun yg x betul la. Jgn duk komplen..............

baca lagi di sini
http://ustaznaim.blogspot.com/2011/11/janji-allah-untuk-mereka-yang-ingin.html

Sebelum anda tidur........

SEBELUM tidur, Rasulullah SAW pernah berpesan kepada Saidatina Aisyah  : “Ya Aisyah, jangan engkau tidur, sebelum melakukan 4 perkara iaitu :
1. Khatam Al Qur’an
2. Membuatkan para nabi memberi syafaat kepadamu di hari akhirat
3. Membuatkan para muslim meredhai kamu
4. Melaksanakan ibadat haji dan umrah.
“Bertanya Aisyah : “Ya Rasulullah, bagaimanakah aku dapat melaksanakan 4 perkara dalam satu masa?” Rasulullah tersenyum sambil bersabda : “Jika engkau tidur bacalah Surah Al -Ikhlas 3 kali, (maka ia seolah-olah kau mengkhatamkan Al Qur’an). Dan Bacalah selawat untukKu dan para nabi sebelumku, (maka kami semua akan memberi syafaat kpdmu di hari kiamat). Dan Beristighfarlah untuk para muslimin (maka mereka semua akan meredhai kamu). Dan perbanyakkanlah bertasbih, bertahmid, bertahlil, dan bertakbir (maka ia seolah-olah kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah)”

Sabtu, 12 November 2011

Rokok elektronik baru

Ni masuk yg ketiga dah aku beli. Kalau rosak jugak, kena beli lagi mahal. Yg ni RM59 jer. Dapat kotak sekali. Charger pon kat kotak. Liquid nikotin bg sebotol. Habis boleh refill. Setitik je cukup.

Tp setakat dah krg la merokok. Kira berkesan gak la...............Tp kalau ada benda ni memang x isap rokok lain dah. Isap yg ni cukup. Kalau xdak 4 5 jam boleh tahan lagi. Jgn ada mamat gatal duk p isap rokok tepi aku dah.

Jumaat, 11 November 2011

Bila bersedekah biar sedikit tp berterusan

sedekah lah sementara ada
Bila bersedekah kita selalu ingat nilai itu penting. Tp sebenarnya nilai tidak penting. Yg diambil kira ialah keikhlasan dan kekerapan, atau jadikan amalan berterusan. Contohnya pi masjid, sekarang kebanyakan orang mesti bagi singgit. Tp kita nak bagi berapa pun ikut keikhlasan kita la. TP ingat la setiap jumaat bagi, biar jadi amalan yg berterusan walaupun bagi 20sen.

Amalan kalau berterusan akan menjadi tabiat atau sikap, mengajar kita jadi sabar, x kedekut. BIla tgk org minta sedekah je bg singgit. Nampak lagi bg lagi singgit, nampak lagi bg lagi singgit. Kalau ada 10 org pi 10 hinggit. Kalau dah ingat lagu tu, x yah la bg singgit, bg 20sen je dah. kalau ada 10 org baru 2hinggit. Esok lusa boleh bagi lagi. Biar berterusan, x yah duk kira2, xkan bagi 20sen pon nak kira2 kot..............

Jgn pulak dihina peminta sedekah tu . Nak bagi, bagi, jgn duk bising2. Kalau x mo bg, belah, jgn duk juih2.

Rezeki Tuhan yang bagi..............

Doa dan Tawakkal
Ayat yg biasa kita dengar tapi x ramai yg faham maksudnya atau salah ertikan. Memang benar rezki Allah yg bagi, tapi kita kena la usha. Kalau kena caranya Allah bagi la, kalau x xde la. Mungkin bukan rezki kita, atau ada yg lebih baik yg ALlah nak bagi. Rezki ni urusan ALlah, kita mana tau.

Ada orang usaha bersungguh2, tp x dapat, ada org usaha sikit tp dapat, ada yg x usha pon dapat. Tp x semua la. Semua ini adalah perkiraan Allah. Kita usaha dan kita berdoa, selebihnya tawakkal.

Sabda Rasulullah SAW:
“Sekiranya kamu bertawakkal kepada Allah dengan tawakkal yang sebenar-benarnya, maka akan diberikan rezeki kepada kamu, sebagaimana burung diberikan rezeki, yang mana ia pergi di pagi hari dalam keadaan lapar, dan pulang pada waktu petang dalam keadaan kenyang, penuh perutnya” (Hadith riwayat Tirmidzi, Hadith Hasan Sohih)

Kita x tau ada rezki ke xder kalau kita x cuba, walau kita nampak macam x boleh tp bg Allah xder yg mustahil. Sebab tu la kita x leh mudah putus asa, putus harapan. Mesti ada jalan dan penyelesaian. Dan kalau dah memang bukan rezki kita, kita kena la redha.

Laki-laki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak (pula) oleh jual beli daripada mengingati Allah, dan mendirikan solat, dan menunaikan zakat. Mereka takut kepada hari yang (pada hari itu) bergoncang hati dan penglihatan. Supaya Allah memberikan balasan kepada mereka, lebih baik daripada apa yang telah mereka kerjakan, dan supaya Dia (Allah) menambahkan kurnia-Nya (Allah) kepada mereka. Dan Allah memberikan rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (Allah) tanpa perhitungan. (Surah Al-Nuur:37-38).

Khamis, 10 November 2011

Sifat 20

Ingat lagi masa kecik2 dulu tok imam kat surau ajar sifat 20............sifat2 Alllah. Kena hafal.........kena buat lagu la supaya senang ingat. La ni maksud dah lupa.........sikit2 boleh la.

Mungkin kita alpa semasa duk atas dunia ni kerana kita x betul2 faham sifat2 Allah. Mungkin sebab tu ramai yg x takut buat dosa, X berebut2 buat pahala. Kalau buat ibadat x ikhlas.....

Ramai yg kata cinta Islam, cinta Allah, cinta Rasul. Tapi setakat kata je la, tapi perbuatan langsung x mencerminkan kecintaan tu.
x kira di mana

Tgk kat cermin blkg keta, ada sticker " Islam is the way of life". Tapi bawa keta, signal x bagi, main redah jer, x angkat tangan bila org bg laluan, baawa laju kawasan org ramai, perumahan.

Jumaat, 4 November 2011

Mari jadikan Bahasa Malaysia Bahasa Ilmu

BERITA HARIAN

2011/11/04

KUALA LUMPUR: Desakan terus dibuat supaya kerajaan bertegas dengan keputusan memansuhkan Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dan tidak tunduk kepada tekanan oleh pihak tertentu yang hanya melihat kepada kepentingan segelintir.

Terbaru, desakan dibuat Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) dan Gabungan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang membentangkan alasan dan fakta kukuh kenapa kerajaan perlu bertegas demi kepentingan majoriti murid dan guru.
PIBGN memberikan alasan iaitu kajian, data dan penyelidikan Kementerian Pelajaran dan Bahagian Peperiksaan menunjukkan 70 peratus pelajar yang mengikuti pelaksanaan PPSMI menghadapi masalah.
Bahasa Jiwa Bangsa
Presiden Majlis Permuafakatan PIBGN Datuk Dr Mohamad Ali Hassan berkata data juga menujukkan hanya 15 peratus daripada guru-guru yang ada berkeupayaan mengajar dengan baik dalam bahasa Inggeris walaupun selepas diberi latihan.

Search 30 tahun


Album Fenomena
 Kumpulan no 1 Malaysia Search akan mengadakan konsert 30 tahun fenomena di Pulau Pinang, Johor dan KL.

Walaupun aku peminat, tp sampi ke hari ni aku x pernah lagi tgk konsert depa live. Tgk kat tv je.......Wayang pun x pernah.

Beli kaset cetak rompak je. Copy cd kawan2. Aku rasa depa ni x merasa langsung royalti daripada aku walaupun tiap2 hari duk pasang lagu depa. Kalau dapat pahala jadi la no.

Tapi rezki depa duk ada lagi. Aku x bayar pun depa kaaya gak......Maaf gang. Kalau la semua peminat korang macam aku, macamana korang nak cari makan.

Lagu nak sedap, perangai nak baik, x mau gosip2, imej mau jaga tp bila beli kaset, cd yg cetak rompak. Appppaaarrrraaaaaa......pigi la mabukkk.......Aku mengutuk diriku sendiri.....

Bersihkan diri, baru bersihkan orang lain......

Kalau diri kita x bersih, mcmn kita nak bersihkan org lain. Kalau kita bersih pun, bila kita bersihkan org lain, kita kena bersihkan diri kita sekali lagi sebab mungkin ada kotoran terpalit semasa membersihkan org lain. Kalau kita tidak bersih, bila kita bersihkan org lain, kotoran yg ada pada kita akan mengotorkan org lain. Jadi sampai bila pun x bersih2 selagi kita tukang bersih ni x bersih lagi........

Susah sgt ke nak paham........kebersihan adalah asas kehidupan. Berbagai penyakit hidup berpunca dari tidak bersih.............bersihkanlah diri anda sentiasa.........

Rabu, 2 November 2011

TUDUNG DAN TOPI KELEDAR


Seorang budak lelaki sedang menunggu ayahnya di hadapan sebuah kedai gunting rambut. Sedang dia memerhatikan suasana sekeliling, datang seorang perempuan menghampiri motosikalnya yang di letakkan di pakir di hadapan kedai gunting itu juga.

Ketika perempuan itu mengambil topi keledarnya, budak kecil itu bertanyakan sesuatu pada perempuan itu,

"Kak!" sapa budak itu kepada perempuan yang sedang menyarungkan topi keledar di kepalanya.

"Ya dik..." jawabnya

Budak kecil itu bertanya lagi... "Kenapa kakak pakai topi keledar tu...?"

Jawab kakak tersebut... "Undang-undang suruh pakai Dik, kalau tak pakai nanti, takut kena saman... lagipun untuk keselamatan dik... kalau berlaku kemalangan kepala kita akan selamat!" kakak itu memberitahu lagi penuh keyakinan.

Adik itu bertanya lagi... "Kak, kenapa tak takut pun bila tak pakai tudung kepala...! Kan undang-undang Allah suruh perempuan pakai tudung...! Lagipun kakak tak takut ke keselamatan kepala kakak nanti di Akhirat, kena bakar kalau tak pakai tudung!"

Kakak itu tersenyum dan terpinga2 sambil memulas minyak motor yang telah dinaikinya sambil memikirkan kata-kata budak kecil itu...

Sekadar cerita untuk di fikirkan, watak yang ada dalam cerita ini, tiada kena mengena dengan sesiapa pun....

Fikir2kanlah

Sendiri mau ingat la.......

Selasa, 1 November 2011

Senang je nak ambik duit orang.............hati2


emel palsu
 Mula2 hantar emel minta pengguna update apa2 pasal akaun bank. Nampak macam betul jer. Bila click pada link cimb tu yg keluar bukan laman web cimb tp ntah apa lmn web ntah. http://yesol.dyndns.org/icons/.cgi-bin/cimb/


interface palsu
 tapi dia punyer interface sebijik. Kalau anda x cek dulu alamat web di atas memang x perasan. Pastu terus keyin user n password. Terima kasih la. Anytime depa akan guna user n password utk keluarkan duit anda.

MANUSIA CERDIK IALAH MEREKA YANG MENGINGATI MATI

Aku ingat mati sebab takut. Masa naik moto, masa kat tempat tinggi, masa tiba2 rasa sakit dada. Masa lalu kat kubur, masa ziarah org mati, masa dengar berita, baca berita org mati, maut eksiden, kena bunuh dan macam2 lagi................

Tapi bila org mengingati mati -----

Natijah dari banyak mengingati mati itu akan melahirkan manusia yang berdisiplin tinggi, berakhlak mulia, tidak gentar menghadapi ancaman manusia, kerana dia tidak takut selain kepada Allah Taala. Dia berani menyatakan kebenaran meskipun seorang diri, kerana kebenaran itu adalah dari Allah Taala, justeru tidak ada sesuatu yang meragukan dia.
 
Rumah Terakhir
dipetik dari ustaznaim.blogspot.com. Baca lagi.

Setiap yg hidup pasti merasai mati.................nak lari mana???????????????????
Mengingati mati akan melunakkan hati yang keras, serta menjinakkan narsu yang ganas, umpama seekor harimau yang hilang garangnya apabila tali tas atau tali cemeti dipecutkan di hadapannya.

Terima kasih ustaz.........
 
Nabi muhammad s.a.w pernah bersabda: ”Orang yang cerdik ialah orang yang banyak mengingati mati”. Mengapa pula orang yang banyak mengingati mati dikatakan cerdik? Ini berdasarkan keadaan dimana orang yang banyak mengingati mati sudah tentu takut untuk menghadapinya tanpa bekalan yang mengcukupi.Justeru itu orang yang banyak mengingati mati akan sentiasa terdorong untuk beramal dan membuat kebaikan malah takut untuk membuat dosa dan maksiat.
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...